Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM...

14

Click here to load reader

description

PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA

Transcript of Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM...

Page 1: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

1

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH

PERTAMA

Rian Vebrianto Kamisah Osman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini membincangkan tentang bagaimana seorang pendidik khasnya seorang guru dapat membuat media pengajaran. Media pengajaran yang dimaksud merupakan modul dan multimedia dalam pembelajaran alam sekitar (Biologi). Modul merupakan bahan belajar kendiri bercetak dalam bentuk teks sedangkan multimedia merupakan perpaduan interaktif dari pelbagai media seperti video, audio, foto, grafik, animasi dan teks yang digabungkan secara terintegrasi dan interaktif. Dalam era teknologi canggih seperti sekarang ini, multimedia interaktif mempunyai potensi yang sangat besar untuk digunakan dalam pembelajaran. Begitu juga dengan modul yang berbentuk teks memiliki peranan dalam meningkatkan pemahaman kepada pelajar. Secara umum, langkah-langkah pembangunan multimedia dan modul pembelajaran interaktif alam sekitar ini terdiri dari; analisis keperluan, pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan, serta pengemasan. Ada beberapa perkara yang berbeza antara pembangunan modul dan multimedia meskipun secara umum kedua-duanya sama. Kajian ini mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 8 subtajuk pembahasan. Dari kajian ini diharapkan dapat membantu pendidik dalam mengembangkan media pengajaran yang lebih berkualiti, efektif dan bervariasi sehingga membantu meningkatkan pemahaman kepada pelajar dan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Kata kunci: Media pengajaran, pengembangan modul, pengembangan multimedia dan alam sekitar

Page 2: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

2

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu proses yang berlaku dalam suasana yang teratur dan sangat tersusun biasanya dalam bentuk langkah demi langkah dengan maklumbalas dilakukan antara langkah-langkah tersebut (Percival dan Elington 1994). Latihan yang ingin disampaikan kepada mereka mestilah dalam bentuk yang tersusun dan sistematik sesuai dengan keupayaan pelajar. Selanjutnya Yusup dan Razaimah (1993) mengemukakan bahawa modul pembelajaran dikenali sebagai satu koleksi pengalaman pembelajaran yang terancang dan tersusun biasanya dalam bentuk pembelajaran kendiri untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa beberapa jam ataupun minggu.

Modul pembelajaran dikenali dengan pelbagai nama lain seperti pakej kegiatan, pakej pembelajaran individu. Jamaludin (2002) modul menawarkan pakej pembelajaran lengkap yang terdiri daripada maklumat-maklumat yang membolehkan pembaca atau pelajar memperolehi pengetahuan atau kemahiran baru dalam subjek yang dibentuk, begitu juga dengan multimedia, Perkembangan yang terjadi terutama dalam perkembangan multimedia interaktif sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Multimedia interaktif merupakan gabungan dari pelbagai media seperti video, audio, foto, grafik, animasi, dan teks yang dibuat secara terintegrasi (Koesnandar 2006; McLaughlin 2008; Attwood et al. 2005).

Guru atau para pendidik sentiasa berusaha untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dari semasa ke semasa. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul dan multimedia merupakan salah satu pengajaran terancang yang boleh digunakan untuk kaedah pengajaran individu yang mana isi kandungan pengajaran disampaikan sedikit demi sedikit atau dengan menggunakan langkah-langkah khusus bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pengajaran menggunakan modul dan multimedia merujuk kepada satu kaedah pengajaran yang menggunakan pengajaran kendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan secara individu, berkelompok atau bersama-sama guru (Shaharom 1995). Modul dan multimedia boleh berdiri sendiri untuk membolehkan pelajar sendiri mengikut keperluan dan kadar pembelajarannya secara individu. Menurut Jamaludin (2002) teknik pembinaan modul secara amnya adalah serupa dengan penyediaan sesuatu unit pelajaran. Perbezaannya hanyalah dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Teknik penyediaan modul umumnya serupa dengan penyediaan sesuatu unit pelajaran (Clark & Starr 1986). Menurut Clark dan Starr (1986) dan Koesnandar (2006), sesuatu modul dan multimedia mengandungi: (i) Tajuk, (ii) Rasional, termasuk objektif dan kepentingan mempelajari tajuk, (iii) Objektif-objektif khas yang dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang ditujukan kepada pelajar, (iv) Arahan yang perlu diikuti oleh pelajar semasa melengkapkan modul dan multimedia, (v) Bibliografi, (vi) Bahan-bahan pengajaran yang disediakan bersama modul dan (vii) Bahan-bahan ujian kendiri dan bahan-bahan penilaian lain, termasuk ujian pra dan ujian pasca.

Page 3: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

3

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penting untuk merancang bahan-bahan kursus yang dapat melayani keperluan individu sekaligus mempromosikan konsep belajar. Oleh kerana itu, sangat penting dalam merancang dan merekabentuk modul baik dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk multimedia dipandu oleh teori pendidikan. Walaupun perekabentuk multimedia instruksional telah dapat memberikan sejumlah besar maklumat yang terbukti dapat membantu memberikan pemahaman kepada pelajar dan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Tugas yang tidak mudah untuk membuat dan memproduksi bahan-bahan multimedia dan bercetak yang berkesan kerana kurangnya atau belum berkesan model rekabentuk praktis dalam menyusun dan merancang modul baik dalam bentuk bercetak mahupun multimedia. Dalam kertas kerja ini pengkaji akan cuba menjelaskan alasan menggunakan media pengajaran, bagaimana menyusun dan merancang serta membangun modul, dan bagaimana modul tersebut mudah difahami oleh pelajar.

PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN MODUL BERCETAK DAN PERISIAN MULTIMEDIA

Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia kita perlu melakukan analisis perancangan. Perancangan dalam sebuah modul menurut Gde Putu Arya Oka (2007) haruslah mempertimbangkan beberapa perkara antaranya :

1. Cara belajar audien atau pelajar. 2. Ciri dan budaya personal dari populasi yang dijadikan sasaran. 3. Ciri dari setiap komponen multimedia yang digunakan. 4. Kelebihan dan kekurangan dari setiap komponen (teks, grafis, suara, animasi, video). 5. Ciri yang tidak boleh dipisahkan dari tiap-tiap bahan yang disajikan (perlakuan

yang berbeza antara mata pelajaran). 6. Pentingnya interaktif dan penglibatan aktif pengguna. 7. Keperluan tersedianya suatu virtual enviromental (lingkungan belajar virtual) seperti web

base application.

Dalam merekabentuk (pembangunan modul dan multimedia), ada beberapa model yang telah dikembangkan diantaranya: 1). Model ADDIE banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan teknologi atau media pendidikan. Terdapat lima peringkat yang berkaitan dengan model ini iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian, 2) Model Hanaffin & Peck mempunyai tiga fasa melibatkan proses penilaian dan penyemakan semula bagi tujuan penambahbaikan. Fasa-fasa tersebut terdiri dari fasa pemerhatian, fasa rekabentuk dan fasa pembangunan, 3) Model Dick & Carey terbahagi kepada sepuluh fasa seperti: mengenalpasti objektif keseluruhan, menganalisis objektif, menganalisis ciri-ciri tingkah laku pelajar, menerangkan tentang objektif kebolehupayaan yang diperlu dicapai, membina instrumen, merancang strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran, menentukan bahan bantu mengajar yang akan digunakan, penilaian formatif (semasa P&P), mengubahsuai atau menambahbaik rancangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian sumatif (dijalankan bagi menguji keberkesanan media) model-model lainnya diantaranya: model Knirk and Gustafson Design Model, Jerrold/Kemp Design Model , Gerlach and Ely Design Model,

Page 4: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

4

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Rapid Prototyping Design Model (Gagne et al 2005; Dick dan Carey 2005; dan Qureshi Elena : 2004 ) .

