Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

6
Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau. Konsep dan Proses Dalam Globalisasi Ekonomi. Merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan menjadi satu unit yang boleh di hubungkan dengan cepat,mudah,pantas,dan rapat. Di kenali juga sebagai dunia tanpa sempadan. Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa- kuasa pasaran untuk menguasai ekonomi dunia. Kemajuan dalam segi teknologi komunikasi maklumat boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkankonsep pasaran bebas tanpa had. Negara-negara barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada masa kini di kenali sebagai kawasan pusat pembangunan kapitalisme yang baru.Meliputi negara-negara G8 seperti: Britain,Kanada,Amerika Syarikat,Jerman,Perancis,It ali,Rusia dan Jepun. Istilah dalam globalisasi ekonomi. Liberasasi Ekonomi. Adalah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Deregulasi Ekonomi. Dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan Ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan,pengaliran dan pemilikan modal,teknologi dan lain-lain. Sebagai contoh penghapusan dasar

Transcript of Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Page 1: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.

Konsep dan Proses Dalam Globalisasi Ekonomi.

• Merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan menjadi satu unit yang boleh di hubungkan dengan cepat,mudah,pantas,dan rapat.

• Di kenali juga sebagai dunia tanpa sempadan.

• Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran untuk menguasai ekonomi dunia.

• Kemajuan dalam segi teknologi komunikasi maklumat boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkankonsep pasaran bebas tanpa had.

• Negara-negara barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada masa kini di kenali sebagai kawasan pusat pembangunan kapitalisme yang baru.Meliputi negara-negara G8 seperti:

Britain,Kanada,Amerika Syarikat,Jerman,Perancis,Itali,Rusia dan Jepun.

Istilah dalam globalisasi ekonomi.

• Liberasasi Ekonomi.

Adalah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas.

Bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.

Deregulasi Ekonomi.

• Dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan

• Ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan,pengaliran dan pemilikan modal,teknologi dan lain-lain.

• Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan,subsidi,sekatan takrif,skim keutamaan dagangan(PTA) dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas.

• Seperti yang diamalkan di Malaysia kini.

Kesan-kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik.

Kesan positif.

Perdagangan bebasPasaran bebas.Menggalakkan persainganPeningkatkan kualiti produkAliran buruh yang lebih efisyen.

Kesan Negatif.

Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat multinasional.Ancaman kepada barangan tempatan.Ancaman kepada industry IKS.

Page 2: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kesan-kesan

(+)Menambah keupayaan modal dalam negara.

• Industri berteknologi tinggi misalnya memerlukan modal yang banyak.Arus globalisasi mampu membawa banyak modal dari luar yang sudah tentu dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara yang menerima kemasukan pelabur.

• Menyebabkan perkembangan yang pesat industri yang membangun seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,meningkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan.

(+)Menggalakkan Pemindahan Teknologi Kepakaran dan R&D

• Globalisasi menyebabkan kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara maju seperti Jepun dan Jerman dapat di laksanakan.

• Rakyat dikehendaki untuk mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan dan usahasama dalam konteks R&D tenaga manusia.

(+)Perluasan Pasaran• Peluang kepada negara membangun

menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata kerana globalisasi bersifat terbuka,luas dan telus.

• Negara yang membangun akan memperoleh keuntungan melalui pengukuhan rangkaian pasaran,harga barangan yang stabil dsb.

• Mengutamakan pengguna dimana pilihan sesuatu barangan dibuat oleh pengguna tanpa melibatkan tekanan atau konkongan daripada mana-mana pihak.

• Di Asean konsep ini di praktikkan melalui AFTA.

(-)Kegawatan Ekonomi.• Wang atau modal yang besar bergerak

secar bebas dengan menekan satu butang di komputer sahaja.

• Dengan jumlah modal antarabangsa yang begitu besar masuk ke dalam Asia Pasifik maka pasaran kewangan menjadi lebih mudah ubah.

• Penarikan modal asing secara mendadak akan menyebabkan sesebuah negara menjadi muflis,mengalami kegawatan ekonomi ,bebanan hutang luar meningkat dan pelbagai masalah lagi.

(-)Serangan Spekulator.

