Gerakan Feminisme Di Malaysia

download Gerakan Feminisme Di Malaysia

of 2

Transcript of Gerakan Feminisme Di Malaysia

  • 8/7/2019 Gerakan Feminisme Di Malaysia

    1/2

    GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

    Oleh ABD. Rahim ABD. Rashid (DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 10-11)

    GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih

    bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit danmenengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminismedi Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita,

    liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan danpandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang

    bukan sahaja bersifat genderbias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isuasas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun. Isu jantina yang menjadi

    landasan perjuangan gerakan feminisme di Malaysia dapat diatasi sekali gus sekiranya isu asasyang mencengkam masyarakat seperti kemiskinan, kemunduran, pemodenan, keadilan sosial,

    dan pergeseran kelas sudah dapat ditangani dengan baik. Namun, ada pihak yang berpendapatbahawa langkah menangani isu jantina perlu diberi keutamaan untuk membanteras kemiskinan,

    kemunduran, merintiskan pemodenan, meluaskan keadilan sosial, dan mengurangkan pergeserankelas yang diwarisi oleh masyarakat membangun.

    Beberapa gerakan feminisme yang dianjurkan di luar negara melalui persidanganantarabangsa seperti di Beijing (1996) dan di Nairobi (1985) memberi kesan yang meluas

    terhadap kemunculan gerakan feminisme di negara membangun. Satu jawatankuasa di peringkatantarabangsa dibentuk bagi menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara

    membangun. Dari semasa ke semasa, resolusi berkaitan dengan perjuangan feminisme diluluskanuntuk dikemukakan kepada pemimpin di negara mem~ bangun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar pembaharuan dan perubahan bagi wanita. Dasar jantina diluaskan dalam pelbagai bidang meliputi politik, kepemimpinan, pekerjaan,

    profesionalisme, pendidikan, kurikulum pengajian jantina, dan sebagainya. Dalam keadaantertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat

    mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antarakaum wanita dengan lelaki. Gerakan pembebasan wanita di Barat memulakan era baru peranan

    wanita yang lebih luas yang mempunyai persamaan dengan lelaki.

    Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuatdipengarnhi oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan

    oleh wanita. Walaupun angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru perananwanita Timur, faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang

    kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perludipertahankan oleh wanita dalam masyarakat moden. Pemodenan tidak bermakna membuang

    semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang dianggap moden oleh masyarakat Barat.Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrem dan membabi buta mengikut pengaruh

    feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengannilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan peradaban. Faktor

    kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan feminisme danpenonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.

  • 8/7/2019 Gerakan Feminisme Di Malaysia

    2/2

    Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia,khususnya. Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang

    bercanggah dengan nilai budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuanganliberalisasi menuntut hak individu, hak persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang

    bercanggah dengan ajaran agama dan tamadun hidup ketimuran. Golongan feminisme tempatan

    yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering mencemuh agama dan gagalmemahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib wanita yang amat jumudkedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan

    pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepadaeksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih

    dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan. Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untukmelindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan

    akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini bertujuan untukmemberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.

    Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan

    berkeluarga dan perkahwinan. Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanitadengan lelaki. Eksploitasi wanita dari segi imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya

    melalui iklan perdagangan, mendorong perjuangan feminisme untuk menghapuskan sebarangbentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis, stereotaip, berat sebelah, dan melemahkan semangat

    yang berlaku dengan meluas terhadap wanita. Dari satu segi, terdapat kesedaran dankesungguhan untuk mengangkat dan membina status, imej, dan moral. Wanita merupakan aset

    yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng pertahananmoral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial. Wanita

    menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Perananwanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi

    keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat.

    DALAM arena politik, ketrampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalambanyak hal, wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun

    terdapat sebilangan kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modalpolitik untuk meraih sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merobah imej negatif

    dan stereotaip terhadap wanita masih belum berjaya. Dari segi biologinya dan emosinya, wanitamasih dikira lemah berbanding dengan lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan

    intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu yang mencabar kredibiliti sosial dan moralmereka. Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan

    mempengaruhi kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat modendengan menggunakan perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantinasemakin menarik perhatian dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di

    kebanyakan negara membangun yang dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengahwanita yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori

    fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihatmempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita

    moden yang membawa perubahan yang besar kepada kedudukan, status, dan peranan wanita.