Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT) · ada secara kekeluargaan, adat, ekonomi...
Transcript of Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT) · ada secara kekeluargaan, adat, ekonomi...
(FORMADAT)
Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi Borneo
Sejarah FORMADATKawasan Dataran Tinggi Borneo (DTB) adalah satu wilayah yang terbahagi
dalam dua pentadbiran politik yang berbeza iaitu negara Indonesia
(Kecamatan Krayan dan Krayan Selatan, Kabupaten Nunukan Kalimantan
Timur) dan Sarawak (Bario, Ba’ Kelalan/Long Semado) dan Sabah (Ulu
Padas), Malaysia namun masyarakatnya adalah dari satu rumpun. Justeru
itu, mereka berkongsikan satu budaya, satu bahasa, satu asal-usul maka
tidak hairanlah mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat sama
ada secara kekeluargaan, adat, ekonomi dan perdagangan. Masyarakat di
sini adalah Lun Dayeh/Lun Bawang, Kelabit dan Sa’aban.
Kawasan DTB ini juga secara geografinya terletak di tengah-tengah atau
di dalam “Heart of Borneo” yang mempunyai berbagai fungsi ekologis
sebagai sebagai sumber air dan sungai yang mengalir ke Indonesia dan
ke Malaysia yang menjadi nadi kehidupan kepada pelbagai masyarakat,
haiwan, alam dan juga mengimbangi suhu dan iklim. Kerana itulah
pentingnya Heart of Borneo ini dilindungi.
Tempat ini kita sebut ‘Patar Dita’ Borneo’. Borneo adalah satu-satunya tanah air kita Lun Dayeh, Kelabit, Lun Bawang dan Sa’ban. Kita tiada tanah air yang lain. Kita harus melindungi Patar Dita’ Borneo tempat kita diami sejak turun temurun ini. Kita berasal dari satu asal usul, satu nenek moyang, satu tradisi. Melalui forum ini kita boleh bantu membantu sesama kita dan bersatu melindungi Patar Dita’ Borneo kita ini.
Ucapan Pak Lewi Gala, Bario 2007 (Ketua Umum FORMADAT Indonesia)
2 | FORMADAT
FORMADAT | 3
Inspirasi untuk membentuk satu perkumpulan masyarakat
dicetuskan pada tahun 2003 oleh mendiang YB Dato’ Dr
Judson Sakai Tagal, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur
dan Komunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan
N. 62 Ba’ Kelalan. Mendiang mahu melihat DTB dilindungi
serta masyarakat bersatu untuk memastikan pembangunan
yang mampan dan berterusan di DTB, adat budaya
masyarakatnya yang lestari alam dikekalkan dan masa depan
masyarakatnya terjamin bersama dengan alam sekitarnya
yang bermanfaat kepada seluruh kepulauan Borneo.
Inspirasi ini berlandaskan kepada beberapa pengalaman
pembangunan tanah tinggi di Malaysia yang tidak lestari alam.
Menyambut cabaran itu, maka pada tahun 2004, masyarakat
Lun Dayeh, Kelabit, Lun Bawang dan Sa’ban (Bario, Ba’ Kelalan,
Long Semadoh, Sarawak; Long Pasia and Long Mio, Ulu Padas,
Sabah; Krayan Induk and Krayan Selatan, Kalimantan Timur,
Indonesia) telah menubuhkan Forum Masyarakat Adat Dataran
Tinggi Borneo atau nama singkatnya iaitu FORMADAT di Long
Bawan (Krayan) pada bulan Oktober, 2004.
Foto
: ©W
WF-
Mal
aysi
a
Ahli FORMADAT berbincang di dalam salah satu forum tahunannya
Foto 1: ©WWF-Malaysia | Foto 2 & 3: ©WWF-Indonesia • Cristina Eghenter
2.
3.
