Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

12
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN DI NEGERI BAHAGIAN A 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan) tentang langkah-langkah dan tindakan untuk melaksanakan aktiviti Promosi Pendermaan Organ di peringkat negeri dengan menggunakan peruntukkan yang disalurkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan kepada Unit Pendidikan Kesihatan Negeri. 2. JAWATANKUASA 2.1 Sebuah Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan di negeri. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) / Timbalan Pengarah (Perubatan). 2.2 Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih (Pusat Sumber Transplan/Top Team) dan Ketua-ketua Jabatan atau wakil agensi / masyarakat yang terlibat. Manakala Unit Promosi Kesihatan (Pegawai Pendidikan Kesihatan) merupakan urusetia kepada jawatankuasa ini. 2.3 Pengarah Kesihatan Negeri merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa tersebut. 2.4 Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan aspek berkaitan program ini . 2.5 Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah :- i) Merancang aktiviti-aktiviti Program Promosi Pendermaan Organ di peringkat negeri.

Transcript of Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

Page 1: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN DI NEGERI

BAHAGIAN A 1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan) tentang langkah-langkah dan tindakan untuk melaksanakan aktiviti Promosi Pendermaan Organ di peringkat negeri dengan menggunakan peruntukkan yang disalurkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan kepada Unit Pendidikan Kesihatan Negeri.

2. JAWATANKUASA 2.1 Sebuah Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan di negeri. Jawatankuasa ini

hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) / Timbalan Pengarah (Perubatan).

2.2 Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih (Pusat Sumber Transplan/Top Team) dan Ketua-ketua Jabatan atau wakil agensi / masyarakat yang terlibat. Manakala Unit Promosi Kesihatan (Pegawai Pendidikan Kesihatan) merupakan urusetia kepada jawatankuasa ini.

2.3 Pengarah Kesihatan Negeri merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa

tersebut. 2.4 Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan aspek

berkaitan program ini .

2.5 Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah :-

i) Merancang aktiviti-aktiviti Program Promosi Pendermaan Organ di peringkat negeri.

Page 2: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

ii) Membangunkan modal insan dalam program promosi pendermaan organ menerusi Echo Training penggunaan kit promosi pendermaan organ dan aktiviti-aktiviti program promosi.

iii) Melaksanakan aktiviti promosi pendermaan organ dengan menggunakan pendekatan: • Media Massa • Setting (Tempat Kerja, Sekolah, Komuniti, Inst. Pengajian

Tinggi) iv) Memantau dan menyelaras pelaksanaan aktiviti. v) Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti dan menyediakan laporan.

3. SKOP PROGRAM DAN AKTIVITI 3.1 Skop yang perlu diberi tumpuan dalam program ini ialah :

i) Pendermaan organ dari perspektif perubatan ii) Pendermaan organ dari perspektif agama iii) Kemahiran Komunikasi dalam Pendidikan Kesihatan pendermaan

organ.

3.2 Skop tersebut adalah selari dengan mesej-mesej utama Promosi Pendermaan Organ

3.3 Pembangunan program promosi pendermaan organ di peringkat negeri mestilah mencakupi perkara berikut:-

3.3.1 Echo Training 3.3.2 Aktiviti Promosi Pendermaan Organ

Page 3: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

BAHAGIAN B

1. ECHO TRAINING PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

1.1 Bermula tahun 2008, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah memulakan

sesi Training of Trainers kepada anggota kesihatan terpilih. Bagi

memastikan kesinambungan latihan yang dijalankan, anggota kesihatan

yang dilatih di peringkat nasional perlu bertindak sebagai Fasilitator dalam

melaksanakan echo training di peringkat negeri dengan melibatkan

anggota-anggota kesihatan.

1.2 Objektif Echo Training Pendermaan Organ diadakan untuk:-

• Meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan mengenai kepentingan

pendermaan organ.

• Memastikan anggota kesihatan mempunyai kemahiran dalam

mengendalikan maklumat pendermaan organ apabila berhadapan

dengan pelanggan.

1.2 Tarikh / Tempoh Masa

Tarikh dan tempoh masa Echo Training ditentukan oleh Pegawai

Pendidikan Kesihatan.

