get_file

17
159 Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi Hashim Hj Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz ABSTRAK Sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmati dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Kini tulisan Rumi telah mendominasi tulisan bahasa Melayu kerana digunakan dalam semua bentuk persuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila diisytiharkan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi. Tulisan Jawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintir pelajar di sekolah Arab/Agama Islam. Kini ramai anak bangsa kita tidak mahir lagi dalam tulisan Jawi, bahkan ada yang terus menjadi buta Jawi, kerana status dan fungsi tulisan Jawi sudah tidak lagi mempunyai sebarang makna. Kemahiran Jawi tidak membantu penguasaan sebarang ilmu atau memperoleh sebarang nilai tambah. Oleh itu, untuk mengembalikan kedudukan tinggi tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayu sejak hampir 1000 tahun, maka langkah-langkah yang berkaitan dengan pengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah, awam dan bahan-bahan pendidikan perlu dicari dan dikemukakan kepada badan- badan pelaksana pengajaran dan pengguna tulisan Jawi. Makalah ini akan cuba mengetengahkan beberapa langkah dan strategi ke arah pengisian keperluan ini. Satu daripadanya ialah menerbitkan kembali dalam bentuk terkini khazanah ilmu tradisional Melayu yang tercatat di atas ratusan manuskrip lamanya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti teknologi persenjataan, perubatan tradisional, perkapalan, seni bina, dan lain-lain, selain daripada puisi dan kesusasteraan Melayu tradisional. Bahan- bahan terbitan demikian boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Jawi ataupun disebarluaskan untuk pembacaan umum. Kata Kunci: Tulisan Jawi, buku pendidikan, bacaan umum, pengajaran dan pembelajaran, persuratan Melayu. Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM 159

Transcript of get_file

Page 1: get_file

159

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Hashim Hj Musadan

Adi Yasran Abdul Aziz

ABSTRAK

Sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembangbila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktifdan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmupengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmatidan diwariskan kepada generasi seterusnya. Kini tulisan Rumi telahmendominasi tulisan bahasa Melayu kerana digunakan dalam semua bentukpersuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila diisytiharkan sebagai tulisanrasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi. TulisanJawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintirpelajar di sekolah Arab/Agama Islam. Kini ramai anak bangsa kita tidakmahir lagi dalam tulisan Jawi, bahkan ada yang terus menjadi buta Jawi,kerana status dan fungsi tulisan Jawi sudah tidak lagi mempunyai sebarangmakna. Kemahiran Jawi tidak membantu penguasaan sebarang ilmu ataumemperoleh sebarang nilai tambah. Oleh itu, untuk mengembalikankedudukan tinggi tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayusejak hampir 1000 tahun, maka langkah-langkah yang berkaitan denganpengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah, awam danbahan-bahan pendidikan perlu dicari dan dikemukakan kepada badan-badan pelaksana pengajaran dan pengguna tulisan Jawi. Makalah ini akancuba mengetengahkan beberapa langkah dan strategi ke arah pengisiankeperluan ini. Satu daripadanya ialah menerbitkan kembali dalam bentukterkini khazanah ilmu tradisional Melayu yang tercatat di atas ratusanmanuskrip lamanya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepertiteknologi persenjataan, perubatan tradisional, perkapalan, seni bina, danlain-lain, selain daripada puisi dan kesusasteraan Melayu tradisional. Bahan-bahan terbitan demikian boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Jawiataupun disebarluaskan untuk pembacaan umum.

Kata Kunci: Tulisan Jawi, buku pendidikan, bacaan umum, pengajaran danpembelajaran, persuratan Melayu.

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM159

Page 2: get_file

160

Jurnal ASWARA

Pengenalan

Sebelum pengaruh tulisan Jawi terhakis dan akhirnya terluntur terus,umat Melayu di seluruh Kepulauan Melayu mengenali diri mereka sebagai“orang Jawi, bangsa Jawi, dari tanah Jawi dengan berbahasa Jawi yangbertulisan Jawi.” Oleh itu Jawi pada masa itu bukan setakat satu sistemtulisan tetapi sinonim dengan istilah Melayu, iaitu “orang Jawi” ialahorang Melayu, “bangsa Jawi” ialah bangsa / umat Melayu, “tanah Jawi”ialah negeri-negeri Melayu, “bahasa Jawi” ialah bahasa Melayu dantentu sekali “tulisan Jawi” ialah tulisan Melayu. Oleh yang demikiantidak hairanlah bila Sultan Aceh menulis surat kepada seorang nakhodaInggeris (kemungkinan Sir James Lancaster) pada tahun 1011 Hijriah(1602 Masihi) maka surat itu dinamakan “Jawi yang dipersembahkankepada Kapten Inggeris itu,” iaitu surat dalam bahasa Jawi (maksudnyabahasa Melayu).

