Guru Dan Cabaran Semasa

24
PENGENALAN Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Anatara cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh guru ialah

Transcript of Guru Dan Cabaran Semasa

Page 1: Guru Dan Cabaran Semasa

PENGENALAN

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi

orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga

demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.

Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada

kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. 

Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga

Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik

pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan

kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi

didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. 

Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan

sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas

terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa

tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan.

Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji

ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Anatara cabaran-cabaran semasa yang

dihadapi oleh guru ialah kepelbagaian budaya, pendemokrasian pendidikan, integrasi

nasional dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 2: Guru Dan Cabaran Semasa

CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Menurut Kamus Dewan Edisi ke- 3,1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan

fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali dikaitkan

dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-

aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan

kepelbagaian yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru

perlulah tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya, latar belakang

keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana sedikit sebanyak

memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid

yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga

pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar

belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri.

Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya

dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar

belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih

berkesan.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah

murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang

disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami

pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam

menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk

melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identity

diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya

pembelajaran dan sebagainya.

Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa

terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak guru

untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah

adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu

supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Page 3: Guru Dan Cabaran Semasa

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran murid

akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di

dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran

dan amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk

semua.

Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang

tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua

murid-muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami

murid-muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap

kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya

merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama

dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru

terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua

cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan

kepelbagaian murid yang pelbagai budaya

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru

dalam usaha  memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari

pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis

guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini satu

suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi

menyeronokkan.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan

penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak seharusnya membezakan bangsa

murid dan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari

kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan

Page 4: Guru Dan Cabaran Semasa

yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,

tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan

potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan

kelemahan yang ada kepada diri mereka. Guru perlu berusaha untuk membantu murid

memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu

murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah

akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran

kem motivasi dan sebagainya.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid

berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan

perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti

pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan

meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan

murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu

sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru

harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard dan rasmi

untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil

bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua

murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias

kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang

yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang

kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif

dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam

pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian

serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa

masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya

dapat dilaksanakan  secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

Page 5: Guru Dan Cabaran Semasa

CABARAN-CABARAN

Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau

proses manakala pendidikan  bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. 

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk

semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu

ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas

pendidikan.  Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang

sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas.

Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah

membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar

untuk maju dalarn bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan

intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran

sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan jurang

ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan

kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status

sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan

dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).

Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian

secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih

berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi,

demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar

dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik,

identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik

kaum-kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses

perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi

sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial dan

ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima

oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan

status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).

Page 6: Guru Dan Cabaran Semasa

Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang prasarana

yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar kepada

pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar bandar Malaysia

yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz kecil, namun mereka

berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan input pendidikan seperti

kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian dasar dan ilmiah (Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995,

1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah, 2000) telah memperlihatkan bahawa

input-input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran dan kemudahan asas

mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi sekolah secara umumnya.

Cabaran yang terakhir ialah masalah kesanggupan murid dan masalah kualiti

murid. Masalah kesanggupan para murid untuk meneruskan pelajaran timbul akibat

tarikan peluang pekerjaan yang agak luas terutamanya yang ditawarkan oleh sektor

perkilangan. Tawaran gaji yang agak lumayan serta lain-lain insentif yang menarik serta

syarat-syarat kelayakan permohonan yang rendah memindahkan minat mereka

daripada meneruskan pelajaran.

LANGKAH-LANGKAH

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang

ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan,

membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber

manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting.

Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-

masing. Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi

impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.

Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi cabaran

pendemokrasian pendidikan. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan

apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan

memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini,

Page 7: Guru Dan Cabaran Semasa

Bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan

atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak

dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan

dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan

kerajaan haruslah diberi dengan adil tanpa sikap pilih kasih.

Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu

kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti asrama,

Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan

sebagainya. Dalam perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana

pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di setiap

daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru haruslah

menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam mendidik

anak bangsa kita. Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT

bagi memastikan segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid.

Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid

tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-

masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya,

guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu

kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi

peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya

mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan

masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat

membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk

mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak

mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap

murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid

perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap

mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa

membezakan antara satu sama lain.

Page 8: Guru Dan Cabaran Semasa

CABARAN-CABARAN

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh

diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan

penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui

umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan

pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan

internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini

Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan

komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad.

Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui

penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak

akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad

terhadap penggunaan internet.

Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya

dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar

internet teramai di Malaysia. Kajia yang telah dijalankan oleh School Board Foundation

dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web lucah, 27%

bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan kebencian.

Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap

yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman

untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan

hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan

mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk

menghasilkan bahan pengajaran secara talian.

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah

utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses

internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian

juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.

Page 9: Guru Dan Cabaran Semasa

Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk

kegunaan di dalam bilik darjah. Namun demikian,kemudahan ini sukar diperolehi

kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua

komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja.

Penggunaan internet walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan di

mana murid yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan

komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan

masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang

berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai, sedangkan untuk menjadi

seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea

yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya

mereka kelak.

LANGKAH-LANGKAH

Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer

dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh

Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi

maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri

dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini

sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri.

Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI

memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja

berbanding mengikuti kursus

Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet,

latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para

guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan

mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai

kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru

di awal-awal telah diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan

pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet

Page 10: Guru Dan Cabaran Semasa

dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru

mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam

mengatasi penggunaan internet

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada

keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran

dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru,

yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana keberkesanan pendidikan secara

keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam

pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf

dunia.

