forum peribahasa dan pantun 2.docx

4
Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi kehidupan di alam ini. Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan oleh masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang begitu halus dan kreatif. Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah berkata “tak Melayu hilang di dunia”, pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini. Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau. Melalui pantun terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata- kata yang digunakan dalam pantun adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar. Namun daripada pantun yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang pantun adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu Kmenyampaikan teguran dan kritikan untuk membawa kebaikan. Pengarang pantun menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej- imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar pantun. Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam. Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala

Transcript of forum peribahasa dan pantun 2.docx

Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi kehidupan di alam ini.

Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan oleh masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang begitu halus dan kreatif.Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah berkata tak Melayu hilang di dunia, pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini.Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau.Melalui pantunterpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan dalam pantun adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar. Namun daripada pantun yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang pantun adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu Kmenyampaikan teguran dan kritikan untuk membawa kebaikan. Pengarang pantun menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar pantun.

Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu.Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif.Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri.Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta.Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam.Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan.Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis.Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini.Sebahagian besar pantun yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah pantun percintaan. Percintaan merupakan salah satu hubungan yang terjalin sesama manusia. Dalam konteks kertas kerja ini akan dibicarakan pantun-pantun yang berupa teguran ataukritik tentang tingkah laku manusia yang menyebabkan hubungan percintaantidak berjalan dengan baik.Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.(Zainal Abidin Abu Bakar,1984: 247)Pantun ini dipopularkan melalui lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang dan R.Ismail dan dipetik daripada filem yang juga berjudul Gurindam Jiwa( terbitan tahun 1966 lakonan Nordin Ahmad dan Latiffah Omar) . Pantun ini membayangkan suasana percintaan atau hubungan yang masih erat. Namun begitu si kekasih berpesan kepada pasangannyasupaya intai kami antara nampak supaya esok jangan rindu-rinduan. Dengan pesanan ini si kekasih sebenarnya memberi peringatan supaya pasangannya selalu mengintai, dalam erti kata selalu menjengok dan melihat keadaannya.Ini juga membawa maksud mengambil berat untuk memastikan orang yang dijenguk atau diintai itumasih ada ditempatnya dan berada dalam keadaan yang baik.Dalam konteks perhubungan percintaan pantun membawa pesanan supaya jangan sesekali mengambil ringan dan jangan mengamalkan sikaptake for grantedbahawa hubungan yang sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik. Hubungan kasih mesti dijaga dengan sewajarnya. Jangan sampai si kekasih merajuk dan merasa dirinya tidak dipedulikan. Jika si kekasih pergi membawa diri maka jangan sampai ia dirindudibiarkan belalu pergi baru nak menyesal baru nak cari.Jangantake for granted. Hal ini adalah penting demi menjaga hubungan kasih sayang.Pembayang pantun menggambarkan keadaan alam iaitu padi dalam keadaan antara masak, Padi baru mula masak dan ada antaranya yang belum masak. Dalam keadaan inilah petani mesti bersedia untuk menuai padinya kerana jika ditunggu ada padi yang akan layu dan tidak sempat dituai. Padi mesti dituai semasa antara masak, iaitu dalam keadaan antara masak dan tidak masak. Jangan biar atau tunggu keranaesok padi akan masak. Jika ditunggu sehingga semuanya masak, kemungkinan tidak sempat mengetam atau menuai. Sebahagiannya akan layu ditangkai.Dari segi falsafahnya pantun ini memberi penekanan kepada faktor masa dan peluang. Sesuatu yang berharga (iaitu hubungan percintaan) mestilah dihargai sebelum ianya hilang atau sebelum terlambat.

KEKREATIFAN MASYARAKAT MELAYU DAHULUSegala emosi dan pemikiran masyarakat zaman dahulu akan dicurahkan secara tidak berterus terang kerana mereka menggunakan unsur-unsur alam sebagai perlambangan. Bahkan, pengunaan unsur alam inilah yang memberi keindahan atau keestetikaan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Unsur-unsur alam yang digunakan sebagai perlambangan bermakna penyamaan sesuatu perkara dengan alam.Penggunaan unsur-unsur alam lebih banyak ditemui di dalam pantun khususnya kerana pantun menggunakan alam sebagai pembayang sebelum pentafsiran makna tersirat.

Sudah puas kutanam ubi,Nenas juga dipandang orang;Sudah puas kutanam budi,Emas juga dipandang orang.(Bingkisan permata (2001:xlvii)

Secara lahiriahnya, ubi dan nenas sangat berbeza kerana ubi merupakan tanaman yang tersembunyi di dalam tanah berbanding nenas yang memang nampak berbuah di permukaan tanah. Ubi disamakan dengan sikap manusia yang selalu berbudi kepada orang lain, manakala nenas disamakan pula dengan emas yang lebih bernilai di mata masyarakat. Bahkan, ubi merupakan tanaman dominan masyarakat Melayu yang sudah sebati dengan kehidupan mereka malahan tidak sukar mendapatkannya berbanding nenas. Oleh sebab itulah, masyarakat Melayu yang mencipta pantun sangat kreatif membandingkan sikap manusia yang lebih memandang kekayaan berbanding mengenang budi.Harapkan pagar, pagar makan padi (Kumpulan Pantun Melayu (1983:4)Berdasarkan peribahasa tersebut, terdapat dua unsur alam yang digunakan atau diterapkan di dalamnya, iaitu pagar dan padi. Kedua-dua kata tersebut adalah bersifat kontra kerana para pesawah akan memastikan padi yang ditanam mereka dijaga rapi dengan membina pagar di sekelilingnya bagi mengelak ancaman binatang lain yang boleh merosakkan kesuburan padi. Ringkasnya. Kita boleh memahami secara terus atau langsung makna tersurat berdasarkan unsur alam yang dipililh dalam peribahasa itu.Dari konteks kehidupan manusia pula, kata pagar itu sebenarnya merujuk kepada seseorang yang diberikan amanah untuk menjaga atau melaksanakan sesuatu pekerjaan mengikut etika-etika tertentu. Kata padi pula merujuk kepada perkara atau sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Misalnya, seseorang yang diamanahkan untuk memimpin negara dengan adil, tetapi pemimpin itu telamelakukan korupsi secara sulit. Inilah yang dikatakan mengharap seseorang yang sudah diyakini kebertanggungjawabannya, tetapi meyalah gunakan kuasa atau tanggungjawabnya itu untuk tujuan yang lain.