Gaya Kepimpinan Autokratik
description
Transcript of Gaya Kepimpinan Autokratik
Definisi Kepimpinan
Definisi kepimpinanKepimpinan adalah tingkah laku individu apabila
dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama” (Hemphill & Coons)
Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.” (Fiedler, 1967)
Menurut Goetsch dan Davis(2003), gaya
kepimpinan adalah merupakan bagaimana
seseorang ketua berinteraksi dengan orang yang
dipimpin. Gaya kepimpinan adalah perkara penting
bagi memberi inspirasi dan motivasi serta
mempengaruhi prestasi orang yang bekerja
sekaligus mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara
individu dengan kumpulan atau khususnya di antara
individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang
menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan
proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan
yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain.
Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini
ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan
pengikut mematuhi” (Gordon 1955).
Menurut Evans (1992), kepimpinan dinayatakan
sebagai pengaruh, seni, kemahiran dan proses
mempengaruhi pekerja untuk mencapai
matlamat kumpulan, ataupun matlamat
organisasi.
Jadi, seseorang pemimpin memain peranan
yang penting dalam sesuatu organisasi yang
dapat membuat perubahan yang dinamik.
Gaya Kepimpinan
•Gaya kepimpinan banyak bergantung
kepada kepercayaan dan andaian seorang
pemimpin terhadap orang orang yang ada di
bawah organisasinya.
Berkait rapat dengan proses membuat keputusan
Keadaan memilih atau memaksa
Kepatuhan atau penentangan
Lingkungan kuasa mengikut penerimaan
Keberkesanan organisasi dan aktiviti
Gaya Kepimpinan
Autokratik Demokratik Laissez-faire
Gaya Kepimpinan Autokratik
KEPIMPINAN AUTOKRATIK
• Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin
dan menggunakan kuasa secara paksaan.
• Pemimpin membuat satu keputusan dan rakyat
mesti mematuhi arahan tersebut. Ini adalah
menyerupai struktur organisasi dan mekanistik
di mana satu hierarki kuasa dan pembuatan
keputusan adalah terpusat.
• Autokratik memperlihatkan satu bentuk kuasa
mutlak.
• Rakyat harus menerima setiap keputusan
sama ada ia baik ataupun sebaliknya.
• Setiap keputusan yang dikeluarkan, rakyat
terpaksa menerimanya kerana ia bersifat
diktator.
• Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan andaian
pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal
• Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus
• Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
keputusan
• Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja
apa yang harus pekerja lakukan
• Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis,
mempunyai pekerja baru dan pekerja yang tidak bermotivasi
Kebaikan dan Kelemahan
Teori Kepimpinan Transformasi
• Konsep kepimpinan transformasional mula
diperkenal oleh Burns (1978). Bermula dari
lewat 1980 an dan awal 1990 an organisasi
korporat di barat mula mengamalkan
kepimpinan transformasi dalam struktur
organisasi perniagaan mereka.
• Kepimpinan transformasional dilihat sebagai sangat
sesuai bagi mengantikan amalan kepimpinan
transaksional. Ini bermakna mereka mengubah
struktur organisasi mereka dari sistem kawalan
berpusat, amalan kuasa hirerki yang mutlak,
perbezaan status yang ketara di antara tahap-tahap
autoriti serta proses membuat keputusan yang
bersifat `top-down’ di mana pemimpin mempunyai
kuasa mutlak membuat keputusan tanpa
penglibatan subordinat.
• Kepimpinan transformasi memusatkan tumpuan
kepada membina matlamat yang dikongsi
bersama, meningkatkan komunikasi serta
membuat keputusan secara kolaboratif.
• seorang pemimpin transformasional itu adalah
juga merupakan agen perubahan yang akan
menggerakkan perubahan pada organisasinya
atau sekolah secara khususnya. Organisasi
sekolah amat memerlukan formula kepimpinan
seperti ini terutama dalam aspek pertimbangan
serta pembangunan guru sebagai seorang
individu.
Implikasi Teori Kepimpinan Transfomasi di Sekolah