GARIS PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAM · PDF file6.3 Pemohon perlu mendaftarkan maklumat...
Transcript of GARIS PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAM · PDF file6.3 Pemohon perlu mendaftarkan maklumat...
______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
GARIS PANDUAN
PENDAFTARAN SEBAGAI
PENANAM SPESIES TERJADUAL
(KARAS/DEPU)
DI BAWAH AKTA 686
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
MENGENAI SPESIES TERANCAM
______________________________________________________________________
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
KPPK
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENDAFTARAN BARU DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN Pendahuluan 1 Latarbelakang 1 Tujuan Pendaftaran 2 Spesies Kayu Yang Disenarai Sebagai Spesies Terjadual 2 (Jadual Ketiga) Fi/Yuran Pendaftaran dan Bayaran Permohonan 3 Permit dan Sijil Syarat Pendaftaran Bagi Penanam Spesies Terjadual 3 Borang E, Borang F dan Borang Memohon Permit Eksport, 3 Permit Import dan Sijil Eksport Semula CITES Pendaftaran Menggunakan Borang E 4 Pemeriksaan Pasukan Petugas Teknikal 4 Pembaharuan Pendaftaran Menggunakan Borang F 5 Proses dan Perakuan Pendaftaran 5 Lampiran I 6 - Carta Aliran Proses Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual Lampiran II 7 - Alamat Ibu Pejabat dan Pejabat MTIB Wilayah dan Negeri Di Semenanjung Malaysia - Alamat Pejabat Wilayah MTIB Sabah 8
PENDAFTARAN BARU DAN
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA ______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
1. PENDAHULUAN
1.1 Garispanduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan
sebagai rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan
pendaftaran untuk aktiviti pembiakkan secara buatan ( atau juga dipanggil
sebagai penanam) pokok spesies terjadual sepertimana termaktub dalam
Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies
Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) yang diperbuat
dibawah seksyen 54: Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies
Terancam 2008, AKTA 686.
1.2 Penekanan dan fokus garispanduan ini adalah kepada aktiviti tanaman
karas/gaharu atau Aqularia spp, selaras dengan kepentingan aktiviti
tanaman tersebut pada masa kini.
2. LATAR BELAKANG
2.1 AKTA 686: PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES
TERANCAM 2008 telah diwartakan pada 14 Februari 2008 manakala
Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies
Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) diwartakan pada 24
Disember 2009. Pelaksanaannya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya
pada 1 Julai 2010. MTIB mentadbir pelaksanaan AKTA 686 meliputi
kawasan Semenanjung dan Sabah. Jabatan Perhutanan Sarawak
mentadbir bagi negeri Sarawak.
2.2 Mana-mana orang atau syarikat yang menghasilkan tumbuhan yang
dibiakbakakan dalam kurungan atau dibiakkan secara buatan (bagi tujuan
perdagangan komersial) tanpa berdaftar dengan MTIB adalah melakukan
suatu kesalahan. Mana-mana orang atau syarikat yang tidak memohon
untuk berdaftar bagi menghasilkan tumbuhan dibiakkan secara buatan
adalah melakukan suatu kesalahan.
2.3 Bagi memenuhi maksud dalam perkara 2.2 MTIB perlu melaksanakan
pendaftaran penanam spesies terjadual (Karas/Gaharu) seperti kehendak
Akta 686.
3. TUJUAN PENDAFTARAN
3.1 Memastikan penanam spesies terjadual mematuhi peraturan di bawah Akta 686.
3.2 Mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa spesies
terjadual dalam Senarai Apendiks CITES.
3.3 Menyusun dan membantu pembangunan industri spesies terjadual (tanaman, pasaran dan perdagangan antarabangsa).
3.4 Mengumpul dan menyenggara maklumat dan rekod mengenai industri
spesies terjadual
4. SPESIES KAYU YANG DISENARAI SEBAGAI SPESIES TERJADUAL
JADUAL KETIGA
APPENDICES
I II III
FLORA (PLANTS)
Family : Araucariaceae (Monkey-puzzle tree)
Araucaria araucana (Chilean Pine)
Family : Leguminosae (Fabaceae) (Afrormosia, Cristobal, Rosewood, Sandalwood)
Dalbergia nigra (Brazilian Rosewood)
Caesalpinia echinata #10 Pericopsis elata #5 (Devils Tree, Red Bark) Platymiscium pleiostachyum #1 (Cachimbo, Cristobal, Nambar) Pterocarpus santalinus #7 (Angsana, Sena)
Dipteryx panamensis (Pittier)
Family : Meliaceae (Mahoganies, Spanish Cedar)
Swietenia humilis #1 (Honduras, Mexican Mahogany) Swietenia macrophylla #6 (Brazilian, Bolivian Mahogany) Swietenia mahagoni #5 (Cuban, Spanish Mahogany)
Cedrela odorata #5 (Cigar Box, Spanish Cedar)
Family : Pinaceae (Guatemala Fir)
Abies guatemalensis (Guatemala Fir)
Family : Podocarpaceae (Podocarps)
Podocarpus parlatorei (Parlotores Podocarp)
Podocarpus nerifolius #1 (Podo)
Family : Thymelaeaceae (Aquilarlaceae) (Agarwood, Ramin)
Aquilaria spp. #1 (Agarwood) Gonystylus spp. #1 (Ramin) Gyrinops spp. #1
5. FI/YURAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN PERMOHONAN PERMIT DAN
SIJIL
Fi dan Yuran yang dikenakan kepada pemohon adalah seperti dinyatakan dalam
Peraturan Pendaftaran, Fi / Yuran dan permit dimana bayaran pendaftaran
baharu bagi aktiviti pembiak bakaan ialah RM200 setahun manakala bagi
pembaharuan pendaftaran ialah RM100 setahun.
6. SYARAT PENDAFTARAN BAGI PENANAM SPESIES TERJADUAL
6.1 Bagi orang perseorangan/penanam individu atau suatu pertubuhan
perbadanan yang menjalankan aktiviti biakbakakan secara buatan dan
aktiviti dibiakkan secara semulajadi terhadap spesies terjadual bagi
maksud perdagangan komesial perlu memohon untuk berdaftar. Carta
aliran keseluruhan proses pendaftaran adalah seperti di Lampiran I
6.2 Pemohon hendaklah mempunyai maklumat hak milik tanah yang lengkap
yang digunakan bagi penanaman spesies terjadual sama ada tanah
persendirian atau tanah sewaan/pajakan. Sekiranya pemohon
menyewa/memajak tanah persendirian atau tanah kerajaan, dokumen
yang berkaitan harus dikemukakan semasa proses pendaftaran berjalan.
6.3 Pemohon perlu mendaftarkan maklumat di dalam Borang E
Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual.
Suatu Surat Akuan Pendaftaran sebagai penanam spesies terjadual
akan ditadbirkan oleh MTIB.
6.4 Setelah berdaftar dengan MTIB dan bagi merekodkan pembaharuan
pendaftaran secara tahunan, pemohon perlu mengisi maklumat
menggunakan Borang F Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran
Sebagai Penanam Spesies Terjadual.
7. BORANG E, BORANG F DAN BORANG MEMOHON PERMIT EKSPORT,
PERMIT IMPORT DAN SIJIL EKSPORT SEMULA CITES
7.1 Semua borang-borang tersebut boleh diperolehi dari Ibu Pejabat MTIB
dan pejabat-pejabat Wilayah / Negeri di Semenanjung dan Sabah
dialamat yang dinyatakan pada Lampiran II.
8. PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG E
8.1 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian I. Maklumat pemilikan sendiri
atau syarikat, alamat premis pejabat dan kebun / ladang / tapak semaian
(nursery) dan tempoh pendaftaran yang dipohon.
8.2 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian II. Maklumat daftar perniagaan
di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Meliputi jenis
perniagaan, milikan (tunggal atau perkongsian), perjanjian sewa / pajak
tanah, butiran ahli kongsi dan pegangan saham.
8.3 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian III. Maklumat daftar
perbadanan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Meliputi jenis syarikat, pegangan syer, maklumat Lembaga Pengarah dan
laln-lain yang berkaitan.
8.4 Bahagian IV perlu diisi dengan lengkap kerana ia merujuk kepada
maklumat mengenai kawasan tanaman karas, status tanah, jenis daftar
kawasan tanaman karas, (nombor lot/geran tanah), nama spesies karas
yang ditanam, tarikh mula penanaman, sumber pokok diperolehi, kos
projek, sumber modal dan data purata pengeluaran karas / gaharu /
agarwood pada setiap bulan.
8.5 Bahagian V memerlukan mereka yang terlibat sebagai penanam karas
menyatakan maklumat tenaga kerja dan pengurusan.
9. PEMERIKSAAN PASUKAN PETUGAS TEKNIKAL
Sebelum MTIB memperakukan dan meluluskan pendaftaran sebagai penanam
spesies terjadual, satu pasukan petugas teknikal akan melawat dan memeriksa
kawasan tanah berkaitan bagi membuat pengesahan. Setelah disahkan
maklumat adalah teratur, MTIB secara rasmi akan mendaftarkan pemohon
sebagai penanam spesies terjadual. Satu Surat Perakuan Pendaftaran akan
dikeluarkan MTIB kepada pihak penanam yang berkenaan.
10. PEMBAHARUAN PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG F
Setiap individu, agensi/syarikat yang diperakukan pendaftaran sebagai penanam
Spesies Terjadual (karas/depu) dengan MTIB harus memperbaharui pendaftaran
pada setiap tahun dengan menggunakan Borang F. Penanam diminta
memasukkan maklumat jumlah karas/depu yang sudah dituai/tebang dalam
tempoh satu tahun kalender, pasaran dimana karas/gaharu dibekalkan
disamping maklumat asas (nama individu/syarikat, alamat premis, tahun mula
beroperasi dan jenis spesies ditanam).
11. PROSES DAN PERAKUAN PENDAFTARAN
Borang E dan Borang F yang telah dilengkapkan berserta lampiran dokumen
yang berkaitan, hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat MTIB, Kuala Lumpur seperti
berikut:-
Bahagian Pendaftaran, Pelesenan & Penguatkuasaan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat