33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL …
Transcript of GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL …
ANNEX 39
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL
RAKAN BAYI SEMASA PANDEMIK COVID-19
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JULAI 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi Kebangsaan dan Pusat Laktasi Kebangsaan
yang terlibat dalam penghasilan Garis Panduan Pelaksanaan Hospital Rakan
Bayi Semasa Pandemik COVID-19.
Puan Zalma Abdul Razak
Pengarah
Bahagian Pemakanan
Puan Zaiton Daud
Timbalan Pengarah
Bahagian Pemakanan
Dr. Noor Haliza Yussoff
Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi
merangkap Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan
Hospital Tunku Azizah
YBhg. Dato’ Dr. Zuraidah Abdul Latiff
Ketua Jabatan Pediatrik dan Pakar Perunding Kanak
Pediatrik & Neonatologi
Hospital Ampang
Dr. Ahmad Razid Salleh
Pengarah
Bahagian Perkembangan Perubatan
Dr. Noor Aziah Zainal Abidin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Dr. Tuty Aridzan Irdawati Mohsinon
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Puan Munyati Fauzan Yaacob
Penyelia Jururawat
Bahagian Kejururawatan
YBhg. Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin
Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi
KPJ Damansara Specialist Hospital
Profesor Dr. Paramjothi P.
Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik &
Ginekologi
Universiti MAHSA
Puan Rashadiba Ibrahim@ Rahman
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pemakanan
Puan Wan Fazlily Wan Mahmod
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pemakanan
Puan Nur Shafawati Mohd Ghazali
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pemakanan
Puan Mary Gudup
Penyelia Jururawat
Bahagian Pemakanan
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 4
2. Skop Garis Panduan 4
3. Prinsip Yang Diguna Pakai 4
4. Polisi 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang
Berjaya: Norma Baharu Semasa Pandemik COVID-
19
5
5. Langkah 1 7
6. Langkah 2 8
7. Langkah 3 9
8. Langkah 4 10
9. Langkah 5 11
10. Langkah 6 13
11. Langkah 7 13
12. Langkah 8 14
13. Langkah 9 14
14. Langkah 10 14
15. Perkara 11 15
16. Perkara 12 16
17. Perkara 13 17
18. Lampiran 1 18
19. Lampiran 2 20
20. Lampiran 3 21
21. Lampiran 4 22
22. Lampiran 5 29
23. Appendix A 30
24. Rujukan 31
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA
PANDEMIK COVID-19
1.0 Pengenalan
Penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi impak kepada
semua pelaksanaan aktiviti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk
pelaksanaan Hospital Rakan Bayi. Justeru, penambahan baharu kepada beberapa
perkara dalam polisi pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyelaraskan amalan
penyusuan susu ibu di hospital dengan tatacara/ prosedur pencegahan pandemik
COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
Semoga ia membantu pihak hospital untuk terus menjalankan amalan Inisiatif Hospital
Rakan Bayi dengan lebih selamat tanpa mengabaikan keselamatan anggota kesihatan,
ibu dan juga bayi. Ia juga diharapkan dapat memastikan amalan penyusuan susu ibu
terus menjadi amalan dan pilihan ibu bapa terutamanya dalam suasana pandemik
COVID-19 dengan bantuan sokongan yang diberikan oleh Kementerian.
2.0 Skop Garis Panduan
Dokumen ini merupakan garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik
COVID-19 dengan penerapan prosedur operasi standard semasa serta amalan norma
baharu. Garis Panduan ini juga boleh diperolehi dalam Portal COVID-19, Annexe 39.