Menurut kajian yang dilakukan oleh Koesnandar (2006) terdapat beberapa langkah dalam pembangunan multimedia iaitu: analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan topik (tajuk), penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan produksi, evaluasi (penilaian) dan revisi (penambahbaikan) serta pengemasan. Namun begitu menurut kajian yang dilakukan oleh McLaughlin (2008) dan Attwood et.al. (2005) menyatakan bahawa perlu adanya gabungan pakar multimedia yang sesuai dengan bidang yang dikaji untuk memastikan supaya bahan yang diajarkan lengkap dan tidak ada yang terlewat serta dapat menjelaskan kepada pelajar secara nyata. Reis (2007) menyatakan dalam pengembangan konsep pengembangan multimedia mengambil evolusi model yang menyajikan kegiatan untuk konstruksi kerangka berupa: (1) identifikasi persyaratan dari domain system, (2) spesifikasi komponen, (3) rekabentuk komponen dan (4) implementasi dan pengujian komponen. Dari kajian-kajian ini dapat diketahui dalam pembangunan suatu modul multimedia perlu adanya perancangan, penyusunan, pelaksanaan, penilaian dan pengemasan (penyusunan kembali).

Pengkaji mengembangkan perpaduan dari beberapa model yang ada iaitu: analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta pengemasan. Langkah-langkah tersebut dapat dilihat pada rajah 1 berikut:

Rajah 1. Rekabentuk multimedia dan modul

Analisis Keperluan

Pemilihan Tajuk

Pembuatan Garis Besar

Penulisan Naskah

Pelaksanaan Pembuatan

Implementasi

Penilaian dan Penambahbaikan

Pengemasan

Page 5: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

5

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

1). Analisis Keperluan Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia yang baik dapat menjawab keperluan pemakai (responden). Untuk lebih mudahnya di bawah ini senarai rajah 2 .

Rajah 2. Alur analisis keperluan 2). Pemilihan Tajuk Pada amnya semua tajuk yang ada pada kurikulum dapat disajikan dengan menggunakan multimedia mahupun modul. Yang terpenting bukan tajuk apa yang boleh dimediakan namun bagaimana penyajian tajuk tersebut secara sederhana, jelas, menarik dan mudah dipahami. Untuk lebih mudahnya dapat dilihat pada senarai rajah 3 alur pemilihan tajuk di bawah ini.

Rajah 3. Alur pemilihan tajuk

3). Pembuatan Garis Besar Dalam pembuatan garis besar berguna bagi kita untuk melihat cakupan (keluasan dan kedalaman) bahan. Dengan peta atau kerangka bahan kita dapat menentukan seberapa luas atau mencakup apa saja bahan yang akan dibincangkan, dan seberapa mendalam pembahasan dilakukan. Semakin terperinci kita kembangkan ranting peta bahan maka semakin dalam bahasan bahan kita yang biasanya dibuat dalam bentuk peta konsep atau dalam bentuk jadual.

Identifikasi masalah

Rumusan penyelesaian alternatif

Pembuatan media

Bahannya penting sesuai kurikulum dan tidak cepat berubah

Esensial

Abstrak susah difahami,susah dijelaskan , tidak tersedia media yang sesuai

Susah

Tentukan Tajuk

Page 6: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

6

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

4). Penulisan Naskah Berdasarkan garis besar yang telah di susun, kemudian menulis naskah media atau modul tersebut. Naskah merupakan cetakan biru untuk media yang akan dibuat. Selain bahan, naskah berisi petunjuk-petunjuk teknik untuk memprogramkan, penyediaan gambar, suara, animasi, simulasi dan lainnya. Naskah multimedia biasanya lebih rumit daripada naskah buku atau makalah. Ini adalah kerja yang susah, kerana pada naskah multimedia, anda harus memikirkan semua aspek pembelajaran, bahan, interaktif, petunjuk teknik dan lainnya. Perhatikan rajah 4. alur penulisan naskah. Contoh flowchart branching Rajah 4. Alur penyusunan naskah 5). Pelaksanaan Produksi (Pembuatan) Setelah menyelesaikan naskah, kemudian kepada kegiatan produksi (pembuatan). Kegiatan ini mencakup pembuatan rancangan tampilan, pembuatan gambar atau grafik, pembuatan animasi, penulisan teks, pengisian suara, pengisian musik dan lainnya. Pelaksanaan produksi biasanya dilakukan oleh satu kumpulan kerja sesuai dengan kepakaran dan kemampuan masing-masing. Berbeza dengan modul, kita hanya perlu sesuaikan antara tulisan dan gambarnya, perkara ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pembuatan multimedia.