Istilah Melayu atau Jawi merangkumi pelbagai suku bangsa danetnik yang menduduki Kepulauan di Tenggara Asia termasukSemenanjung Tanah Melayu. Yang menjadi elemen penyatuan dankesepunyaan bagi seluruh rumpun Melayu daripada ratusan suku kaumdan etnik (Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Sunda, Madura,Ambon, Bali, Sasak, Bugis, Banjar, Iban, Kadazan, Murut, Dusun,Melanau, Suluk, Tausug, Meranau, dan lain-lain) tidak lain dan tidak bukanialah bahasa Melayu yang bertulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawimengimplikasikan mereka beragama Islam. Oleh itu bahasa Melayudengan tulisan Jawi menandakan satu jati diri yang khusus bagi orangMelayu, iaitu: berbahasa Melayu, berbudaya Melayu yang diwarnai olehagama Islam. Oleh itu sesiapa yang masuk Islam dianggap sebagai“masuk Melayu” dan bagi lelaki seharusnya mesti “berjawi” atau‘bersunat” bila sampai umur baligh. Bila mubaligh Kristian barat datangmereka menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu denganmenggunakan tulisan Jawi untuk mengkristiankan orang Melayu, denganini memecahkan identiti orang Melayu ini sekali gus memecahbelahkanperpaduan dan homogeniti seluruh kepulauan Melayu.

Jati diri Melayu demikian berlangsung selama ratusan tahun,sehinggalah abad ke-20 apabila tulisan Jawi terhakis sedikit demi sedikitdengan kedatangan kuasa penjajah Barat dan terus luntur pada tahun1963 apabila Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmibahasa Melayu ialah tulisan Rumi. Dengan demikian tulisan Jawi tidaklagi digunakan dalam pentadbiran dan media massa, dan juga dalam semua

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM160

Page 3: get_file

161

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

mata pelajaran termasuk mata pelajaran bahasa Melayu kecualiPendidikan Islam. Seterusnya beberapa majalah dan akhbar yangditerbitkan dalam tulisan Jawi misalnya Majalah Dian, Majalah Mestika,Utusan Qiblat, dan lain-lain telah menukarkan sistem ejaan Jawi kepadaejaan Rumi, kecuali Utusan Melayu / Utusan Zaman yang meneruskanpenerbitannya walaupun menanggung kerugian kerana pasaran yangmengecut akibat berkurangnya mereka yang celik Jawi, setelah bertahun-tahun pengajaran tulisan Jawi diabaikan di sekolah.

Apabila Syarikat Utusan Melayu di Malaysia mengumumkanbahawa akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi akan diberhentikanpenerbitannya pada tahun 2006 (kemudian diterbitkan kembali sebagaisisipan akhbar Rumi Utusan Malaysia edisi hari Isnin), maka telah munculsatu macam ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang Melayu.Apakah rasa takut dan bimbang itu? Ketakutan dan kebimbangan ituadalah tentang kemungkinan yang orang Melayu akan kehilangan satudaripada unsur jati diri mereka yang menjadi sebahagian sifat dan identitimereka yang mewarnai bangsa Melayu selama hampir 1,000 tahun.Kehilangan satu elemen jati diri bangsa demikian sudah pasti akanmenjejas maruah dan harga diri mereka sendiri, dan yang lebih seriuslagi boleh membawa kepada kepupusannya.

Jawi Dihidupkan Kembali dan Implikasinya

Pada tahun 1981, iaitu 18 tahun sesudah pelaksanaan dasar tulisan Rumi,Jawatankuasa Mengkaji Semula Penggunaan Bahasa MalaysiaKementerian Pendidikan telah mengesyorkan “supaya ejaan Jawi dikajisemula dan diperkemas dan dikeluarkan sebuah Daftar Ejaan Rumi-Jawi dengan tujuan untuk digunakannya di sekolah.” Pada tahun 1983Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Jawatankuasa EjaanJawi untuk mengemaskinikan sistem ejaan Jawi Za’ba dan mengajukansatu sistem tulisan Jawi bagi penggunaan Kementerian Pendidikan.Hasilnya ialah penerbitan buku Pedoman Ejaan Jawi yangDisempurnakan pada tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993).Seterusnya Daftar Ejaan Rumi-Jawi dan Pedoman Ejaan Jawi BahasaMelayu diterbitkan pada tahun 1996 (Cetakan Ketujuh 2002).

