Full assignment

20
1 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Dalam hal ini, pedagogi juga dikatakan melibatkan satu kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan seterusnya interaksi antara guru dan pelajar. Kini, pedagogi moden telah membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang yakni bidang kognitif, iaitu berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa, bidang afektif yakni yang berkaitan dengan sikap dan sahsiah pelajar dan seterusnya bidang psikomotor, iaitu berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan. Bidang-bidang ini telah dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom. Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang, menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan profesional dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada pelajar.

description

sbgai rujukan dan perkongsian

Transcript of Full assignment

Page 1: Full assignment

1

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran

dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai sains dan seni mengenai

cara mengajar di sekolah. Dalam hal ini, pedagogi juga dikatakan melibatkan satu kajian

mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah

dan seterusnya interaksi antara guru dan pelajar. Kini, pedagogi moden telah membahagikan

fungsi pengajaran kepada tiga bidang yakni bidang kognitif, iaitu berkenaan dengan aktiviti

mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa, bidang afektif yakni yang berkaitan

dengan sikap dan sahsiah pelajar dan seterusnya bidang psikomotor, iaitu berkenaan dengan

aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan. Bidang-bidang ini telah

dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom.

Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk

formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah

oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu

kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran

dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu

sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan

antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang,

menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan profesional

dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada

pelajar.

Page 2: Full assignment

2

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila dilihat dari

segi pengertiannya. Ahli psikologi masing-masing mempunyai pandangannya yang tersendiri

mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa

pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan manakala ahli

kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran yang

berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne

(1985), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan

perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman.

Gagne juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan dari segi

kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan

bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Walaupun kedua-

dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya namun, ia sangat berkait antara satu sama

lain dalam pedagogi pendidikan.

Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan

interaksi guru dan pelajar dalam membentuk pelajar menjadi modal insan yang cemerlang

melalui ilmu pengetahuan yang diterapkan oleh guru. Dalam menjayakan proses ini,

pelbagai pendekatan yang telah diwujudkan dalam proses ini. Kaedah serta teknik yang

terbaik mampu membentuk pelajar berilmu atau memudahkan pelajar memperoleh

pengetahuan untuk diterapkan dalam kehidupan harian mereka, misalnya kaedah tunjuk cara,

simulsi dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teknik dan kaedah yang terbaik

mampu mempengaruhi pemerolehan bahasa atau pengetahuan kepada pelajar.

Page 3: Full assignment

3

2.0 SOROTAN KAJIAN

Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bukan sesuatu yang baru kerana kajian ini

telah dilakukan oleh para sarjana daripada pelbagai aspek. Berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan, dan Nik Mohd. Rahimi Nik

Yusoff(2009), mereka telah mengkaji pengajaran dan pembelajaran pada peringkat institusi

pengajian tinggi di Sarawak. Focus utama bagi kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi

pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pengkaedahan pengajaran, sukatan

pelajaran, dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil yang didapati

melalui soal selidik terhadap beberapa orang pelajar menunjukkan tiada perbezaan

signifikan dari segi pandangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap

pendekatan pengajaran, sukatan pelajaran, dan bahan pengajaran yang digunakan oleh tenaga

pengajar, namun terdapat perbezaan terhadap pengkaedahan pengajaran dan penilaian

pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak.

Menurut Seman Salleh(2005), kini guru memandang remeh pengajaran bahasa Melayu

kerana mereka menganggap pengajaran bahasa Melayu merupakan subjek matapelajaran

yang mudah untuk diajar. Tanggapan ini disokong oleh pentadbir sekolah dan tren masa

kini, pentadbir sekolah memberi mata pelajaran bahasa Melayu kepada guru yang tidak

memiliki opsyen bahasa Melayu. Guru-guru ini ternyata sukar untuk mengajar kerana mereka

tidak benar-benar menguasi matapelajaran tersebut. keadaan ini mengundang masalah kepada

para pelajar untuk memahami matapelajaran tersebut. kajian ini juga memperlihatkan

peranan guru yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-

murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Bahasa juga penting sebagai medium

Page 4: Full assignment

4

komunikasi antara guru dan pelajar, hal ini demikian kerana bahasa adalah medium utama

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian oleh Siti Hawa Hamzah(2003) pula,beliau mengkaji pengajaran

bahasa dari sudut penggunaan teknologi. Teknologi terkini dapat memudahkan pengajaran

bahasa, hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam pengajaran simpulan bahasa. Namun begitu, teknik pengajaran ini menghadapi

masalah apabila kebanyakan gruru-guru tidak pandai mengaplikasikan kemahiran mereka

dalam pengajaran bahasa. Selain itu kekurangan bahan dan perisian yang sesuai untuk

diintergrasikan ke dalam pelajaran membuatkan terdapat halangan untuk menggunakan

kaedah ini. keadaan ini perlu dinaiktaraf berikutan dunia semakin maju dengan teknologi,

sudah tentu kaedah pembelajaran perlu juga mempunyai peningkatan dari teknologi. Kaedah

ini juga mendapat sambutan para guru bahasa di kawasan kajian.

