Gema Sepi Gadis Genius Drama

14
http://cikgusazali.blogspot.com CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius Drama 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3 KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS TINGKATAN 2 (DRAMA)

description

tingkatan 2

Transcript of Gema Sepi Gadis Genius Drama

Page 1: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

PT3

KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS

TINGKATAN 2

(DRAMA)

Page 2: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 2

DRAMA HEMODIALISIS (JAIS SAHOK)

Sinopsis: Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpamahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri. Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif. Pemikiran: Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Persoalan: 1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra. 2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor. 3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit. Watak: Abah - Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah.

Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah. - Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis. - Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif. - Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak. - Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya. - Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang

doktor. - Seorang yang suka bergurau. Dr. Afif - Bijak - doktor pakar. - Penyayang - ambil berat tentang keluarga. - Mengenang jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya. - Cekap bekerja. - Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.

Page 3: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 3

- Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah. Mama - Isteri yang penyayang. - Ambil berat akan keluarganya. - Patuh dan taat akan suaminya. - Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah. - Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan). Fatin Atiqah - Bijak - pelajar cemerlang di universiti. - Sayang akan bapanya - ambil berat. - Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama. Nabilah - Cucu abah. - Anak Dr. Afif dan Zarina. - Penyayang. - Cakap lepas. Plot Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi. i. Permulaan cerita

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.

ii. Perkembangan cerita Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif.

iii. Klimaks

Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut. iv. Peleraian cerita

Abah diselamatkan oleh Dr. Afif. Latar Masa - Siang hari. - Waktu pagi.

Page 4: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 4

Tempat - Ruang tamu rumah Abah. Masyarakat - Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan. - Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran. - Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan - Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati. Gaya Bahasa i. Sinkope

Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (tidak), tu (itu) ii. Sajak

Contoh: m/s: 27 iii. Bahasa Inggeris

Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor.(m/s 8) Nilai Murni 1. Nilai kasih sayang

Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit. 2. Nilai hormat menghormati

Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya. 3. Nilai menghargai jasa

Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya. 4. Nilai prihatin

Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya. 5. Nilai kesabaran

Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6. Nilai menghargai ilmu

Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.

Page 5: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 5

Pengajaran: i. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga. ii. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita. iii. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita. iv. Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain. v. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan. vi. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua. vii. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang

hayat.

Page 6: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 6

DRAMA INFLAKASTA (HASHIM YASSIN)

Sinopsis: Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing. Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta. Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang. Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka. Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi. Dibisi merayu supaya dilepaskan. Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti. Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung. Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung. Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti. Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu. Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung. Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti. Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti. Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah. Keadaan menjadi sunyi. Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka. Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya. Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka. Pemikiran: Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan kepada manusia dan kehidupan sejagat. Persoalan: 1. Persoalan peperangan menyebabkan manusia menderita. 2. Persoalan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa peperangan. 3. Persoalan perjuangan untuk meneruskan kehidupan. 4. Persoalan golongan yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain. 5. Persoalan kemusnahan alam sekitar. Watak Utama Marhen - Nama penuhnya Marhen bin Daif. - Seorang yang berwajah bengis, - Bermisai dan berjambang tidak menentu. - Pakaiannya kehitaman dan kotor.

Page 7: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 7

- Sebelum peperangan,dia seorang petani. - Agresif/Berani. - Kasar dari segi pertuturan. Dibisi - Nama penuhnya Dibisi bin Elita. - Seorang berwajah intelek dan bersopan. - Pakaiannya carik dan kotor. - Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu. - Kelihatan letih. - Seorang pemimpin/ketua dalam negeri. - Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia. - Rasional. - Tenang menghadapi situasi yang genting. - Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti. Siti - Seorang ibu muda. - Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik. - Sasau kerana kehilangan anak. - Pandai menyanyi. - Berani dan juga bijak. - Tidak suka akan peperangan. - Penyayang - menasihati Infla dan Kasta. Watak sampingan Kastabung - Diktator yang zalim. - Berpakaian jubah (Dracula) dan memegang tongkat perakam. - Ketua pasukan - mempunyai ramai pengikut. Taliba - Pakaian ala robot. - Pertanda yang menjaga senjata ‘kuasa bahaya’. - Simpati terhadap wanita - Infla dan Kasta (lelaki/perempuan) - Berpakaian biasa yang lusuh. Anak-anak Siti. - Sayang akan ibunya.

Page 8: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 8

Plot Secara keseluruhannya, plot drama ini mengikut urutan kronologi. Plot Inflakasta dapat dibahagikan kepada: i. Permulaan

Drama dimulakan dengan perkenalan Dibisi dan Marhen selepas berebut kotak kosong yang disangka berisi makanan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.

ii. Perkembangan

Pada bahagian ini,drama berkembang dengan kemunculan watak Siti yang mencari anaknya, Kastabung, Taliba dan Jakidan.

iii. Konflik

Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain. Dalam pergelutan Marhen dan Dibisi, Siti merampas senjata ‘kuasa bahaya’ daripada Taliba.

iv. Klimaks

Marhen melepaskan peluru senjata ‘kuasa bahaya’. Keadaan menjadi sunyi. v. Peleraian

Infla dan Kasta dapat bertemu dengan ibunya, Siti. Teknik Penceritaan i. Deskriptif (pemerian)

Teknik pemerian drama ini hanya terdapat dalam suara latar Latar Masa i. Suasana peperangan

Siang sehingga malam. Tempat i. Gurun Gersang

Runtuhan-runtuhan rumah batu. Masyarakat i. Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan. ii. Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain. iii. Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup. iv. Mangsa peperangan yang hidup menderita.

Page 9: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 9

Gaya Bahasa Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. i. Ayat Seruan

Contoh : Hei! Bongkak! Undur! Aku bunuh semua.

ii. Sinkope

Contoh: Namaku Marhen Dalam perang tak ada jenaka tau?

iii. Repitasi

Contoh: Lapar bersama, mati bersama. Tembak, tembak

iv. Peribahasa

Contoh: Padang jarak padang tekukur, tak kenal maka tak cinta. v. Lirik Lagu

Contoh: Do-di-do-doi, dodoi di dodoi, Tidurlah anak di dalam buaian (korus) Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x) Tidurlah anak, ibu dendangkan, Lekaslah besar bimbing negara. (m/s 164)

vi. Bahasa Asing

- Bahasa Arab Contoh: Syukur Alhamdullah.

- Bahasa Inggeris

Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhaust, fragile, food vii. Hiperbola

Contoh: Luahkan peluru itu. viii. Simile

Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar. ix. Personifikasi

Contoh: Cahaya ‘laser’ menjunam mencari sasaran.

x. Perlambangan Contoh: Primitif dalam negeri kami.

Page 10: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 10

Nilai Murni i. Nilai kasih sayang

Siti amat menyayangi anaknya Infla dan Kasta ii. Nilai bertanggungjawab

Infla dan Kasta membawa makanan untuk ibu mereka. iii. Nilai Menghargai Persahabatan.

Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari makanan. iv. Nilai bekerjasama

Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan. Pengajaran: i. Kita hendaklah mengelak daripada peperangan kerana akan menyebabkan hidup manusia

menderita. ii. Kita janganlah membelakangkan orang tua. iii. Kita mestilah taat dan setia kepada pemimpin. iv. Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan.

Page 11: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 11

DRAMA DI SINI BAKTI BERSEMADI (AJES TUAH)

Sinopsis: Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam. Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal. Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu. Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing. Pemikiran: Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri. Persoalan: 1. Persoalan kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara. 2. Persoalan sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan. 3. Persoalan idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain. 4. Persoalan berwawasan dalam kerjaya. Watak utama Tini - Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma. - Berkawan baik dengan Amin. - Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan. - Meminati bidang perniagaan.

Page 12: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 12

- Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan. - Tunangan orang – tunang kepada Kamal - Seorang yang suka berdikari – tidak mahu mengharapkan bantuan orang Watak sampingan Amin - Kawan baik Tini. - Mengusahakan penternakan ayam. - Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung. - Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam. - Berpandangan jauh / berwawasan. - Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan Ayah - Dikenali juga sebagai Pak Hamid. - Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya. - Yakin / percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan

kraftangannya. - Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya. Kamal - Tunang Tini. - Tidak menyokong usaha Tini bekerja sendiri. - Ingin mempercepatkan hari perkahwinannya. - Mementingkan diri sendiri – mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan

perusahaan Tini. Malek - Seorang pencuri. - Mudah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal. Plot i. Permulaan

Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri.

ii. Perkembangan Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin melawat tempat perusahaan kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan perusahaannya.

Page 13: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 13

iii. Konflik Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan hasratnya untuk mempercepat hari perkahwinannya. Tini tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin menangkap Malek yang cuba mencuri ayam di tempat ternakan ayamnya.

iv. Klimaks

Klimaks drama ini pada peristiwa Amin cedera akibat dipukul dan mesin-mesin perusahaan Tini dirosakkan.

v. Peleraian

Drama diakhiri dengan penangkapan Malek dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal juga telah diputuskan.

Teknik Penceritaan Drama Di Sini Bakti Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara suara latar. Latar Masa i. Latar masa tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja dinyatakan dalam perbualan antara

ayah Tini dengan Amin. Tempat i. Latar tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam drama. Berdasarkan situasi dialog dan

perbualan watak latar tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut: - Kampung - Tempat ternakan ayam Amin - Di rumah Tini – Perbualan Tini dan ayahnya. Ayahnya menentang hasrat Tini untuk

bekerja sendiri - Tempat Perusahaan Kraftangan Tini - Depan balai polis - Di rumah Amin

Masyarakat i. Golongan muda yang suka bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji. ii. Masyarakat yang memandang rendah akan kemampuan wanita. iii. Masyarakat yang iri hati akan kejayaan orang lain.

Page 14: Gema Sepi Gadis Genius Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Gema Sepi Gadis Genius

Drama 14

Gaya bahasa Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. i. Sinkope

Contoh: Takkan aku nak ajak dia pula (m/s: 100) ii. Peribahasa

Contoh: Di beri betis, minta paha lagi Telunjuk lurus, tapi kelingking berkait. Nasi sudah menjadi bubur (m/s: 112) Di mana aku berpijak, di situlah langit aku junjung

iii. Bahasa Arab

Contoh: Assalamualaikum, Waalaikummussalam, Alhamdulillah Nilai Murni i. Nilai kerjasama

Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya. ii. Nilai berdikari

Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja makan gaji.

iii. Nilai keberanian

Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan/perusahaan.

iv. Nilai kegigihan

Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai. Pengajaran: i. Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri. ii. Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya. iii. Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. iv. Kita mesti membantu orang yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada kita. v. Kita perlu bijak merancang masa depan. vi. Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. vii. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.