Garis Panduan Kad Pintar

26
GARIS PANDUAN KAD PINTAR BAGI PTJ BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KKM.BA/SPK/ULP/GP-01 PIND.00

description

Garis Panduan Kad Pintar

Transcript of Garis Panduan Kad Pintar

Page 1: Garis Panduan Kad Pintar

GARIS PANDUAN KAD PINTAR BAGI PTJ BAHAGIAN AKAUN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KKM.BA/SPK/ULP/GP-01 PIND.00

Page 2: Garis Panduan Kad Pintar

Isi Kandungan

1. Tujuan 1

2. Latar Belakang 1

3. Skop 1

4. Tugas Dan Tanggungjawab Pihak Yang Berkaitan Dengan Kad Pintar 2

5. Permohonan Kad Pintar 6

6. Permohonan Capaian eSPKB 6

7. Permohonan Membuka Sekatan Pin Kad Pintar 8

8. Keselamatan Kad Pintar Dan Pin 8

9. Kehilangan Kad Pintar 9

10. Pembatalan Kad Pintar Dan Capaian 9

11. Kuat Kuasa 10

Page 3: Garis Panduan Kad Pintar

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memaklumkan mengenai proses-proses yang berkaitan

dengan kad pintar.

2. LATAR BELAKANG

Penggunaan kad pintar dalam semua aplikasi projek kerajaan elektronik adalah bagi

memenuhi keperluan Akta Tandatangan Digital 1997. Akta tersebut menyediakan satu

sistem pengesahan, dimana tandatangan digital boleh diterima sebagai bersamaan

dengan tandatangan bertulis, cap jari atau pengenalan lain bagi pengesahan sesuatu

transaksi elektronik atau komunikasi.

Akta tandatangan digital 1997 yang telah dikuat kuasakan 1 Oktober 1998 juga akan

memberi kawalan kepada pengiktirafan dan pengesahan dokumen-dokumen elektronik

daripada pengirim.

Melalui kad pintar, langkah-langkah keselamatan bagi menjamin kesahihan dan

akauntabiliti terhadap data pada sistem dan kawalan penggunaan yang lebih telus dapat

diadakan.

3. SKOP

Garis panduan ini meliputi aspek-aspek seperti berikut:

i. Tugas dan tanggungjawab pihak yang berkaitan dengan kad pintar;

ii. Permohonan kad pintar;

iii. Permohonan capaian eSPKB;

iv. Permohonan membuka sekatan PIN kad pintar;

v. Keselamatan kad pintar dan PIN;

vi. Kehilangan kad pintar;

vii. Pembatalan kad pintar dan capaian; dan

viii. Kuat kuasa.

Page 4: Garis Panduan Kad Pintar

4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN KAD

PINTAR

4.1 MAMPU

4.1.1 Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan keseluruhan Public Key

Infrastructure (PKI) kerajaan elektronik;

4.1.2 Penyedia portal Government Public Key Infrastructure (GPKI). Portal

tersebut boleh diakses di alamat https://gpki.mampu.gov.my/;

4.1.3 Mengenal pasti aplikasi kerajaan elektronik yang akan

menggunakan perkhidmatan PKI;

4.1.4 Menyelaras mesyuarat antara Registration Authority, Lead Agency

dan kontraktor bagi menentukan keperluan PKI; dan

4.1.5 Memproses bayaran kepada RA.

4.2 LEAD AGENCY (LA)

4.2.1 Pejabat Perakaunan (i.e Bahagian Akaun, KKM) adalah Lead Agency

yang dilantik bagi urusan kad pintar eSPKB.

4.2.2 Memastikan PTJ melantik Authorised Personnel (AP) bagi urusan

kad pintar yang berkenaan di PTJ.

4.3 CERTIFICATE AUTHORITY (CA)

Syarikat yang mengeluarkan sijil digital.

4.4 REGISTRATION AUTHORITY (RA)

Dilantik oleh CA bagi menjalankan kerja verifikasi permohonan dan

mengesahkan pengeluaran sijil digital sebelum sijil dikeluarkan oleh CA.

