Guru dan cabaran semasa

6
TAJUK : Cabaran yang dihadapi oleh para guru masa kini NAMA : Muhamad Ikhram Bin Johari KUMP : T4MT3 Guru dan Cabaran Semasa Perkhidmatan keguruan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat perhatian dan menjadi tumpuan masyarakat pada masa kini. Permintaan yang tinggi terhadap kerjaya ini menyebabkan pelbagai usaha, rintangan dan cabaran terpaksa dihadapi oleh golongan pendidik dalam usaha memartabatkan profesion ini selari dengan aspirasi pendidikan negara. Justeru, guru dan bakal guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menempuh corak pendidikan yang kian mencabar. Melalui keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 19 Jun 2013 telah memuatkan berita agenda pendidikan negara yang terkini mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Terdapat 25 inisiatif yang terkandung dalam PPPM termasuk pelancaran 1Agenda Kementerian Pendidikan dan Penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan Padu Corporation. Selain itu, inisiatif lain ialah pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa, pengujian guru mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui Cambridge Placement Test (CPT), pelaksanaan program rintis program transformasi daerah dan penyediaan video e-guru. Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita

Transcript of Guru dan cabaran semasa

Page 1: Guru dan cabaran semasa

TAJUK : Cabaran yang dihadapi oleh para guru masa kiniNAMA : Muhamad Ikhram Bin JohariKUMP : T4MT3

Guru dan Cabaran Semasa

Perkhidmatan keguruan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat

perhatian dan menjadi tumpuan masyarakat pada masa kini. Permintaan yang tinggi

terhadap kerjaya ini menyebabkan pelbagai usaha, rintangan dan cabaran terpaksa

dihadapi oleh golongan pendidik dalam usaha memartabatkan profesion ini selari

dengan aspirasi pendidikan negara. Justeru, guru dan bakal guru haruslah

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menempuh corak

pendidikan yang kian mencabar.

Melalui keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 19 Jun 2013 telah

memuatkan berita agenda pendidikan negara yang terkini mengenai Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Proses transformasi yang

terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan

dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Terdapat 25 inisiatif yang terkandung dalam PPPM termasuk pelancaran 1Agenda

Kementerian Pendidikan dan Penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan

(PADU) dan Padu Corporation. Selain itu, inisiatif lain ialah pelancaran dan pengagihan

sarana ibu bapa, pengujian guru mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui Cambridge

Placement Test (CPT), pelaksanaan program rintis program transformasi daerah dan

penyediaan video e-guru.

Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk

meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju. Apatah

lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut memperuntukkan sebanyak 15 peratus

daripada peruntukan bajet keseluruhan atau sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam memastikan pengurusan sektor pendidikan negara

membangun secara holistik terutama aspek memperkasakan kualiti guru. Pada

pandangan saya, dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam

diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan

sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada

Page 2: Guru dan cabaran semasa

TAJUK : Cabaran yang dihadapi oleh para guru masa kiniNAMA : Muhamad Ikhram Bin JohariKUMP : T4MT3

tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah

peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya. Sebagai

bakal pendidik, kesedaran akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan

tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan

pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru

berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan

pencapaian murid.

Artikel yang kedua bertajuk, “Tugas guru bukan sekadar pelajar lulus” memberi

satu lagi tamparan hebat buat insan yang bergelar guru. Artikel tersebut menyiarkan

bahawa ada sesetengah guru yang mendakwa guru dibebani tugas perkeranian

menyebabkan kurang fokus terhadap pendidikan. Guru sepatutnya tidak merungut dan

bersedia bertugas memajukan sahsiah pelajar. Seseorang pendidik harus

bertanggungjawab mendidik anak bangsa menjadi insan yang unggul dan berdisiplin

dalam meniti hari mendatang. Guru bukan sekadar mendidik pelajar hanya untuk skor

dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, malah cemerlang segala

bidang. Seseorang guru perlu meresipikan adunan pembelajaran kepada pelajar dalam

segala aspek kehidupan. Kejayaan sebenar ialah pelajar yang boleh mengaplikasikan

ilmu dalam kehidupan.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2003)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelaslah bahawa tugas guru

bukan sekadar pelajar lulus, malah ia meliputi segala aspek dalam kehidupan. Dalam

Page 3: Guru dan cabaran semasa

TAJUK : Cabaran yang dihadapi oleh para guru masa kiniNAMA : Muhamad Ikhram Bin JohariKUMP : T4MT3

konteks ini, cabaran yang utama yang dihadapi oleh guru ialah membentuk

keperibadian mulia di dalam diri seseorang guru itu sendiri. Bagaimana nasihat

seseorang guru itu dapat dipatuhi oleh pelajarnya sedangkan guru itu sendiri tidak

diperbetulkan. Perumpamaan “guru kencing berdiri, murid kencing berlari” haruslah

dielakkan oleh seseorang guru agar tidak dipandang serong oleh masyarakat. Budaya

yang positif haruslah ditunjukkan kepada masyarakat supaya dapat menjadi rol model

yang terbaik. Pada pandangan saya, membentuk keperibadian diri sendiri adalah

cabaran yang paling utama bagi insan yang bergelar guru.

Merujuk kepada artikel yang ketiga, luahan ilmiah salah seorang pensyarah di

Jabatan Matematik, IPG Kampus Pendidikan islam menyiarkan mengenai pelaksanaan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menentukan peningkatan dan

penurunan prestasi akademik pelajar. Beliau menyatakan bahawa prestasi pelajar di

Malaysia sehingga dalam TIMSS 2011 (Trends in Mathematics and Science Study)

masih berada pada tahap rendah dan sederhana. Pembabitan pelajar kita untuk

menduduki penilaian pada peringkat antarabangsa seperti dalam TIMSS membuktikan

bahawa topik isi kandungan pembelajaran tidak berbeza antara negara yang

mengambil bahagian seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Apa yang

mungkin menjadi perbezaannya adalah dari segi penyampaian isi kandungan tersebut.

Pendidik umumnya mengetahui bahawa prestasi pelajar boleh ditingkatkan dengan

peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurutnya

lagi, guru harus meluangkan masa melaksanakan diskusi ilmiah dalam membantu

penambahbaikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian mendapati

bahawa guru di negara yang prestasi pelajarnya cemerlang dalam TIMSS seperti Jepun

misalnya menggunakan kaedah ‘lesson-study’ serta banyak meluangkan masa

berkolaboratif antara satu sama lain. Guru seharusnya sedar sekiranya mereka mampu

membina kecemerlangan di kelas tersendiri.

Pada pendapat saya, elemen strategi dan kaedah pengajaran yang bermutu

merupakan aspek yang terpenting bagi seseorang guru meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajarannya. Cabaran untuk menuju ke arah pengajaran

Page 4: Guru dan cabaran semasa

TAJUK : Cabaran yang dihadapi oleh para guru masa kiniNAMA : Muhamad Ikhram Bin JohariKUMP : T4MT3

dan pembelajaran yang optimum perlu diteliti oleh pendidik untuk meningkatkan

kualitinya. Selain itu, Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa

pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini

kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran

guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi

sekolah dan pencapaian murid. Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan

kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian

selain dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dalam

perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia

akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya. Di samping itu, peranan guru

dalam proses penggerak pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif turut

sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan

dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan

alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran

tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah

syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran mereka.

Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi pengajaran dan pembelajaran daripada

seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik

minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak

formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab

guru. Inilah transformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam

sistem pendidikan negara.