Pada tahun 1992 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telahmengeluarkan arahan supaya menggunakan sistem ejaan Jawi yangdisempurnakan itu, iaitu:

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM161

Page 4: get_file

162

Jurnal ASWARA

“Mulai tarikh ini (22 Januari, 1992) Pedoman Ejaan Jawi yangDisempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) ituhendaklah digunakan di semua sekolah rendah, menengah, maktab-maktab perguruan, oleh Lembaga Peperiksaan dan MajlisPeperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat diseluruh negara.” (Sila lihat salinan surat di Lampiran 1)

Maktab Perguruan Islam (MPI) (kini Institut Perguruan IslamMalaysia (IPIM)) dan Bahagian Pendidikan Islam KementerianPendidikan telah mempelopori gerakan penyebaran dan pemapanantulisan Jawi dengan melatih para guru dalam kemahiran Jawi,memperkemas ejaan dan menulis buku-buku teks pendidikan Islam dalamtulisan Jawi. Langkah-langkah yang telah diambil oleh MPI sejak tahun1984 setelah tulisan Jawi diperkenalkan kembali dalam sistem pendidikanMalaysia, termasuklah:

1. mencipta lambang-lambang (abjad) yang sesuai dengan tulisan Jawidan tidak menggunakan lambang Rumi,

2. menetapkan sistem penggunaan baris di samping kaedah vokaldalam ejaan Jawi bagi membantu pelaksanaan pengajaran danpembelajaran al-Qur’an,

3. menetapkan pola (wazn) bagi perkataan pinjaman daripada bahasaArab yang digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu,

4. mengenal pasti formula atau kaedah pengajaran Jawi bagimemudahkan guru-guru pelatih mengguna dan mengajar Jawi,

5. memberikan kursus seni khat untuk memperbaik mutu tulisan Jawi.

(Mahmud et al., 1991)

Kementerian Pendidikan pada tahun 1992 telah memasukkanpelajaran Jawi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)yang menekankan kemahiran membaca dan menulis Jawi. Satu SukatanPelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi tulisan Jawitelah dibentuk daripada tahun 1 hingga tahun 6. Satu semakan kedua-dua itu telah dibuat pada tahun 2000 untuk dilaksanakan pada tahun2003. Pengajaran tulisan Jawi juga telah dimasukkan ke dalam programJawi-Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam tahun 2003iaitu sebagai Kelas Jawi kepada murid-murid biasa dan kelas PemulihanJawi kepada yang tercicir Jawi, iaitu 2 waktu seminggu untuk 6 bulanpertama pada tahun 1, dan 1 waktu seminggu seterusnya.

Sehingga kini (2009) program j-QAF telah berjalan selama 5 tahun,iaitu sehingga Darjah 5 sekolah rendah, dan beberapa buah buku pelajaran

