Guru Cemerlang
-
Upload
alia-ayumi -
Category
Documents
-
view
8 -
download
0
Transcript of Guru Cemerlang
GURU CEMERLANG
Pendahuluan
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran
yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Guru
Cemerlang adalah seorang guru biasa yang menjalankan tanggungjawab
melaksanakan P & P sebagaimana yang telah diamanahkan kepadanya. Tiada apa
yang membezakan Guru Cemerlang dengan guru-guru lain di sekolah kerana bebanan
tugas dan waktu mengajar adalah sama di mana mereka tidak terkecuali dari
menjalankan tugas-tugas lain seperti kokurikulum yang meliputi persatuan dan kelab
serta unit-unit beruniform. Namun kewujudan Guru Cemerlang di sekolah-sekolah dapat
menggambarkan satu situasi bahawa organisasi sekolah ke arah hala tuju
bermatlamatkan peningkatan kerana interpretasi Guru Cemerlang itu sendiri adalah
seorang guru yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran yang tinggi terutama dalam
bidang dan mata pelajarannya, menjadi role model kepada murid dan rakan guru lain,
sentiasa bermotivasi dan mempunyai usaha berterusan untuk memajukan sekolah
secara khusus dan bidang pendidikan secara amnya. Sehubungan dengan itu sebagai
Guru Cemerlang harus melihat satu potensi yang besar untuk memastikan mata
pelajaran ini mendapat tempat di hati semua murid agar mereka memandangnya
sebagai penting seiring dengan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran yang boleh diaplikasikan sepanjang hayat, bukan sahaja untuk skor ‘A’ dalam
peperiksaan sebaliknya membantu melengkapkan kehidupan masa mendatang. Untuk
memastikan kecemerlangan yang berterusan, seorang Guru Cemerlang sentiasa
mengamalkan falsafah berikut:
“Saya hanya mempunyai satu hari sahaja dalam hidup iaitu hari ini,
kerana semalam telah lepas (tidak boleh diambil kembali), dan hari esok
belum tentu kita temui. Oleh itu pastikan buat yang terbaik untuk hari ini.”
Biografi Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan
Maklumat Diri
Nama : Tn. Hj. Kamaludin bin Talib
Umur : 45 tahun
Tarikh lahir : 24 Julai 1962
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Nama isteri : Pn. Siniyati bt Yahya
Bil. Anak : 3 orang ( 1 perempuan 2 lelaki)
Latar Belakang Pendidikan:
1. S.K. Lubuk Kulit, Kuala Lipis
2. S.M.K. Padang Tnegku, Kuala Lipis
3. S. M. K Clifford, Kuala Lipis
4. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (PPAK Am)
Perkhidmatan:
1. S.K LKTP Sg. Koyan, Raub, Pahang
2. S.K Sega, Raub
3. S.K. Batu Talam, Raub
4. S.K Mahmud, Raub (sehingga sekarang)
Pengalaman manis :Mendapat anugerah Guru Paling Popular (2009) dan
ramai pelajar murid darjah 6 mendapat A dalam
matapelajaran Bahasa Melayu (38 orang)
Pengalaman pahit : Tiada kerana semuanya indah belaka.
Dialog:
Guru pelatih : Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu. Bolehkah kami menemubual
cikgu?
Guru Tokoh : Waalaikumsalam. Boleh.
Guru pelatih : Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi
guru cemerlang?
Guru Tokoh : Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah
menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus menjaga
hubungan
dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak. Tambahan lagi,
guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua
aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang
lain. Dari segi perkhidmatan pula, para guru hendaklah mempuyai
pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun mengajar. Bukan itu
sahaja, komunikasi dengan orang luar juga sangat penting untuk
menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil
pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam
hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2006. Kepakaran
saya adalah dalam bidang Bahasa Melayu. Di samping mengajar,
saya juga banyak menghadiri kursus dan bengkel bagi
memantapkan lagi profesionalisme seorang guru. Tambahan pula,
saya sering dijemput untuk menjadi penceramah bagi teknik-teknik
menjawab soalan bagi darjah 6 yang akan menduduki UJian
Penilaian Sekolah Rendah. Untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang, segala aktiviti yang dianjurkan untuk Guru Cemerlang
haruslah saya ikuti.