4.5 AUTHORIZED PERSONNEL (AP)

4.5.1 Pegawai yang dilantik di Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebagai

pegawai perhubungan dengan Bahagian Akaun KKM, MAMPU dan

RA bagi semua urusan kad pintar anggota di pejabatnya.

Page 5: Garis Panduan Kad Pintar

4.5.2 Tanggungjawab AP

i. Memastikan penyediaan komputer di PTJ untuk penggunaan

aplikasi eGovernment (eG);

ii. Menyelaras permohonan kad pintar, pembaca kad pintar,

sijil digital dan lain-lain perkhidmatan PKI di PTJ melalui

portal GPKI di alamat https://gpki.mampu.gov.my/.

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh didapati pada

Panduan Pengguna Authorized Personnel di portal tersebut;

iii. Memastikan permohonan adalah daripada pengguna yang

dibenarkan iaitu selaras dengan Perwakilan Kuasa Mengikut

Arahan Perbendaharaan (AP) 101 dan Seksyen 15A(2) Akta

Prosedur Kewangan 1957;

iv. Menyelaras permohonan capaian/pembatalan capaian

pengguna eSPKB kepada Bahagian Akaun selepas kad

diterima/pengguna bertukar/berhenti;

v. Menyelaras permohonan pembukaan sekatan PIN kad pintar

ke Bahagian Akaun;

vi. Mengemukakan permohonan pembaharuan kad pintar satu

(1) bulan sebelum tarikh luput kad;

vii. Melaporkan sebarang isu atau masalah Perkhidmatan PKI

kepada pihak-pihak berkaitan (MAMPU/RA/Bahagian Akaun,

KKM);

viii. Menguruskan dan memantau rekod pemegang kad pintar;

dan

ix. Memaklumkan kepada MAMPU maklumat pemilik kad pintar

yang telah berhenti daripada perkhidmatan awam. Kad

pintar bagi pegawai yang berhenti daripada perkhidmatan

awam atau tidak lagi memegang sebarang peranan dalam

mana-mana aplikasi eG hendaklah dikembalikan kepada

MAMPU. Sekiranya pegawai bertukar, kad pintar hendaklah

dibawa bersama.

Page 6: Garis Panduan Kad Pintar

4.5.3 Rekod Yang Perlu Diselenggara Oleh AP

i. Daftar Kawalan Kad Pintar-Nota D, Panduan Pengguna PTJ

eSPKB (Lampiran 1)

Satu rekod yang menunjukkan semua urusan berkenaan kad

pintar seperti senarai pengguna, kehilangan, kad rosak,

pengguna bertukar masuk/keluar, pembaharuan dan

sebagainya.

Dengan menyelenggara daftar ini, AP dapat memastikan

permohonan pembaharuan kad pintar dikemukakan kepada

Bahagian Akaun satu (1) bulan sebelum tarikh luput kad.

ii. Laporan Senarai Pengguna Mengikut Jabatan dan PTJ

(BV141)

AP boleh menyemak senarai pengguna eSPKB bagi PTJnya

melalui Laporan Senarai Pengguna Mengikut Jabatan dan

PTJ (BV141) pada modul ‘Laporan’ di submodul ‘Jadual’

sistem eSPKB.

AP hendaklah sentiasa memastikan pegawai yang diberi

peranan sebagai Penyedia, Peraku 1 dan Peraku 2 pada

Laporan BV141 adalah sama dengan Surat Perwakilan Kuasa

Mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 101 dan Seksyen

15A(2) Akta Prosedur Kewangan.

4.6 ADMINISTRATOR HAD KUASA BERBELANJA

4.6.1 Modul Had Kuasa Berbelanja hanya boleh dicapai oleh Ketua PTJ

atau pegawai yang diberi kuasa. Perlantikan Administrator Had

Kuasa Berbelanja hendaklah dibuat oleh Ketua PTJ melalui Borang

JANM01 (Lampiran 2) dan mengemukakannya kepada Bahagian

Akaun.