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM162

Page 5: get_file

163

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Jawi (buku teks, buku aktiviti oleh panel penulis telah diterbitkan olehKementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka,selain daripada buku-buku pendidikan Islam yang telah diterbitkan sekianlama sama ada oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau lain-lain penerbit.Penulis-penulis yang lain juga telah menerbitkan buku-buku pelajaranJawi dan yang paling produktif ialah Pak Matlob dengan 20 siri BacaanTambahan j-QAF dan siri Pandai Jawi Pandai Khat. Kebanyakanbuku-buku ini merupakan buku-buku pengajaran Jawi atau buku panduan,latihan dan kemahiran Jawi. Kekecualian ialah buku Siri BacaanTambahan j-QAF oleh Pak Matlob terbitan Dewan Bahasa dan Pustakabertujuan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan demimemahirkan murid dalam ejaan Jawi di samping menikmati isi kandunganyang terdiri daripada episod pendek yang ada hubungan dengan alamkanak-kanak. Namun buku-buku bacaan dalam tulisan Jawi untukpenikmatan dan apresiasi misalnya novel kanak-kanak, cerpen, puisi (syair,sajak, gurindam, pantun, dan lain-lain), sastera klasik dan cerita rakyat,alam sains dan teknologi dengan taraf penulisan yang sesuai dengantahap murid-murid, perlu diperbanyakkan lagi demi melebarkan pilihandan kerencamannya.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan bahanbacaan Jawi yang ada sekarang termasuklah buku teks KBSR PelajaranJawi bermula dari tahun satu hingga tiga (buku aktiviti) tahun empathingga enam (buku teks), HSP KBSR: Pendidikan Islam tahun satu hinggatahun enam (dua jilid setiap peringkat), buku HSP Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM): Pendidikan Islam dari tingkatan satu hinggatingkatan lima, yang kesemuanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa danPustaka. Selain itu, terdapat juga buku-buku teks dan latihan yangmenggunakan tulisan Jawi yang dikeluarkan oleh jabatan agama negeriuntuk kegunaan di sekolah-sekolah agama dalam negeri tersebut sepertiyang terdapat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Selain buku teks terdapat juga buku latihan tambahan berdasarkanbuku teks tersebut yang dikeluarkan oleh pelbagai penerbit. Berdasarkantinjauan bahan bacaan yang terdapat di pasaran, buku latihan Jawiperingkat sekolah rendah adalah yang paling banyak. Antara penerbityang telah menerbitkan buku latihan yang telah lengkap dari tahun 1hingga 6 ialah ialah Sasbadi, Pelangi, Attarbiah, Cerdik Publications, danPustaka Ilmi. Di peringkat prasekolah pula terdapat beberapa penerbityang menerbitkan buku latihan Jawi seperti Tadika Generasi Al-QuranProfesional, Tadika Sri Kancil Bestari, dan United Publishing House.

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM163

Page 6: get_file

164

Jurnal ASWARA

Bahan-bahan bacaan umum pula terdiri daripada buku agama,sastera dan majalah. Tinjauan di pasaran mendapati bahawa bukuagamalah yang paling banyak. Antaranya ialah buku agama yangditerbitkan oleh JAKIM seperti Mastika Hadith (3 jilid), Bulugh al-Maram (2 jilid), Riad al-Salihin (5 jilid), Terjemah Sahih Bukhari (5jilid), buku agama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakaseperti Ajaran Sesat (Abdul Fatah Harun, 1994), Ulum al-Hadith (Buda@ Udah Mohsin, 1995), buku agama yang diterbitkan oleh Darulfikirseperti Panduan Tartil Al-Quran (3 siri) dan Buku Qawa’id al-Taranum (Nik Jaafar), Panduan Tasrif (Ilyas Cek), buku agama dankitab Jawi klasik yang diterbitkan semula oleh Khazanah Fathaniyah,dan beberapa penerbit yang lain. Buku bacaan sastera pula didapati amatterhad bilangannya. Hanya terdapat beberapa buah novel yang diterbitkanoleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih beredar di pasaran sepertiHidayah 31 Ogos (Ghazali Ngah Azia, 1994), Duta Kecil (Jamiah AbuBakar, 1994), Wira Anak Berjasa (Zaharah Nawawi, 1993), dan RakitBatang Pisang (Sahul Hamid, 1989). Manakala satu-satunya majalahlama bertulisan Jawi yang masih bertahan di pasaran ialah majalahPengasuh yang diterbitkan dua bulan sekali oleh Majlis Agama IslamKelantan dan satu majalah baharu, Apa Dia yang diterbitkan olehSynergymate Sdn. Bhd. Bagaimanapun, edaran kedua-duanya agakterhad.

Namun sehingga kini tulisan Jawi hanya diajar dalam mata pelajaranPendidikan Islam dan bukannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,atas penjelasan pihak Peguam Negara yang berbunyi:

“Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawisebahagian daripada pelajaran Bahasa Malaysia danmemasukkannya dalam Sukatan Pelajaran. Juga tidak adapercanggahan undang-undang bagi Kementerian (Pendidikan)menyuruh sekolah mengajar pelajaran Jawi, tetapi adalahbercanggah dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963memaksa penuntut-penuntut mempelajari Jawi sebahagian daripada(pelajaran) Bahasa Malaysia.”

(‘Aishah Rabi`ah binti Muhammad Saleh, 2002)

Dengan berpandukan penjelasan pihak Peguam Negara itu, makatulisan Jawi yang telah diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islamsahaja bukannya dalam mata pelajaran bahasa Melayu, telah membawabeberapa implikasi yang serius, iaitu:

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM164

Page 7: get_file

165

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

1. Tulisan Jawi dikaitkan secara jelas dan khusus dengan agama Islambukan dengan bahasa Melayu secara umum, oleh itu tidak sesuaidigunakan di luar konteks agama Islam, misalnya bagi nama jalan,bangunan, bandar dan lain-lain (kejadian terbaru ialah bantahanparti pembangkang terhadap DBKL menamakan jalan-jalan dalamtulisan Jawi di Kuala Lumpur),

2. Tulisan Jawi diajar untuk pelajar Islam bagi memahami agama Islam,dan pengajaran tulisan Jawi kepada pelajar bukan Islam dianggapmemaksa mereka mempelajari agama Islam yang bertentangandengan prinsip kebebasan beragama bagi semua rakyat Malaysiaseperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (Constitutionof Malaysia 2009), iaitu:“…Article 3

1. Islam is the religion of the Federation but other religions maybe practiced in peace and harmony...

Article 12

3. No persons shall be required to receive instructions or take part inany ceremony or act of worship of a religion other than his own…”.

3. Oleh sebab kurangnya bahan bertulis dalam tulisan Jawi yang beradadi pasaran (selain daripada Utusan Melayu sisipan dalam UtusanMalaysia edisi hari Isnin dan buku-buku mata pelajaran PendidikanIslam), maka kemahiran Jawi tidak dapat dibudayakan dalammasyarakat Malaysia, terutama sekali di kalangan belia dan generasimuda. Oleh yang demikian kemahiran itu tidak banyak nilaitambahan dan kegunaannya, menyebabkan kehilangan insentif untukmempelajarinya dalam kalangan pelajar Melayu sendiri. Bagi pelajarbukan Melayu peluang dan insentif mempelajarinya langsung tidakada.

Berdasarkan implikasi yang serius tentang P&P tulisan Jawi tersebut,maka tidak dapat dinafikan bahawa P&P Jawi kini sedang bergerak didalam keadaan realiti yang senget dan tempang, iaitu seperti sebuahkereta yang bergerak di atas roda sebelah kanan sahaja, yang sebelahkiri statik, menyebabkan pergerakannya berputar di satu tempat sahaja,dan tidak maju ke mana-mana. Oleh yang demikian tidak hairanlah selepasbelajar Jawi sekian lama melalui mata pelajaran Pendidikan Islam, ramaibelia masih lagi mengalami keadaan “buta Jawi”, kerana tidak ada peluanguntuk mempraktikkannya ataupun tidak banyak aplikasi danpenggunaannya dalam kehidupan seharian.

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM165

Page 8: get_file

166

Jurnal ASWARA

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Daya usaha untuk memperkasakan kembali tulisan Jawi bergantung padaobjektif dan matlamatnya. Untuk apa kita mahu memperkasakannyakembali? Siapakah kumpulan sasar yang kita mahu mahir dalam tulisanJawi? Berikut ini dikemukakan beberapa pandangan dan cadangan dalamusaha memperkasa kembali Jawi:

1. Kita memperkasa kembali Jawi kerana Jawi ialah jati diri orangMelayu: bangsa Jawi ialah bangsa Melayu, tanah Jawi ialah tanahMelayu, bahasa Jawi ialah bahasa Melayu, tulisan Jawi ialah tulisanMelayu, yang menjadi sebahagian sifat dan identiti kita yangmewarnai bangsa Melayu selama hampir 1,000 tahun (seperti dalamceraian 1 di atas); kehilangan satu elemen jati diri bangsa demikiansudah pasti akan menjejas maruah dan harga diri kita sendiri, danyang lebih serius lagi boleh membawa kepada kepupusan kita sedikitdemi sedikit

2. Bagi orang Melayu Jawi ada kaitan secara langsung denganpengajian al-Qur’an, al-Hadis dan kitab-kitab agama Islam; butaJawi boleh menjejas secara serius kebolehan membaca al-Qur’andan kitab-kitab Melayu lama mengenai agama Islam oleh ulama-ulama tersohor Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel,Nuruddin al-Raniri, Abdul Samad Falimbani, Muhammad ZainJalaluddin Aceh, Muhammad Arshad al-Banjari, Daud al-Fathani,Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, Ahmad Khatib Sambas,Tuan Tabal, dan lain-lain, yang kini sudah tidak diketahui lagi olehgenerasi muda Melayu

3. Oleh sebab Perlembagaan Malaysia tidak mengizinkan sesiapa punmenerima pengajaran agama selain daripada agamanya secarapaksaan, maka jika kita hendak memperkenalkan tulisan Jawi sebagaitulisan bahasa Melayu kepada pemeluk agama lain, maka kita mestimengadakan bahan bacaan dan bahan P&P yang berjenis umum,iaitu tidak terkhusus kepada pengajaran agama Islam, tetapimerangkumi pelbagai tema dan genre secara kreatif dan inovatif.Pembangunan bahan-bahan Jawi demikian juga akan memperkayakepustakaan dan persuratan dalam tulisan Jawi yang sangat pentingdemi meningkatkan nilai, kegunaan, dan tarikan mempelajari danmenggunakannya.

4. Langkah yang paling baik ialah memasukkan pembelajaran tulisanJawi dalam subjek bahasa Melayu bukan setakat dalam subjek

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM166

Page 9: get_file

167

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

pendidikan Islam sahaja. Tulisan Jawi hendaklah dikaitkan dengankhazanah persuratan Melayu yang berjumlah beribu-ribu karyadalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan misalnya falsafah danpemikiran, kesusasteraan, kebudayaan, surat-menyurat, perubatantradisional, teknologi perkapalan, persenjataan, perjalanan, pelbagaipetua, jampi serapah, dan sebagainya.

5. Memperbanyak penerbitan khazanah persuratan Melayu dalambidang-bidang yang disebutkan itu untuk menjadi bahan bacaandan kajian semasa, dan disebarkan ke perpustakaan, sekolah-sekolah, IPTA dan IPTS di seluruh negara, melalui publisiti danhebahan pihak berkuasa dengan biaya badan-badan berkanun danswasta sebagai tanggungjawab sosial dan negara bangsa.

6. Menerbitkan kembali akhbar Utusan Melayu tetapi diintegrasikandengan Utusan Malaysia sebagai sisipan halaman tengahnya (initelah dilaksanakan dengan berjayanya). Untuk menarik minatpembacaan hendaklah diterbitkan artikel dan bahan yang menarikterutama sekali daripada khazanah persuratan Melayu lama,mungkin pada permulaan keluarannya dilakukan transliterasiRuminya dengan memasukkan panduan membaca dan menulis Jawi.

7. Mencetak kembali dalam format yang besar surat-surat emas raja-raja dan pembesar Melayu dan juga manuskrip Melayu lama yangmempunyai iluminasi yang menarik dan indah (bersekali dengantransliterasinya) dan disebarluaskan dengan publisiti besar-besaranuntuk dijadikan gambar hiasan di bangunan-bangunan kerajaan,badan berkanun dan juga swasta, sebagai satu pelestarian warisanbangsa dan negara yang bernilai tinggi (lihat contoh manuskrip diLampiran 2).

8. Memperbanyak lagi hasil karya lukisan seni khat kontemporari yangmerakamkan selain al-Qur’an dan Hadis, juga kata-kata hikmat,syair, gurindam, pepatah dan peribahasa Melayu, tunjuk ajar Melayu,dan lain-lain untuk dijadikan hiasan di bangunan-bangunan yangtersebut di atas.

9. Membudayakan tulisan Jawi pada hari-hari kebesaran masyarakatMelayu, misalnya pada Hari Raya ‘Aidil Fitri, Hari Raya ‘AidilAdha, Maulidur Rasul, Tahun Baru Hijrah, dan lain-lain denganmenuliskan hari-hari perayaan itu di atas sebarang kertas hiasandan direntangkan di pintu rumah, bangunan, pejabat, masjid, suraudan lain-lain.

10. Mengadakan minggu tulisan Jawi di setiap sekolah, institusi pengajiantinggi dan sebagainya dengan mengadakan bengkel dan peraduan

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM167

Page 10: get_file

168

Jurnal ASWARA

tulisan Jawi dan seni khat, pameran seni tulisan Jawi dan seni khat,pameran surat-surat emas raja-raja, dokumen-dokumen sejarahyang penting misalnya perisytiharan kemerdekaan, manuskrip-manuskrip karya agung Melayu, dan lain.