1. Penglibatan wanita yang aktif dalam FORMADAT
Masyarakat di Heart of Borneo di musim menuai padi
Sokongan pengurusan WWF di Long Layu
4 | FORMADAT
Apakah FORMADAT?Forum Masyarakt Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT) atau dalam bahasa
setempat “Patar Tana’ Dita’ Borneo” adalah sebagai forum komunikasi, perkongsian
dan pertukaran maklumat di antara masyarakat untuk bekerjasama dalam
beberapa bidang pembangunan dan juga untuk menyelesaikan permasalahan
demi kemajuan daerah dataran tanah tinggi. Selaras dengan itu, FORMADAT
berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang masyarakat
di DTB, mengekalkan budaya tradisi masyarakatnya, membangun kemampuan
masyarakat dan menggalakan pembangunan lestari di Heart of Borneo.
Dengan itu, program keutamaan FORMADAT tertumpu kepada pembangunan
ekonomi untuk masyarakat dalam kawasan DTB melalui eko-pelancongan
berasaskan masyarakat, pertanian organik serta mengekalkan hutan di kawasan
tersebut sebagai khazanah untuk dinikmati oleh penduduk setempat, pelancong
dan generasi yang akan datang.
Struktur FORMADAT dari segi wilayah terbahagi kepada dua negara iaitu
FORMADAT Indonesia yakni FORMADAT Wilayah Krayan Induk dan Wilayah
Krayan Selatan dan FORMADAT Malaysia yang mempunyai tiga wilayah iaitu
FORMADAT Wilayah Bario, Wilayah Ba’ Kelalan (dan Long Semadoh) dan
Wilayah Long Pasia.
Foto
: ©W
WF-
Mal
aysi
a
Ahli FORMADAT membincangkan pelbagai aspek
Deklarasi Masyarakat Adat di Dataran Tinggi Borneo
FORMADAT sedang dalam proses untuk pendaftaran dengan Badan
Pendaftaran Pertubuhan di kedua-dua negara. Mesyuarat umum
FORMADAT pada Oktober 2009 telah bersetuju untuk mendaftar
FORMADAT di wilayah masing-masing beralamat di Ba’ Kelalan untuk
Sarawak, di Long Pasia untuk Sabah dan di Long Bawan untuk Indonesia.
Keahlian: Keahlian FORMADAT hanya untuk masyarakat asal/peribumi/
asli di Dataran Tanah Tinggi Borneo sahaja.
Kami masyarakat adat (asli) di Dataran Tinggi Borneo sebagai satu kesatuan warisan budaya dan sejarah suku Lun Dayeh – Kelabit – Lun Bawang – Sa’ban membentuk dan bersatu dalam Forum Masyarakat Adat (asli) Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT) untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang masyarakat yang ada di Dataran Tinggi Borneo dan membangunkan kemampuan dan menggalakkan pembangunan yang lestari di jantung Borneo (Heart of Borneo).
BARIO, NOVEMBER 2006
FORMADAT | 5
6 | FORMADAT
Foto
: ©W
WF-
Indo
nesi
a •
Cris
tina
Eghe
nter
VISI Dan MISI• Mempertahankanbudaya,tradisi,bahasa,adatdan
hubungan keluarga di antara semua masyarakat asli
Dataran Tinggi Borneo sebagai satu kesatuan budaya dan
sejarah suku Lun Dayeh-Lun Bawang/Kelabit/Sa’ban;
• Mendorongpengembanganusahaekonomiyang
berkelanjutan seperti pertanian organik dan
eko-pelancongan berasaskan masyarakat dan membentuk
jaringan perdagangan yang adil;
• Mendorongpemeliharaanalamdanpembangunan
berterusan (mampan) dan menjamin penglibatan
masyarakat adat/asal dalam segala aspek;
• Melestarikansumberair,tepi(tebing)sungaidankawasan
hutan adat, memelihara tempat atau bukti sejarah
dan budaya, dan melindungi hak kekayaan intelektual
masyarakat adat dataran tinggi secara bersama.
Sungai Krayan di Long Padi
Wilayah-Wilayah FORMADAT
A). MALAYSIA
1. Wilayah Bario, Sarawak
2. Wilayah Ba’ Kelalan, Sarawak dan Long Semadoh
3. Wilayah Ulu Padas, Sabah
B). INDONESIA
1. Wilayah Krayan Induk, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur
2. Wilayah Krayan Selatan, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur
FORMADAT | 7
Sumber: WWF-Indonesia
8 | FORMADAT
Maklumat Setiap WilayahWilayah Ba’ Kelalan
• FORMADATWilayahBa’KelalanmerangkumiLongSemadoh
• Anggaranpendudukadalah2,914yangterdiridarimasyarakat
Lun Bawang sebagai satu masyarakat utama dan terbesar di sini
• Terletakdi970meterdariparasmukalaut
• TerletakdiDataranMaligandanpintuutamakeKrayanInduk
(Indonesia)
• Aktivitiekonomiutamamasyarakatadalahpenanamanpadi
sawah dan penternakan kerbau, terkenal dengan Beras Adan
dan juga buah epal (satu-satunya ladang epal di Malaysia), dan
tumbuh-tumbuhan hutan kerangas seperti orkid, rhododendrons
dan periuk kera (pitcher plant)
• BersempadandenganFORMADATWilayahKrayanInduk,Bario
dan Ulu Padas.
Foto
: ©W
WF-
Mal
aysi
a •
Dora
Jok
Penduduk kampung bekerjasama menuai padi di Long Rusu Ba’Kelalan
FORMADAT | 9
Wilayah Bario
• WilayahBariomerupakankelompokbeberapabuahkampung
dengan anggaran penduduk seramai 1,200 orang yang masih
menetap di sini yang terdiri dari masyarakat Kelabit sebagai
masyarakat utama di sini
• Terletakdi1,110meterdariparasmukalaut
• TerletakdiDataranTanahTinggiKelabit
• DataranTanahTinggiKelabitadalahpuncaSungaiBaram
• Aktivitiekonomiutamamasyarakatadalahpenanamanpadisawah
dan pelancongan
• Terkenaldenganhasilpertanianberas(BerasBario),nenasBarioyang
sangat manis, garam gunung dan tumbuh-tumbuhan hutan kerangas
seperti orkid, rhododendrons dan periuk kera (pitcher plant)
• BersempadandenganFORMADATWilayahKrayanSelatan,
Wilayah Krayan Induk dan Wilayah Ba’ Kelalan.
Foto
: ©W
WF-
Mal
aysi
a •
Rahi
mat
shah
Am
at
Mesyuarat FORMADAT Wilayah Bario
10 | FORMADAT
Wilayah Ulu Padas
• FORMADATWilayahLongPasia
merangkumi Long Mio dan Long Pasia
yang terletak di Selatan-Barat negeri
Sabah
• Anggaranpendudukadalah800orang
yang terdiri dari masyarakat Lun Dayeh
sebagai satu masyarakat utama dan
terbesar di sini
• Terletakdi1,000metermeterdari
paras muka laut
• TerletakdiDataranTinggiMaligan
• Aktivitiekonomiutamamasyarakat
adalah penanaman padi sawah dan
eko-pelancongan
• Terkenaldengankepelbagaianorkid,
rhododendrons dan periuk kera (pitcher
plant) yang banyak didapati di di Taman
Kerangas Long Pasia dan di hutan di
sekeliling Ulu Padas.
Foto 1, 2, 3 & 4: ©WWF-Malaysia • Rahimatshah Amat
4.
3.
2.
1.