Guru pelatih : Wah, agak susah juga ya untuk menjadi seperti cikgu. Tahniah
Sekali lagi. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, bolehkan
cikgu kongsikan kepada kami bagaimanakah caranya untuk
mengawal kelas?
Guru Tokoh : Senang sahaja. Semuanya bergantung kepada tanggapan pertama
atau pun first impression. Pada kali pertama kita masuk ke kelas,
kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-murid takut
dan tidak mudah untuk pijak kepala kita. Kita juga haruslah bijak
dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid terhadap kita
sejak mula lagi.
Guru pelatih : Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba sedikit
bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di dalam
kelas?
Guru Tokoh : Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat
dan perhatian murid di dalam kelas.Contohnya, kita membuat ABM
menggunakan radio,slaid,laptop dan sebagainya. Ini bagi
menghilangkan rasa bosan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh mengadakan amali di luar
kelas. Misalnya, bagi sukatan mata pelajaran lakonan, kita
bolehlah membawa murid ke pentas untuk melakonkan watak
watak dalam sebuah cerita. Seterusnya, murid-murid bolehlah
diagihkan mengikut kumpulan bagi sesetengah acara iaitu
perlawanan, pertandingan dan sebagainya. Cara ini adalah
bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3 dan 4.
Guru pelatih : Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan
ketika saya berjaya menjadi seorang guru. Bagaimana pula
caranya untuk memberikan arahan yang jelas kepada murid?
Guru Tokoh : Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia juga
mengandungi isi yang padat.
Guru pelatih : Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah, bagaimana
pula cara kita untuk menangani gangguan luar jangkaan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?
Guru Tokoh : Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita. Setiap
murid-murid mempunyai ragam masing-masing. Bagi murid yang
kurang cerdik, mereka selalunya akan mengganggu murid-murid
yang cerdik kerana mereka tidak dapat menyiapkan kerja yang
diberikan oleh guru.Justeru, kita haruslah membina kumpulan
cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini adalah kerana,
kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa yang diperkatakan
oleh guru jadi guru haruslah menyediakan bahan yang banyak
kepada murid yang cerdas. Manakala murid yang kurang cerdas
sukar untuk menangkap apa yang diajarkan dengan hanya sekali
pengajaran. Guru haruslah mengajar murid tersebut secara
berulang-ulang . Tambahan lagi, kita bolehlah menyediakan satu
sudut bacaan di mana pelajar boleh menghilangkan rasa bosan
mereka.
Guru pelatih : Sungguh panjang lebar penerangan cikgu. Baiklah, soalan yang
terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini, bagaimanakah
proses untuk kita menamatkan proses pengajaran dan
pembelajaran?
Guru tokoh : Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang dipelajari
pada hari tersebut. Caranya adalah dengan mengaitkan dengan
situasi luar. Selain itu, kita juga bolehlah bertanya kembali kepada
murid-murid tentang apa yang mereka peroleh daripada proses
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Kita juga boleh
meningkatkan kembali semangat mereka dengan menyanyi
beramai-ramai.
Guru pelatih : Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Diharap apa yang kiata bincangkan sebentar tadi dapat member
panduan untuk kami menjadi seorang guru yang berjaya. Sekian,
terima kasih.
Guru tokoh : Sama-sama.
Peranan Utama Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan Mutu Pengajaran Dan
Pembelajaran Dan Kaitannya Dengan Etika Guru Dan Akauntabiliti Dalam Konteks
Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia.
Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru
mulai tahun 1994, setelah Jemaah Menteri meluluskan memorandum bertajuk ”Sistem
Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah Meningkatkan
Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” pada tahun
1993 (Utusan Malaysia, 30 November 2006). Pada tahun tersebut, pihak Jemaah Nazir
telah mengeluarkan surat siaran bagi pemilihan Guru Cemerlang kumpulan yang
pertama untuk dipertimbangkan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat yang lebih
tinggi secara khas untuk penyandang (KUP). Ianya bertujuan memberi peluang kepada
guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah di dalam mata pelajaran yang
diajar atau bidang pengkhususan tertentu untuk menikmati peluang kenaikan pangkat
tanpa perlu ditukarkan di jawatan pentadbiran. Melalui cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam bidang tertentu dapat terus
dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran (KPM, 2009).