3.0 Prinsip Yang Diguna Pakai 3Cs 3Ws
i. Mengelakkan kesesakan di fasiliti kesihatan dan mengamalkan penjarakan sosial
yang selamat (reduce crowd).
ii. Mengurangkan masa pesakit berada di dalam fasiliti kesihatan (Reduce patient
stay in clinic).
iii. Pengendalian pesakit yang minima oleh anggota kesihatan (Minimize handling by
care provide).
iv. Memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan (Mantain continuity of care).
v. Memastikan Amalan Pencegahan dan Kawalan Infeksi di fasiliti Kesihatan dan
pelindungan diri/ Personnel Protection anggota kesihatan setiap masa.
vi. Menggalakkan penggunaan teknologi digital.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
4.0 POLISI 10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA :
NORMA BAHARU PANDEMIK COVID-19
Langkah 1:
Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua
anggota kesihatan secara berkala.
Langkah 2:
Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan
polisi ini.
Langkah 3:
Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan
susu ibu.
Langkah 4:
Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas
kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk
sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu
menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.
Langkah 5:
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan
walaupun mereka terpisah daripada bayi.
Langkah 6:
Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas
sebab-sebab perubatan.
Langkah 7:
Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in): memastikan
ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.
Langkah 8:
Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau
dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin
menyusu (feeding cues).
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Langkah 9:
Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu
susu ibu.
Langkah 10:
Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-
ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.
Perkara 11:
Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua
anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk
Berkaitan.
Perkara 12:
Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan
kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).
Perkara 13:
HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV Positif menerima runding cara dan
sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.
TAMBAHAN BAHARU POLISI
Perkara 14:
Amalan Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik: Semua ibu yang disahkan atau
dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemik akan menerima runding cara
serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara
pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut (infection prevention
and control).
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga
berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan
pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.
(Nota: Polisi hospital tidak semestinya mengandungi ayat yang sama seperti dalam senarai
semak ini, tetapi ianya perlu meliputi kesemua perkara yang dinyatakan).
LANGKAH 1
Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua
anggota kesihatan secara berkala.
• Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan bahawa: “Semua ibu digalakkan
menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan
meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan
mulai umur enam bulan”.
• Ringkasan polisi yang menerangkan 10 Langkah dan sokongan bagi ibu yang tidak
menyusu susu ibu dipamerkan di kawasan yang bersesuaian dan dimaklumkan dalam
bahasa dan ayat yang mudah difahami oleh anggota kesihatan dan ibu.
TAMBAHAN BAHARU
• Polisi perlu merangkumi penambahbaikan mengikut kesesuaian berdasarkan norma
baharu kawalan dan pencegahan penyakit/ pandemik.
Huraian “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya: Norma Baharu”
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
LANGKAH 2
Melatih semua anggota kesihatan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
• Latihan bagi semua anggota kesihatan klinikal mesti merangkumi:
1. Pengurusan Laktasi (minima 20 jam termasuk sekurang-kurangnya 3 jam latihan
amali).
2. Pengurusan penyusuan bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu.
3. Peranan hospital dan anggota kesihatan dalam mematuhi Kod Tata Etika Pemasaran
Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
4. Semua anggota baru dilatih dalam tempoh masa 6 bulan setelah dilantik.
Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik dan Ginekologi
dan Pediatrik termasuk:
1. Pembantu Perawatan Kesihatan.
2. Anggota Perkeranian.
3. Telefonis.
4. Kaunselor.
5. Farmasi.
6. Pegawai Perhubungan Awam.
7. Pegawai Pendidikan Kesihatan.
8. Pegawai Kerja Sosial.
• Anggota yang tidak terlibat adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang
diswastakan contoh: Radicare, Pengawal Keselamatan dan Katering/ Sajian.
• Latihan bagi semua anggota kesihatan bukan klinikal mesti merangkumi:
1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia.
2. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping
pemberian makanan pelengkap.
3. Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu.
4. Kriteria global 10 langkah + 3 perkara.
5. Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri.
6. Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
LANGKAH 3
7. Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
TAMBAHAN BAHARU
• Bagi mengelakkan penularan jangkitan pandemik COVID-19 , norma baharu dalam
pelaksanaan kursus mestilah dipatuhi. Kursus boleh dijalankan dengan menggunakan
kaedah:
1. Secara bersemuka
2. Secara atas talian
3. Hibrid (gabungan 1 dan 2)
• Pelaksanan sesi amali klinikal Kursus Penyusuan Susu Ibu (20 jam) kepada anggota
kesihatan semasa pandemik COVID-19 seperti di Lampiran 1.
• Panduan dan Tatacara Pelaksanaan Kursus Dengan Mematuhi Norma Baharu adalah
seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
• Pelaksanaan ujian pre & post menggunakan borang atas talian (e-form).
Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan
susu ibu.
• Pengurusan dan penjagaan asas penyusuan susu ibu.
• Risiko pemberian makanan dan minuman lain kepada bayi dalam tempoh 6 bulan
pertama.
• Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk-tajuk berikut:
1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi.
2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu.
3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran.
4. Kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu.
5. Kepentingan ibu bersama bayi (rooming in) 24 jam sehari.
6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau
dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin
menyusu (feeding cues).
7. Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu
ibu yang mencukupi.
8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan pertama tanpa
sebarang minuman atau makanan lain.
10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping
pemberian makanan pelengkap.
11. Bagaimana memastikan penyusuan awal dapat dimulakan.
12. Risiko pemberian susu formula bayi dan susu gantian.
13. Pelaksanaan amalan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).
TAMBAHAN BAHARU
• Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk tambahan iaitu:
1. Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19 (Lampiran 2).
• Panduan dan tatacara pelaksanaan pendidikan penyusuan susu ibu adalah seperti mana
yang ditetapkan oleh pihak MKN.
LANGKAH 4
Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas
kelahiran.
Langkah ini sekarang diintepretasi seperti berikut:
Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-
kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu
dan berikan bantuan sekiranya perlu.
• Semua ibu dan bayi perlu mendapat sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran
untuk sekurang-kurangnya 1 jam.
• Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi telah bersedia untuk menyusu dan bantu
sekiranya perlu.
1. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran.
i. Mengekalkan kehangatan badan bayi dan membuatkannya tenang.
ii. Menggalakkan ikatan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan.
iii. Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat.
iv. Membolehkan pengkolonisasi usus bayi dengan bakteria yang biasa berada pada
ibu.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
v. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan paras gula dalam darah bayi.
2. Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues).
i. Membuka mulut, dan mencari-cari payudara.
ii. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau
terbuka.
iii. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap
bibir.
iv. Menghisap atau menggigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek
yang menyentuh bibirnya.
v. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
vi. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau
mungkin menangis.
TAMBAHAN BAHARU
• Kes Normal perlu menggunakan garis panduan sedia ada. Manakala bagi ibu yang
suspected/ probable/ confirmed Covid 19, perlu merujuk kepada Carta Alir Rumusan
Pelaksanaan Amalan Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik COVID Bagi Ibu Suspected/
Probable/ Confirmed COVID-9 seperti di Lampiran 3.
•
LANGKAH 5
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan
walaupun mereka terpisah daripada bayi.
• Bantuan penyusuan susu ibu yang diberikan adalah seperti berikut:
1. Semua ibu menyusu susu ibu diajar tentang posisi dan pelekapan.
2. Semua ibu diajar tentang pemerahan susu ibu menggunakan tangan (atau diberi
risalah dan penerangan rujukan untuk bantuan).
• Semua ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu haruslah:
1. Diberitahu tentang risiko dan pilihan penyusuan lain serta dibantu untuk membuat
pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan semasa mereka.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
2. Diajar untuk menyediakan cara penyusuan pilihan bagi bayi mereka dan minta ibu
membuat tunjuk cara apa yang telah dipelajari.
• Ibu kepada bayi yang ditempatkan di Unit Rawatan Khas:
1. Ditawarkan bantuan untuk memulakan penyusuan awal, merangsang pengeluaran
susu dan mengekalkan bekalan susu ibu dalam masa 6 jam selepas kelahiran.
2. Ditunjukkan cara memerah susu ibu menggunakan tangan dan diberitahu tentang
keperluan menyusukan bayi atau memerah susu mereka sekurang-kurangnya 6-8
kali sehari untuk memastikan bekalan susu berterusan.
3. Diberi maklumat tentang risiko dan faedah pilihan pemberian penyusuan yang
pelbagai dan bagaimana menjaga payudara sekiranya mereka tidak merancang untuk
menyusu dengan susu ibu.
TAMBAHAN BAHARU
• Para ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 perlu diberi penerangan dan
tunjuk ajar mengenai:
1. Faedah dan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi terutama di waktu
pandemik COVID 19.
2. Risiko tidak memberi penyusuan susu ibu kepada bayi semasa pandemik.
3. Cara memerah susu ibu dengan menggunakan tangan.
4. Cara memerah susu ibu dengan menggunakan pam.
5. Cara pengendalian dan penyimpanan susu ibu perahan.
• Jika ibu dan bayi berada di dalam wad yang berasingan, sediakan satu bekas khas
bertutup dan dilabel (nama ibu) untuk setiap pesakit bagi menyimpan bekas-bekas kecil
susu ibu perahan supaya ia tidak bercampur dengan susu ibu lain semasa proses
penyimpanan di dalam peti sejuk.
• Jika ibu menjalani proses kuarantin di rumah dan bayi berada di hospital, stok susu ibu
perahan perlu disimpan dalam peti sejuk di rumah masing-masing sehingga ibu boleh
bersama bayi. Bayi pula boleh diberi susu ibu dermaan sebagai pilihan pertama jika ada
atau diberi susu gantian lain.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
LANGKAH 6
Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali
atas sebab-sebab perubatan.
• Makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian hanya diberi kepada bayi jika:
1. Ada alasan perubatan.
2. Ibu telah membuat pilihan berhemah setelah diberi runding cara tentang pelbagai
pilihan, risiko dan faedah pemberian makanan kepada bayi (fully informed choices)
• Alasan untuk pemberian makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian perlu
dicatatkan.
LANGKAH 7
Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in).
– memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.
• Semua ibu dan bayi ditempatkan bersama termasuk pada waktu malam.
• Bayi hanya boleh dipisahkan daripada ibu atas sebab-sebab perubatan yang kukuh
dengan rekod bertulis.
TAMBAHAN BAHARU
• Bagi ibu yang confirmed COVID-19 , pemisahan bayi dari ibu boleh dilaksanakan JIKA
keadaan tidak mengizinkan ibu dan bayi bersama.
• Bagi ibu yang suspected/ probable COVID-19 disarankan untuk bersama setiap masa
dengan pematuhan SOP seperti di Lampiran 3.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
LANGKAH 8
Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan
bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu
(feeding cues).
• Ibu diajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi lapar dan apabila telah
kenyang.
• Tiada had ditetapkan ke atas kekerapan dan tempoh penyusuan susu ibu.
TAMBAHAN BAHARU
Ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 perlu menyusukan bayi mereka dengan
mematuhi prosedur operasi standard seperti di Lampiran 2.
LANGKAH 9
Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi-bayi yang menyusu
susu ibu.
• Bayi tidak diberi susu menggunakan botol dan puting.
• Ibu diajar tentang risiko menggunakan botol susu.
• Bayi yang menyusu susu ibu tidak diberi puting kosong atau puting tiruan.
LANGKAH 10
Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-
ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.
• Ibu diberi maklumat tentang sekurang-kurangnya satu kaedah untuk mendapatkan
bantuan dan sokongan penyusuan susu ibu selepas keluar dari hospital. Contoh kaedah:
menghubungi hospital, klinik kesihatan, kumpulan sokongan atau kaunselor laktasi.
• Pihak hospital perlu menggalakkan penubuhan atau bekerjasama dengan kumpulan
sokongan penyusuan susu ibu dan/atau perkhidmatan masyarakat lain yang
menyediakan sokongan penyusuan susu ibu.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
• Ibu perlu diberi maklumat dan penerangan tentang cara untuk mendapatkan bantuan
berkaitan pemberian makanan bayi sejurus selepas keluar dari hospital (sebaik-baiknya
2-4 hari selepas keluar daripada hospital dan minggu berikutnya).
TAMBAHAN BAHARU
• Sewaktu pandemik, sokongan atau perjumpaan kumpulan sokongan adalah digalakkan
dijalankan secara virtual.
i. Ahli kumpulan sokongan digalakkan untuk aktif di alam maya melalui pelbagai
aplikasi media sosial seperti facebook, whatsapp group, telegram dan sebagainya.
ii. Bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan mengemaskini
maklumat terkini dan menggalakkan perjumpaan menerusi mesyuarat/ perbincangan
secara atas talian.
PERKARA 11
Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota
kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
• Melarang promosi produk gantian susu ibu.
• Melarang promosi botol susu, puting susu dan puting kosong.
• Melarang pengedaran sampel, hadiah percuma dengan produk gantian susu ibu, botol
susu, puting susu dan puting kosong atau bahan-bahan promosi produk tersebut kepada
ibu-ibu, ibu hamil atau ahli keluarga mereka.
• Hospital tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga
pasaran yang disyorkan.
• Tidak menerima sebarang penajaan atau insentif dalam bentuk tunai atau barangan
daripada pengilang atau pengedar.
TAMBAHAN BAHARU
• Garis Panduan Sumbangan/ Tajaan Daripada Syarikat Yang Memasarkan Produk Susu
Formula Bayi dan Produk-produk Tersenarai Dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Semasa
Wabak COVID-19 , 12 April 2020 seperti di Lampiran 4 perlu dirujuk sekiranya berkaitan.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
PERKARA 12
Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran
dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).
• Polisi Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk:
1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses
kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan.
2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu
semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).
3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan
melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut.
4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan
menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat
halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan
dengan jelas kepada ibu.
5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban,
episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour),
pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan
memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.
TAMBAHAN BAHARU
Penambahan hanya pada komponen peneman dalam Perkara 12 iaitu:
• Bagi ibu tiada jangkitan: ikut garis panduan bersalin sedia ada dengan penambahan
berikut:
1.1 Peneman perlu lulus tatacara saringan COVID-19 di fasiliti masing-masing seperti
di Lampiran 5 dan perlu menjalani perkara-perkara berikut:
i. Mengisi Borang Deklarasi Saringan Penyakit COVID-19
ii. Pemeriksaan suhu badan
iii. Baca, fahami dan tandatangan borang peneman
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
1.2 Jika lulus saringan di atas, peneman dibenarkan dengan mengikuti langkah-langkah
berikut:
i. Diberi penerangan peraturan peneman di kompleks dewan bersalin.
ii. Baca, fahami dan tandatangan Borang Akuan Peneman Ibu Bersalin (Appendix
A).
iii. Memakai pelitup separuh muka, mengamalkan kebersihan tangan dan
mengamalkan penjarakan fizikal daripada anggota kesihatan.
iv. Dibenarkan berada di sisi ibu sehingga selesai. Beri kerjasama apabila diminta
oleh anggota untuk keluar dari bilik jika ada sebab-sebab tertentu.
1.3 Jika tidak lulus saringan di atas peneman dinasihatkan menjalani saringan COVID-
19 di Pusat saringan COVID-19 (COVID Screening Mass Area – CMSA) atau klinik
kesihatan yang berdekatan.
PERKARA 13
HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan
daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.
• Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan
tentang pemakanan bayi termasuklah risiko dan kebaikan pilihan pemberian makanan
lain.
• Anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan ibu HIV positif haruslah dilatih dalam
latihan pemakanan bayi dan HIV.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Lampiran 1
Kaedah Pelaksanaan Sesi Amali Klinikal Kursus Penyusuan Susu Ibu (20 Jam) Kepada
Anggota Kesihatan Semasa Pandemik COVID-19 (Langkah 2)
BIL. PENERANGAN
1. Sesi Amali Klinikal 1 : Observing and assisting breastfeeding
1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 1
2. Penerangan semula penggunaan:
• Borang Breastfeed Observation Aid
• List of Communication Skills
3. Tayangan Video Kaedah Penilaian Penyusuan Menggunakan Borang:
• Link Video 1: Membantu Ibu Menyusu Untuk Profesional Kesihatan
https://youtu.be/s9sGVNsZ11A
• Link Video 2: Posisi Penyusuan Untuk Profesional Kesihatan
https://youtu.be/TdI3yjgDeyk
4. Tayangan Video Bagi Sesi Amali Klinikal 1:
• Link Video 3: Melenkapkan Bayi Pada Payudara
https://youtu.be/YSlpMJtUtOk
• Link Video 4: Posisi Penyusuan https://youtu.be/v5pFlu0JD3o
5. Perbincangan Sesi Amali Klinikal
2. Sesi Amali Klinikal 2 : Talking With A Pregnant Woman
1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 2
2. Penerangan semula penggunaan:
• Antenatal Checklist (Pilihan)
• List of Communication Skills
3. Mock Training Sesi Temubual Bersama Ibu Hamil dan menjalankan penilaian
4. Perbincangan Sesi Amali Klinikal
3. Sesi Klinikal Amali Klinikal 3: Observing Hand Expression and Cup Feeding
1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 3
2. Tayangan Video- Memerah Susu:
• Link Video 1: Memerah Dan Menyimpan Susu Untuk Profesional
Kesihatan
https://youtu.be/L82DcseGR00
• Link Video 2: Bagaimana Cara Memerah Susu
https://youtu.be/XURD50ArYxo
3. Perbincangan Sesi Amali Klinikal – Memerah Susu
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
BIL. PENERANGAN
4. Tayangan Video – Pemberian Susu Menggunakan Cawan
• Link Video 3: https://youtu.be/-6AU6y6qatc
5. Perbincangan Sesi Amali Klinikal - Pemberian Susu Menggunakan Cawan
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Lampiran 2
Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19
Ibu-ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 disarankan :
1. Memakai pelitup separuh muka setiap masa terutama sewaktu menyusukan
bayi.
2. Mengamalkan Hand hygiene sebelum dan selepas bersentuhan dengan bayi
termasuk ketika penyusuan dan selepas batuk atau bersin.
3. Mengamalkan Respiratory hygiene sekiranya ada gejala;
• tutup hidung dan mulut dengan tisu sewaktu batuk atau bersin
• buang tisu dalam bekas yang bertutup dan
• basuh tangan selepas itu dengan segera.
4. Routine cleaning and disenfeksi permukaan yang disentuh oleh
ibu yang bergejala.
5. Kurangkan sentuhan fizikal dengan bayi sewaktu rooming-in. Pegang bayi
hanya untuk penyusuan sahaja.
6. Penjarakan fizikal dengan bayi sewaktu tidak menyusu.
7. Pastikan pengudaraan bilik yang baik.
8. Elakkan bilik yang berhawa dingin.
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Lampiran 3
CARTA ALIR RUMUSAN PELAKSANAAN AMALAN HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA
PANDEMIK/ COVID BAGI IBU SUSPECTED/ PROBABLE/ CONFIRMED COVID-19
Nota:
*Langkah-langkah kebersihan: Memakai
pelitup separuh muka, basuh tangan
**Jika keadaan wad tidak sesak dan tidak
kondusif untuk penjarakan yang selamat
dan penyusuan, ibu dan bayi akan
dijauhkan antara satu sama lain
YA
TIDAK
TIDAK YA
IBU SUSPECTED/ PROBABLE/
CONFIRMED COVID-19
DALAM PROSES KELAHIRAN
**Pesakit boleh
menjalankan semua
langkah penjagaan
kebersihan
• Dibenarkan sentuhan kulit ke kulit (Langkah 4)
• Benarkan peneman yang sihat semasa kelahiran
(memerhati langkah kebersihan) (MFC)
• Memulakan penyusuan susu ibu dengan segera
(Langkah 4)
• Tiada peneman semasa proses
kelahiran (MFC)
• Tiada sentuhan kulit (Langkah 4)
• Jauhkan bayi dengan segera
• Penyusuan susu ibu segera tidak
dibenarkan
• Galakkan EBM dengan langkah-
langkah penjagaan kebersihan
(Langkah 5)
• Penyusuan susu ibu diberi dengan
menggunakan sudu/cawan oleh
seseorang yang sihat (Langkah 5 dan
6)
DIPINDAHKAN KE WAD
PENGASINGAN SEBAIK
SAHAJA PESAKIT STABIL**
Keadaan wad
pengasingan
hendaklah kondusif
dan sesuai**
• Mematuhi protokol wad isolasi
• Tiada rooming-in (Langkah 7)
• Hanya EBM dibenarkan mengikut langkah-
langkah kebersihan (Langkah 5)
• Penyusuan susu ibu diberi dengan
menggunakan sudu/cawan oleh seseorang
yang sihat (Langkah 5, 6 dan 9)
• Benarkan penyusuan ibu secara
langsung pada masa yang sesuai
(Langkah 8)
• Benarkan rooming- in ibu dengan bayi
dengan penjarakkan yang selamat di
antara penyusuan (Langkah 7)
• Minimumkan sentuhan dengan bayi
• Mengamalkan langkah-langkah
penjagaan kebersihan
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Lampiran 4
Surat Garis Panduan Sumbangan/ Tajaan Daripada Syarikat Yang Memasarkan
Produk Susu Formula Bayi dan Produk-produk Tersenarai Dalam Sistem Penjagaan
Kesihatan Semasa Wabak COVID-19 , 12 April 2020
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Lampiran 5
CARTA ALIR UNTUK PENEMAN DI KOMPLEKS DEWAN BERSALIN
Peneman untuk ibu di
kompleks bersalin
Peneman wajib melakukan saringan di
Kompleks Dewan Bersalin (Kaunter 1)
• Mengisi boring saringan
• Periksa suhu (<37.5C)
Lulus
Saringan
Tidak dibenarkan meneman ibu • Diberi penerangan peraturan peneman
di Kompleks Dewan Bersalin
• Baca, fahami dan tandatangan Borang
Peneman
• Memakai pelitup separa muka, menjaga
kebersihan tangan dan penjarakan fizikal Nasihat untuk menjalani saringan
seperti mengambil throat swab
dan nasal swab.
*Rujuk ke CMSA atau klinik
kesihatan yang berdekatan. • Dibenarkan berada di sisi pesakit
sehingga pesakit dihantar ke wad.
• Beri kerjasama apabila diminta oleh staf
untuk keluar dari bilik jika ada sebab-
sebab tertentu.
Selesai
ANNEX 39
Ministry of Health Malaysia
Updated on July 2021
Appendiks A
Borang Akuan Peneman Ibu Bersalin
CONTOH GARIS PANDUAN PENEMAN IBU BERSALIN DI BILIK BERSALIN HOSPITAL
TUNKU AZIZAH (HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK) KUALA LUMPUR
HTAKL/O&G/086/01
OBJEKTIF
POLISI PENEMAN DI BILIK BERSALIN
1. Hanya orang dewasa sahaja dibenarkan untuk menemani ibu bersalin.
2. Peneman boleh terdiri daripada salah seorang suami/ibu/ibu mertua/kakak/adik perempuan/rakan
perempuan/peneman professional contohnya doula.
3. Hanya seorang sahaja peneman dibenarkan pada satu-satu masa.
4. Peneman perlu berpakaian sopan semasa menemani ibu bersalin.
5. Kebenaran perlu diperolehi dari anggota yang bertugas dikaunter pertanyaan di Bilik Bersalin.
6. Kebenaran ini adalah bergantung kepada keadaan semasa di bilik bersalin dan budi bicara Ketua Jururawat/Jururawat
Bilik Bersalin.
7. Peneman dibenarkan berada di sisi ibu semasa bersalin dan sehingga pesakit dihantar ke wad, tetapi apabila diminta
keluar dari Bilik Bersalin, peneman hendaklah memberi kerjasama.
8. Peneman perlu memaklumkan kepada petugas, jika ingin keluar untuk sesuatu tugas yang tertentu.
9. Peneman tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman dari luar.
10. Peneman hendaklah berada di bilik ibu berkenaan sahaja dan dilarang menjenguk ke bilik lain.
11. Perakam video dan kamera tidak boleh dibawa masuk ke bilik bersalin.
12. Telefon bimbit perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum masuk ke Bilik Bersalin.
13. Segala bahan bacaan seperti majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa masuk ke Bilik Bersalin.
14. Peneman hanya dibenarkan untuk bersama ibu untuk kelahiran biasa sahaja.
15. Peneman hanya dibenarkan berada di bahagian hujung kepala katil.
16. Bagi ibu/ pesakit yang tiada pasangan, peneman perempuan sahaja yang dibenarkan.
KEADAAN-KEADAAN DIMANA SUAMI TIDAK DIBENARKAN MASUK / DIMINTA KELUAR.
1. Semasa kelahiran berkomplikasi.
2. Semasa prosedur tertentu dilakukan ke atas ibu.
3. Semasa resusitasi dilakukan.
4. Sekiranya peneman berkelakuan tidak sopan atau mengganggu ketenteraman Bilik Bersalin.
5. Lain-lain keadaan seperti diarahkan oleh Doktor.
PERHATIAN
1. Peneman juga perlu tahu bahawa hospital mempunyai ramai Pelajar Perubatan, Kejururawatan dan Doktor Siswazah
Pelatih. Mereka juga menjalankan amali di Bilik Bersalin dan mereka juga layak menyambut, menyaksikan dan
membantu dalam kelahiran biasa dibawah penyeliaan pegawai bertauliah.
2. Melalui pengalaman kami terdapat beberapa kes dimana peneman pengsan dan mendapat kecederaan semasa
menemani ibu melahirkan anak.
3. Sehubungan dengan ini, pihak hospital tidak bertanggungjawab jika berlaku kecederaan kepada peneman.
PENEMAN DIMINTA MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI YANG DISEDIAKAN. JIKA ADA SEBARANG MASALAH SILA
BERHUBUNG KETUA JURURAWAT ATAU JURURAWAT YANG BERTUGA
• Memberi sokongan emosi dan moral kepada ibu bersalin.
...........................................
T/T KETUA JABATAN
O&G,HOSPITAL WANITA
DAN KANAK-KANAK)
KUALA LUMPUR No. K/P: ………………………………
Nama Penuh: …………………………
………………………………
T/T PENEMAN
………………………………
T/T SAKSI
Nama Penuh: …………………………
31
ANNEX 39
Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. Polisi, Skop Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk
Anggota Kesihatan Bukan Klinikal, Skop Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang
Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu dan Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu
Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009.
2. Majlis Keselamatan Negara. 2020. SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan dan Swasta.
3. Human Resources Development Fund (HRDF). 2020. Guideline For Conducting Face-to-
Face Training During COVID-19 Pandemic.
4. Borang Deklarasi Covid, CPRC Kebangsaan
5. Borang Peneman Hospital Tunku Azizah.