guru dera murid makan rumput.docx
Transcript of guru dera murid makan rumput.docx
1.0 : pengenalan.
Profesion perguruan atau pekerjaan sebagai seorang guru merupakan pekerjaan
yang penting dalam membina manusia yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan seosial. Hal ini adalah amat berpadanan dengan hasrat falsafah
pendidikan negara yang menfokuskan kepada melahirkan modal insan holistic daripada
aspek JERIS. Dengan ini, guru memainkan peranan penting dalam penyerapan ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni terhadap masyarakat dan negara khususnya permata
negara iaitu anak-anak murid.
Oleh hal yang demikian, guru bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan
ilmu yang menyeluruh tetapi perlu mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi.
Sebenarnya guru perlu mematuhi peraturan kelakuan dan tatatertib 1993 yang telah
dibuat pindaanya pada tahun 2002.
Tujuan pelaksanaan disiplin tatatertib ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap peraturan, peradaban dan peranan guru kepada masyarakat. Oleh itu,
pelaksanaan ini haruslah mendapat sambutan yang positif daripada semua guru-guru di
Malaysia agar dapat mencapai segala impian negara yang berwawasan.
2.0 : Guru berbangsa cina arah pelajar melayu jadi lembu makan rumput.
Daripada maklumat yang diterima, guru berkenaan telah mengajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Khai Meng, Sungkai, selama dua tahun. Dalam kejadian tersebut,
dua orang murid (seorang Melayu dan seorang Cina) telah ditangkap kerana
melakukan kesalahan. Bagaimanapun, hanya murid Melayu itu sahaja yang dihukum
makan rumput dan digantung loceng pada lehernya. Manakala murid Cina yang juga
merupakan anak YDP PIBG sekolah tersebut merangkap Pengerusi DAP Sungkai,
Perak tidak pula dikenakan sebarang tindakan, bahkan dibebaskan.
Guru tersebut juga dikatakan telah merakamkan gambar murid Melayu itu dipaksa
makan rumput dan digantung loceng pada tengkuknya. Gambar-gambar tersebut telah
ditunjukkan kepada rakan-rakan sekelas murid Melayu berkenaan. Ini menyebabkan
murid itu mengalami tekanan emosi dan kemurungan kerana telah dimalukan oleh
seseorang yang sepatutnya bertugas mendidiknya dengan ilmu pengetahuan bukannya
memalukan.
Dan tidak cukup dengan itu, guru tersebut yang sedar, tindakannya akan menimbulkan
kemarahan ibu bapa murid terbabit telah bertindak melakukan ugutan untuk
menyebarluaskan gambar-gambar yang dirakamnya ke Facebook. Ugutan tersebut
dibuat agar kes tersebut dibesar-besarkan dan diketahui oleh orang ramai.
Malangnya, bapa murid terbabit telah membuat laporan polis selain mengadu kepada
Pejabat Pelajaran Daerah.
Namun, tindakan PPD sekadar meminta surat tunjuk sebab daripada guru terbabit.
Tindakan yang tegas sepatutnya diambil oleh pihak PPD kerana hal ini bukan sahaja
melibatkan isu didalam sekolah, bahkan iainya boleh mencemarkan keharmonian kaum
di Malaysia ini. Akan timbul isu-isu sensitif seperti isu rasis dan perbalahan kaum.
Dengan hal yang demikian, tindakan yang berat harus diambil oleh pihak PPD selain
daripada meminta surat tunjuk sebab semata-mata.
Walau apa pun alasan guru di SJKC Khai Meng, Sungkai, ia sebenarnya adalah
sesuatu yang sangat tidak wajar dan biadap. Tindakannya lebih bersifat rasis apabila
anak Pengerusi DAP Sungkai, tidak dikenakan sebarang tindakan, sedangkan murid
Melayunya dihukum dengan sebegitu kejam. Walau apa jua bentuk kepentingan yang
guru ini perolehi, perbuatannya ini tetap tidak akan mendapat keberkataan didunia dan
diakhirat malah mendapat celaan dan cemuhan daripada masyarakat.