Selain itu kajian barat juga dapat dilihat bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa.

William S (dalam pendekatan pengajaran membaca permulaan: satu tinjauan,2003) telah

membuat kajian terhadap bacaan hingga menjadi satu bidang khusus bagi ijazah kedoktoran

di Universiti Chicago. Menyedari kepentingan kemahiran membaca dalam pendidikan,

kerajaan Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan dalam

bidang tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi untuk

memperbaiki kaedah pengajaran dan memberi bantuan kepada individu yang ingin

mendalami aspek bacaan.

Collins(..) di dalam kajiannya terhadap kemajuan murid-murid yang lambat belajar, telah

menyalahkan guru-guru yang pengajar di kelas pemulihan. Pada pandangannya guru-guru itu

hanya memberi perhatian terhadap kelembapan murid tetapi tidak memahami kesan-kesan

Page 5: Full assignment

5

daripada perbezaan individu. Collins menekan bahawa guru-guru perlu yakin terhadap

murid-muridnya dan menerima kekurangan yang terdapat pada mereka. Mereka perlu

pengetahuan yang tepat mengenai pelajaran-pelajaran yang berguna dan sesuai dengan setiap

peringkat umur murid-murid tersebut. sikap sabar dan tegas perlu ada dalam diri para guru,

dan tahu cara untuk menarik minat murid serta melahir kecekapan-kecekapan dan kebiasaan-

kebiasaan yang berfaedah kepada murid-murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian dibuat merujuk kepada beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut

ialah:

i. Mengenalpasti teori pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran bahasa

Melayu.

ii. Mengenalpasti proses yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

iii. Menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dalam pembelajaran bahasa Melayu.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk merujuk satu cara

mendapatkan data kajian atau penganalisisan sesuatu bahan. Bagi mendapatkan data atau

hasil kajian dalam penulisan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah aedah kepustakaan dan

kaedah lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, Bahan-bahan pepustakaan telah digunakan

untuk rujukan dalam kajian ini. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan

maklumat ialah perpustakaan utama Universiti Malaya dan perpustakaan Za’ba Universiti

Malaya. Bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan dan jurnal-

jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam kaedah lapangan pula, kajian

Page 6: Full assignment

6

dibuat di sebuah taska atau tadika yang berdekatan bagi menyelidik proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar empat tahun. Kaedah lapangan ini dibuat di

Taska dan Tadika Murni kawasan Kerinchi pada 6 november 2013 jam 10 pagi. Bagi

memudahkan dalam mendapatkan data kajian ini, kami dibantu oleh penyelia taska tersebut,

iaitu Pn. Murniwati Abd. Wahab. Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah ini sangat

membantu dalam menyelesaikan penulisan terhadap kajian ini.

5.0 BATASAN KAJIAN

i. Kajian terbatas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar 4 tahun.

ii. Terbatas kepada golongan pelajar normal dari segi mental dan fizikal.

iii. Terbatas terhadap pelajar daripada latar belakang keluarga yang berpendidikan dan

bekerjaya.

6.0 TEORI PENDEKATAN

6.1 Teori Mekanis

Teori mekanis juga dikenali sebagai teori behaviurisme. Teori ini memandang bahasa

sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan

kesan. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas

organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku sebagai gerak balas. Teori mekanis

menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui

pengalaman daripada melalui otaknya. Ia tidak mementingkan peranan mental dan apa yang

perlu dikaji ialah data-data iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.

Teori mekanis juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala

penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama dari

Page 7: Full assignment

7

aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain sistem bunyi. Latihan dan latih tubi yang

kerap tidak boleh diabaikan.

Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting seperti bahasa diperolehi melalui proses

pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu

kebiasaan,bahasa adalah satu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi

rangsangan dan tindak balas iaitu perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang

boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Seterusnya bahasa adalah alat untuk

berhubung. Aspek lisan yang berupa percakapan sangat dipentingkan. Selain itu, teori

mekanis juga mementingkan ciri pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran.

6.2 Teori Mentalis

Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu

kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah sebagai

pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku

setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan

lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah proses yang berlaku dalam otak dan

saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori

ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak

dapat difahami itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran,

teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu.

Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah

mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dan perkara ini adalah semula jadi. Bahasa

Page 8: Full assignment

8

juga mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran di mana penguasaan bahasa ada

kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu, bahasa juga mempunyai ciri-ciri kesejagatan

dan kreativiti. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,

pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk

kebiasaan. Di samping itu, kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi

ia adalah satu percubaan hipotesis.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Persediaan Mengajar

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahap pendidikan : Pelajar Taska dan Tadika

Bilangan pelajar : 10 orang

Umur : 4 tahun

Masa : 10.15 pagi hingga 11.00 pagi (45 minit)

Tarikh : 6 November 2013.

Hari : Rabu

Tajuk : Belajar mengenal haiwan.

Kemahiran fokus : Mengenal nama haiwan

Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar dapat mengenal nama-nama haiwan yang

difokuskan.

Penggabungjalinan kemahiran: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran

psikomotor.

Penyerapan ilmu : Pendidikan moral

Page 9: Full assignment

9

Penyerapan nilai : Bijaksana, usaha tangga kejayaan dan nilai bekerjasama.

Alat bantu mengajar : Figurin (gambar-gambar) dan komputer riba.

7.2 Pendekatan Pengajaran

Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling

berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat

pembelajaran bahasa. Setiap penbdekatan itu harus mencerminkan satu pandangan

tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai

dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia

disimpan. Pendekatan harus mencerminkan satu teori bahasa atau satu teori

pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Terdapat dua jenis pendekatan yang digunakan oleh guru tadika tersebut semasa

mengajar pelajar empat tahun iaitu pendekatan induktif dan pendekatan komunikatif.

Pendekatan induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu

kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-

contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji dan menganalisa

sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum daripada data yang dikaji.

Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru menceritakan kisah

haiwan ‘Sang Kancil dengan Buaya’ dengan menayangkan gambar-gambar haiwan

tersebut kepada pelajar. Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan

Page 10: Full assignment

10

pengetahuan dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu

urutan pemikiran.

Pendekatan induktif bercirikan penggunaan pengantara deria untuk mendapatkan

pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke atas proses pengajaran

dan pembelajaran pelajar empat tahun, huru tersebut telah menggunakan deria

penglihatan pelajar dengan menunjukkan gambar haiwan yang ingin dipelajari. Di

samping itu, guru tersebut juga menggunakan deria mendengar pelajar dengan

mengulang-ulang nama haiwan yang ingin dipelajari. Pendekatan induktif juga

memerlukan kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu

kemahiran. Ciri seterusnya yang ditekankan dalam pendekatan induktif adalah

pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif. Pendekatan induktif juga

menekankan banyak kepada aspek lisan.

Prinsip penggunaan pendekatan induktif seperti satu strategi penyoalan haruslah

diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep-konsep dan

seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki. Contohnya berdasarkan

pemerhatian yang dilakukan, guru tersebut telah menanyakan pelajar “kaki Kancil

ada berapa?”. Soalan ini ditanya bagi membantu pelajar mengetahui bahawa Sang

Kancil mempunyai empat kaki. Prinsip lain yang boleh digunakan dalam pendekatan

induktif ialah guru harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan

pengajaran guru lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar

secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan guru

tersebut sememangnya menjalankan aktiviti –aktiviti yang menarik bagi menarik

perhatian pelajar antaranya ialah menunjukkan kisah Sang Kancil dengan Buaya di

Page 11: Full assignment

11

laptop, melaksanakan aktiviti mewarna gambar haiwan dan menyusun gambar-

gambar haiwan dan sebagainya.

Pendekatan komunikatif

Teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Tujuannya untuk

membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi.

Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar diberi peluang menggunakan bahasa

dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Contohnya guru meminta

pelajar menceritakan kembali kisah tersebut kepada pelajar lain sekali gus melihat

penguasaan bahasa yang digunakan oleh pelajar berkenaan. Berdasarkan pemerhatian

yang dilakukan, walaupun pengusaan bahasa murid masih di tahap yang lemah

namun murid tersebut cuba menggunakan bahasa yang baik dengan dibantu oleh

guru. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan komunikatif iaitu dialog jika digunakan

tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukannya untuk dihafaz, pengucapan bahasa

setakat untuk difahami sahaja seterusnya apa sahaja alat yang boleh membantu

pelajar-pelajar diterima asalkan ia sesuai dengan umur, minat dan sebagainya.

Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif pula menekankan aktiviti-aktiviti yang

pelbagai yang biasanya menarik minat pelajar dan secara tidak langsung mendorong

pelajar terlibat dalam aktiviti pelajaran itu secara aktif. Contohnya guru tersebut

menggunakan teknik menceritakan kisah haiwan dengan memaparkan cerita tersebut

di komputer riba.

Page 12: Full assignment

12

7.2 Proses/ Rancangan Pengajaran

Proses atau Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu:

7.3 Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru untuk

menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu Salleh (1988),

kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun

dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut mempunyai kemahiran dan latihan yang

terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan

untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula

merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun.

Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam bilik

darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera. Teknik juga

merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran

Page 13: Full assignment

13

guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut Kamarudin (2001), teknik mengajar

didefinisikan sebagai wadah yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran. Teknik

pengajaran mempunyai beberapa objektif. Antaranya seperti berikut:

a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang menarik minat murid-murid

dan untuk mengekalkan perhatian dan daya ingin tahu mereka.

b) Untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran.

Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

a) Teknik simulasi

Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan para peserta berinteraksi berdasarkan peranan masing-masing

bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Melalui

teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya

dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Kelebihan teknik ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan, selain itu dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang

menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses

pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga dapat memperluaskan pengetahuan dan

pengalaman murid-murid, dan murid mempunyai peluang untuk menjalankan pelbagai

aktiviti yang meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

Tujuan teknik ini digunakan ialah untuk menarik minat murid-murid ke arah

pengajaran yang dijalankan oleh guru. Selain itu guru dapat menimbulkan suasana yang

berfungsi untuk menilai dan menguji kemahiran murid-murid tanpa menghakis elemen

Page 14: Full assignment

14

realiti. Teknik ini juga bertujuan untuk mengesan pengetahuan murid-murid,

menggalakkan murid-murid secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis. Ia juga berfungsi

untuk mendorong muri-murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

b) Tunjuk cara (Demonstrasi)

Kaedah ini melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara di dalam teknik

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tunjuk cara ini melibatkan aktiviti penerangan dan

demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan, dan percubaan murid.

Sebelum demontrasi, guru perlu menyediakan topik, objektif, alatan, radas, dan tujuan

demonstrasi. Selepas demonstrasi mereka akan membincangkan bahagian demonstrasi

yang penting, tujuan, dan aktiviti pengukuhan.

Teknik ini mempunyai beberapa jenis iaitu model hidup, model simbolik, dan

model persepsi. Model hidup ialah contoh sebenar yang ditunjukkan kepada murid-murid

dalam sesi pembelajaran di dalam kelas seperti demonstrasi bermain alat muzik. Selain

itu model simbolik pula contoh yang diterangkan secara penulisan dan murid-murid akan

mengikut setiap langkah yang sudah disenaraikan oleh guru. Akhir sekali model persepsi

ialah contoh yang ditunjukkan melalui video. Sebagai contoh ialah pergerakan tubuh

badan semasa menari dan pola langkah dalam tarian tersebut.

c) Eksplorasi penemuan

Eksplorasi dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu. Sudah menjadi lumrah

manusia yang mempunyai sifat ingin tahu. Bagi memenuhi keinginan ini mereka sentiasa

ingin menerokai sesuatu yang baru. Kaedah ini sangat bersesuaian untuk

mengembangkan sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan

penyelesaian masalah. Kaedah eksplorasi penemuan merupakan aktiviti yang dapat

Page 15: Full assignment

15

meransang pembelajaran murid. Murid-murid akan memperoleh maklumat berdasarkan

hasil penyelidikan sendiri yang melibatkan proses pertanyaan, mencari, menjalankan

kajian, dan penyelidikan sendiri.

Eksplorasi mengandungi proses seperti mengenali masalah, mengkaji ramalan,

mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. Kaedah atau teknik

eksplorasi ini dikendalikan mengikut urutan aktiviti yang dilakukan bagi mencari dan

menyelesaikan sesuatu masalah atau fenomena yang telah dirancang. Berikut ialah urutan

dan langkah aktiviti yang teknik eksplorasi adalah seperti berikut:

a) Pemerhatian

b) Pengelasan

c) Membuat ramalan

d) Uji kaji

e) Merekod, melabel, dan melapor

f) Pentafsiran dan pengaman

Dalam pelaksanaan aktiviti ini guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau alat bantu

pengajaran. Sudah memadai penggunaan sumber-sumber biasa seperti buku teks, gambar, atau

bacaan tambahan untuk kaedah ini. guru perlu menerangkan secara terperinci kepada murid-

murid mengenai sumber yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau data. Guru juga boleh

menggunakan sumber komuniti yang melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling.

d) Memberi Arahan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dikaitkan dengan kemahiran guru untuk memberi

arahan di dalam kelas. Kemahiran ini dianggap penting kerana guru perlu bijak memberi arahan

Page 16: Full assignment

16

supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Arahan guru tersebut haruslah jelas, tepat,

dan mudah difahami oleh murid-murid. Beberapa panduan telah ditetapkan untuk menjamin

arahan yang diberikan jelas dan mudah difahami.

a) Arahan yang diberikan pada mula ditulis, hal ini demikian bertujuan untuk

memudahkan murid-murid mengingati arahan yang diberikan.

b) Jika arahan yang diberikan terlalu banyak, guru perlu membuat demonstrasi atau

penerangan yang lebih terperinci.

c) Laras bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian supaya murid dan memberi

tumpuan sepenuhnya.

d) Menguji tahap kefahaman murid-murid dengan bertanyakan soalan kepada murid-

murid tersebut, dan minta penjelasan ringkas mengenai arahan yang diberikan.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang

dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan ativiti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat,

dan diulang-ulang akan membuatkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan

tugasan.

e)Program Cahayaku

Secara umumnya, konsep pembelajaran Cahayaku menekankan perkembangan EQ (emotional

quality) dan IQ (intellectual quality). Konsep ini wujud berdasarkan 7M, iaitu main, membaca,

mengira, menulis, mewarna, mengeja, dan moral. Sistem ini menggabungkan tiga teknik

mengajar secara serentak, iaitu mimik untuk guru, Iqra’ untuk ibu bapa, dan latih tubi untuk guru

dan ibu bapa. Cahayaku menggalakkan kanak-kanak membaca dengan sendiri apabila corak

susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini akan

Page 17: Full assignment

17

menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca di samping menerapkan sifat mulia yang lain pada

masa yang sama.

Cahayaku seperti program yang lain juga yang mempunyai keistimewaannya yang

tersendiri berdasarkan ciri yang dimilikinya. Program ini jelas cirinya dengan adanya dua buah

buku bacaan dan tiga buah buku latihan digunakan dalam proses pembelajaran. Apabila pelajar

diajar, perkataan perlu disebut secara automatik dalam bahasa baku. Dengan kaedah ini, pelajar

tidak berasa terbeban dan membosankan semasa belajar sekali gus membentuk minat membaca

dalam kalangan pelajar. Kaedah ini jelas dapat mengesan kelemahan antara pelajar dan guru

melalui penilaian bagi setiap pembelajaran.

Program Cahayaku sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan oleh guru dalam proses

pembelajaran pelajar, malah ibu bapa juga boleh menerapkan kaedah ini dalam membantu guru

mendidik pelajar di rumah. Dengan kaedah ini, mereka tidak perlu mengeja perkataan tersebut,

sebaliknya hanya bunyikan perkataan. Dalam masa sesingkat dua hingga lima minit latihan

bersama ibu bapa sehari, pelajar akan lebih cepat memahami suku kata perkataan. Ibu bapa perlu

memastikan bahawa guru-guru yang mengajar mempunyai sijil Cahayaku yang sah kerana guru-

guru tersebut telah mengikuti kursus sistem Cahayaku dan memahamu cara-cara mengajar

dengan menggunakan buku Cahayaku.

Secara keseluruhannya atau ringkasannya, program cahayaku ini dapat dikatakan sebagai

satu teknik untuk perkembangan IQ (minda) serta pemerolehan kefahaman secara drastik. Selain

itu, program ini sebagau satu teknik untuk guru-guru mengesan dan menyelamu jiwa pelajar di

samping untuk guru mengesan kesan diri sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada

pelajar, iaitu melalui interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Program ini jelas dapat

Page 18: Full assignment

18

melahirkan kanak-kanak atau pelajar ke arah generasi yang dinamik dan membentuk modal insan

yang lebih berpengetahuan.

7.4 Saranan Pengajaran

Pengajaran berkualiti telah dibincang sejak dulu lagi, hingga hari ini isu ini masih dibangkit.