11. Menulis dalam tulisan Jawi pepatah, gurindam, syair, simpulanbahasa dan tunjuk ajar Melayu dalam seni khat dan iluminasi yangindah, untuk dijadikan bahan hiasan dan pameran di rumah,bangunan, pejabat-pejabat dan lain, demi menghayati warisanperadaban dan persuratan Melayu.

12. Mengadakan kerjasama yang erat untuk menggemburkan,menyubur dan mempromosikan tulisan Jawi dan seni khat dengandunia Melayu yang lain, iaitu Brunei, Indonesia, Singapura, ThaiSelatan, Vietnam, Kampuchea dan Filipina Selatan, yang masihada warisan kitab-kitab Jawi dan manusia yang masih bolehmenggunakan Jawi. Pada permulaannya dipamerkan khazanahMelayu Jawi dan seni khat yang indah dan menarik yang menjadiwarisan 1000 tahun khazanah Melayu. Seterusnya diadakanpersidangan, seminar dan bengkel antarabangsa untukmenghidupkan kembali minat dan keupayaan membudaya,memperkasa dan melestarikan Jawi di seluruh Dunia Melayu.

Jawi Sebagai Citra dan Jati Diri BangsaMalaysia

Satu-satunya milik asli negara bangsa Malaysia ialah bahasa Melayudengan tulisan Jawi yang diciptanya sendiri yang berumur hampir 1,000tahun, berbanding dengan tulisan Rumi yang kita gunakan kurang dari 50tahun. Di Korea, Jepun dan China, bahasa Korea, Jepun dan China ialahmilik negara bangsa masing-masing, dan setiap rakyat mereka untukmemasuki pengajian di Universiti mesti lulus bahasa mereka dengan tulisanmereka sendiri supaya dapat dikekalkan dan disemaikan jati diri, citradan semangat patriotik dan cinta akan tanah air rakyat jelata mereka.Demikianlah juga kita bangsa Malaysia, jika kita berasa bangga dengankhazanah warisan bangsa kita dan mahu membina jati diri Malaysia yangtersendiri supaya dapat dibentuk citra asli negara bangsa Malaysiatersendiri demi perpaduan yang utuh di kalangan rakyat jelatanya,mengapa kita tidak terus menekankan polisi bahasa Melayu ini danditambahkan lagi dengan kemahiran tulisan Jawinya?

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM168

Page 11: get_file

169

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Jikalau pada zaman penjajah dahulu, pegawai-pegawai penjajahdan pembesarnya bila berhubung dengan Raja-Raja dan pembesarMelayu, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi,bahkan seorang ketua Paderi Kristian Werndly telah menterjemahkanKitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi, menunjukkanbahawa Jawi telah digunakan untuk tujuan selain daripada Islam. Apakahyang menghalang kita negara bangsa Malaysia mengkanunkan baliktulisan Jawi dalam Akta Pendidikan supaya diajar sebagai tulisan yangMelayu yang sebenar, di samping tulisan Rumi.

Seperti yang dinyatakan di atas, tuduhan yang mengatakan bahawadengan mempelajari Jawi maka pelajar-pelajar dipaksa masuk Islam,adalah tuduhan yang palsu dan penuh prasangka yang buruk. Bahkansemua pelajar yang menguasai tulisan Jawi tidak akan mengalamisebarang kerugian, malah mereka akan bernilai tinggi kerana dapatmenimba secara langsung khazanah warisan ilmu pengetahuan dankebijaksanaan yang turun-temurun sebuah tamadun besar di rantau AsiaTenggara iaitu tamadun Melayu. Di samping itu satu jati diri yang aslidan utuh dapat disemai dan dipupuk sebagai milik khusus negara bangsaMalaysia.

Kesimpulan

Tulisan Jawi bukan sahaja penting sebagai satu warisan bangsa, malahia merupakan citra dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri.Memperkasakan tulisan Jawi bermakna memperkasakan bahasa danbangsa Melayu itu sendiri di samping mempereratkan perpaduan antarakaum melalui wadah bahasa. Sebanyak 12 pandangan dan cadangantelah dikemukakan untuk memperkasakan tulisan Jawi, termasuklahmelalui sistem pengajaran dan pembelajaran, iaitu dengan memasukkanpembelajaran tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu dan bukan setakatdalam subjek pendidikan Islam sahaja. Pengajaran Jawi dalam subjekpendidikan Islam sahaja telah banyak memberikan kesan negatif kepadaperkembangan tulisan Jawi seolah-olah tulisan Jawi hanya sesuai untukagama dan umat Islam sahaja. Oleh itu, pandangan dan cadanganmemperkasakan Jawi yang disuarakan dalam makalah ini diharapmendapat perhatian dan tindakan semua pihak khususnya pihak berwajib.

