Garis panduan aisas 2012

18
GARIS PANDUAN AISAS 2012 1 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Tujuan Garis Panduan 2 2. Pendahuluan 2 3. Objektif 3 4. Pelaksanaan Syarat-Syarat Penyertaan 4 Konsep dan Ciri-Ciri Projek 6 Penilaian 8 5. Ganjaran dan Pengiktirafan 10 6. Tatacara Penyertaan 11 7. LAMPIRAN A Borang Penyertaan 13 8. LAMPIRAN B Ringkasan Hasil Inovasi 17 9. LAMPIRAN C Laporan Hasil Inovasi 18

Transcript of Garis panduan aisas 2012

Page 1: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 1

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Tujuan Garis Panduan 2

2. Pendahuluan 2

3. Objektif 3

4. Pelaksanaan

Syarat-Syarat Penyertaan 4

Konsep dan Ciri-Ciri Projek 6

Penilaian 8

5. Ganjaran dan Pengiktirafan 10

6. Tatacara Penyertaan 11

7. LAMPIRAN A – Borang Penyertaan 13

8. LAMPIRAN B – Ringkasan Hasil Inovasi 17

9. LAMPIRAN C – Laporan Hasil Inovasi 18

Page 2: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 2

1. TUJUAN

Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memaklum dan menerangkan kepada

agensi-agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor mengenai

pelaksanaan Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor (AISAS) bagi tahun 2012.

2. PENDAHULUAN

2.1 Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (AISAS) telah

diperkenalkan kali pertama pada tahun 2010 yang bertujuan bagi memberi

peluang kepada kakitangan atau jabatan-jabatan di bawah Pentadbiran

Kerajaan Selangor dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke

arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan sedia ada.

2.2 Senario tuntutan perkhidmatan pelanggan yang mementingkan elemen

efisien ketika ini memerlukan anggota perkhidmatan awam memenuhi

kehendak pelanggan dengan meningkatkan tahap penyampaian

perkhidmatan sedia ada. Dengan demikian para penjawat awam perlu

membudayakan amalan berinovasi bagi melancarkan sistem penyampaian

perkhidmatan kerajaan negeri.

2.3 Pelaksanaan anugerah ini juga adalah selaras dengan kehendak Panduan

Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam yang

Page 3: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 3

dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertarikh 29 Januari 2010.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif AISAS adalah untuk:

a) Memberi pengiktirafan kepada Hasil inovasi yang diperkenalkan atau

dicipta oleh kakitangan atau jabatan-jabatan negeri Selangor.

b) Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh

dicontohi untuk faedah jabatan-jabatan lain di negeri Selangor.

c) Menggalakkan warga kerja dalam melaksanakan pelbagai

pembaharuan dan penambahbaikan berimpak tinggi di jabatan

masing-masing.

d) Sebagai platform kepada kakitangan dan jabatan dalam

membudayakan kerja cemerlang, kreatif dan berinovatif.

e) Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian

perkhidmatan kepada pelanggan.

Page 4: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 4

f) Menyemarakkan persaingan yang sihat di kalangan warga kerja

Pentadbiran Kerajaan Selangor ke arah memperbaiki amalan

pengurusan organisasi secara keseluruhan.

4. PELAKSANAAN AISAS 2012

4.1 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1.1 Kategori Kumpulan Kecil

Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan Pentadbiran Kerajaan

Selangor dan perlu diperakui oleh Ketua Jabatan masing-masing sebelum

dikemukakan kepada Urus Setia AISAS. Bilangan peserta bagi kategori ini

adalah tidak melebihi 3 orang. Bilangan penyertaan Hasil Inovasi bagi

kategori ini adalah dihadkan kepada 10 penyertaan bagi setiap jabatan.

4.1.2 Kategori Jabatan

Penyertaan dibuka kepada semua jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan

Selangor dan perlu diperakui oleh Ketua Jabatan masing-masing sebelum

dikemukakan kepada Urus Setia AISAS. Bilangan peserta bagi kategori ini

adalah di antara 6 hingga 10 orang. Bilangan penyertaan Hasil Inovasi

Page 5: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 5

bagi kategori ini adalah dihadkan kepada 10 penyertaan bagi setiap

jabatan.