Pelbagai model dan saranan yang telah dikemukakan bagi menjamin kualiti pendidikan terus

meningkat. Sesetengah inovasi lebih bersifat fizikal dan material semata-mata serta kurang

menyentuh soal dalaman guru dan pelajar sebagai manusia pengajar dan pelajar ( Yahya Othman

et. al, 2009). Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah tamadun manusia.

Perkembangan tamadun ini memerlukan perubahan besar dalam sistem pendidikan. Pengajaran

yang berkualiti juga dikaitkan dengan persoalan iaitu kualiti pengajaran secara teori dan ilmu

semata-mata atau kepercayaan? Hal ini turut dijelaskan oleh Roselan Baki (2003) jika amalan

pengajaran berdasarkan ilmu dan teori, maka proses dan prosedur perlaksanaannya empiris,

sistematik, tekal, dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebaliknya jika pertimbangan pengajaran

banyak dipengaruhi pengalaman dan kepercayaan semata-mata, maka guru akan sering bertemu

ketidaktentuan dan kecelaruan.( dlm Yahya, 2009).

Kini sudah tiba masanya guru beralih kepada pengajaran secara santai. Hal ini demikian

kerana, selama ini penilaian terhadap pengajaran berkualiti dinilai dari sudut fizikal dan material.

Seharusnya aspek emosional dan psikologi diberi penekanan sewajarnya. Industri pengajaran

turut dianggap sebagai industri perniagaan, kerana bidang memberi perkhidmatan kepada

pelanggan iaitu guru dan murid. Dengan penerapan model-model dan alat bantu mengajar yang

sesuai sesi pengajaran dapat dilakukan dalam keadaan yang seronok. Kebanyakan guru-guru

enggan melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana dianggap tidak bersungguh-

Page 19: Full assignment

19

sungguh dalam melaksanankan tugas mereka sebagai guru. Hakikatnya murid-murid tidak dapat

memahami kepentingan ilmu itu walaupun kepentingan ilmu sudah diterangkan oleh guru.

Teknik dalam pengajaran perlu diperbaharui supaya pembelajaran di dalam kelas lebih bersifat

aktif.

Selain itu guru harus didedahkan dengan ilmu kemanusiaan supaya lebih peka dengan

kehendak pelajar yang diajar. Guru perlu didedahkan dengan konsep penguasaan ilmu menerusi

pancaindera. Peranan otak juga perlu diberi pendedahan oleh guru supaya ilmu yang

disampaikan akan dapat digarap dengan berkesan. Ilmu ini juga secara positif membuat guru

lebih memahami pelajar daripada pelbagai latar belakang. Berdasarkan kajian Dr Ornstein (dlm

R. Jeyagobi: 2007), otak manusia berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk

beta, alpha, theta, dan delta. Gelombang ini mengikut aktiviti seharian yang dilakukan atau

perasaan yang dialami oleh individu tersebut.

Kini guru lebih didedahkan cara untuk mendekatkan diri dengan murid-murid atas aspek

memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran. Pelbagai saranan yang telah diberi untuk

menaiktaraf kedudukan pendidikan di Malaysia. Oleh itu usaha yang perlu dicapai ialah

memupuk hubungan antara guru dan pelajar. Tanpa pemupukan ini, pembelajaran tidak akan

berlansung dengan seronok. Murid-murid juga hanya memandang remeh ilmu yang disampaikan

oleh guru walaupun kepentingan ilmu tersebut sudah dijelaskan. Teknik penyampaian yang

berkesan ialah dengan menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan pemikiran pelajar yang

suka kepada keseronokan. Tiada lagi perasaan terpaksa untuk mengikuti sesi pembelajaran,

malah pelajar akan lebih menghargai ilmu yang telah disampaikan.

Page 20: Full assignment

20

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya sebuah proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kekreatifan guru-guru

sebagai penyampai ilmu. Tanpa elemen ini kelas yang sedang berjalan hanya sebuah kelas yang

tidak berfungsi. Pembelajaran di dalam seharusnya aktif supaya komunikasi guru dan murid

berjalan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murif-murid. Menyampaikan ilmu merupakan

tugas utama guru memandangkan tugas mereka sendiri merupakan pendidik, namun begitu tugas

guru bukan sekadar mengajar di hadapan begitu buku teks semata-mata. Tugas pendidik lebih

mencabar kerana peredaran zaman memerlukan guru-guru yang mempunyai kriteria berkualiti,

lebih aktif dan bijak mengendalikan murid-murid.