forum kaedah penyelidikan.docx

5
Assalamualaikum, Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Oleh kerana, peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah. Kajian yang boleh dilakukan adalah pengkaji mengadakan temubual separa struktur kepada guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah tersebut. Penyelidik juga telah menemubual murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah Data kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji. Maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin, kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah haruslah diambil kira bagi menangani masalah ini .dianalisis secara kualitatif juga. Assalamualaikum,

Transcript of forum kaedah penyelidikan.docx

Assalamualaikum,Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Oleh kerana, peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.Kajian yang boleh dilakukan adalah pengkaji mengadakan temubual separa struktur kepada guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah tersebut. Penyelidik juga telah menemubual murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah Data kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji. Maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin, kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah haruslah diambil kira bagi menangani masalah ini .dianalisis secara kualitatif juga.

Assalamualaikum, Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling .Untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, pengkaji tboleh menggunakan satu set soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang pelajar, kaedah pengajaran guru di sekolah, kemudahan sekolah, penguatkuasaan disiplin dan kedudukan sekolah yang menyebabkan pelajar ponteng di sekolah. Soal selidik ini mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden yang merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan jantina, keturunan, pekerjaan penjaga, pendapatan pekerjaan sebulan, tinggal dengan siapa, cara ke sekolah dan jarak ke sekolah. Selain itu semasa sesi temubual juga atau soal selidik soalan-soalan yang berkaitan dengan faktor sekolah seperti pengajaran guru, penguatkuasaan disiplin, kemudahan sekolah dan kedudukan sekolah dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

Assalamualaikum,Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian, kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) mengenai perkara ini. Hari ini sekolah sekolah menampung murid murid yang lebih tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap tanggapan serta harapan para Guru. (KPM1988 pp25-26) Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca mengikut pandangan murid dan cadangan cara cara mengatasi masalah disiplin khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius.Assalamualikum,Pada pendapat saya kaedah temubual adalah salah satu kaedah yang boleh menghasilkan satu kajian yang lebih efisien di mana kita boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkah laku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Semasa mengadakan temu bual, adalah penting kita mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui caracara tertentu. Kita boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temu bual. Melalaui rakaman video yang dilakukan kita akan dapat menilai sikap responden dan menilai semua kelemahanSelain itu boleh juga mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu, transkrip temu bual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temu bual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam temu bual eloklah disimpan dalam catatan kita sendiri.Oleh itu kaedah temu bual adalah satu kaedah yang sesuai sekali untuk menjalankan penyelidikan.

Assalamualaikum,Sebagai penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan persoalan yang perlu dijawap. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji . Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji . Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendalam kajian kualitatif dijalankan.

Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.