4.1.3 Penyertaan bagi AISAS adalah dibuka kepada kategori Kumpulan Kecil

dan Jabatan. Jumlah penyertaan maksima bagi kedua-dua kategori ini

adalah 10 bagi sebuah jabatan. Walau bagaimanapun gabungan jumlah

penyertaan kedua-dua kategori bagi setiap jabatan adalah dihadkan

kepada 10 sahaja. Contoh bilangan penyertaan adalah seperti berikut:

JABATAN BILANGAN

KATEGORI

KUMPULAN KECIL

BILANGAN

KATEGORI

JABATAN

JUMLAH

Jabatan A 10 Tiada 10

(maksima)

Jabatan B Tiada 10 10

(maksima)

Jabatan C 5 5

10

(maksima)

4.1.4 Projek yang dicadangkan seharusnya adalah hasil inovasi sendiri dan

diketengahkan buat kali pertama dalam Perkhidmatan Awam.

Page 6: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 6

4.1.5 Hasil Inovasi berikut tidak layak untuk menyertai AISAS;

i) Inovasi dari hasil pembanguan R&D yang tiada kaitan dengan

peningkatan produktiviti dan kualiti organisasi.

ii) Inovasi yang berusia melebihi tiga tahun dari tarikh ianya

diperkenalkan.

4.1.6 Pihak Urus Setia berhak menerima atau menolak penyertaan berdasarkan

syarat-syarat yang telah ditetapkan dan juga di atas kuasa pertimbangan

(sekiranya perlu).

4.1.7 Keputusan Jemaah Panel (Fasilitator dan Penilai) AISAS 2012 terhadap

Hasil Inovasi kumpulan adalah muktamad.

4.2 KONSEP DAN CIRI-CIRI PROJEK

4.2.1 Hasil Inovasi yang dicalonkan perlu terdiri daripada perkhidmatan-

perkhidmatan di Jabatan/Agensi yang memberi faedah kepada para

pelanggan perkhidmatan awam.

4.2.2 Hasil Inovasi harus berteraskan kepada perekayasan / penambahbaikan

(re-engineering / improvement) atau direkacipta dalam menambahbaik

sesuatu penyampaian perkhidmatan.

Page 7: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 7

4.2.3 Hasil Inovasi juga harus mempunyai faedah yang jelas bagi elemen-

elemen seperti berikut;

i) Peningkatan produktiviti dan / atau;

ii) Penjimatan masa dan / atau;

iii) Penjimatan kos.

4.2.4 Hasil Inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk prototype atau end

product.

4.2.5 Hasil Inovasi boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem,

prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja daripada amalan sedia ada yang

akhirnaya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan awam.

Page 8: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 8

4.3 PENILAIAN

4.3.1 Skema Pemarkahan

BIL KATEGORI PEMARKAHAN

% PEMARKAHAN

1. Idea

Idea yang dicetuskan dalam inovasi dinilai dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

20

2. Hasil Inovasi (Output)

Hasil Inovasi diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi.

30

3. Impak (Outcome)

Penilaian Impak (outcome) akan dinilai berdasarkan kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

40

4. Penilaian Dokumentasi dan Persembahan Hasil Inovasi

Persembahan yang jelas terutama dari aspek teknikal, penggunaan visual, komunikasi oral dan pengucapan awam yang berkesan.

Dokumentasi Hasil Inovasi yang menerangkan dengan terperinci dan menyeluruh berkaitan projek.

10

Page 9: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 9

4.3.2 Mekanisma Penilaian

Penilaian ke atas Hasil Inovasi adalah seperti berikut:

(a) Penyertaan peringkat pertama akan ditapis oleh ketua jabatan

masing-masing berdasarkan kepada cadangan 10 Hasil Inovasi

yang terbaik.

(b) Penyertaan seterusnya akan diperhalusi dan ditapis di peringkat

fasilitator bagi memastikan Hasil Inovasi yang dikemukakan adalah

layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(c) Lawatan pemeriksaan Hasil Inovasi akan dilakukan di premis

Jabatan/Agensi atau sebarang lokasi yang dicadangkan oleh

peserta pertandingan.

(d) Hasil Inovasi seterusnya akan di bawa ke Jawatakuasa Penilai

untuk tujuan pembentangan oleh penyedia Hasil Inovasi dan dinilai

oleh para Panel.

(e) Keputusan Jawatankuasa Penilai akan di bawa ke Mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu Inovasi Pejabat Setiausaha Kerajaaan

Negeri Selangor untuk disah dan diluluskan.