Dalam pelaksanaan produksi multimedia, apabila naskah ditulis oleh orang lain, ada baiknya sebelum memulakan produksi dilakukan script conference. Script conference adalah pertemuan antara penulis naskah dengan produser dan ahli kumpulan kerja produksi untuk membahas segala sesuatu yang berkaitan dengan naskah baik pengembangan ide, memberitahukan bahan, masalah-masalah teknik, punca bahan dengan membuat story board. Perhatikan jadual 1. Contoh strory board multimedia dibawah ini:

Mulai

Menu

Bahan 1

Test Test Test

Bahan 2 Bahan 3

Page 7: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

7

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Jadual 1. Contoh story board multimedia

6). Implementasi Peringkat implementasi melaksanakan semua perancangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dibina pada peringkat rekabentuk dan pembangunan tadi. Pada peringkat ini pengkaji memastikan pelajar memahami isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan serta melaksanakan semua arahan kerja yang diberikan dengan baik. 7). Penilaian dan Penambahbaikan Peringkat penilaian dibahagikan kepada dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif yakni semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun penilaian yang dijalankan di antara setiap peringkat model tadi. Tujuan utama penilaian formatif ini dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan untuk penambahbaikan arahan dan isi kandungan rancangan pengajaran dan pembelajaran sebelum sesi terakhir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan setelah berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Maklumat yang diperolehi hasil daripada penilaian sumatif yang dijalankan digunakan bagi menilai dan membuat keputusan akan isi kandungan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibina bersesuaian atau sebaliknya. 8). Pengemasan Pada fasa ini setelah dilakukan penilaian secara formatif dan sumatif maka dibina kembali rekabentuk yang sempurna guna membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

TEKNIK MEMUDAHKAN PELAJAR MEMPELAJARI DAN MEMAHAMI MODUL DAN MULTIMEDIA

Bahan belajar modul bercetak dan multimedia merupakan bahan belajar utama yang dikembangkan oleh sebagian besar institusi atau lembaga penyelenggara untuk digunakan membelajarkan kepada pelajar. Modul dan multimedia tidak hanya berisikan bahan pembelajaran (self-contained) tetapi juga memuat pelbagai petunjuk atau penjelasan tentang cara-cara mempelajari modul dan multimedia tersebut. Modul dan multimedia yang baik juga memberikan

No Nama Halaman

Visual Audio/Narasi Keterangan

Navigasi

1 Halaman utama

Selamat datang di Multimedia Biologi lingkungan untuk kelas VII SMP

Selamat datang di Multimedia Biologi lingkungan untuk kelas VII SMP

Close

Page 8: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

8

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

tempat bagi pelajar untuk melakukan penilaian sendiri mengenai kemajuan belajarnya (learning guides and steps). Selama mempelajari modul dan multimedia pelajar sentiasa dimotivasi untuk terus menerus aktif mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan, tugas dan ujian. Maklumbalas terhadap hasil pekerjaan pelajar juga terdapat di dalam modul dan multimedia. Petunjuk atau penjelasan yang terdapat dalam modul dan multimedia dimaksudkan untuk membantu mempermudahkan pelajar dalam mempelajari dan menguasai bahan pembelajaran (Siahaan 2006; Koesnandar 2006; McLaughlin 2008; dan Attwood et al. 2005).

Dengan mengetahui teknik ini diharapkan dapat membantu memberi panduan kepada penulis atau calon penulis modul dan pereka bentuk multimedia atau seseorang yang berminat untuk mempelajari cara-cara merumuskan petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul. Memang masih ada beberapa topik lainnya yang membahas tentang cara-cara membantu mempermudah pelajar mempelajari modul dan multimedia iaitu antara lain perancangan dan penggunaan ilustrasi yang memadai (Purwanto 2000), penggunaan bahasa yang komunikatif (Inten 2000), penggunaan kalimat yang sederhana (Haryono 2001), penggunaan contoh (Rahardjo 2001). Fokus bahasan dalam kajian ini terbatas pada cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul sehingga dapat membantu mempermudah pelajar mempelajari modul. Sekalipun memang keterlibatan aspek mental sangat besar dalam mempelajari modul dan multimedia ini, namun aspek fisik juga tidaklah dilupakan (Andamsari 2000) serta cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul dan multimedia merupakan salah satu upaya dalam memotivasi dan mendorong pelajar untuk aktif mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan dan tes (Siahaan 2007). Perumusan cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul dinilai sangat penting dalam menentukan keberhasilan pelajar belajar. Terlebih lagi apabila modul dan multimedia ini ditujukan kepada pelajar sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Esensi kegiatan belajar yang demikian inilah yang harus diperhatikan benar-benar oleh penulis modul.