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran

berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan kemudiannya

diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu

proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.

Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan

kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan

kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan

bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada.

Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau

fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan

belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh

para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran

dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara

kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan

dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar kelak.

Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai

maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan

sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini

membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan

meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid mencari

maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi

Page 11: Guru Dan Cabaran Semasa

CABARAN-CABARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Integrasi bermakna “penggabungan atau

pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan”. Integrasi

Nasional pula membawa maksud “satu proses yang menyatupadukan pelbagai

kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti

yang sama”. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak

kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional dalam

kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Melaksanakan integrasi nasional dalam bilik darjah merupakan satu cabaran

besar bagi seorang guru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik

darjah. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah

murid yang datang daripada pelbagai budaya dan bangsa serta memastikan gaya

pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Pengurusan

bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan

keberkesanan integrasi nasional dalam bilik darjah dengan menjadikan murid sebagai

subjek utama.

Perbezaan agama dan kebudayaan merupakan cabaran melaksanakan integrasi

nasional. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu

adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya

Melayu. Kebanyakkan kaum Cina pula beragama Buddha, Taoisme dan Kristian serta

berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew. Kebanyakan kaum

India pula beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi.

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza

antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara

tidak sihat. Jurang pendapatan antara kaum di Malaysia adalah terlalu luas terutama

bagi kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kemungkinannya ini disebabkan sistem

ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan

rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Jurang yang

wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang berpunca

daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar untuk mendapat

Page 12: Guru Dan Cabaran Semasa

pendidikan yang berkualiti (Deepa, 2000). Darling-Hammond (1997) di dalam 0' Hair,

(Foundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan yang berkualiti untuk

semua sangat perIu dilaksanakan dalam masyarakat yang mengamalkan konsep

demokrasi. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha

bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Murid

merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru

dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk

melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti

diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail

pembelajaran dan sebagainya.

Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran

kepelbagaian murid yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu

memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid

dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum

dalam pengurusan bilik darjah. Penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya

murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang

betul dan tepat.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat pelbagai langkah boleh diambil oleh guru bagi menghadapi cabaran-

cabaran semasa ini. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang

pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan

kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.

Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan

dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan

memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka

seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya

dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini

dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Page 13: Guru Dan Cabaran Semasa

Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri

sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing

untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu

murid lain. Hal ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa

bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat

dijalinkan di antara guru dengan murid.

Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara

setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu

dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan

antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru

perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap

kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran

yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti

bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.

Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk

mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran

perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi

memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru

perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua

lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak

memberikan impak terhadap pembelajaran.

Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan

dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pembelajaran dan pengajaran

selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa

membezakan di antara satu sama lain. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah

pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain itu, guru juga perlu mengetahui dan

memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya.

Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian

sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran,

keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.

Page 14: Guru Dan Cabaran Semasa

PUNCA-PUNCA TEKANAN

Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang

guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala

sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and

Sutclifee,1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah

emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi

negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan

kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai

ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa bidang perguruan merupakan

satu profesion yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman,

2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar

sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora, 2005). Selain mengajar

dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun

untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000

guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi

menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran.

Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan

menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru

yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya

mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada

waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih

100 buku atau tugasan bergantung jumlah murid dalam sesebuah kelas iaitu minimum

37 murid untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari.

Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang

mempengaruhi masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku apabila

terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan

sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas

dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat

beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di

Page 15: Guru Dan Cabaran Semasa

samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa

di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan

guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan. Selain daripada masalah yang

disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca daripada suasana persekitaran tempat

kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah

permodenan. Suasana yang digambarkan adalah, isu kepadatan dalam bilik guru,

masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi.

Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak jauh di

pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar,isu ini tidak

mendatangkan masalah kepada mereka.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TEKANAN

Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan

kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Dunham

(1977) menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang

mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Lortie (1975)

melaporkan bahawa kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai perubahan yang

dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi dan kenaikan

pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja.

Sebaliknya, kajian Abdel Halim (1978), mencadangkan bahawa untuk

mengurangkan kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan,

sesebuah organisasi boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula

pekerjaan untuk memperkayakan peranan guru. Bagi mengurangkan masalah tekanan,

pihak pengurusan boleh menggunakan kaunseling campur tangan-krisis dan sistem

sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi pekerja terhadap tekanan, pihak

pengurusan boleh mengaplikasikan latihan ketenangan, program kesihatan dan

pengurusan masa (West & West, 1989:61).

Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru

juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam

keadaan yang lebih selesa. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status

Page 16: Guru Dan Cabaran Semasa

mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan

ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang

pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang

bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan

Bagi mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan yang

merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja.

Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik,

pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan

akhir sekali adalah meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja

dan mengurangkan tekanan. Schonfeld (2001) menjalankan kajian yang menyatakan

bahawa kemerosotan persekitaran kerja adalah menyumbang kepada keletihan dan

kemurungan guru.

Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi

pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya

sendiri. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran

mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan.

Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Teori

ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi

tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh

perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka

yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982).

Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal

dihadapinya dalam profesion perguruan. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan

kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian.

Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara

Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga

beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan

ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya

bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan

inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek

tersebut.