Kegawatan ekonmi berpunca dr mainan spekulator yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang di pasaran saham.Apabila pasaran saham jatuh maka pelabur-pelabur akan menarik semula pelaburan mereka lalu akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara ya terlibat.

Di Asia Pasifik,penurunan nilai matawang berpunca dari Thailand seterusnya menurunkan mata wang negara jiran serantau.Di panggil jangkitan asia.

Page 3: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kesan serangan spekulator

Negara yang tidak mempunyai rezab luar akan menjadi muflis.Terpaksa menagih simpati dari Negara-negara maju.Rantaian perniagaan menjadi lemah.Pelaburan domestic merosot.Permintaan domestic merosot.

Langkah-langkah mengatasi

o Menjalankan dasar keewangan ketat.

o Menaikkan kadar faedah.

(-)Tekanan ekonomi kepada golongan miskin.

• Globalisasi menyebabkan hak-hak istimewa seprti subsidi di tarik balik.Hal ini menyebabkan peningkatan harga barangan dan mungkin menyebabkan kegawatan politik.

• Masalah inflasi turut berlaku menyebabkan pengurangan dalam pengutipan cukai kerajaan yang seterusnya mengurangkan sumber kewangan kerajaan.

• Selain itu,bank-bank yang dimonopoli oleh syarikat gergasi akan menaikkan kadar pinjaman,mengehadkan kemudahan kredit dsb.

• Kesemua ini akan membebankan rakyat yang miskin.

(-)Penjajahan baru ekonomi

• Kuasa-kuasa luar yang mempunyai modal,kepakaran dan teknologi yang teguh akan memonopoli ekonomi sesebuah negara.

• Kekayaan ekonomi negara membangun akan dikuasai malahan lebih teruk lagi apabila mereka mengeksploitasi tenaga kerja tempatan dengan upah yang rendah.

• Hal ini dikenali sebagai penjajahan ekonomi. Kepe

ntingan

saling

bergantungan anta

ra negara.

Berkongsi sumber

alam dan tenaga.

Berkongs

i teknologi dan kepakara

n.

Berkongsi

pasaran dan

perdagangan

Berkongs

i mod

al

Berkongsi buru

h

Saling

melengka

piSaling menja

ga alam

sekitar

Page 4: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Perkongsian sumber bahan mentah dan sumber tenaga.

• Negara yang tidak mempunyai sumber bahan mentah terpaksa berkongsi dengan negara lain yang mempunyai sumber seperti Jepun yang berkongsi petroleum dengan negara Asia.

• Singapura bergantung kepada Malaysia untuk mendapatkan sumber air bersih.

• Malaysia bergantung kepada Thailand untuk bekalan beras.

• Keadaan saling bergantung sudah menjadi kemestian bagi setiap negara.

Perkongsian dan pemindahan teknologi serta inovasi baru.

Sesebuah negara hanya boleh dimajukan melalui peningkatan dalam bidang teknologi.

Usaha Malaysia dalam HITEC bergantung kepada pemindahan teknologi daripada Jepun seperti teknologi kawalan mutu dsb.

• Malaysia juga bergantung kepada Amerika Syarikat dalam teknologi IT seperti MSC yang berkonsepkan lembah silikon di AS.

Perluasan pasaran antara Negara

• Kesan positif yang dapat dinikmati ialah pertambahan permintaan dan kuasa membeli pengguna.

• Barangan dari Asia boleh dipasarkan di negara Eropah dan begitu juga sebaliknya.

• Perdagangan antara negara juga boleh dinaikkan.

Perkongsian modal.

• Kekurangan modal akan ditampung oleh negara lain melalui konsep kaedah pelaburan bersama atau pelaburan silang.

Perkongsian buruh

• Kekurangan buruh dan tenaga pakar boleh ditampung oleh negara lain seperti Malaysia yang bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia.

Sebab-sebab Negara-negara perlu berkerjasama.

o Meningkatkan kecekapan ekonomi.

o Penyertaan dalam ekonomi dunia.

o Meningkatkan daya saing.o Pengkhususan bidang.

Ciri-ciri saling bergantungan

Malaysia dengan negara lain.

sumbermodalBuruh dan kepakaran