Geografi lembangan saliran

download Geografi lembangan saliran

If you can't read please download the document

  • date post

    26-Jun-2015
  • Category

    Science

  • view

    578
  • download

    5

Embed Size (px)

description

STPM .

Transcript of Geografi lembangan saliran

  • 1. 2.2.2 Lembangan Saliran

2. Konsep Lembangan Saliran Konsep lembangan saliran merujuk kepada kawasan yang menjadi kawasan tadahan air sesuatu sungai . Ianya disaliri oleh sungai utama serta cawangannya yang disempadani oleh legeh atau garis pemisah air yang meliputi kawasan hulu,tengah dan hilir sungai . 3. Maksud Hakisan Merupakan proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi dan pemindahan bahan oleh agen yang bergerak seperti air yang mengalir, titsan hujan , angin dan ombak . 4. Proses hakisan permukaan Hakisan tidak beralur Hakisan beralur PERCIKAN KEPINGAN GALIR (rill) GALUR (gully) 5. HAKISAN TIDAK BERALUR Hakisan percikan Hakisan kepingan Iaitu titisan hujan mencungkil butiran tanih lalu membentuk lekukan di permukaan bumi Atau larian air permukaan .Butir tanih yang terlerai akan dihakis oleh larian air lalu membentuk hakisan kepingan . 6. HAKISAN BERALUR Hakisan galir Merujuk kepada bahan tanih yang dihakis dan diangkut bersama air yang mengalir dari atas ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil. Hakisan Galur Merujuk kepada bahan tanih yang dihakis dan diangkut bersama air yang mengalir dari atas ke bawah cerun menerusi alur-alur yang lebih luas. 7. PROFIL PANJANG SUNGAI Merujuk kepada garisan yang menyambungkan titik-titik ketinggian alur sungai atau bentuk alur dari peringkat hulu hingga ke hilir sungai . 8. Hulu sungai Proses hakisan Hakisan mendalam alur HULU SUNGAI 9. Tengah sungai Proses pengangkutan Pemindahan bahan yang terhakis TENGAH SUNGAI 10. Hilir sungai Proses pemendapan Pemendapan bahan di dasar dan tebing sungai HILIR SUNGAI 11. HAKISAN SUNGAI 12. JENIS HAKISAN SUNGAI Pendalaman alur Pelebaran alur Pengunduran alur 13. HAKISAN PENDALAMAN ALUR Berlaku di bahagian hulu sungai . Air sungai adalah deras Alur sungai berbentuk V Air sungai yang bergerak secara pusaran berkerja untuk mengorek dasar sungai Halangan-halangan batuan di dasar sungai menyebabkan air sungai bertukar daripada laminar kepada pusaran Setiap pusaran mempunyai tenaga untuk mengorek dasar alur-alur sungai tersebut. 14. HAKISAN PELEBARAN ALUR Berlaku di kawasan tengah dan hilir sungai Aliran air sungai adalah perlahan Alur sungai berbentuk U Kerja-kerja penghakisan dan penghausan berlaku pada tebing alur sungai Berkesan semasa banjir kerana air Sungai mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang kuat untuk menghakis dan meruntuhkan tebing sungai akibat pertambahan isipadu air. 15. HAKISAN PENGUNDURAN ALUR Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu kerana adanya takat air terjun Apabila air terjun jatuh ke pangkal dasar alur ia berupaya untuk menghakis dan mengorek pangkal dasar alur berkenaan . Mewujudkan satu bahagian tebing atas alur yang tidak mempunyai daya apungan Apabila proses gerakan jisim berlaku , bahagian yang tidak mempunyai daya tampung tadi akan jatuh ke dalam alur sungai Kesannya pangkal alur sungai akan mengundur dan memanjang ke belakang 16. CARA HAKISAN SUNGAI HAKISAN HIDRAUL HAKISAN GESELAN ATAU LELASAN HAKISAN LAGAAN HAKISAN LARUTAN 17. HAKISAN HIDRAUL Merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu sendiri Air sungai mempunyai tenaga potensi yang mampu memampatkan udara yang ada dalam rekahan batuan Lalu menekan dinding batuan menyebabkan dinding batuan mengalami tegangan Apabila air keluar daripada kerahan,udara yang mampat akan dilepaskan dan dinding rekahan mengalami kenduran . Proses yang berulang menyebabkan rekahan menjadi lebih luas dan dalam Kekuatan hakisan hidraul bergantung kepada isipadu air sungai dan halaju air sungai 18. HAKISAN GESELAN ATAU LELASAN Prose penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai Apabila bahan- bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir , kelikir , batu tongkol bergesel dengan tebing dan dasar alur sungai Daya geselan yang wujud akibat aliran air sungai ini menyebabkan proses penghausan dialami oleh tebing sungai Dan dasar alur sungai oleh bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai berkenaan 19. HAKISAN LAGAAN Merupakan pelanggaran antara bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing dan dasar alur sungai atau pelanggaran sesama bahan itu sendiri Pelanggaran ini mewujudkan momentum lalu melanggar alur sungai dan akhirnya bahan-bahan yang dibawa oleh sungai menjadi semakin kecil . Hakisan alur yang berlaku bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa Kekuatan proses ini amat bergantung kepada halaju arus sungai yang mampu menyeret dan melantun(situasi) bahan-bahan yang dibawa sehingga berlakunya lagaan 20. HAKISAN LARUTAN Merujuk kepada tindak balas secara kimia antara air sungai dengan mineral batuan yang membentuk tebing dan dasar sungai Jika batuan tebing dan dasar alur sungai terdiri daripada batuan yang lembut seperti batu kapur , gypsum dan dolomit maka ia mudah mengalami larutan Air sungai bertindak balas sebagai pelarut yang akan melarutkan mineral batuan dan dialirkan bersama-sama dengan aliran sungai . Proses ini menyebabkan struktur dan tekstur batuan tebing dan dasar alur sungai menjadi longgar Tidak stabil lalu menjadikan tebing sungai mudah runtuh 21. FAKTOR HAKISAN SUNGAI KECERUNAN (GRADIENT) BENTUK ALUR ISIPADU AIR JENIS BATUAN BAHAN MUATAN TIADA HALANGAN 22. KECERUNAN (GRADIENT) Di kawasan cerun curam halaju air sungai akan bertambah. Tenaga kinetik dan keupayaan akan bertambah dan akhirnya hakisan sungai menjadi giat Hakisan lelasan dan lagaan akan berlaku Dengan pesat jika halaju arus sungai adalah tinggi Bahagian hulu sungai Kadar hakisannya adalah lebih tinggi berbanding bahagian tengah dan hilir sungai 23. BENTUK ALUR Bentuk alur sungai yang lurus menjadikan hakisan menegak atau mendalam lebih giat. Tebing alur sama ada di kiri dan di kanan akan mengalami hakisan pada Kadar yang sama . Sementara alur yang berliku Menyebabkan hakisan tebing atau melebar lebih giat terutama di tebing cekung alur sungai. 24. ISIPADU AIR Hujan yang lebat akan menambahkan isipadu air sungai dan seterusnya menambahkan lagi kekuatan hakisan sungai Melaui proses hakisan larutan dan hakisan hidraul Apabila isipadu air bertambah maka Tenaga keupayaan akan bertambah. Dan akan meluaskan lagi kawasan hakisan 25. JENIS BATUAN Batuan yang lembut lebih mudah dihakis seperti batu kapur dan dolomit di mana hakisan larutan lebih giat . Batuan yang keras seperti batu Granit dan gabro amat tahan untuk diuraikan Oleh itu ,Kadar hakisan air sungai ke atas batuan ini amat lambat sekali 26. BAHAN MUATAN Bahan muatan yang banyakDibawa oleh air sungai akan menggalakkan lagi proses geselan tebing sungai Kerana ia amat mempengaruhi keberkesanan proses pelanggaran sesama bahan muatan sungai Bentuk dan saiz bahan juga akan mempengaruhi jenis hakisan sungai sama ada secara seretan atau lantunan 27. TIADA HALANGAN Tiada halangan batuan di tengah Atau tebing sungai akan Memudahkan hakisan sungai. Begitu juga sekiranya tiada Tumbuhan di tebing sungai maka tiadalah cengkaman akar dan ini memudahkan hakisan sungai berlaku 28. BENTUK MUKA BUMI YANG DIHASILKAN OLEH HAKISAN SUNGAI AIR TERJUN JERAM LUBUK LURAH GAUNG 29. AIR TERJUN Terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar Antara batuan keras di atas dan batuan lembut di bawah Batuan lembut lebih mudah terhakis Lalu membina dasar sungai yang tegak atau cekung ke dalam 30. JERAM Berlaku di kawasan batuan yang tersusun secara menegak atau hampir menegak . Berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut Hakisan sungai aktif di kawasan batuan lembut Batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas menyebabkan aliran air sungai tersekat lalu mengalir secara lompatan Jeram biasanya akan menghasilkan air terjun yang kecil 31. LUBUK Terbentuk di kawasan tebing sungai yang berlaku iaitu di tebing cekung. Di kawasan ini hakisan tebing alur sungai sangat giat berlaku Aliran sungai akan membentuk pusaran Hakisan tebing sungai akan menjadi semakin giat 32. LURAH Terbentuk di kawasan hulu sungai hasil hakisan menegak dasar alur sungai oleh arus sungai yang deras Terbentuklah lurah bentuk V yang bertebing curam 33. GAUNG Gaung atau jurang merupakan lurah yang dalam , sempit dan bertebing curam . Terbentuk akibat hakisan mendalam sungai . Terbentuk di bahagian hulu sungai Aliran air yang deras menyebabkan hakisan menegak amat berkesan di alur dan mendalamkan dasar sungai Apabila lurah semakin dalam ia akan membentuk gaung 34. MAKSUD PENGANGKUTAN BEBAN SUNGAI Satu proses pemindahan beban(kelodak , pasir , kelikir , dan batuan) sungai dengan pelbagai cara seperti apungan , ampaian , golekan , larutan , dan loncatan sepanjang alur sungai iaitu dari hulur ke hilir sungai 35. CARA PENGANGKUTAN BEBAN SUNGAI SECARA GOLEKAN / SERETAN SECARA LONCATAN (SALTASI) SECARA AMPAIAN SECARA APUNGAN SECARA LARUTAN 36. SECARA GOLEKAN / SERETAN Berlaku terhadap beban yang besar dan berat Seperti batu tongkol yang akan diseret atau digolekkan di sepanjang dasar sungai 37. SECARA LONCATAN ( SALTASI ) Berlaku terhadap beban yang sederhana besar Contoh : batu kelikir , batu lada dan batu pasir dalam satu siri lompatan mengikut saiz beban tersebut 38. SECARA AMPAIAN Berlaku terhadap beban yang sederhana ringan yang terampai- ampai di dalam aliran air sungai Contoh : kelodak dan tanah liat 39. SECARA APUNGAN Berlaku terhadap bahan-bahan yang berketumpatan rendah berbanding air sungai yang terapung di atas permukaan air sungai Contoh : sampah sarap , daun-daun kayu , dan sebagainya 40. SECARA LARUTAN Berlaku terhadap beban yang mudah larut Contoh : mineral , bahan kimia (sisa toksik ,selut ,dan lumpur yang larut bersama-sama dengan air sungai ) 41. CARA PENGANGKUTAN BEBAN SUNGAI 42. FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI TENAGA/ HALAJU ARUS KECERUNAN SAIZ BAHAN BENTUK ALUR HALANGAN KEKASARAN ALUR 43. TENAGA / HALAJU ARUS Mempengaruhi kadar pengangkutan Pengangkutan banyak berlaku pada musim banjir kerana isipadu air sungai adalah banyak dan halaju sungai