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran yang
tinggi dalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga
sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang cemerlang secara berterusan (Utusan Malaysia, 30 November 2013). Guru
Cemerlang menurut Mohd Zakaria (2012) pula, ialah guru yang dapat melaksanakan
tugasnya dengan berkesan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di mana ia mampu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik daripada guru biasa yang mengajar mata pelajaran
yang sama. Selain itu, Guru Cemerlang juga mesti bertindak sebagai pakar rujuk dan
role model kepada guru-guru dan murid-murid serta dapat memberi impak yang positif
kepada peningkatan prestasi akademik.
Kesimpulannya, Guru Cemerlang ialah guru pakar dalam mata pelajaran yang
diajar dan sentiasa berusaha menambah baik amalan mengajar secara berterusan bagi
memenuhi keperluan muridnya sehingga berjaya memacu kecemerlangan mereka.
Guru Cemerlang akan sentiasa mempamerkan keperibadian yang baik serta mulia,
menjadi model berkesan, bijaksana, memperlihatkan tingkah laku cemerlang dan
bermotivasi.
Guru Cemerlang adalah untuk guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam
mata pelajaran yang diajar. Pada peringkat awal kelahiran konsep ini, ia mempunyai
tiga matlamat utama iaitu untuk memberi peluang kepada guru-guru yang berdedikasi,
bermotivasi, berkemahiran, berpengalaman, dan memiliki kepakaran dalam mata
pelajaran tertentu untuk merasai kenaikan pangkat. Selain itu, walaupun telah dinaikkan
pangkat guru-guru ini akan kekal mengajar tanpa perlu bertukar ke jawatan pentadbiran
dan kepakaran serta kebolehan mereka dapat terus dimanfaatkan. Di samping itu juga
ia memberi peluang kepada guru-guru yang berpotensi untuk memegang jawatan yang
lebih tinggi melalui laluan laju (fast track) (Utusan Malaysia, 30 November 2006). Selain
tiga matlamat utama di atas, pelaksanaan konsep ini sebenarnya memberi pengiktirafan
kepada guru-guru yang cemerlang dalam bidang masing-masing, meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran, menjadikan Guru Cemerlang role model, meningkatkan
motivasi dan meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui perkongsian ilmu,
pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang (KPM, 2010).
Guru Cemerlang memainkan peranan yang amat penting dalam membangun
dan menyumbangkan khidmat kepakaran terhadap kecemerlangan muridnya di
samping menjadi role model serta pembimbing kepada rakan-rakan sejawat. Guru
Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan
mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti yang diperincikan dalam Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab itu adalah seperti
berikut (Utusan Malaysia, 30 November 2006).
i) Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran
kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang
tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii) Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan
dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
iii) Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat, dan membimbing guru dalam
mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
iv) Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,
meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan dan membentang hasilnya.
v) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,
Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sebagai Guru Cemerlang, kualiti berasaskan ciri-ciri seperti peribadi,
pengetahuan, kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada
kemajuan pendidikan negara mesti dimiliki (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh, 2007).
Guru Cemerlang mestilah mempunyai ciri-ciri berikut.
i) Guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang
teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
ii) Guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,
bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan
program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
iii) Guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes)
ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
iv) Guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan
menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
v) Guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan
inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
vi) Guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara.
Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal insan cemerlang
yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi
keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat
kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf
maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang
selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah
berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah
rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et
al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan
tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.
Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan
yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap
aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya
sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang
cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat
merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan
cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang
cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung
kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai
telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang
profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut
mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri
murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru
tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru
berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan.
Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat
penyayang akan memberi impak yang baik.
Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara,
maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk
melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik
dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang
boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok
Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan
mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan.
Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan
meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting
untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik
membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu
bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya
sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti
yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.
Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.
Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas
tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat
serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah
terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang
kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya,
berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu
mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku
dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat
menjalankan tugas dengan berkesan.
Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan
kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat
yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang
cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan
dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu
membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan
warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru
berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat
mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi,
untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan
bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti
persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program
Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian
kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi
dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi
kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam
kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya
bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).
Rumusan
Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat
penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada
banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia
pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan
dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara.
Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan
hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan
sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah
dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada
pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika
keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang
baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-
duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
yang diamanahkan bersama dengan rakan-rakan kumpulan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan tugasan saya
banyak melakukan perbincangan khusus berkenaan dengan isu yang telah telah
diutarakan iaitu ‘Peranan kepimpinan sekolah ke arah melahirkan warga sekolah yang
cemerlang dan berprestasi tinggi. Hal ini tidak menjadi masalah yang besar kepada
kami kerana kami merupakan guru yang berada di sekolah dan sentiasa mendepani isu
berkenaan. Pelbagai pendapat dan buah fikiran yang diutarakan diantara kami dalam
kumpulan semasa perbincangan dilakukan.
Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk
lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari
semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu
dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini
sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang
baik.
Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam
memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan agenda
Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku adalah
merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya guru. Oleh
yang demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku perubahan
termasuk juga dari segi etika dan akuntabiliti guru.
Melalui tugasan ini juga, saya berpendapat guru itu perlu mempelajari dan
mengamalkan pengetahuan yang mendalam dan membantu guru mengajar dengan
penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat
mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk
merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua
yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah.
Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk
mempelajari perkara yang beliau kurang mahir. Interaksi dua hala antara guru dengan
pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran
dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian
pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Cara yang mudah
adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut
perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan
alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar.
Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah
pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta
pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur
jenaka. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka
minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan
merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh
itu, guru yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian
pelajar.Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan
masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun
bersama rukun tetangga sangat penting.
Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat
itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga.
Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu
pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu,
cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-
ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar. Penampilan dan
perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul. Keterampilan perlu
bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru Pendidikan Jasmani
perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan
yang ditunjulkan dapat mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi
seperti guru tersebut. Dengan kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap
berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan
masalah perlu ada pada guru yang cemerlang.
Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk
menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat
menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar
sangat baik. Ilmu yang cukup di dada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat
perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak
pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami
bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan
yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus
perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus
bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset
yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak
boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam
garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan
mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.Pertuturan antara guru dan
pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan
pelajar. Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat
terhadap ilmu yang disampaikannya.
Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya terutamanya kepada yang
selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara
pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru
yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya
soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Kadang-kadang pelajar yang
guru dia minat, dia suka, sampai mana-manapun dia kejar cikgu tu kat bilik guru, keluar
waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya “Macam mana cikgu buat ni?”.
Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu
menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan.
Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran
adalah rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami
digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru
ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru
cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi
pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka
disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan
duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang
gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan
pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma,
mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling
penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang
profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan
keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam,
kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah
setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam
kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua
tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang
berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan
orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari
sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek
diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Rumusannya, pendidikan
berkualiti tinggi menjamin kejayaan pembentukan modal insan yang memiliki
personaliti unggul. Bagi menjamin kejayaan ini, guru mestilah mempunyai cirri
kecemerlangan profesionalisma, kecemerlangan peribadi, kecemerlangan
pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan
kecemerlangan potensi. Oleh itu amatlah penting bagi guru mengenal pasti ciri-ciri
kecemerlangan dalam dirinya dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk
mengekalkannya.
Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan
dalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi
menjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada pendapat saya
guru mesti berusaha mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dirinya bagi meningkatkan
kualiti pendidikan ke arah melahirkan modal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di
antara usaha-usaha yang perlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri
kecemerlangan diri saya bagi meningkatkan kualiti pendidikan ialah dengan
melaksanakan 8M iaitu menghayati visi negara dan misi KPM, memantapkan
penguasaan ilmu, membudayakan kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan
berkesan, menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri,
menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri.
NAMA : SAIYAH BINTI ACHIL
K.P : 670518106380
KELAS : PPG BM 7D KOHOT 2
RUJUKAN
Mok Soon Sang(2010), Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran,Selangor,Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd
http://www.moe.gov.my/
Kamaruddin, K. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tanjung
Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.
Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
http://www.scribd.com/doc/163397547/Isu-Tekanan-Emosi-Guru-Akibat-Bebanan-Kerja
Syed Ismail bin Syed Mustafa, Ahmad Subki bin Miskon. Guru dan Cabaran Semasa.
2012. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
LAMPIRAN