Page 7: Garis Panduan Kad Pintar

4.6.2 Bertanggungjawab mewujud dan mengemaskini amaun maksimum

yang boleh diperakukan oleh Pegawai Peraku I dan II ke atas

Baucar Bayaran dan Baucar Jurnal di sistem eSPKB selaras dengan

Perwakilan Kuasa Mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 101 dan

Seksyen 15(A)2 Akta Prosedur Kewangan 1957 [Lampiran 3, 4 dan

5 (kemaskini kuasa)]. Perwakilan kuasa tersebut hendaklah

disediakan mengikut Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia

(SPANM) Bilangan 1 Tahun 2008 dan Surat Perwakilan Kuasa

Pegawai Pengawal Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah

Arahan Perbendaharaan 11 dari Bahagian Kewangan yang sedang

berkuat kuasa.

4.6.3 Proses pengemaskinian Had Kuasa Berbelanja adalah seperti mana

Panduan Pengguna PTJ eSPKB (Proses Pewujudan Dan

Pengemaskinian Had Kuasa Berbelanja -AK0110).

4.7 PENGGUNA eSPKB

4.7.1 Mengemukakan permohonan baru/pembaharuan kad pintar melalui

portal GPKI di alamat https://gpki.mampu.gov.my/ sebelum

disahkan oleh AP;

4.7.2 Memaklumkan kepada AP mengenai kehilangan dan kerosakan kad

pintar;

4.7.3 Bertanggungjawab menyimpan selamat kad pintar;

4.7.4 Mematuhi panduan dan arahan penggunaan kad pintar yang

diedarkan oleh Pejabat Perakaunan dari masa ke masa;

4.7.5 Penggunaan kad pintar mengikut Akta Tandatangan Digital 1997

(Akta 562) Seksyen 43, 44 dan 45 iaitu:

i. Penggunaan kad pintar atau ID pengguna perlu dikawal dan

tidak disalah guna;

ii. Setiap pemilik kad pintar atau ID pengguna adalah

bertanggungjawab merahsiakan dan menjaga selamat kod

Personal ldentification Number (PIN) atau kata laluan

masing-masing;

Page 8: Garis Panduan Kad Pintar

iii. Penggunaan kad pintar/ID pengguna/kod PIN/kata laluan

oleh orang lain yang bukan pemilik adalah dilarang sama

sekali dan pemilik perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke

atas segala penyalahgunaan;

iv. Sekiranya kod PIN atau kata laluan dipercayai telah

dicerobohi, sila hubungi Pejabat Perakaunan untuk tindakan

sewajarnya.

4.7.6 Bagi pengguna yang berpindah ke jabatan lain, kad pintar

hendaklah dibawa bersama untuk digunapakai di tempat bertugas

yang baru. Permohonan pembatalan bagi PTJ lama hendaklah

dikemukakan ke Bahagian Akaun selewat-lewatnya seminggu

selepas pegawai tiada peranan.

5. PERMOHONAN KAD PINTAR

5.1 Setiap pengguna perlu mempunyai kad pintar yang didaftarkan atas nama

dan nombor kad pengenalan masing-masing sebelum boleh memasuki

sistem eSPKB. Kad pintar yang sama boleh juga digunakan untuk lain-lain

aplikasi eG (ie: ePerolehan).

5.2 Kad pintar akan luput dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

5.3 Permohonan pembaharuan kad pintar hendaklah dibuat sebulan sebelum

tarikh luput kad melalui portal GPKI. Maklumat lanjut mengenai

permohonan boleh didapati pada panduan pengguna di portal tersebut.

6. PERMOHONAN CAPAIAN eSPKB

6.1 Ketua PTJ perlu memastikan pengguna yang memohon capaian ke eSPKB

telah mempunyai kad pintar.

6.2 Pengguna boleh memohon lebih daripada satu peranan, walau

bagaimanapun pengguna yang sama tidak boleh membuat Perakuan I dan

II ke atas satu Baucar Bayaran/Baucar Jurnal.

Page 9: Garis Panduan Kad Pintar

6.3 Bagi pengguna yang membaharui kad dan telahpun mempunyai capaian,

permohonan kemaskini capaian tidak perlu dikemukakan.

6.4 Permohonan capaian eSPKB terbahagi kepada dua jenis:-

6.4.1 Permohonan Baru Capaian eSPKB

Pengguna yang terlibat bagi permohonan baru capaian eSPKB

adalah seperti berikut:

i. Pegawai yang baru memiliki kad pintar; atau

ii. Pegawai baru berpindah masuk.

6.4.2 Permohonan Pengemaskinian/Pembatalan Capaian eSPKB

Permohonan bagi mengemaskini peranan seseorang pengguna

sistem seperti menambah/menukar peranan/membatal capaian

kerana bertukar jabatan/bersara/ berhenti atau sebab-sebab lain.

6.5 Dokumen sokongan permohonan capaian kad pintar

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan ke Bahagian Akaun, KKM bagi

kedua-dua jenis permohonan capaian adalah seperti berikut:-

i. Borang Permohonan Capaian (JANM01);

ii. Salinan Kad Pengenalan;

iii. Salinan kad pintar;

iv. Perwakilan Kuasa Mengikut AP 101 dan Seksyen 15A(2) Akta

Prosedur Kewangan; dan

v. Pegawai-pegawai Yang Diberi Kuasa Di Bawah AP 101 Bagi

Menandatangani Baucar (Kew 290)

6.6 Ketua PTJ adalah bertanggungjawab untuk membuat pembatalan capaian

bagi pengguna di bawah kawalannya dalam tempoh satu minggu dari

tarikh seseorang pengguna tidak lagi diberi peranan bagi PTJ tersebut.

Page 10: Garis Panduan Kad Pintar

7. PERMOHONAN MEMBUKA SEKATAN PIN KAD PINTAR

7.1 Kad pintar akan disekat sekiranya pengguna gagal untuk login ke dalam

sistem sebanyak tiga (3) kali berturut-turut.

7.2 Bagi membuka sekatan PIN, pemohon hendaklah mengisi Borang

Permohonan Membuka Sekatan PIN Kad Pintar (Lampiran 6) dan

mendapatkan kod PUK dari AP. Kod PUK boleh diminta dari portal GPKI.

7.3 Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Akaun,

KKM bersama kad pintar yang disekat.

7.4 Pembukaan sekatan PIN kad pintar akan dilakukan oleh pegawai yang

diberi kuasa di Bahagian Akaun.

8. KESELAMATAN KAD PINTAR DAN PIN

8.1 Keselamatan Kad Pintar

8.1.1 Kad Pintar adalah sebahagian daripada harta kerajaan. Ia

hendaklah digunakan untuk tujuan ia dikeluarkan sahaja.

Penggunaan kad pintar bagi sistem eSPKB adalah sebagai

pengesahan bahawa sesuatu urusniaga telah diperakaunkan serta

diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa sahaja. Penggunaan kad

pintar pegawai lain sewaktu melakukan urusniaga kewangan adalah

satu kesalahan dan boleh mengakibatkan penipuan serta salah guna

kuasa dan tanggungjawab.

8.1.2 Kad pintar hendaklah disimpan di tempat selamat dan tidak

terdedah kepada perkara-perkara berikut:

i. Suhu tinggi dan cuaca panas;

ii. Bahan kimia yang menghakis (corrosive);

iii. Cat bahan pengilat dan bahan-bahan lain yang berkaitan;

Page 11: Garis Panduan Kad Pintar

iv. Bahan-bahan yang boleh mendatangkan kerosakan kepada

cip kad pintar.

8.2 Keselamatan PIN

8.2.1 PIN akan dihantar kepada semua pengguna kad pintar oleh syarikat

yang telah dilantik beserta kad pintar.

8.2.2 Jika sampul pin telah terkoyak atau terpamer semasa penerimaan

PIN, pengguna hendaklah dengan segera melapor kepada AP di

Jabatan/PTJ masing-masing.

8.2.3 Kad pintar yang berkaitan perlu dikembalikan kepada RA untuk

dibatalkan dan pengguna perlu membuat permohonan baru.

9. KEHILANGAN KAD PINTAR

Sekiranya berlaku kehilangan kad pintar, tindakan serta-merta seperti berikut

perlu diambil:

9.1 Pengguna membuat laporan polis dan melaporkan kepada Ketua Pusat

Tanggungjawab.

9.2 AP memaklumkan kepada MAMPU melalui surat dengan menyertakan

Laporan Kehilangan (Para 9.1) dan mengemukakan salinan kepada:

9.2.1 Registration Authority; dan

9.2.2 Pejabat Perakaunan.

9.3 Pengguna memohon semula kad pintarnya melalui portal GPKI.

Page 12: Garis Panduan Kad Pintar

10. PEMBATALAN KAD PINTAR DAN CAPAIAN

10.1 Sekiranya kad pintar perlu dibatalkan atas alasan pengguna berhenti

berkhidmat, bersara atau seumpamanya, AP boleh membuat permohonan

pembatalan kad pintar di portal GPKI. Maklumat lanjut mengenai

permohonan boleh didapati pada panduan pengguna Authorized Personnel

di portal tersebut.

10.2 Permohonan pembatalan capaian pula perlu dikemukakan ke Bahagian

Akaun seperti di para 5.

11. KUAT KUASA

11.1 Garis panduan ini berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan.

11.2 Dengan itu, Garis Panduan Tatacara Permohonan Kad Pintar/Capaian

Sistem eSPKB Bahagian Akaun bertarikh 12 Jun 2009 dan Surat Edaran

Bahagian Akaun Bilangan 9 Tahun 2011 adalah dibatalkan.

Disediakan Oleh:

Bahagian Akaun

Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 13: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 1

Page 14: Garis Panduan Kad Pintar

DAFTAR KAD PINTAR

Bil

*Tarikh

Mohon Kad

Pintar /

Kemaskini /

Pembatalan

Capaian

Jenis

Permohonan Nama

No. Kad

Pengenalan Jawatan Gred

**Tarikh

Terima Kad

Pintar

No. Kad Pintar Tarikh

Luput Kad Catatan

1 21/11/2007 Baru Ali Bin

Ahmad

771105-02-

6233

Penolong

Akauntan W32

31/12/200

7

5049 3900 0693

8663

31/12/200

9

2 15/1/2008 Baru Ani Binti

Abu

720714-08-

6412

Pembantu

Akauntan W17 1/3/2008

5049 5678 9527

1258 1/3/2010

Kad Hilang-

mohon

penggantian pada

22/5/09

3 1/3/2009 Baru Anas Bin

Omar

780215-08-

5270 Akauntan W41 1/4/2009

5049 2589 2689

5284 1/4/2011

Kad Rosak-

mohon

penggantian pada

25/5/09

4 1/4/2009 Baru Ailah Binti

Mat

750314-07-

6223 Pegawai Tadbir W48 1/5/2009

5049 5798 2568

5879 1/5/2011

5 20/4/2009 Pembaharuan Adriana Bt

Ali

700429-01-

6772 Akauntan W48 20/5/2009

5049 1234 4567

1234 20/5/2011

6 22/5/2009 Baru-Kad

Hilang

Ani Binti

Abu

720714-08-

6412

Pembantu

Akauntan W17 (Dilengkapkan setelah Kad Pintar Diterima)

7 25/5/2009 Baru – Kad

Rosak

Anas Bin

Omar

780215-08-

5270 Akauntan W41 (Dilengkapkan setelah Kad Pintar Diterima)

8 30/5/2009 Batal Capaian Ali Bin

Ahmad

771105-02-

6233

Penolong

Akauntan W32 TB

5049 3900 0693

8663

31/12/200

9

Bertukar jabatan

lain pada

1/6/2009 Nota :

* Tarikh permohonan / kemaskini / pembatalan kad pintar adalah tarikh permohonan dikemukakan ke MAMPU/Bahagian Akaun KKM