Page 10: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 10

5. GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN

5.1 KATEGORI KUMPULAN KECIL

Cadangan ganjaran dan pengiktirafan AISAS bagi kategori kumpulan kecil

adalah seperti berikut;

Kedudukan Ganjaran/Pengiktirafan

Tempat Pertama RM 6,000 dan Sijil

Tempat Kedua RM 4,000 dan Sijil

Tempat Ketiga RM 3,000 dan Sijil

5.2 KATEGORI JABATAN

Cadangan ganjaran dan pengiktirafan AISAS bagi kategori jabatan adalah

seperti berikut;

Kedudukan Ganjaran/Pengiktirafan

Tempat Pertama RM 11,000 dan Sijil

Tempat Kedua RM 8,000 dan Sijil

Tempat Ketiga RM 6,000 dan Sijil

Page 11: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 11

6. TATACARA PENYERTAAN

6.1 Jabatan/Agensi dan kakitangan yang ingin menyertai AISAS 2012 perlu

menyempurnakan perkara-perkara berikut:

(a) Melengkapkan borang penyertaan seperti di Lampiran A.

(b) Menyerahkan Ringkasan Hasil Inovasi dengan memberikan

pernyataan berkaitan Hasil Inovasi tidak melebihi satu muka surat

bersaiz A4 seperti di Lampiran B.

(c) Menyerahkan Laporan Hasil Inovasi (5 Naskhah berwarna) dengan

menggunakan format seperti di Lampiran C.

(d) Ringkasan Hasil Inovasi bersama Laporan Hasil Inovasi perlu

disediakan dalam Bahasa Melayu dan menggunakan format font

Arial, bersaiz 12 dan 1.5 spacing.

(e) Borang penyertaan perlu dikemukakan bersama-sama dengan laporan

Hasil Inovasi kepada Urus Setia AISAS seperti di bawah sebelum

atau pada 31 Mei 2012.

Page 12: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 12

Urus Setia Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor (AISAS)

Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS,

40503 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Page 13: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 13

Lampiran A

BORANG PENYERTAAN

ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM SELANGOR (AISAS) 2012

1. Peringkat Penyertaan (Sila tandakan yang berkenaan) Kumpulan Kecil Jabatan/Agensi 2. Maklumat Kumpulan Kecil/Jabatan/Agensi Nama :

Alamat :

No. Telefon : No. Faks : Emel :

3. Tajuk Hasil Inovasi

Page 14: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 14

4. Nama Pegawai Bertanggungjawab Untuk Dihubungi

Nama : Jawatan :

No. Telefon : No. Faks : Emel :

5. Pengesahan Oleh Kumpulan Kecil/Jabatan/Agensi

Saya mengesahkan bahawa hasil inovasi ini adalah idea dan ciptaan sendiri yang dicadangkan untuk tujuan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan sektor awam Selangor. Tandatangan Nama :

Jawatan :

Tarikh : * Bagi penyertaan Kumpulan Kecil/Jabatan/Agensi, pengesahan perlu ditandatangani oleh Ketua Kumpulan.

Page 15: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 15

6. Pengesahan Oleh Ketua Jabatan/Agensi

Saya memperakukan bahawa hasil inovasi ini adalah yang pertama kali diperkenalkan di dalam Perkhidmatan Awam dan dicadangkan untuk tujuan pertandingan AISAS. Tandatangan Ketua Jabatan/Agensi Cop Jabatan/Agensi Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Page 16: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 16

NAMA AHLI-AHLI KUMPULAN

Nama :

Jawatan :

No. Telefon : Emel :

Nama :

Jawatan :

No. Telefon : Emel :

Nama :

Jawatan :

No. Telefon : Emel :

Page 17: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 17

Lampiran B

RINGKASAN HASIL INOVASI

Tajuk Hasil Inovasi

...........................................................................................................................................

Nama Kumpulan/Jabatan/Agensi

............................................................................................................................................

Peringkat Penyertaan Kumpulan Kecil Jabatan/Agensi

Penerangan Hasil Inovasi

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

Kebaikan Hasil Inovasi

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

Page 18: Garis panduan aisas 2012

GARIS PANDUAN AISAS 2012 18

Lampiran C

LAPORAN HASIL INOVASI

BIL PERKARA

1. Latarbelakang Kumpulan Kecil/Jabatan/Agensi

2. Objektif Hasil Inovasi

3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

4. Penerangan Hasil Inovasi

5. Pelaksanaan Hasil inovasi

6. Kebaikan Hasil Inovasi

7. Perbandingan Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Hasil Inovasi

8. Kesimpulan