1.4 Peserta

Pemilihan peserta perlu selari dengan TOT nasional, walau

bagaimanapun negeri berhak memilih peserta yang difikirkan wajar untuk

dilatih.

a. Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah / Hospital

b. Pegawai Perubatan dan Kesihatan

c. Penolong Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Page 4: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

d. Jururawat Terlatih / TOP TEAM / Pusat Sumber Pendermaan

Organ.

1.5 Skop Latihan

Pelaksanaan Echo Training di peringkat negeri perlu melibatkan skop-

skop berkenaan:-

• Kepentingan Pendermaan Organ

• Organisasi dalam pelaksanaan

• Polisi Pendermaan Organ

• Proses pendaftaran dan Pendermaan Organ

• Mati Otak

• Pendermaan Organ dari sudut agama

• Isu-isu berkaitan pendermaan organ

• Pelan pelaksanaan Promosi Pendermaan Organ Negeri / Daerah /

Hospital / Klinik Kesihatan

1.6 Penilaian

Dalam melaksanakan echo training di peringkat negeri, dua bentuk

penilaian perlu dilaksanakan iaitu Pre dan Post latihan (soalan

disertakan).

Page 5: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

2. AKTIVITI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

2.1 Program Promosi Pendermaan Organ di Malaysia bermula pada tahun 1999

apabila Bekas Menteri Kesihatan Dato’ Dr. Chua Jui Meng melancarkan kad

pengikrar pendermaan Organ. Bagi memastikan kelancaran program, satu

Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Kesedaran

Awam Pendermaan Organ yang dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Dato’

Lee Lam Thye telah ditubuhkan. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada

orang perseorangan, media dan badan bukan kerajaan (NGO).

Jawatankuasa ini terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksana

program promosi pendermaan organ sama ada di peringkat negeri mahupun

di peringkat nasional.

2.2 Objektif

• Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai

kepentingan pendermaan organ/tisu selepas meninggal dunia.

• Meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ selepas meninggal

dunia

2.3 Tarikh / Tempoh Masa / Tempat

Ditentukan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat negeri

2.4 Kumpulan Sasar

Bagi menjamin keberkesanan program, aktiviti harus ditumpukan kepada kumpulan sasar.

Antara kumpulan sasar adalah :- • Masyarakat Umum • Pelajar Sekolah • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi • Pekerja

Page 6: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

2.5 Aktiviti

Aktiviti yang dapat memberi faedah secara langsung kepada kumpulan sasar perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:- a) Forum / Ceramah / Seminar / Dialog b) Pameran c) Kuiz d) Khidmat Nasihat

2.6 Penilaian Keberkesanan Program Setiap aktiviti promosi pendermaan organ yang dijalankan di peringkat negeri

harus di pantau dan dinilai. Penilaian keberkesanan program perlu dibuat berdasarkan format penilaian yang dilampirkan.

BAHAGIAN C

1. Perancangan Aktiviti Unit Promosi Kesihatan bertanggungjawab membuat perancangan senarai aktiviti berdasarkan skop yang ditentukan. Dalam menentukan aktiviti yang akan dirancang, pandangan dan maklumbalas daripada kumpulan sasar, pemimpin serta agensi-agensi berkaitan perlu diperolehi. Ini bertujuan mempastikan aktiviti yang dirancang memenuhi kehendak kumpulan sasar yang seterusnya akan membantu penyertaan mereka dalam aktiviti itu nanti.

2. Sumber Kewangan Menggunakan peruntukan Bahagian Pendidikan Kesihatan.

3. Laporan

Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri perlu menghantar laporan lengkap pelaksanaan dalam tempoh sebulan setelah selesai melaksanakan semua aktiviti berkenaan (Format laporan seperti yang dilampirkan).

Disediakan: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 7: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

LAMPIRAN 1 FORMAT LAPORAN

PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT NEGERI

ECHO TRAINING PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN A. Echo Training Peringkat Negeri

Tarikh Tempat Bil. Sesi Latihan Peringkat Negeri Bil. Anggota Kesihatan dilatih mengikut Profesion

Peg. Pendidikan Kesihatan Peg. Perubatan Jururawat Pen. Pegawai Perubatan Jumlah

B. Echo Training Peringkat Daerah

Tarikh Tempat Bil. Sesi Latihan Peringkat Daerah Bil. Anggota Kesihatan dilatih mengikut Profesion

Peg. Pendidikan Kesihatan Peg. Perubatan Jururawat Pen. Pegawai Perubatan Jumlah

• Laporan yang disediakan perlu dilampirkan bersama analisa Pra dan Post echo training dan gambar semasa latihan diadakan untuk tujuan dokumentasi.

Page 8: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

Tarikh Tempat Kumpulan

Sasar Jenis Aktiviti Yang Diadakan

Penceramah Bilangan Kehadiran Pengunjung

Bilangan Pengikrar Organ (Jika Ada)

Perbelanjaan

• Laporan yang disediakan perlu dilampirkan bersama analisa soal selidik keberkesanan program dan gambar semasa aktiviti diadakan untuk tujuan dokumentasi.

Page 9: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

1

TINJAUAN KE ATAS PENGETAHUAN TERHADAP ANGGOTA KESIHATAN (ECHO TRAINING)

Bahagian A : Demografi Responden 1. Jantina Lelaki Perempuan 2. Agama Islam Buddha Kristian Lain-Lain 3. Bangsa Melayu India Cina Sikh Lain-Lain 4. Pekerjaan Peg. Pendidikan

Kesihatan Pegawai

Perubatan Jururawat Pen. Pegawai

Perubatan Lain-lain

________________(Nyatakan) Bahagian B : Pernyataan Tentang Pendermaan Organ 1. Berikut merupakan jenis organ/tisu yang boleh YA TIDAK TIDAK TAHU didermakan selepas meninggal dunia. Hati Jantung Buah Pinggang Paru-Paru Mata (Kornea) Tulang Kulit Injap Jantung

Page 10: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

2

YA TIDAK TIDAK PASTI 4. Pemindahan organ/tisu selepas meninggal dunia boleh didermakan kepada ahli keluarga sahaja. 5. Ahli keluarga perlu dimaklumkan sekiranya seseorang berikrar untuk menderma organ selepas meninggal dunia. 6. Penderma kadeverik merupakan mereka yang berikrar untuk menderma organ/tisu selepas

meninggal dunia.

7. Organ/tisu penderma selepas meninggal dunia, akan diambil walaupun tidak mendapat kebenaran ahli keluarga. 8. Hanya mereka yang mengalami Mati Otak boleh menderma semua organ dan tisu badan. 9. Orang yang meninggal dunia secara biasa (Jantung Berhenti Berdegup) juga boleh menderma Semua organ dan tisu badan. 10. Kempen promosi pendermaan organ Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan pendermaan organ Selepas meninggal dunia. 11. Adakah anda berniat untuk menderma organ.

Page 11: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

SOAL SELIDIK PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

BAHAGIAN A : BIODATA Umur : __ tahun Jantina : Lelaki Perempuan Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain Agama : Islam Buddha Hindu Lain-lain Kristian Pekerjaan : Pelajar sekolah Pelajar IPT Kakitangan Kerajaan Kakitangan Swasta Suri rumah Pesara lain-lain Tahap Pendidikan : Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/ Universiti Tidak bersekolah

BAHAGIAN B : PANDANGAN TERHADAP AKTIVITI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN Sila tandakan pada aktiviti yang anda hadiri Anda menghadiri Forum/ Ceramah/ Seminar/ Dialog 1. Adakah aktiviti ini memberi maklumat kepada anda? Ya Tidak Tidak pasti 2. Adakah anda faham maklumat yang disampaikan? Ya Tidak Tidak pasti 3. Adakah penceramah berjaya menyampaikan maklumat dengan berkesan? Ya Tidak Tidak pasti 4. Adakah aktiviti ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti Anda melihat pameran 1. Adakah isi pameran mudah difahami? Ya Tidak Tidak pasti 2. Adakah maklumat yang disampaikan berguna? Ya Tidak Tidak pasti 3. Adakah maklumat yang disampaikan mencukupi? Ya Tidak Tidak pasti 4. Adakah pameran ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti Anda menyertai kuiz 1. Adakah soalan kuiz memberi informasi kepada anda? Ya Tidak Tidak pasti 2. Adakah kuiz ini sesuai diadakan? Ya Tidak Tidak pasti 3. Adakah kuiz ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti 4. Adakah hadiah yang ditawarkan kepada anda menarik? Ya Tidak Tidak pasti Anda menghadiri Khidmat Nasihat 1. Adakah khimat nasihat membantu anda memahami pendermaan organ? Ya Tidak Tidak pasti 2. Adakah pegawai yang memberi khidmat nasihat mesra pelanggan? Ya Tidak Tidak pasti 3. Adakah khimat nasihat ini mampu menjawab kemusykilan anda? Ya Tidak Tidak pasti 4. Adakah perkhidmatan ini perlu dikekalkan? Ya Tidak Tidak pasti

BAHAGIAN C : PENGETAHUAN 1. Pernahkah anda mendengar tentang Program Promosi Pendermaan Organ? Ya Tidak (Jika TIDAK sila ke soalan nombor 3) 2. Anda mengetahui tentang pendermaan organ menerusi : (boleh ditanda lebih dari satu) Kakitangan kesihatan Siaran TV/Radio Akbar/ Majalah Risalah/ Poster Perbincangan Kumpulan Pameran Internet Rakan-rakan Ahli keluarga Lain-lain : ________________________ (sila nyatakan) 3. Berikut merupakan jenis organ dan tisu yang boleh didermakan selepas meninggal dunia? Hati Ya Tidak Tidak Tahu Jantung Ya Tidak Tidak Tahu Buah pinggang Ya Tidak Tidak Tahu Paru-paru Ya Tidak Tidak Tahu Mata (kornea) Ya Tidak Tidak Tahu Tulang Ya Tidak Tidak Tahu Kulit Ya Tidak Tidak Tahu Injap Jantung Ya Tidak Tidak Tahu

Tandakan pada petak berkenaan

Page 12: Garispanduan Pelaksanaan Program Promosi an Organ (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

4. Pendermaan organ selepas meninggal dunia boleh didermakan kepada ahli keluarga sahaja. Ya Tidak Tidak pasti 5. Ahli keluarga perlu dimaklumkan sekiranya seseorang berhasrat menjadi pengikrar penderma organ? Ya Tidak Tidak pasti 6. Penderma kadeverik merupakan penderma yang berikrar untuk menderma organ selepas meninggal dunia. Ya Tidak Tidak pasti 7. Organ penderma selepas meninggal dunia, akan diambil walaupun tidak mendapat kebenaran ahli keluarga. Ya Tidak Tidak pasti 8. Hanya mereka yang mengalami Mati Otak boleh menderma semua organ dan tisu. Ya Tidak Tidak pasti 9. Orang yang meninggal dunia secara biasa (Jantung Berhenti Berdegup) juga boleh menderma semua organ dan tisu. Ya Tidak Tidak pasti 10. Kempen Promosi Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Ya Tidak Tidak pasti 11. Adakah agama anda menghalang pendermaan organ? Ya Tidak Tidak pasti

BAHAGIAN D : HASRAT 1. Adakah anda berniat untuk menjadi Pengikrar Penderma Organ? Ya Tidak (Jika TIDAK terus ke soalan 3) 2. Apakah faktor yang mendorong anda berniat untuk berikrar sebagai penderma organ? Kesedaran diri sendiri Dorongan keluarga Ingin berbakti Rakan-rakan Lain-lain : ______________________________________ (sila nyatakan) 3. Apakah faktor yang menghalang anda daripada berniat untuk mendaftar sebagai pengikrar Penderma Organ? Halangan keluarga Maklumat tidak lengkap Kemusykilan Agama Jenazah Terseksa Tiada sokongan kakitangan kesihatan Tidak tahu di mana untuk mendaftar Lain-lain : _____________________________ (sila nyatakan)

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

DERMALAH ORGAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN