GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk...
Transcript of GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM · PDF filepelaksanaannya dalam rekabentuk...
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
1
GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN SEMAKAN KURIKULUM UNTUK
PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN PROGRAM AKADEMIK
1. Tujuan
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat tentang
aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum untuk penambahbaikan kualiti
berterusan (continual quality improvement – CQI) program-program akademik di
UNIMAS.
2. Pengenalan
Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) adalah satu proses jaminan
kualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan kekal relevan,
dinamik dan berdaya saing. Proses ini adalah bersifat kitaran (cyclical) dan
melibatkan dua (2) aktiviti utama iaitu pemantauan pelaksanaan program
(program monitoring) dan semakan kurikulum program (curriculum
review) yang perlu dilaksanakan secara sistematik.
Model Penambahbaikan Kualiti Berterusan bagi penambahbaikan yang
melibatkan pemantauan pelaksanaan dan semakan kurikulum program seperti
Rajah 1 di bawah:
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
2
Pemantauan pelaksanaan kurikulum program adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan
mengenalpasti perkara-perkara yang perlu ditambahbaik bagi memastikan hasil
pembelajaran kursus dapat dicapai oleh pelajar seperti yang dirancang. Aktiviti
pemantauan adalah berfokuskan kepada urusan penyelenggaraan kualiti
pelaksanaan program (maintenance of academic quality).
Pemantauan pelaksanaan kurikulum program melibatkan dua (2) peringkat
iaitu peringkat kursus (course monitoring) dan peringkat program (program
monitoring).
Pemantauan peringkat kursus dijalankan pada setiap semester pengajian
sementara pemantauan peringkat program pula boleh dijalankan sebagai
aktiviti tahunan iaitu setelah selesai satu sesi akademik pengajian
program.
Semakan Kurikulum adalah aktiviti yang lebih komprehensif kerana
melibatkan penilaian keberkesanan pelaksanaan program dan pencapaian hasil
pembelajaran secara menyeluruh. Aktiviti ini turut melibatkan pelaporan
penilaian kendiri (self-review report), pemeriksa luar (external examiner), dan
panel penasihat industri (industry advisory panel) yang digunakan dalam
membuat keputusan tentang kualiti sesuatu program dan pengenalpastian
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menambahbaik kualiti program
tersebut.
Semakan Kurikulum dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh
LIMA (5) tahun SELEPAS penawaran pertama program (perolehan Akreditasi
Penuh) atau selepas kelulusan semakan kurikulum oleh JPT atau dalam
tempoh yang lebih awal berdasarkan ketetapan Standard Program bidang
pengajian atau keperluan akreditasi badan professional.
Aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum program adalah di bawah
tanggungjawab Fakulti dan Pusat.
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Akademik (BPPA) berperanan sebagai
urus setia dalam menyelaras aktiviti pemantauan dan semakan kurikulum oleh
Fakulti dan Pusat. BPPA turut menguruskan proses permohonan/pemakluman
perubahan kurikulum program hasil daripada keputusan semakan oleh Fakulti
dan Pusat ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau/dan Jawatankuasa
Pengajian Tinggi (JPT) di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkaitan antara setiap aktiviti dalam proses penambahbaikan kualiti
berterusan yang dinyatakan di atas adalah seperti di Rajah 2.
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
3
Rajah 2: Proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program Akademik
3. Aktiviti Penting Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Program
Fakulti dan Pusat perlu membuat perancangan dan persediaan rapi yang
melibatkan aktiviti-aktiviti pemantauan pelaksanaan kurikulum seperti di bawah:
a. Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Peringkat Kursus (Course Monitoring)
Penyediaan Pelan Instruksional Kursus1 oleh penyelaras/pensyarah
(course coordinator/instructor) bagi kursus yang ditawarkan dalam
setiap semester pengajian.
Pelaporan oleh penyelaras/pensyarah (course coordinator/instructor)
kepada penyelaras program (program coordinator) tentang
pencapaian hasil pembelajaran kursus dan prestasi pelajar dalam
kursus yang telah dilaksanakan.
Perkara yang perlu diperincikan dalam laporan tersebut adalah:
o Ulasan tentang pencapaian hasil pembelajaran kursus (CLO) oleh
pelajar dan kekuatan pelaksanaan kursus dari pelbagai aspek seperti
strategi penyampaian, penilaian, penyeliaan, bahan rujukan, dan lain-
lain yang berkaitan. (Strengths of the course)
o Justifikasi ketidakcapaian hasil dan pengenalpastian perkara-perkara
yang menyumbang kepada ketidakcapaian hasil kursus. (Areas of
concern)
o Strategi penambahbaikan pelan instruksional atau aspek pelaksanaan
yang lain.(Strategies to address the areas of concern to strengthen the
course implementation)
o Format pelaporan pemantauan adalah bertakluk kepada ketetapan
Fakulti/Pusat.
1 Rujuk Garis Panduan Penulisan Pelan Instruksional Kursus
Penawaran Program
(Tahun Pertama*)
Pemantauan Kursus
Pemantauan Program
Semakan Kurikulum
• *Selepas memperolehi Akreditasi
Penuh ATAU kelulusan JPT untuk
pemakluman Semakan Kurikulum.
Setiap semester pengajian
• Setiap sesi pengajian
• sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh LIMA (5) tahun SELEPAS
penawaran pertama program atau
selepas kelulusan semakan kurikulum
oleh JPT atau dalam tempoh yang lebih
awal berdasarkan ketetapan Standard
Program bidang pengajian atau
keperluan akreditasi badan professional.
• Permohonan perubahan kurikulum hasil
Semakan Kurikulum ke MQA atau/dan
pemakluman ke JPT.
CQI
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
4
b. Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Peringkat Program (Program Monitoring)
Pengumpulan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran program
oleh penyelaras program (program coordinator) berdasarkan pelaporan
pemantauan pelaksanaan kursus yang telah disediakan dan mengenalpasti
perkara-perkara berikut:
o Kursus-kursus dalam program pengajian yang memerlukan
penambahbaikan berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran kursus,
pencapaian pelajar dalam kursus-kursus tersebut dan maklumbalas
pelajar dalam borang penilaian kursus/pensyarah.
o Kesesuaian cadangan strategi penambahbaikan dan implikasi
pelaksanaannya dalam rekabentuk kurikulum atau struktur kurikulum
sedia ada.
Perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah kursus yang terlibat
dalam program tentang cadangan penambahbaikan kurikulum program dan
persediaan pelaksanaannya serta isu-isu lain yang berkaitan tentang
penambahbaikan kualiti berterusan. Penilai luar, pelajar/alumni, ahli
lembaga penasihat pengajian program atau pemegang taruh yang lain boleh
dijemput untuk perbincangan bersama.
Menyediakan kertas kerja dan membentang cadangan penambahbaikan
kualiti berterusan program ke Fakulti/Pusat untuk pengesahan dan
kelulusan.
Cadangan penambahbaikan kualiti program perlu mendapatkan perakuan
JPPA/JKPS dan kelulusan SENAT sebelum dilaksanakan.
4. Aktiviti Penting Semakan Kurikulum Program
Aktiviti-aktiviti semakan kurikulum adalah kesinambungan daripada aktiviti
pemantauan pelaksanaan kurikulum yang dinyatakan di atas. Secara khususnya,
aktiviti semakan kurikulum melibatkan perkara-perkara berikut:
Pengumpulan maklumat oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Pemajuan
Pelajar) melalui perbincangan bersama semua penyelaras/pensyarah dalam
program akademik tentang pencapaian hasil pembelajaran program secara
menyeluruh dan PENILAIAN tentang:
a. Sejauhmana program akademik yang dilaksanakan telah memenuhi
keperluan piawaian (standard) yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen
berikut:
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework)
Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme
Accreditation, COPPA)
Standard Disiplin Program/Keperluan Badan Professional (jika
berkaitan)
b. Sejauhmana program akademik tersebut telah menepati tujuan (fitness for
purpose) dan dapat menyumbang kepada pencapaian objektif strategik
UNIMAS.
c. Kerelevenan dan keterkinian (relevance and currency) kurikulum program
akademik (kandungan, kaedah penyampaian, penilaian, sumber/bahan
sokongan pengajaran-pembelajaran, teknologi) berdasarkan perkembangan
ilmu semasa dan keperluan industri/pasaran negara akan datang.
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
5
Pengumpulan maklum balas tentang sejauhmana program akademik tersebut
telah menepati tujuan (fitness for purpose) daripada pemegang taruh
(pelajar/alumni, industri, ahli lembaga penasihat program, badan professional
dan lain-lain yang berkaitan)
Pelaporan penilaian kendiri (self-review report) yang disediakan
berdasarkan sembilan (9) bidang jaminan kualiti dalam Kod Amalan Akreditasi
Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) beserta
cadangan penambahbaikan kualiti program.
Pelaporan oleh pemeriksa luar (external examiner) dan panel penasihat industri
(industry advisory panel) yang dilantik bagi mempertingkatkan kualiti program
dan langkah-langkah penambahbaikan yang telah dijalankan berdasarkan
pelaporan yang diterima.
Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan
perubahan kurikulum program hasil semakan ke Fakulti/Pusat untuk
pengesahan.
Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan
perubahan kurikulum program hasil semakan ke JPPA/JKPS untuk perakuan.
Penyediakan kertas kerja tentang keputusan semakan kurikulum dan cadangan
perubahan kurikulum program hasil semakan ke Senat untuk kelulusan.
5. Hal-Hal Lain
Peratusan perubahan kurikulum yang diambilkira adalah berdasarkan
kurikulum asal seperti yang diluluskan2 dan melibatkan kursus teras program
sahaja.
Komponen program yang diambilkira dalam pengiraan peratusan perubahan
kurikulum program adalah seperti adalah seperti di Lampiran 1.
Perubahan semakan kurikulum yang melebihi 30% daripada keseluruhan
kurikulum asal MESTI memdapatkan kelulusan Senat terlebih dahulu
SEBELUM dihantar ke MQA untuk penilaian dan perakuan dan dibentangkan
di JKPT untuk kelulusan penawaran. Pengiraan peratusan perubahan kurikulum program adalah menggunakan
templat yang disediakan dalam e-CLASS.
Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk memastikan struktur ayat, ejaan
dan format yang digunakan adalah betul dalam semua dokumen kertas kerja
permohonan semakan kurikulum program akademik.
6. Tarikh Berkuatkuasa
Garis panduan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat
Senat Bil 02/2015 ke 139 iaitu pada 16 Mac 2015..
2 Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti KPM-MQA Bil. 2/2013
GPPMRCQI V1: 2015 (BPPA)
6