GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan...

4
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA ULANGTAHUN 35 TAHUN PENUBUHAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1. TUJUAN GARIS PANDUAN Dokumen ini adalah Garis Panduan kepada semua para peserta yang akan menyertai Pertandingan Menulis Esei Sambutan 35 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Panduan ini menggariskan tatacara penyertaan , syarat-syarat dan proses penghakiman. 2. LATAR BELAKANG Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan idea masyarakat terutamanya dalam melihat konteks pembangunan Islam di Wilayah Persekutuan.

Transcript of GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan...

Page 1: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI

SEMPENA ULANGTAHUN 35 TAHUN PENUBUHAN

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

1. TUJUAN GARIS PANDUAN

Dokumen ini adalah Garis Panduan kepada semua para peserta yang akan menyertai

Pertandingan Menulis Esei Sambutan 35 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI). Panduan ini menggariskan tatacara penyertaan , syarat-syarat dan

proses penghakiman. 2. LATAR BELAKANG

Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan

idea masyarakat terutamanya dalam melihat konteks pembangunan Islam di Wilayah

Persekutuan.

Page 2: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan

3. OBJEKTIF

Pertandingan Esei ini diwujudkan dengan tujuan:-

a) Menggalakkan lebih ramai masyarakat menyumbang idea-idea yang baik dalam

pembangunan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.

b) Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dan inovatif di kalangan anggota

masyarakat yang melihat dari kaca mata mereka tentang pembangunan hal ehwal Islam di

Wilayah Persekutuan.

c) Mencungkil dan mengasah bakat penulisan di kalangan anggota masyarakat yang

meminati bidang penulisan.

d) Menjadi satu testimony kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam pembangunan hal ehwal Islam di

Wilayah Persekutuan.

4. TAJUK ESEI

” PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN HAL EHWAL ISLAM DI WILAYAH

PERSEKUTUAN ”

5. HADIAH PERTANDINGAN

a) Johan RM2,000.00, plak dan sijil penyertaan

b) Naib Johan RM1,000.00 , plak dan sijil penyertaan

c) Ketiga RM500.00 , plak dan sijil penyertaan

Esei-esei yang berjaya akan dimuatkan dalam keluaran khas Buku Rampaian JAWI.

Page 3: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan

6. TATACARA PENYERTAAN

i) Syarat-syarat Penyertaan

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:-

a) Terbuka kepada semua warga Malaysia. Pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini.

b) Peserta hendaklah menulis tentang tajuk yang ditentukan oleh pihak Sekretariat sahaja.

c) Esei hendaklah ditulis dalam ejaan baru Bahasa Malaysia.

d) Setiap individu boleh menghantar lebih dari satu esei. Esei yang ditulis mestilah hasil

usaha sendiri dan bukannya ditiru (ciplak). Karya ciplak , plagiat atau terjemahan tidak akan

diterima.

e) Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau (double-spacing) 1.5

dengan menggunakan huruf Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian

kertas.

f) Esei perlu dihantar dalam 1 salinan bercetak dan 1 salinan cakera keras (CD) dan juga

menerusi e-mail . g) Esei yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 2,000 – 2,500 patah perkataan.

h) Esei hendaklah sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 31 Julai 2009.

i) Mana-mana esei yang pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Esei JAWI

tidak layak dipertandingkan lagi.

j) Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan mestilah menggunakan penyertaan rasmi

yang boleh dimuat turun (download) dari laman sesawang jabatan iaitu www.jawi.gov.my.

k) Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan Jabatan

Agama Islam Wilayah Persekutuan berhak untuk mencetak atau menerbitkan esei tersebut.

l) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Page 4: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI ... - jawi… panduan menulis esei.pdf · Pertandingan Menulis Esei JAWI diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan

8. KRITERIA-KRITERIA PENGHAKIMAN/PEMARKAHAN

Kriteria-kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian esei tersebut adalah

seperti berikut:-

Bil Perkara Peratus

1 Isi dan Olahan 20%

2 Analisa Masalah / Fakta 30%

3 Gaya Berbahasa 20%

4 Cadangan Idea 25%

5 Ketepatan Ejaan 5%

Jumlah Keseluruhan 100%

Semua keputusan yang diterima daripada panel hakim adalah rahsia dan keputusannya

adalah muktamad.

9. CARA DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang penyertaan dan esei hendaklah dikemukakan kepada Sekretariat ini pada atau

sebelum 31 Julai 2009 di alamat seperti berikut:

SEKRETARIAT

PERTANDINGAN MENULIS ESEI JAWI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

ARAS 8 , KOMPLEKS PUSAT ISLAM

JALAN PERDANA 50519 KUALA LUMPUR

(U.P : TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR)

Tel : 03-2274 9333

Faks : 03-2273 1575

E-Mel : [email protected]