** Tarikh terima kad pintar adalah tarikh kad pintar diterima oleh PTJ / Pengguna.

Page 15: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 2

Page 16: Garis Panduan Kad Pintar

JANM01

(Pindaan 2 / 01 DISEMBER 2009)

BORANG PERMOHONAN CAPAIAN SISTEM eSPKB Kepada:

Pejabat Perakaunan 104 – KEMENTERIAN KLESIHATAN MALAYSIA

BAHAGIAN I Saya dengan maklumat di bawah ingin memohon capaian di eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik)

Tujuan Permohonan: Permohonan Baru Kemaskini Capaian Pembatalan Capaian

Lain-lain: Sila nyatakan : ________________________________

Nama Penuh Seperti Di Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan:

Nama Jawatan Rasmi:

Gred Jawatan:

Alamat Pejabat: No. Telefon Pejabat: Sambungan: No. Faks Pejabat: eMail:

BAHAGIAN II Saya memohon untuk diberi Peranan dan Capaian ke Modul/Sub modul berikut bagi kod Jabatan dan Pusat Tanggungjawab yang dinyatakan: (Bahagian ini tidak perlu diisi bagi permohonan pembatalan capaian)

Kod Jabatan: Kod Pusat Tanggungjawab: Peranan: 1. SEDIA 2. PERAKUAN I 3. PERAKUAN II

(Sila tanda peranan 1, 2 atau 3 di kotak pilihan modul dibawah)

Peranan Modul Peranan Modul Peranan (Bagi Pegawai yang diberi peranan sedia sahaja)

Waran Peruntukan Penyata Pemungut Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/Individu

Nota Minta Waran Udara Pusat Tanggungjawab Akaun Pukal

Pesanan Tempatan Penutupan Akhir Tahun (Pesanan Tempatan) Nombor Siri Semasa No. Rujukan Dokumen

Kontrak Penutupan Akhir Tahun (Kontrak) Jabatan Pembekal

Baucar Jurnal Penutupan Akhir Tahun (Waran Udara) Bahagian Permintaan No. Gaji

Daftar Bayaran Penutupan Akhir Tahun (eP) Tarikh Akhir Penghantaran Maklumat Perubahan Gaji

Baucar Bayaran Penyelarasan Rekod

Perubahan Gaji

Atau: Untuk peranan Audit/Papar sahaja

(Sila tandakan √)

BAHAGIAN III Perakuan pengesahan maklumat oleh pemohon

Saya dengan ini mengesahkan maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan mengaku akan bertanggungjawab terhadap permohonan

ini.

Tandatangan: _________________________ Nama Penuh Pemohon: No. Kad Pengenalan: Tarikh:

BAHAGIAN IV Perakuan pengesahan permohonan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab

1. Saya dengan ini mengesahkan permohonan di atas dibuat selaras dengan kehendak Arahan Perbendaharaan (AP) 99, 101 dan 102.

2. Saya juga memberi kebenaran kepada pemohon untuk.

Menetapkan Had Kuasa Berbelanja

Menjalankan tugas beliau mengikut AP54 (Peruntukan Tidak Mencukupi)

Mengakses modul laporan

Tandatangan: _________________________ (Cop Jawatan dan Jabatan)

Nama Penuh Ketua PTJ: No. Kad Pengenalan: Tarikh:

BAHAGIAN V Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan sahaja

SEMAKAN PERMOHONAN SEMAKAN DI SKRIN

DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH DIKEMASKINI OLEH NOMBOR ID DILULUSKAN OLEH

Nama: Nama: Nama:

Nama:

Tarikh: Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Sila rujuk Nota A kepada Panduan Pengguna PTJ eSPKB sebelum mengisi dan gunakan HURUF BESAR semasa mengisi borang

Page 17: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 3

Page 18: Garis Panduan Kad Pintar

PERWAKILAN KUASA MENGIKUT AP101 DAN AKTA ACARA KEWANGAN SEKSYEN 15A(2)

PTJ

: xxxxx, Kementerian KesihatanMalaysia

Kod PTJ : xxxxxx

Tarikh Kuatkuasa : 09 Ogos 2013

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK WARAN-WARAN PERUNTUKAN

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan

Contoh Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia

3 xxxxxxxxxxx Penolong Pegawai Tadbir N27 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah (Peraku I)

4 xxxxxxxxxxx Penolong Pengarah M44 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK PESANAN KERAJAAN

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan Had Kuasa Berbelanja

Contoh Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

3 xxxxxxxxxxx Pembantu Akauntan W26 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah (Peraku I) Kurang dari RM20,000

4 xxxxxxxxxxx Penolong Pegawai Tadbir N27 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM100,000

5 xxxxxxxxxxx Penolong Akauntan W27 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM100,000

6 xxxxxxxxxxx Penolong Pengarah M44 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM200,000

7 xxxxxxxxxxx Ketua Penolong Pengarah M52 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus Tiada Had Berbelanja

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK BAUCAR BAYARAN

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan Had Kuasa Berbelanja

Contoh Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

3 xxxxxxxxxxx Pembantu Akauntan W22 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah (Peraku I) Kurang dari RM20,000

4 xxxxxxxxxxx Pembantu Akauntan W26 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah (Peraku I) Kurang dari RM20,000

5 xxxxxxxxxxx Penolong Akauntan W27 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus Kurang dari RM20,000

6 xxxxxxxxxxx Penolong Pengarah M44 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM200,000

DISAHKAN OLEH

: (nama Ketua Jabatan)

JABATAN / PTJ : 251/xxxxx

TANDATANGAN & COP JAWATAN :

Page 19: Garis Panduan Kad Pintar

PERWAKILAN KUASA MENGIKUT AP101 DAN AKTA ACARA KEWANGAN SEKSYEN 15A(2)

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA

UNTUK BAUCAR JURNAL

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan Had Kuasa Berbelanja

Contoh

Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir

(Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir

(Kew) W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia Tiada Kuasa Berbelanja

3 xxxxxxxxxxx Penolong

Akauntan W32

xxxxxx-xx-xxxx Pengesah ≤ RM200,000

xxxxxxxxxxx xxxxxx-xx-xxxx Pelulus < RM20,000

4 xxxxxxxxxxx Penolong

Akauntan W32 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah ≤ RM200,000

xxxxxxxxxxx xxxxxx-xx-xxxx Pelulus < RM20,000

5 xxxxxxxxxxx Penolong

Akauntan W36 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah ≤ RM200,000

xxxxxxxxxxx xxxxxx-xx-xxxx Pelulus < RM20,000

6 xxxxxxxxxxx Akauntan W41 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM500,000

7 xxxxxxxxxxx Penolong

Pengarah M44 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM500,000

8 xxxxxxxxxxx Ketua Penolong

Pengarah M48 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus ≤ RM800,000

Page 20: Garis Panduan Kad Pintar

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK WARAN

UDARA

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan Contoh Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew)

W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew)

W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia

3 xxxxxxxxxxx Pembantu Akauntan W22 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah (Peraku I)

4 xxxxxxxxxxx Penolong Akauntan W36 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK PENYATA PEMUNGUT

Bil. Nama Jawatan Nombor K/P Peranan Contoh Tandatangan

1 xxxxxxxxxxx Pembantu Tadbir (Kew)

W17 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia

2 xxxxxxxxxxx Pembantu Akauntan W26 xxxxxx-xx-xxxx Penyedia @ Pengesah

3 xxxxxxxxxxx Penolong Akauntan W32 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus

4 xxxxxxxxxxx Penolong Pengarah M41 xxxxxx-xx-xxxx Pengesah @ Pelulus

DISAHKAN OLEH : (nama KetuaJabatan)

JABATAN / PTJ : 251/xxxxx

TANDATANGAN & COP JAWATAN

:

Page 21: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 4

Page 22: Garis Panduan Kad Pintar

Perakuan I Bil Nama No. Kad

Pengenalan Jawatan & Gred Had Kuasa Contoh Tandatangan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Perakuan II

