Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

download Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

of 4

Transcript of Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

  • 8/14/2019 Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

    1/4

  • 8/14/2019 Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

    2/4

    Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau

    tugas

    Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

    Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang

    memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

    Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah,

    mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

    Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

    3. Tingkah laku impulsif

    Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

    Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

    Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

    Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

    Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai

    berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalhtingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau

    jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak,ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak merekahiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggapnormal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika andaragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

    Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?

    ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain.

    Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental)atau gangguan spektrum autistik.

    Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untukmenguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.

    Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak inisebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendirisentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.

    Masalah ADHD :

    Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya.

    Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik. Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang

    tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehinggamenimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahamikeadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

    Apakah Yang Boleh Disalah Tafsir Sebagai ADHD?

  • 8/14/2019 Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

    3/4

    Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain

    Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis petit mal

    Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali

    Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan

    Menghadapi masalah di rumah

    Punca ADHD

    Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepatkerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

    Menonton televisyen

    Alah pada makanan

    Gula yang berlebihan

    Keadaan hidup yang miskin

    Sekolah bertaraf rendah

    Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD.Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasticara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

    Diagnosis Dan Rawatan ADHD

    Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yangberpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkankeresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untukADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta

    membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolahdaripada ibu bapa dan guru sekolah.

    Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkanbidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalamiADHD memerlukan rawatan.

    Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulihsepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukanperhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubatstimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baikdengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan

    mampu mengawal diri sendiri.

    Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawahnama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesananubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara duahingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

    Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurangselera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk,

  • 8/14/2019 Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan

    4/4

    sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanaktersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perludikurangkan.

    Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perludiselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak

    mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasituntutan hidup.

    Bolehkah ADHD sembuh?

    Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHDakan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik.Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuaiseperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yangmemberi mereka kebebasan bergerak.

    Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalahsehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasakanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa