GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis...

7
GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PENAMPANG SABAH Clarice Canisius¹ dan PM Aziz B Nordin² Fakulti Pendidikan, ¹ Fakulti Pendidikan, [email protected] ²Fakulti Pendidikan, [email protected] Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai Johor ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru sains dan matematik di sekolahsekolah menengah di Daerah Penampang Sabah. Empat buah sekolah yang telah terlibat dalam kajian ini. Gaya pengajaran yang dikaji adalah gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model personal dan juga gaya pengajaran delegator. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berdasarkan gaya pengajaran Anthony F. Grasha. Seramai 55 orang guru-guru sains dan matematik telah terlibat sebagai sampel kajian. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Science Social (SPSS) Version 16.0. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran model personal manakala gaya pengajaran yang kurang digunakan ialah gaya pengajaran delegator. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran para guru. Kata kunci: Gaya pengajaran guru, gaya pengajaran Grasha 1. Pengenalan Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua, guru didefinisikan sebagai orang yang kerjanya mengajar, pengajar atau pendidik. Tugas guru-guru bukan setakat memberi maklumat dan memenuhkan otak pelajar dengan ilmu pengetahuan malah lebih dari itu. Guru-guru juga menanam adat yang baik ke dalam jiwa mereka dan mendidik mereka menjadi warganegara yang baik dan berguna. Selain dapat membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa pelajar (Juliawati, 2006). Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat dan mempunyai tujuan di mana pendidik berkongsi maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan tugasan yang tidak boleh disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003). Solon Community School District (2003) mengatakan bahawa pencapaian yang rendah sering dikaitkan dengan pelajar berisiko di mana secara langsung mereka ini tidak dapat mencapai matlamat program pendidikan. Oleh sebab itu, sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah diberikan penekanan yang sewajarnya di mana guru bertanggungjawab untuk menyusun setiap pengajaran agar dapat menarik minat para pelajar supaya semua maklumat dapat disampaikan semaksimumnya. Selain itu gaya pengajaran guru juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan naik atau turun prestasi pelajar itu. Olivia (1988) menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi

Transcript of GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis...

Page 1: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU

SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH

PENAMPANG SABAH

Clarice Canisius¹ dan PM Aziz B Nordin²

Fakulti Pendidikan,

¹ Fakulti Pendidikan, [email protected]

²Fakulti Pendidikan, [email protected]

Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai Johor

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran yang diamalkan oleh

guru-guru sains dan matematik di sekolah–sekolah menengah di Daerah Penampang Sabah.

Empat buah sekolah yang telah terlibat dalam kajian ini. Gaya pengajaran yang dikaji adalah

gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model personal dan juga gaya pengajaran delegator.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berdasarkan gaya pengajaran Anthony

F. Grasha. Seramai 55 orang guru-guru sains dan matematik telah terlibat sebagai sampel

kajian. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Semua

data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package

for Science Social (SPSS) Version 16.0. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru

menggunakan gaya pengajaran model personal manakala gaya pengajaran yang kurang

digunakan ialah gaya pengajaran delegator. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa

cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran para guru.

Kata kunci: Gaya pengajaran guru, gaya pengajaran Grasha

1. Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua, guru didefinisikan sebagai orang yang

kerjanya mengajar, pengajar atau pendidik. Tugas guru-guru bukan setakat memberi

maklumat dan memenuhkan otak pelajar dengan ilmu pengetahuan malah lebih dari itu.

Guru-guru juga menanam adat yang baik ke dalam jiwa mereka dan mendidik mereka

menjadi warganegara yang baik dan berguna. Selain dapat membantu pelajar mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap

perkembangan dan keperluan semasa pelajar (Juliawati, 2006). Oleh itu pengajaran adalah

aktiviti-aktiviti yang bermatlamat dan mempunyai tujuan di mana pendidik berkongsi

maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan tugasan yang tidak

boleh disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003).

Solon Community School District (2003) mengatakan bahawa pencapaian yang

rendah sering dikaitkan dengan pelajar berisiko di mana secara langsung mereka ini tidak

dapat mencapai matlamat program pendidikan. Oleh sebab itu, sesi pengajaran dan

pembelajaran haruslah diberikan penekanan yang sewajarnya di mana guru

bertanggungjawab untuk menyusun setiap pengajaran agar dapat menarik minat para pelajar

supaya semua maklumat dapat disampaikan semaksimumnya. Selain itu gaya pengajaran

guru juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan naik atau turun prestasi

pelajar itu. Olivia (1988) menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi

Page 2: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar yang

unik.

2. Latarbelakang masalah

Seperti yang diketahui umum, tugas guru adalah satu tugas yang penting mencabar

iaitu mengajar pelajar menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan juga

Negara. Di dalam kelas, guru akan bertindak sebagai pendidik, fasilitator atau pemudahcara.

Oleh itu, para pendidik perlu tahu cara atau gaya pengajaran yang sesuai untuk mereka

sampaikan kepada pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Menurut Khalid

(1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta

optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk

kejayaan yang paling maksimum. Terdapat pelbagai perbezaan gaya mengajar dalam

kalangan guru-guru. Grasha (1996) menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan

strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi. Pada masa kini, ada guru yang lebih cenderung

gaya pengajaran berpusatkan guru dan ada yang lebih kepada gaya pengajaran yang

berpusatkan pelajar

kajian ini untuk mengenalpasti gaya pengajaran oleh guru-guru sains dan matematik

di Sekolah Menengah di Daerah Penampang Sabah.

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut:

i) Mengenalpasti gaya pengajaran iaitu gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model

personal, pemudahcara dan delegator yang diamalkan dalam kalangan guru-guru

sains dan matematik di sekolah menengah di daerah penampang sabah.

ii) Mengenalpasti gaya pengajaran dalam kalangan guru-guru sains dan matematik di

Sekolah Menengah di Daerah Penampang Sabah mengikut jantina.

iii) Mengenalpasti perbezaan gaya pengajaran di antara guru sains dan guru matematik.

4. Persoalan Kajian

Menurut Abd. Majid (2000), persoalan kajian membolehkan penyelidik mengaitkan teori

dengan cerapan di mana ia adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena

yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Berikut adalah persoalan-persoalan kajian yang

cuba dijawab dalam kajian ini:

i) Adakah guru-guru sains dan matematik mengamalkan gaya pengajaran pakar, autoriti

formal, model personal, pemudahcara atau gaya delegator semasa mengajar?

ii) Apakah gaya pengajaran yang paling dominan digunakan oleh guru-guru matematik

mengikut jantina?

Page 3: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

iii) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran di antara guru sains dan guru matematik?

5. Hipotesis Kajian

Hipotesis nol untuk kajian ini ialah:

Hо1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengajaran

dengan jantina.

Hо2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya

pengajaran guru sains dan guru matematik.

5. Metodologi kajian

Rekabentuk kajian ini adalah rekabentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif

melalui borang soal selidik dan kaedah inferensi iaitu melalui ujian t. Menurut Mohd Najib

(1999), kajian berbentuk deskriptif sesuai digunakan dalam penyelidikan bermatlamat untuk

menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku. Beliau juga menyatakan

bahawa dalam melaksanakan kajian secara deskriptif, yang mana kajian adalah berbentuk

tinjauan, penggunaan soal selidik adalah sangat sesuai kerana boleh mendapat banyak

maklumat dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, pengumpulan data melalui cara ini

adalah lebih terkawal dari segi mutu data yang diperolehi serta data tersebut mudah diproses

(Ahmad Mahdzan, 1995). Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 55 orang guru-

guru yang mengajar subjek sains dan matematik di sekolah menengah di Daerah Penampang

Sabah.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat untuk mendapatkan

maklumbalas dan pengumpulan data. Instrumen yang digunakan merangkumi dua bahagian

dimana Bahagian A adalah Soalan-soalan berkaitan dengan latar belakang responden dan

Bahagian b ialah item-item kajian berdasarkan objektif kajian.

6. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada analisis data yang telah dibuat,

dapatan menunjukkan objektif pertama, kedua, dan ketiga berjaya ditafsirkan dengan baik.

Hasil analisis keseluruhan menunjukkan gaya pengajaran yang paling dominan diamalkan

oleh guru-guru sains dan matematik adalah gaya pengajaran model personal iaitu dengan

catatan min 4.00. Guru yang mengamalkan gaya pengajaran ini percaya bahawa

pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar mencontohi gaya guru. Pelajar diberi tunjuk

ajar, bimbingan serta cara sekiranya mereka mempunyai masalah semasa belajar. Selain itu

juga guru-guru yang mempunyai gaya pengajaran model personal yang tinggi didapati amat

mementingkan penguasaan isi pelajaran bagi pelajar-pelajarnya. Mereka sering menunjukkan

kepada pelajar bagaimana untuk menguasai isi pelajaran, konsep, prinsip dan sering

mengaitkannya dengan memberikan contoh-contoh berdasarkan pengalaman sendiri. Gaya

pengajaran yang paling kurang tetapi masih berada pada tahap yang tinggi diamalkan oleh

Page 4: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

guru-guru sains dan matematik adalah gaya pengajaran delegator dengan min sebanyak 3.70.

Pendekatan pengajaran delegator ialah penyampaian pengajaran secara dua hala iaitu antara

guru dan pelajar. Kelemahan gaya pengajaran ini pula pelajar tidak berupaya menjalankan

kerja dengan betul dan sekiranya tidak diselia oleh guru, pelajar akan cemas dalam membuat

keputusan dan tidak dapat meneruskan proses pembelajaran.

Jadual 1.0: Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 1

Pembolehubah Min keseluruhan Tahap

Gaya Pakar

Gaya Autoriti Formal

Gaya Model Personal

Gaya Pemudahcara

Gaya Delegator

4.00

3.77

4.10

4.02

3.70

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan di antara guru lelaki dan guru perempuan

mengikut gaya pengajaran. Secara keseluruhan, hipotesis nol bagi gaya pengajaran pakar,

autoriti formal, model personal dan delegator adalah diterima kecuali gaya pengajaran

pemudahcara hipotesis nol ditolak kerana p < 0.05 . Ini bermakna tidak terdapat perbezaan

gaya pengajaran pakar, autoriti formal, model personal dan delegator mengikut jantina. Guru

lelaki dan perempuan mempunyai gaya pengajaran yang sama iaitu pada aras sederhana.

Hasil kajian ini tidak menyokong kajian yang dilakukan oleh Mazni (1996) yang mendapati

guru lelaki lebih meminati gaya pengajaran pemudahcara berbanding perempuan.

Jadual 1.1: Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 2

Gaya Pengajaran Jantina Min Aras Signifikan (p)

Gaya Pakar Lelaki 3.93 0.42 Perempuan 4.03

Gaya Autoriti Formal Lelaki 3.57 0.07

Perempuan 3.76

Gaya Model Personal Lelaki 3.97 0.08

Perempuan 4.16

Gaya Pemudahcara Lelaki 3.90 0.03

Perempuan 4.09

Gaya Delegator Lelaki 3.80 0.13

Perempuan 3.93

Total 55

Hipotesis nol yang kedua dalam kajian ini ialah untuk melihat perbezaan gaya pengajaran di

antara guru sains dan guru matematik. Daripada dapatan kajian menunjukkan hipotesis nol

diterima untuk kesemua gaya pengajaran kerana p > 0.05. Ini bermakna tiada perbezaan gaya

pengajaran di antara guru-guru sains dan matematik. Guru-guru sains dan matematik

mengamalkan kesemua gaya-gaya pengajaran mengikut gaya pengajaran Anthony F.Grasha.

Ini mungkin disebabkan, guru tersebut mengajar sains dan juga mengajar matematik. Secara

tidak langsung penerapan gaya pengajaran yang sama itu ada ketika mengajar subjek yang

Page 5: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

berlainan tetapi dari sudut yang berbeza mengikut topik dalam mata pelajaran itu. Selain itu

juga kebolehan guru mempelbagaikan gaya pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

boleh menarik minat pelajar.

Jadual 1.2: Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 3

Gaya Pengajaran Jantina Min Aras Signifikan (p)

Gaya Pakar Lelaki 3.93 0.42 Perempuan 4.03

Gaya Autoriti Formal Lelaki 3.57 0.07

Perempuan 3.76

Gaya Model Personal Lelaki 3.97 0.08

Perempuan 4.16

Gaya Pemudahcara Lelaki 3.90 0.03

Perempuan 4.09

Gaya Delegator Lelaki 3.80 0.13

Perempuan 3.93

Total 55

7. Cadangan

Berdasarkan perbincangan dan rumusan yang telah dibuat daripada kajian ini, maka

beberapa cadangan yang boleh membantu untuk memantapkan lagi pengajaran guru

diberikan. Berikut adalah beberapa strategi bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran bersesuaian dengan pelajar-pelajar yang berbeza tahap kognitifnya.

i. Guru perlu mewujudkan hubungan dua hala yang baik di antara guru dan

pelajar. Menurut Grasha (1996), guru-guru yang berkeyakinan mengajar akan

lebih berminat untuk mewujudkan hubungan guru-pelajar yang selamat.

ii. Guru-guru juga sepatutnya memberi penekanan dan tumpuan dengan

penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk

meningkatkan penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Guru hendaklah lebih mempelajari gaya pengajaran berpusatkan pelajar (gaya

pengajaran fasilitator dan delegator) agar proses pembelajaran berlangsung

dengan lebih berkesan dan bersifat interaksi dua hala.

iv. Guru hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tahap

profesionalisme mereka dengan menghadiri seminar atau pembentangan kertas

kerja berkaitan gaya pengajaran yang digunakan supaya lebih berkesan dan

boleh menarik minat pelajar.

8. Kesimpulan

Page 6: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

Dapatan dari kajian ini diharap dapat memberikan gambaran tentang gaya pengajaran guru-

guru sains dan matematik di sekolah menengah di daerah Penampang Sabah. Hasil kajian

telah menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut mengamalkan

kesemua gaya pengajaran seperti dalam inventori gaya pengajaran Anthony F.Grasha semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, gaya pengajaran yang

paling banyak digunakan ialah gaya pengajaran model personal. Dengan mengetahui gaya

pengajaran yang paling banyak digunakan di empat buah sekolah menengah ini, diharap satu

kesimpulan yang jelas dapat dibentuk dan hasil kajian ini diharap dapat memberikan

sumbangan kepada pelajar, guru-guru, sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan

seluruh warga institusi pendidikan. Harapan penyelidik kepada para guru agar dapat

memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membimbing anak

bangsa ke mercu kejayaan dalam bidang pendidikan dan membentuk sebuah masyarakat

berintelek tinggi bagi menjamin kemajuan Negara di masa hadapan. Sesungguhnya, pelajar

yang cemerlang ialah hasil didikan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rujukan

Ahmad Mahdzan Ayob (1995). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Grasha, Anthony F. (1996). Teaching with Styles, a Practical Guide to Enhancing

Learning by Understanding Teaching and Learning Styles. Pittsburgh:

Alliance Publishers.

Juliawati Ibrahim (2006). Gaya pengajaran guru bahasa daerah Hulu Langat: Satu

kajian tinjauan.. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi: Kertas Projek Sarjana Pendidikan

Khalid Mohd. Nor ( 1993 ). Kaedah Pembelajaran Berkesan . Kuala Lumpur :

Cahaya Pantai ( M ) Sdn. Bhd.

Mazni Sulaiman (1996). Hubungan Ciri Personaliti dan Gaya Pengajaran guru

pelatih 5 kursus diploma pendidikan Malaysia di maktab perguruan raja

melewar, seremban mengikut jantina, umur, kelulusan asas dan etnik.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.Tesis Sarjana.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru:

Universiti Teknologi Malaysia.

Olivia, F. P. (1987). Developing the Curriculum. USA: Scott, Foresman and

Company.

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distribution Sdn.Bhd.

Page 7: GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU · PDF filedata yang diperolehi dianalisis dengan ... menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi . ... melalui

Solon Community School District. DRAFT. 2003. At risk plan of services