Foto
: ©W
WF-
Mal
aysi
a •
Dora
Jok
Long Pasia, Sabah
FORMADAT | 11
Wilayah Krayan Induk
• FORMADATWilayahKrayanIndukmerangkumidua
wilayah adat iaitu Krayan Hilir dan Krayan Darat yang
terdiri daripada 65 desa atau 18 lokasi. Terletak di
bahagian barat Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur,
bersempadan dengan Sarawak dan Sabah
• Anggaranpendudukadalahsekitar7,456orangyang
terdiri dari masyarakat Lun Dayeh Tana Lun dan Lun
Dayeh Lun Ba sebagai masyarakat utama dan terbesar
di sini
• Terletakdi1,000meterdariparasmukalaut
• Aktivitiekonomiutamamasyarakatadalahpenanaman
padi sawah dan terkenal dengan hasil beras ’adan’
• Masyarakatjugamenternakkerbaudanberdagang
dengan Ba’ Kelalan. Kerajinan masyarakat Krayan sangat
terkenal kerana mutunya dan keunikan bentuk produk dari
berbagai bahan baku alam
• TerkenaldenganbudayadansekolahteologiadiKampung
Baru.
Foto 1, 2 & 3: ©WWF-Malaysia • Dora Jok
Foto
den
gan
ihsa
n da
ripad
a Ru
di R
.
1.
2.
3.
Acara kebudayaan adat di Krayan Induk
12 | FORMADAT
Krayan Selatan
• FORMADATWilayahKrayanSelatan
merangkumi dua wilayah adat (Krayan Hulu
dan Krayan Tengah), terdiri daripada 24 desa
dan 6 lokasi
• BerbatasanlangsungdenganBario,Sarawak
• Anggaranpendudukadalah2,401orangyang
terdiri dari masyarakat Lun Dayeh, Leng Ilu dan
Sa’ban sebagai satu masyarakat terbesar di sini
dan kelompok orang Punan
• Terletakdi1,000meterdariparasmukalaut
• Aktivitiekonomiutamamasyarakatadalah
penanaman padi sawah dan terkenal dengan hasil
beras Adan organik dan penternakan kerbau
• Daerahinisangatkayadenganjenis-jenis
buah lokal (durian, maritam, mata kucing dan
lain-lain) dan sudah mulai ada kegiatan eko-
pelancongan. Kerajinan sangat khas bentuknya
dan berwarna-warni.
• Didaerahinimasihterdapatjenishutan
dataran rendah di sepanjang aliran sungai Krayan
dan jenis hutan khas heath forest yang luas
khususnya daerah Payeh Rungan.
Pa’ Upan, Krayan Foto
: ©W
WF-
Indo
nesi
a •
Cris
tina
Eghe
nter
Buah mata kucing
Buah alim
Buah durian merah
Buah maritam merah
1.
2.
3.
4.
Foto 1, 2, 3 & 4: ©WWF-Indonesia • Cristina Eghenter
FORMADAT | 13
FORMADAT dan lain-lain rakan kerjasamaFORMADAT mendorong penggunaan hutan atau alam sekitar dengan cermat. Misi dan visiFORMADATmenjelaskanbahawaFORMADATadalahorganisasiyangperihatindan peduli akan alam sekitar yang lestari. Hasrat serta motif FORMADAT yang ingin melihatDTBdiurusdenganlestari,makakeutamaanaktiviti-aktivitiFORMADATjugamemfokus kepada pertanian yang lestari, pemeliharaan kawasan air tadahan dan pengurusan hutan yang tidak mengancam kepupusan flora dan fauna kerana hutan adalah asset penting untuk eko-pelancongan, kegunaan harian seperti sumber makanan, sumber bahan untuk buat rumah serta bahan asas kraftangan dan sebagainya.
Kerjasama dan mendampingi dengan organisasi lain adalah satu strategi utama untuk menggiatkan usaha kemajuan dataran tinggi yang mampan terutamanya dari segi pengurusan alam sekitar, pertanian, sumber air dan eko-pelancongan. Kerjasama ini juga selari dengan usaha FORMADAT yang ingin melihat DTB sebagai satu tempat yang aman, lestari alam, sejahtera dan harmoni bagi masyarakatnya. Sesuai dengan itu, FORMADAT telah mengadakan beberapa kerjasama dan berkongsi pengetahuan dengan beberapa organisasi.