Apabila pelajar berada di sekolah rendah dan menengah yang ditargetkan sebagai sasaran

yang mempelajari modul, menurut Siahaan (2006) bahawa di samping cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul yang dirumuskan secara sederhana dan jelas, maka modul dan multimedia hendaknya juga menggunakan: (1) Banyak ilustrasi (kaya dengan ilustrasi), (2) Kalimat-kalimat sederhana, (3) Contoh-contoh yang memperjelas huraian bahan pelajaran, dan (4) Titian belajar (dimulai dengan uraian meteri pelajaran yang lebih mudah). Aspek teknik yang juga penting adalah yang berkaitan dengan penampilan modul dan multimedia. Menurut Siahaan (2007), panduan menulis modul dan merekabentuk multimedia agar membantu mempermudah pelajar dalam mempelajarinya. Perkara yang terpenting ialah dalam perumusan cara-cara atau petunjuk dalam mempelajari modul dan multimedia tersebut. Berikut ini dikemukakan beberapa tujuan dirumuskannya cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah di dalam modul iaitu:

a) Memotivasi pelajar untuk mempelajari ulang bahan pembelajaran yang baru saja selesai dipelajari.

b) Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk lebih memantapkan pemahamannya tentang perkara mustahak yang telah diuraikan.

Page 9: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

9

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

c) Memotivasi pelajar agar tergerak hati dan fikirannya untuk berkongsi pengetahuan atau pendapatnya dengan orang lain.

d) Menggugah hati dan pemikiran pelajar untuk menggali berbagai sumber (referensi) yang berkaitan dengan bahan pelajaran yang sedang dipelajari sehingga dapat memperluas wawasannya.

e) Memotivasi pelajar untuk melakukan semakan kajian (review) terhadap bahan pembelajaran yang telah selesai dipelajarinya.

f) Memotivasi pelajar untuk melakukan kegiatan praktikal.

HASIL PEMBANGUNAN MODUL KAJIAN Dalam kajian ini pengkaji mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 4 tajuk dengan 8 sub tajuk pembahasan. iaitu: 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem (haiwan dan tumbuhan langka), 3. Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan lingkungan.

Secara garis besar panduan pembuatan multimedia dapat dilihat juga pada rajah 5 mengenai rekabentuk penyusunan modul. Selain daripada panduan garis besar, dalam menu utama multimedia yang dikembangkan terdapat 6 komponen kerangka iaitu: 1. Objektif pembelajaran, 2. Petunjuk penggunaan, 3. Bahan, 4. Kesimpulan, 5. Kuis, 6. Definisi istilah, 7. Permainan (game) (Rajah 6). Setiap unit dalam tampilan menu ataupun tambilan multimedia dijelaskan di bawah ini:

1) Objektif pembelajaran: Unit ini menjelaskan apa yang harus pelajar miliki setelah mengikuti proses P & P.

2) Petunjuk penggunaan: Memperkenalkan prosedur dan syarat dalam menggunakan modul pembelajaran ini.

3) Bahan: menjelaskan tajuk yang dipelajari iaitu 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem, 3. Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan lingkungan. Pada pembelajaran ini pelajar dapat membezakan komponen penyusun ekosistem, peranannya dalam ekosistem, haiwan dan tumbuhan langka dan pengaruh kepadatan populasi manusia dan bagaimana pengaruh terhadap persekitaran yang disebabkan oleh manusia (Rajah 7).

4) Kesimpulan: Di sini dijelaskan kembali apa yang telah mereka pelajari dan diberikan penekan bahan kunci dalam memahami pelajaran yang di berikan.

5) Kuiz: Ada dua unit yang dikembangkan dalam kuis ini iaitu dalam bentuk soalan objektif dan memasangkan, diharapkan pelajar dapat lebih memahami dan mengimplementasikan apa yang telah di pahami dalam P & P (Rajah 8).

6) Definisi istilah (Glossary): pelajar dapat mencari makna istilah dalam pembelajaran alam sekitar sehingga dapat lebih memahami proses P & P.