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM169

Page 12: get_file

170

Jurnal ASWARA

Bibliografi

‘Abdul Rahman Hj Abdullah (1990). Pemikiran Umat Islam diNusantara. Kuala Lumpur: DBP.

‘Aisyah Rabi‘ah Muhammad Saleh (2002). “Pelaksanaan Jawi di Sekolah:Satu Penyelesaian,” kertas kerja sempena Mesyuarat AgungPENJAWIM 2002.

Al-‘Attas, S. M. Naquib (1984). The Correct Date of the TerengganuInscription, Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Al-‘Attas, S. M. Naquib (1969). Preliminary Statement on A GeneralTheory of the Islamization of the Malay-Archipelago. KualaLumpur: DBP.

Al-‘Attas, S. M. Naquib (1988). The Oldest Known Malay Manuscript:A 16th Century Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi. KualaLumpur: University of Malaya Press.

Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: DBP.Bruinessen (1999). Kitab Kuning: Pesantren dan Tarekat. Bandung:

Penerbit Mizan.Casparis, J. G. de (1980). “Ahmad Majnun Tombstone at Pengkalan

Kempas”, JMBRAS, Vol. 53, Pt. 1, h. 1-12.Constitution of Malaysia (2009). (dalam talian) http://en.wikisource.org/

wiki/Constitution_of _Malaysia#Article_1.Daftar Ejaan Rumi-Jawi (2002). Kuala Lumpur: DBP.Hashim Hj Musa (2006). (Edisi Kedua: Siri Lestari Bahasa), Sejarah

Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: DBP.Hashim Hj Musa (1999). A Brief Survey on the Study of he Malay

Sastera Kitab on Malay-Islamic Thought. Kuala Lumpur:APMUM.

Hashim Hj Musa (2006). (Edisi Kedua: Siri Lestari Bahasa), EpigrafiMelayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. KualaLumpur: DBP.

Ismail Dahaman & Mashoor bin Hj Ahmad (peny.) (2000). PedomanEjaan Jawi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP.

Mahayudin Hj Yahaya (1994). Naskhah Jawi: Sejarah dan Teks, Jil.1. Kuala Lumpur: DBP.

Mahmud Hj Shaari, Ahmad Hj Hasbullah, Faridah Hj Majid, Kertas kerjaIII, Konvensyen Tulisan Jawi 1991, Pusat Islam, hlm. 3.

Matlob (2003). Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd.

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM170

Page 13: get_file

171

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Mohd Nor Ngah (1980). “Some Writing of the Traditional Malay MuslimScholars Found in Malaysia”, Tamadun Islam di Malaysia. KualaLumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka. KualaLumpur: DBP.

Omar bin Awang (1985). “The Terengganu Inscription as the EarliestKnown Evidence of the Finalisation of the Jawi Alphabet, IslamikaIII. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Othman Mohd Yatim & Abdul Halim Nasir (1990). Epigrafi IslamTerawal di Nusantara. Kuala Lumpur: DBP.

Wan Mohd Shaghir Abdullah (1996). Koleksi Kertas Kerja Ilmiah HjWan Mohd Shaghir Abdullah. Kuala Lumpur: KhazanahFathaniyah.

Winstedt, R. O. (1977). A History of Classical Malay Literature. KualaLumpur: Oxford University Press.

HASHIM HJ MUSA, (Prof. Dr.) Profesor Bahasa Melayu di PusatBahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau bolehdihubungi melalui e-mel: [email protected] YASRAN ABDUL AZIZ, (Dr.), pensyarah kanan di Pusat BahasaModen dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau boleh dihubungimelalui e-mel: [email protected]

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM171

Page 14: get_file

172

Jurnal ASWARA

Lampiran 1

Salinan Surat Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM172

Page 15: get_file

173

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Lampiran 2

Contoh Manuskrip

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM173

Page 16: get_file

174

Jurnal ASWARA

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM174

Page 17: get_file

175

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Bab 9.pmd 10/6/2009, 3:46 PM175