Sejak penubuhannya, FORMADAT mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa organisasi seperti pihak kerajaan, agensi pelancongan, organisasi dasar di peringkat masyarakat dan NGO. WWF (WWF-Indonesia dan WWF-Malaysia) adalah salah satu daripada rakan kerja FORMADAT dalam inisiatif pemeliharaan alam sejak FORMADAT ditubuhkan.
Rakan-rakan lain yang sama pentingnya adalah Borneo Jungle Safari Sdn Bhd (BJS) yang mendukung usaha pelancongan di DTB dengan melibatkan FORMADAT di kedua-dua negara.
LSM Tana Tam di Krayan juga merupakan rakan kerjasama FORMADAT terutamanya dari segi mengongsikan misi eko-pelancongan dan pertanian organik di dataran tinggi. Selain daripada itu, beberapa organisasi yang pernah menjadi rakan kongsi FORMADAT adalah ITTO, E-borneo, Rurum Kelabit Sarawak, Persatuan Lun Bawang dan Persatuan Dayak Lun Dayeh Kalimantan Timur (PDLKT).
FORMADAT sentiasa mengalu-alukan jaringan kerjasama dengan organisasi lain yangmempunyaivisidanmisiyangsamadenganFORMADAT.
14 | FORMADAT
Struktur Organisasi Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi Borneo
(FORMADAT)Penasihat
Penasihat Undang - Undang
Ketua Umum
(Satu Ketua Umum untuk Indonesia dan Satu Ketua Umum Malaysia)
Ketua Wilayah
(di setiap wilayah iaitu Wilayah Krayan Induk, Wilayah Krayan Selatan, INDONESIA, Wilayah Ba’ Kelalan/Long Semadoh, Wilayah Bario dan Wilayah Long Pasia,
MALAYSIA)
Setiausaha Wilayah
(di setiap wilayah iaitu Wilayah Krayan Induk, Wilayah Krayan Selatan, INDONESIA, Wilayah Ba’ Kelalan/Long Semadoh, Wilayah Bario dan Wilayah Long Pasia,
MALAYSIA)
Jawatankuasa - Jawankuasa
Jawatankuasa Pertanian Organik di setiap wilayahJawatankuasa Kebijakan Adat di setiap wilayah
Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar di setiap wilayahJawatankuasa Eko-pelancongan di setiap wilayah
Jawatankuasa Sosial Budaya di setiap wilayahJawtankuasa Komunikasi dan Informasi di setiap wilayah
Jawatankuasa Wanita di setiap wilayah
FORMADAT | 15
1.3. 4.
5.
6. 7.
2.
Foto 1, 2, 3, 4, 5 & 6: ©WWF-Indonesia • Cristina Eghenter | Foto 7: ©WWF-Malaysia • Dora Jok
Foto-foto di muka surat depan menunjukan keindahan dan kepelbagaian alam di Dataran Tinggi Heart of Borneo
Hubungi (kami):
Cr John Trawe, Ebario, Bario Central Market, Kelabit Highlands, 98050 BARAM, MIRI, Sarawak, MALAYSIA
✆ 019-438 1777 • ✉ [email protected]
KK Berauk Tadam, FORMADAT Wilayah Ba’Kelalan, Lawas, Sarawak, MALAYSIA
✆ 013-8146150, 017-8502701
Andrew Laban, FORMADAT Wilayah Ulu Padas, Sipitang, Sabah, MALAYSIA
✆ 014-3736700 • ✉ [email protected]
Marli Kamis, FORMADAT Wilayah Krayan Selatan, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur, INDONESIA
Lasung Kaleb, Gedung Serbaguna, Long Bawan, Kecamatan Krayan, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur, INDONESIA
✆ +62 081 350056991
Website: formadatborneo.byethost13.com/
Pencetakan buku rujukan kecil (booklet) ini dijayakan dengan sokongan daripada WWF