7) Permain: Di sini pelajar bermain sambil belajar dengan mengisi teka teki sains yang berisikan konsep-konsep tentang pembelajaran lingkungan (Rajah 9).

Page 10: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

10

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Rajah 5. Rekabentuk pembangunan multimedia

Pembelajaran lingkungan

Objektif pembelajaran

Definisi Istilah

Kesimpulan

Bahan/Tajuk

Petunjuk penggunaan

Permainan

Kuiz

Ekosistem

Haiwan dan Tumbuhan Langka

Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar

Pencemaran dan kerusakan lingkungan

Soalan objektif

Memasangkan

Teka-teki silang

Komponen Biotik dan abiotik

Saling ketergantungan antara komp .MH

Hewan & tumbuhan Langka

Dampak terhdp Lngkngn

Masalah dan penanggulangan

Penebangan hutan

Macam-macam pencemaran dan dampaknya

Kegiatan berwawasan lingkungan

Rajah 6. Tampilan menu utama

Page 11: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

11

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Rajah 7. Salah satu bagian dari gambaran bahan dan kuiz

Rajah 8. Salah satu bentuk aktiviti kuis memasangkan

Rajah 9. Teka teki sains

Page 12: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

12

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Perbincangan

Multimedia ini ditampilkan pada bulan Februari dan Mac pada tahun 2010 di Pekanbaru Indonesia untuk mendapatkan maklumbalas dari pensyarah, guru dan pelajar mengenai multimedia yang telah dibuat. Pengkaji melakukan kajian tinjauan untuk melihat tanggapan dari multimedia yang telah direkabentuk berdasarkan kajian Chuang

dan Yang (2005). Dalam kajian

ini, 60 pelajar dan 10 orang gabungan guru dan pensyarah dipilih sebagai sampel eksperimen. Isi penilaian terhadap multimedia ini seperti; rekabentuk menu utama, isi kandungan bahan modul, animasi grafik, bahasa dan efek suara, sistem pengoperasian, rekabentuk permainan dan efek umum. Survei menunjukkan bahawa pelajar memberi nilai sangat tinggi untuk rekabentuk secara umum sementara pensyarah atau guru tertarik dengan rekabentuk dari isi kursus. Lebih dari 90% dari pelajar dan guru memberikan tanggapan positif terhadap multimedia pembelajaran alam sekitar dan 95% (n=57) pelajar sukai pembangunan multimedia ini (Jadual 1).

Jadual 1. Hasil penilaian rekabentuk pembanguanan multimedia

Komponen Pelajar (60) Guru dan Pensyarah(10)

Total

Rekabentuk tampilan menu utama

Sangat suka 45 (75.00%) 8 (80%) 53 (75,71%) Suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12 (17,14%) Tidak suka 5 (8.30%) 0(0.0%) 5 (7,15%)

Isi kandungan bahan modul

Sistematik dan mudah 42 (70.00%) 7 (70%) 49 (70.00%) Dapat dilakukan 12 (20.00%) 3 (30%) 15 (21,40%) Susah difahami 6 (10.00%) 0(0.0%) 6 (8,60%)

Grafik animasi

Hidup 46 (76,70%) 6 (60%) 52 (74,30%) Sesuai 13 (21,70%) 4 (40%) 17(24,20%) Membosankan 1 (1,60%) 0(0.0%) 1 (1,50%)

Bahasa dan efek bahasa

Jelas 50 (83,30%) 9 (90%) 59(84,30%) Sesuai 6 (10.00%) 1 (10%) 7 (10.00%) Ramai/bising 4 (6,70%) 0 (0%) 4 (5,70%)

Rekabentuk pengoperasian

Mudah 46 (76,70%) 9 (90%) 55(78,60%) Sesuai 6 (10%) 1 (10%) 7(10.00%) Rumit 8 (13,30%) 0(0.0%) 8(11.40%)

Rekabentuk permainan dan soalan

Sangat suka 30 (50.00%) 4 (40%) 34(48.60%) Suka 20 (33,30%) 4 (40%) 24(34,30%) Tidak suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12(17.10%)

Efek umum Sempurna 55 (91,70%) 9 (90%) 64(91,40%) Baik 3 (5,00%) 1 (10%) 4 (5,70%) Buruk 2 (3,30%) 0(0.0%) 2 (2,90%)

Page 13: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

13

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Untuk menguatkan data kajian ini, maka pengkaji melakukan temubual kepada 3 orang guru, 2 orang pensyarah dan 5 orang pelajar secara rawak. Didapati hasil temubual bahawa guru dan pensyarah bersetuju bahawa modul ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran alam sekitar dan dapat diimplementasikan dalam P&P, manakala menurut pelajar bahawa pembelajaran dengan menggunakan modul ini akan dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar sehingga pelajar dapat lebih memahami bahan yang diajarkan.

