Grafik Banding Beza Teori 1

6
Grafik Banding Beza Teori-teori Kaunseling Bil Perkara Teori Pemusatan Perorangan (Client Centered Theory) Teori Pemusatan Perorangan (Client Centered Theory) 1. Pandangan teori terhadap sifat manusia Mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak sekiranya diberi peluang Berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran, tingkah laku masing-masing Berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan Manusia tidak dianggap sebagai baik atau jahat sekiranya mereka memberi respon berdasarkan sistem kepercayaan yang rasional. Hanya apabila reaksi mereka yang tidak rasional, maka mereka akan menganggap diri dan orang lain sebagai jahat, tidak boleh dipercayai, tid bertanggungjawab dan sbgnya. Rajah 4.5 Gelungan Pemikiran Tidak Rasional . !onsep penting !lien mampu sedar tentang masalah dan tahu cara mengatasinya !epercayaan bahawa kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan Manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, memahami diri sendiri, membuat perubahan "# "cti$ating % Peristiwa pencetus & ' %(ontoh) *+aya telah gagal ujian +ains. B # Belief % Penilaian terhadap peristiwa tadi & ' %(ontoh) B1 Penilaian tidak rasional) *+aya telah gagal ujian +ains. leh itu, saya adalah seorang yang gagal dalam kehidupan saya. ' B Penilaian rasional) *+aya telah gagal ujian +ains. +aya berasa kecewa. Mulai hari ini saya akan bersedia untuk menghadapi ujian yang berikut. &

description

mmmm

Transcript of Grafik Banding Beza Teori 1

Grafik Banding Beza Teori-teori Kaunseling

BilPerkaraTeori Pemusatan Perorangan(Client Centered Theory)Teori Pemusatan Perorangan(Client Centered Theory)

1.Pandangan teori terhadap sifat manusia Mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak sekiranya diberi peluang Berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran, tingkah laku masing-masing Berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan Manusia tidak dianggap sebagai baik atau jahat sekiranya mereka memberi respon berdasarkan sistem kepercayaan yang rasional. Hanya apabila reaksi mereka yang tidak rasional, maka mereka akan menganggap diri dan orang lain sebagai jahat, tidak boleh dipercayai, tidak bertanggungjawab dan sbgnya.

Rajah 4.5 Gelungan Pemikiran Tidak Rasional

2.Konsep penting Klien mampu sedar tentang masalah dan tahu cara mengatasinya Kepercayaan bahawa kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan Manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, memahami diri sendiri, membuat perubahan yang membina, menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik Menolak andaian bahawa manusia adalah individu yang tidak boleh dipercayai, perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal dan diurus oleh orang lain yang lebih berkuasa, lebih tinggi kedudukan atau pakar dalam bidang tertentuA= Activating ( Peristiwa pencetus ) / (Contoh: Saya telah gagal ujian Sains.B = Belief ( Penilaian terhadap peristiwa tadi ) / (Contoh: B1 Penilaian tidak rasional: Saya telah gagal ujian Sains. Oleh itu, saya adalah seorang yang gagal dalam kehidupan saya. / B2 Penilaian rasional: Saya telah gagal ujian Sains. Saya berasa kecewa. Mulai hari ini saya akan bersedia untuk menghadapi ujian yang berikut.)C = Consequence ( Konsekuen atau perasaan akibat penilaian tadi ) / (Contoh: Penilaian B1 Anda akan berasa sediah dan putus asa; Penilaian B2 Anda akan cuba mengatasi perasaan kecewa, dan cuba tumpukan perhatian kepada ulangkaji.)D = Dispute ( Usaha anda mengatasi penilaian tidak rasional ) / (Contoh: Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian tidak rasional.)E = Effects ( Jawapan yang dijana bagi melawan pemikiran tidak rasional ) / (Contoh: Pemikiran tidak rasional diubah menjadi rasional.)

Sebagai contoh, baca bagaimana sesi kaunseling yang berorientasikan A-B-C-D-E akan berlangsung:

A = Klien menceritakan bagaimana sesuatu peristiwa yang kurang menyenangkan hati berlaku.B = Klien menilai peristiwa tersebut sebagai sesuatu yang kurang baik, dan tidak sepatutnya berlaku padanya;C = Klien berasa sedih, kurang selesa, kecewa;D = Klien diajar untuk melawan pemikiran dan perasaan negative yang timbul soalan-soalan berikut: Mengapa ia kurang baik? Mengapa ia tidak sepatutnya berlaku pada saya?E = Jawapan yang dijana akibat proses yang dilalui pada D Ia sesuatu yang mengecewakan. Ia suatu yang malang, tetapi bukan satu malapetaka. Saya berupaya menangani situasi tersebut. Saya memang tidak jangkakan peristiwa seperti itu berlaku. Namun, saya sedar bahawa saya akan mengharungi liku-liku hidup dari masa ke semasa.

3.Matlamat bimbingan dan kaunseling Membantu klien di dalam proses perkembangannya menghadapi masalah Mencapai perasaan bebas dan bersepadu seseorang individu Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Klien akan merasa yakin pada diri sendiri Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Klien dalam keadaan untuk terus berkembang Memperbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional tidak logik Menghilangkan gangguan emosional. Untuk membangunkan self-interest, self-direction, tolerance, fleksibel, commitment, scientific thinking, risk taking dan self acceptance. Pencapaian matlamat hanya berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan berfikiran rasional atau logikal.

4.Strategi / teknik yang diguna untuk membantu klien1. Penerimaan Tanpa Syarat sikap menerima klien tanpasyarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama adabaik atau jahat. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak2. Empati kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaanorang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,3. Ketulenan kebolehan untuk menjadi sejati dan benar denganorang lain. bersikap terbuka dengan klienya4. Aktif mendengar dan berfikir Memberi tumpuan atau perhatian apa yang disampaikan oleh klien Pendengar memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan5. Kongruen bersifat telus terhadap klien kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya (tidak kongruen)6. Menghormati kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaantentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.7. Penerimaan yang mesra keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan8. Konfrontasi keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itutentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri1. Teknik Kognitif Menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronim A-B-C-D-E. Mendefinisi semula situasi negatif supaya menjadi lebih positif. Menkonseptualisasi masalah menjadi holistic dan menyeluruh berbanding dengan bahagian-bahagian kecil yang terpisah.2. Teknik emotif Unsur kecindan membantu klien untuk melihat situasi mereka dalam perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri Imageri membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang positif. Contohnya: menggambarkan bahagian mengatasi ketakutan atau fobia Latihan menyerang perasaan malu/segan membantu klien untuk tidak terlalu mempeduli persepsi orang lain terhadap mereka.3. Teknik Behavioral Teknik operan seperti latihan asertif pembentukan Teknik klasikal seperti desensitasi bersistematik Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri Tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan amalkan apa yang dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.

5.Peranan kaunselor

Menurut Rogers, kaunselor perlu membataskan kerjanya kepada pemberian maklumat yang diperlukan oleh klien seperti mengenai peluang pekerjaan atau hasil ujian minat, nilai dan kebolehan klien. Kaunselor yang tidak berarah cuba mengelakkan daripada mengelakkan daripada mencadangkan keputusan-keputusan atau penyelesaian supaya tanggung jawab akhir tetap berada dalam tangan klien. mewujudkan suasana penerimaan, aman damai dan kefahaman yang mana terapi pemusatan klien ini menumpukan perhubungan erat diantara kaunselor dan kliennya. Fungsi kaunselor hanya tertumpu sebagai pemudah cara dalam pembentukan kendiri dengan membantu klien menjumpai keupayaan dan kebolehannya sendiri untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.1) Kaunselor boleh memberi kefahaman kepada klien supaya dapat memisahkan kepercayaan yang tidak rasional itu kepada kepada kepercayaan yang rasional2) Kauselor akan membawa klien ke satu tahap kesedaraan bahawa masalah klien sebenarnya adaalah berpunca daripada diri klien itu sendiri yang sentiasa mengindoktrinasikan kepercayaan yang tidak logi dalam dirinya dan mempertahan gangguan emosi dengan fikiran secara tidak logic3) Kaunselor berperanan membantu klien agar dapat memodifikasikan pemikiran permikirannya dan meninggalkan kepercayaan yang tidak rasionmal

6.Lain-lain

a)Sumbangan / kelebihan teori

sangat sesuai digunakan di dalam sekolah kerana ia menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar kerana teknik-teknik dan tatacara-tacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri Dapat membantu klien menyelesaikan masalah dengan cepat kerana kaunselor mangajar klien berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Klien juga di ajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran dan tingkahlaku yang di buat. Klien akan lebih berkeyakinan terhadap diri kerana dirinya keupayaan intelektual dan dapat menyelesaikan masalah.

b)Kelemahan teori

Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

Terapi ini kurang sesuai untuk klien yang terlalu terpisah dari reality, atau mempunyai aras kognitif yang sangat rendah. Kurang sesuai untuk klien yang ada kecacatan akal, otak dan lain-lain. Ini juga kurang sesuai untuk klien yang suka mengalami gangguan emosi.