Forum Remaja 2013

2

Click here to load reader

description

Owned by me. You may use this as personal use only. Credit is appreciated.

Transcript of Forum Remaja 2013

Page 1: Forum Remaja 2013

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kepada semua penonton yang hadir dan para

panel jemputan. Bertemu semula kita pada forum kali ini yang bertajuk “Punca Keruntuhan

Akhlak Remaja”. Keruntuhan bermaksud kerosakan atau kemusnahan. Akhlak pula ialah

tingkah laku manusia dan tabiat sama ada baik atau jahat. Manakala, remaja bermaksud mulai

dewasa dan sudah akhil baligh. Sebelum kita membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan anda dengan tiga panel jemputan kita pada hari

ini. Baiklah, di sebelah kiri saya, Puan ________ yang merupakan seorang guru. Di sebelah

kanan saya pula, Cik ______ selaku pegawai jabatan, dan akhir sekali, dihujung sana iaitu

Puan ______ yang merupakan wakil ibu bapa.

Hadirin dan hadirat,

Menurut perangkaan pada tahun 1998, remaja Melayu yang beragama Islam berfungsi

sebagai penyumbang besar dalam keruntuhan akhlak berbanding para remaja daripada kaum

lain. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja

Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Dalam laporan ini remaja Melayu yang beragama

Islam adalah yang paling banyak terbabit. Persoalannya, apakah punca kepada masalah ini?

Mari kita dengarkan pendapat yang akan dikemukakan oleh __________. Silakan.

*___________

Sungguh mendalam pendapat yg telah dikemukan tadi, apa kata kita dengarkan pula ulasan

__________ berikutan kes ini.

*____________

Ulasan yang sangat memuaskan. Seterusnya, apa pula penjelasan ________ atas faktor

keruntuhan akhlak remaja.

*_____________

Begitulah ucapan yang telah dikupaskan oleh ketiga panel jemputan kita. Baiklah,

untuk melanjutkan sesi forum ini, marilah kita mendengar pula cara mengatasi keruntuhan

akhlak remaja. Silakan ___________.

*_____________

Page 2: Forum Remaja 2013

Terima kasih, bagaimana pula pandangan ____________.

*__________

Baiklah, apa pula penyelesaian bagi masalah ini menurut _____________.

*____________

Hadirin dan hadirat,

Begitulah perbincangan mengenai punca keruntuhan akhlak remaja. Terdapat soalan

yang telah dikemukakan oleh penonton di laman sesawang Facebook yang mengatakan

“Bagaimana pula dengan peranan guru di sekolah mengenai masalah ini, adakah mereka

kurang memberi pengajaran kepada pelajar ataupun kerana ibubapa yang meletakkan harapan

tinggi pada guru disekolah. Mohon pencerahan lanjut.” Bagaimana __________?

*__________, _________, ________.

Jawapan yg sangat jelas dan memuaskan. Terima kasih panel jemputan kerana sudi

menyuarakan pendapat anda pada forum kali ini.

Para penonton,

Semakin pesat arus pembangunan dan berkembangnya sesebuah negara dengan

pelbagai ciptaan sains dan teknologi, semakin meluas pula keruntuhan akhlak, gejala sosial,

jenayah dan keganasan. Dari sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan untuk

menyumbang terhadap pembangunan, kemajuan dan pemodenan. Oleh itu, kita haruslah

berganding bahu bagi memelihara remaja masa kini serta membantu mereka ke arah

pemantapan sahsiah diri demi masa hadapan yang terjamin. Sekian terima kasih.