Dari kajian ini dalam membangun sebuah modul dan multimedia merupakan perpaduan dari beberapa model yang ada iaitu analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta pengemasan. Dalam pembangunan modul perlu juga memperhatikan perkara-perkara perancangan modul yang harus ada dalam sebuah modul dan tidak lupa pula memperhatikan teknik penyajian multimedia untuk memudahkan pelajar dalam mempelajari dan memahami modul dan multimedia tersebut.

RUJUKAN

Andamsari. 2000. “Aktivitas Belajar dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan

Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan. Attwood, et al .2005. Report on the EMBER project – a European Multimedia Bioinformatics

Educational Resource . journal BEE-j Volume 6: November 2005 Chuang

L.Y dan Cheng-Hong Yang . 2005. The Development of Multimedia Courseware for

Biotechnology. International Journal of The Computer, the Internet and Management Vol. 13.No.3.

Clark, L.H. & Starr, I.S. 1986. Secondary and Middle School Teaching Methods. Edisi ke-5.

New York: MacMillan. Dick, W, carey, &carey, J .O. 2005. The Systematic Design of Instruction. Sixth edition . Boston

: pearson Elena Qureshi.2004. Instructional Design Models.

Http://web2.uwindsor.ca/courses/edfac/morton/instructional_design.htm Gagne, R, M. Wager, W., W., Golas & keller. 2005. Principles Of Instructional Design. Fifth

edition . Singapore: Wadswort Thomson learning Inc.

Page 14: Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

14

I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.

Haryono, Anung. (2001). Self-learning Bahanals (Module): The Concept and Format. Module. Presented in the training on “Self-Learning Bahanals Development”, conducted by SEAMEO SEAMOLEC under the sponsorship of Japan-ASEAN Solidarity through ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO SEAMOLEC.

Inten, Wayan. 2000. “Penggunaan Bahasa dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan

Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan. Jamaludin Ahmad. 2002. Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul program maju

diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah negeri Selangor. Tesis Dr. Fal. Universiti Putera Malaysia.

Koesnandar, A. 2006. Pengembangan Software Pembelajaran Multimedia Interaktif. Jurnal

Teknodik 18: 75-88 McLaughlin, J & Daniel A. Arbeider . 2008. Evaluating Multimedia-Learning Tools Based on

Authentic Research Data That Teach Biology Concepts and Environmental Stewardship. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 8(1)

Percival, F. & Elingtof,, H. l. 1994. Buku Panduan Telytologi Pendidikan Kuala Lumpur .

Dewan bahasa dan Pustaka. Purwanto 2000. “Perancangan dan Penggunaan Ilustrasi” sebagai bagian dari Modul

Pelatihan Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan.

Rahardjo, Raphael. 2001. Promoting Active Learning. Module Presented in the training on “Self-

Learning Bahanals Development”, conducted by SEAMEO SEAMOLEC under the sponsorship of Japan- ASEAN Solidarity through ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO SEAMOLEC.

Reis, R.M. 2007. Development of Educational Software. International Journal o Education and

information technologies. Issue 3, volume 1. Shaharom Noordin & Yap Kueh Chin. 1991. "Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi

Pengajaran Bermodul" . Journal Pendidikan Guru,7, m.s: 89-107 Siahaan, S. 2006. Bagaimana Memudahkan Pelajar Mempelajari Modul?. Jurnal Teknodik 18 :

89-118. Yusup Hashim Y& Razaimah Man.1993. Pembinaan modul pengajaran menggunakan prinsip

reka bentuk pengajaran. Kertas kerja Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Kendiri Untuk Kaki Tangan Kampus Cawangan Perak dan Pusat Pengajian Luar Kampus: USM.