Bil Nama No. Kad Pengenalan

Jawatan & Gred Had Kuasa Contoh Tandatangan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Diluluskan oleh : ………………………………………………………….. (Tandatangan Pegawai Pegawai/ Pemegang Waran Peruntukan)

…………………………………………… (Nama & Cop Rasmi Jabatan)

Nota : sekiranya berlaku pertukaran pegawai, kad kuasa ini hendaklah dibatalkan dan perlu digantikan dengan kad kuasa yang baru . : *Contoh Had Kuasa = < RM 20,000 atau < RM 50,000 atau < RM 100,000 atau lain-lain amaun yang diluluskan. No kelulusan BPKS : BPKS (8.15) 24 8-10 SK .6 JLD.35 (35)

(Kew.290- Pin. 1/2009)

Pegawai pegawai yang diberi kuasa di bawah arahan perbendaharaan 101 bagi

menandatangi baucar

Nama Jab/ PTJ :

Kod Jab./PTJ :

Page 23: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 5

Page 24: Garis Panduan Kad Pintar

PENGEMASKINIAN KUASA MENGIKUT AP101 DAN AKTA ACARA KEWANGAN SEKSYEN 15A(2)

PTJ : Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia Kod PTJ : 010305

Tarikh Kuatkuasa : 1 Mac 2013

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK PESANAN KERAJAAN

Bil. Nama Jawatan Nombor Kad Pengenalan Peranan Had Kuasa Berbelanja

Contoh Tandatangan

1 Siti Hajar binti Adnan Akauntan (W41) 780215-03-5340 Pengesah (Peraku I) RM200,000

PEMBATALAN KUASA KEPADA PEGAWAI

Bil. Nama Jawatan Nombor Kad Pengenalan Peranan Jenis Dokumen

1 Ani binti Abu Akauntan (W41) 801020-08-5660 Pengesah (Peraku I) Penyata Pemungut

2 Awang bin Selamat Ketua Pembantu Tadbir (W22) 550714-08-5271 Penyedia & Pengesah 1)Waran Peruntukan

2)Pesanan Kerajaan

3)Baucar Bayaran

4)Baucar Jurnal 5)Penyata Pemungut

DISAHKAN OLEH : (NAMA KETUA JABATAN)

JABATAN / PTJ : (NAMA PTJ)

TANDATANGAN & COP JAWATAN

:

Page 25: Garis Panduan Kad Pintar

LAMPIRAN 6

Page 26: Garis Panduan Kad Pintar

Unit Latihan Dan Pelaksanaan Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan Bahagian Akaun Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh Proses : …………………………. Aras 6, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tandatangan : ………………………….

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya Nama : …………………………. PERMOHONAN UNTUK MEMBUKA SEKATAN PIN KAD PINTAR

Nama Pemohon (Pemilik Kad) : ALI BIN AHMAD

No. Kad Pengenalan : 662255085511

No. Kad Pintar : 5049390008559624

Nama PTJ : BAHAGIAN AKAUN

Kod PTJ : 010305

No. Telefon : 0388833021 EXT

No PUK : 123456

Sila bawa kad pintar ke Bahagian Akaun bersama borang yang telah lengkap diisi

[Isi butiran * di bawah sekiranya pemohon (pemilik kad) tidak hadir sendiri untuk mengambil kad pintar yang telah dibuka

sekatan]

*Saya dengan ini mewakilkan pegawai berikut untuk mengambil kad pintar yang telah dibuka sekatan

:

Nama : JAMALIAH BINTI MASRI No. Kad Pengenalan : 654201055022

Tandatangan Pemohon (Pemilik Kad),

…………………………………………….

Tarikh :10/02/2013 Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan

Nombor pin sementara kad pintar

Nama Pemilik Kad Pintar :

No. Kad Pengenalan :

No. PIN sementara :

[Sila tukar no. pin sementara kad pintar sebaik sahaja menerima keratan ini. Rujuk Nota E Panduan Pengguna PTJ eSPKB.]