Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

download Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

of 14

Transcript of Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    1/14

    Gaya Bahasa Cerita Kanak-kanak

    Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan

    oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan

    serta fikiran dan maksud dalam penulisannya.

    Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata

    (sejumlah perkataan) yang sesuai dengankeadaan danpenceritaan serta menggunakan perkataan

    pilihan dengan wajar dan berhati-hati.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    2/14

    Gaya Bahasa Cerita Kanak-kanak

    Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang guna kosakata betul, mudah, tepat dan ringkas serta sopan, tidak bergaya

    bahasa Inggeris atau Arab yang keterlaluan.

    Pengarang novel juga kerap menggunakan bahasa harian atau

    dialek untuk mewujudkan kesan sebenar terhadap penceritaan

    watak-watak tertentu dalam novelnya.

    Misalnya, Shahnon Ahmad menerusi novelnya Ranjau

    Sepanjang Jalan, menggunakan banyak unsur dialek Kedah.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    3/14

    Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara

    Amira.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    4/14

    Simile Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan

    Itai melangkah.

    Personifikasi Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu

    menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu

    menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan

    tersedar dari tidurnya.

    Hiperbola Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku

    kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih

    dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit

    itu.

    Sinkope Oi... kau tak teringin benda ni?Amira bersuara

    dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta.

    Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara

    Amira.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    5/14

    Inversi Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam

    dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri

    apa yang saya maksudkan.

    Kata Ganda Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yangdia lihat adalah mata biru Samantha.

    Peribahasa Akhirnya ikan akan pulang ke lubukjua walaupun

    kita cuba menghalang takdir.

    Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara

    Amira.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    6/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Pemilihan kata

    Bagi menghasilkan penulisan yang baik, pemilihan kosa kata

    yang tepat amat penting.

    Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan

    pemahaman pembaca tersasar jauh daripada apa yang difikirkan

    oleh penulis.

    Contonya perkataan lihat, tengok, intai, tinjau, tilik semuanya

    menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi setiap perkataan

    memberi maksud yang berbeza.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    7/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Pembinaan ayat yang mantap

    Ayat yang baik lahir dari struktur yang betul. Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada empat pola ayat

    yang mendominasikan pengolahan ayat. Struktur itu ialahFN + FN, FN + FS, FN + FA dan FN + FK.

    Contohnya:

    Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalamanmenjadikan sungai sebak. Arus deras menunda sampahsarap yang tesangkut pada tunggul-tunggul berceranggah

    di tepi tebing. (Dharmala N.S, Cerpen Rakit)Airsungai menyenak personifikasi

    Hujan semalaman menjadikan sungai sebak Hiperbola

    Arus deras menunda sampah - hiperbola

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    8/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Dialog yang mantap

    Dialog dalam cerpen mempunyai fungsi yangbesar menghidupkan penceritaan.

    (i) Memperkenalkan watak Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila

    dialog itu sendiri memperkenalkan watak-watakdalam penceritaan. Contohnya:

    " Siapa dia? "

    " Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Diasekampung dengan saya. Tapi sudah lama

    tinggal di KK."

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    9/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Dialog yang mantap

    Dialog dalam cerpen mempunyai fungsi yang besarmenghidupkan penceritaan.

    (i) Memperkenalkan watak

    Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itusendiri memperkenalkan watak-watak dalam penceritaan.Contohnya:

    " Siapa dia? "

    " Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Dia sekampungdengan saya. Tapi sudah lama tinggal di KK.

    (Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karyaAbdullah Hussein. Antologi SPBS, DBP hal. 128 - 129)

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    10/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Dialog yang mantap

    (ii) Dialog tanpa penjelasan Dialog yang kemas tidak memerlukan keterangan suasana.

    Memadai pembaca membaca dialog. Pembaca sudah tahu siapayang berkata dan kepada siapa dia berkata. Contoh:

    " Jebat, aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu."" Apa? "

    " Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetapcinta padaku."

    " Dan kau memulangkan kembali cintanya? "

    " Entahlah. Aku sayang padanya'" bisik Sussane." Tapi aku tak percaya aku cinta padanya seperti dia mencintaiaku.

    [Cerpen Susanne dan Penyair yang Pulang, karya Zakaria Ali]

    (Dewan Sastera; Ogos 1973: 1)

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    11/14

    Gaya Bahasa CerpenDialog yang mantap

    (iii) Dialog dengan penjelasan

    Namun begitu, ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangansupaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yangdiceritakan oleh pengarang. Contohnya:

    " Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk

    pimpinan parti," ujar Lavasqui secara tebuka sehari selepasberita itu tersiar di akhbar.

    " Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat,Lavasqui," komen Dave.

    " Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama,"

    Dave menyepi. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya.

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    12/14

    Gaya Bahasa CerpenDialog yang mantap

    (iv) Menukar dialog kepada cakap pindah Terdapat juga penulis yang menukar dialog kepada

    cakap pindah. Contohnya:

    Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu.Dia memberi jawapan bahawa dia tanpa tujuansebenarnya dan tidak mengharapkan penemuanyang luar biasa. Dia sudah terbiasa untuk menemuikekosongan dalam hidupnya. Itu, katanya sama

    seperti mendulang emas di kali yang memang tidakmempunyai emas.

    (Di Negeri Belalang, karya Anwar Ridhwan)

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    13/14

    Gaya Bahasa Cerpen

    Pelukisan

    Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang perlu

    menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara.

    Perincian penulisannya itu menyebabkan pembaca benar-benar berpuas hati. Contohnya:

  • 7/30/2019 Gaya Bahasa Cerita Kanak-Kanak & Cerpen

    14/14

    Akhirnya malam menjelang. Di luar lampu-lampu jalan telah menyaladan lampu neon pada papan tanda restoran berkelip-kelip memancarsinar merah menyala ke udara. Lampu neon di papan tanda itumelontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Telah dua jam diaduduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan

    kedua-dua kakinya ke lantai dan menepuk-nepuknya untukmenghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan turun hingga ke bukulalinya, kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidakbertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnyaberwarna putih seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarnakeemasan dan permaidani merah bersih yang terhampar yangwarnanya telah bertukar menjadi kecoklatan dengan tepinya yangmeleding (hal. 1).

    [Perjuangan Sia-sia, karya John Steinbeck] (DBP, 1981)

    Perhatikan gambaran di dalam bilik itu dengan perabot yang sama

    sekali tidak diceritakan oleh pengarang. Hanya sesudah lampu

    dipasang, baharu dapat dilihat dengan jelas keadaan bilik yang dihuni

    oleh Jim Nolan.