Kes ini merupakan kes yang kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas kejadian
khianat dan rasis dengan agama islam. Dimana kes ini melibatkan pengetua dan ahli
lembaga sekolah memaksa seorang guru berbangsa Cina tetapi beragama Islam,
menanggalkan tudungnya dengan tujuan menghina Islam. Namun, tindakan yang
diambil tidaklah seberat kesalahan yang dilakukan oleh pengetua ini. Hal ini kerana,
Pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola tersebut sekadar bersemuka, bersalaman dan
meminta maaf sambal disaksikan oleh PPD dan polis. Sepatutnya perbuatan khianat
dan bongkak ini wajib dikenakan hukuman yang setimpal seperti memberikan surat
amaran dan gantung daripada melaksanakan tugas sebagai pengetua. Tujuan
hukuman berat ini bukanlah bertujuan untuk mendera dan memberi tekanan kepada
pesalah, malah iainya bersifat positif dan mampu untuk mendidik terutamanya dalam
menghormati kepercayaan dan amalan agama yang perlbagai dimalaysia ini.Kemudian
guru yang dikhianati tersebut dipindahkan ke sekolah lain.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai insan yang bergelar pendidikan seharusnya
mengamalkan kod etika perguruan yang sebenarnya tanpa melanggar mana-mana
yang telah termaktub dalam peraturan-peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib
1993. Kod etika yang dimaksudkan ialah guru perlulah berlaku adil kepada semua
murid dan menerima perbezaan individu serta menghormati hak seorang murid yang
kita didik. Dengan adanya pelaksanaan kod etika ini dalam diri seorang guru, maka isu-
isu sensitif seperti ini mampu kita elakkan dan mampu untuk menjaga nama profesion
perguruan yang selaras dengan peraturan pegawai awam yang menekankan kepada
kelakuan baik dan tidak mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.
3.0:Ulasan tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan kepada
peraturan-peraturan pegawai awam.
Berdasarkan kepada laporan artikel yang telah saya pilih, terdapat tiga kesalah utama
yang dilakukan oleh guru tersebut dan telah melanggar beberapa peraturan-peraturan
tatakelakuan dan tatatertib secara umum.
3.1: melaksakan dendaan dan hukuman yang melampau.
Hal ini kerana guru tersebut telah memberikan hukuman yang melampau terhadap
murid yang didapati melanggar peraturan sekolah dengan memberikan dendaan
memakan rumput dan menggantung loceng dileher murid tersebut.
3.2: pilih kasih terhadap 2 murid yang berbeza dari segi keturunan dan tahap ekonomi.
Perkara ini adalah berkaitan dengan sikap guru tersebut yang pilih kasih terhadap dua
orang murid yang melakukan kesalahan yang sama. Tetapi guru ini bertindak berat
sebelah dengan melepaskan murid berbangsa cina dan mendenda murid berbangsa
melayu ini. Perkara ini disebabkan dengan beberapa dasar kepentingan sendiri kerana
dimaklumakan bahawa bapa kepada murid berbangsa cina itu merupakan YDP PIBG
sekolah tersebut dan merangkap pengerusi DAP sungkai, perak.
3.3: memberi ugutan dan mempengaruhi pihak luar.
Guru tersebut telah menyebarkan perkara ini dimedia sosial untuk mendapatkan
sokongan awam dan mengugut pihak keluarga dan murid tersebut. Walau
bagaimanapun, keluarga murid ini telah membuat laporan polis untuk dan mengadu
kepada pihak pelajaran daerah agar perkara ini tidak disalah tafsir oleh orang awam.
4.0 perkaitan dengan peraturan-peraturan tatatertib penjawat awam.
4.1: seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. Contoh bagi
pelanggaran peraturan 4(2)(D) ini adalah seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah
dan berjudi dipejabat/ sewaktu bertugas, penjawat awam juga tidak boleh disabitkan
dengan kesalah jenayah, tidak boleh disabitkan hutang yang melampau.
Kesalah ini juga boleh dikaitkan dengan memberikan denda kepada murid dengan
dendaan yang melampaui batasan dan mampu untuk mengugat maruah murid itu
sendiri. Hal ini buka sahaja akan membuka aib murid itu sendiri malah akan
memberikan tekanan emosi yang tinggi kepada murid tersebut. Kemungkinan murid
tersebut akan merasa tersisih dan akan menerima kritikan dan cemuhan daripada rakan
sebaya. Seperti yang kita maklum, antara perkara atau faktor yang menyumbang
kearah tekanan emosi dikalangan murid ialah tindakan guru itu sendiri. Apabila murid
melayu tersebut dilayan dengan begitu kejam sehingga menjejaskan maruahnya
sebagai penuntut ilmu, maka perasaan negatif seperti terancam dan teraniaya akan
timbul. Hal ini akan membuatkan murid kurang selesa dan marah dengan guru tersebut
dan akan melakukan perkara yang diluar batasan normal seperti tidak berminat untuk
datang kesekolah, kemurungan, cepat marah dan sebagainya.
Kesan yang sama juga akan diterima oleh guru sendiri. Apabila perkara seperti ini
tersebar luas samaada melalui media-media sosial mahupun melalui perbualan rakan-
rakan sejawat yang lain. Banyak pandangan mahupun anasir-anasir negatif yang akan
menjurus kepada berlakunya perkara ini, iaitu berkaitan dendaan melampau terhadap
murid sekolah. Masyarakat umum akan mempersoalkan nilai-nilai murni yang ada pada
seorang guru terutamanya guru pada era kini. Kemungkinan besar masyarakat akan
meragui kewibaan dan kreadibiliti guru pada masa kini dan beranggapan guru bukanlah
satu pekerjaan yang mulia. Tambahan pula, guru akan mendapat malu sekiranya
ibubapa murid tersebut bertindak lebih agrasif dengan memfailkan saman atas sebab
memalukan dan mencederakan emosi anak mereka. Perkara ini akan menyebabkan
kesemua guru dimalaysia khususnya akan mendapat kritikan yang sama meskipun
tidak melakukan perbuatan yang zalim seperti ini. Benarkan pepatah melayu ada
mengatakan “ kerana nila setitik, rosak susu sebelangga”.
Kesan jangka masa panjang yang boleh berlaku sekiranya perkara ini berlaku ialah
berlakunya gejala negatif dikalangan murid-murid. Hal ini adalah kerana murid yang
merasa terancam dan tidak berpuas hati dengan guru yang mendendanya akan
melakukan banyak perkara yang lebih berat seperti melakukan kes juvana iaitu
membunuh. Akibat daripada perasaan yang diluar kawalan dan mendapat pandangan
yang negative daripada rakan-rakan yang lain, murid tersebut akan berupaya
melakukan sesuatu perkara yang kurang waras dan tidak rasional. Kemudiannya, murid
tersebut akan merasa terhindar daripada masyarakat dan mula merosakkan diri sendiri
dan cuba untuk mempengaruhi orang disekelilinya. Akibatnya, jenayah akan dilakukan
oleh murid tersebut seperti meragut, menjual dadah, memeras ugut dan sebagainya.
4.2: peraturan 4(2) seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya
demi kepentingan peribadinya. Sebagai contoh ialah pegawai polis melepaskan
pesalah lalulintas dan sebagai balasan meminta bayaran daripada pesalah tersebut.
Contoh lain pula seperti seorang pegawai JPJ meminta bayaran dan meluluskan lesen
memandu tanpa menduduki ujian dan pegawai Imegresen melepaskan pendatang
tanpa izin yang tidak mempunyai pas perjalanan yang sah dan sebagai balasan
meminta bayaran.
Dalam kes dendaan makan rumput ini, perkara yang berkaitan ialah dimana guru
tersebut mengetepikan tugasnya sebagai guru terhadap murid yang sebangsa
dengannya dan berharap mendapat ganjaran daripada perbuatanya. Hal ini kerana
guru tersebut mengetahui akan latar belakang murid yang berbangsa cina ini dan
mempunyai kepentingan peribadi. Lebih parah lagi apabila guru tersebut tidak
mengendahkan murid tersebut dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya.
Ini bermakna, guru tersebut telah mengetepikan tugasnya sebagai guru yang wajib
melaporkan hal murid tersebut pada pihak atasan sekolah seperti guru besar dan
sebagainya.
Disamping itu juga, kesalahan guru tersebut ialah terlalu mementingkan hal peribadi
sehingga melibatkan perkara yang sensitif seperti isu perkauman. Memandangkan
murid yang terlibat sama merupakan murid yang berbangsa melayu, guru tersebut telah
melakukan dendaan yang tidak wajar dan melampaui batas kemanusiaan. Tambahan
pula status murid tersebut tidak seperti status murid cina yang terlepas daripada
hukuman. Disini, kita mampu melihat betapa guru ini terlalu pentingkan diri sendiri dan
tidak menghukum murid secara adil. Besar kemungkinan perkara seperti ini bukan
sahaja akan menggugat kesejahteraan sekolah, bahkan mampu untuk
menggoncangkan keselamatan dan keutuhan hubungan kaum dimalaysia ini.
Kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh guru tersebut ialah akan dihindari
oleh masyarakat sekolah. Dimana setiap tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut
tidak disenangi dan tidak dihiraukan oleh guru-guru dan murid-murid. Hal ini adalah
kerana mereka mengetahui perangai dan tingkahlaku yang negatif daripada guru
tersebut. Keadaan yang lebih parah lagi apabila murid-murid tidak dapat menahan
kemarahan terhadap guru tersebut dan melakukan perkara yang membuatkan guru
tersebut merasa tertekan seperti tidak menyiapkan kerja sekolah yang ditugaskan oleh
guru tersebut, bising sewaktu guru tersebut mengajar dan pasif semasa waktu
pebelajaran guru tersebut. Hal ini akan membuatkan guru ini merasa tertekan dan
merasa tidak diperlukan lagi disekolah tersebut. Dan akhirnya, guru tersebut akan
dipindahkan kesekolah yang lain ataupun berhenti daripada kerja.
4.3: seorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk
pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan
berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah
tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.
Contoh pelanggaran peraturan 4(2)(H) adalah seperti meminta orang kenamaan untuk
menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk
menaikan pangkatnya dan meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya
mendapatkan tanah kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan.
Kesinambungan kesalahan tatatertib ini dengan perihal guru cina ini adalah berkaitan
dengan penyebaran gambar murid ini dimedia-media sosial. Hal ini adalah perkara
yang tidak patut dilakukan oleh guru ini meskipun pada dasarnya murid ini telah
melakukan kesalahan diwaktu persekolahan. Namun, penyebaran keaiban orang
terutamanya pada media sosial akan menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa pada
individu-individu tertentu terutamanaya pada keluarga murid tersebut.
Selain itu, murid ini akan merasa tertekan disebabkan oleh komen-komen yang diberi
oleh masyarakat umum yang melihat gambar ini. Sememangnya perkara ini boleh
dikategorikan sebagai jenayah siber. Jenayah siber ini tidak seperti jenayah biasa yang
kita lihat didada akhbar. Jenayah siber ini amat halus dan kesannya akan dirasai oleh
mangsa sendiri. Mangsa siber ini akan bertindak diluar kawalan sekiranya bebanan
yang dirasai sukar untuk dibendung. Antara kesan yang boleh dialami oleh mangsa
siber ini adalah kemurungan, stress, tidak bermaya, malu, hilang keyakinan diri dan
akhir sekali akan mengakibatkan bunuh diri. Tambahan pula, guru tersebut telah
mengugut murid tersebut dengan menyebarkan lebih banyak gambar dendaan tersebut.
Ini menunjukan guru tersebut tidak menghiraukan perasaan dan tekanan yang dialami
oleh murid tersebut.lebih malang lagi, guru tersebut cuba untuk mendapatkan perhatian
umum dan diketahui oleh semua masyarakat. Mujurlah bapa kepada murid ini cepat
bertindak dengan melaporkan perkara tersebut kepada pejabat pelajaran daerah dan
bekerjasama dengan pihak polis untuk membendung masalah ini.
Kesan yang boleh menimpa kepada keluarga murid tersebut ialah akan hilang
kehamonian didalam sesebuah keluarga. Hal ini adalah kerana keluarga murid tersebut
akan terpaksa menanggung beban malu yang telah dilemparkan kepada mereka baik
daripada guru yang berbangsa cina tersebut, masyarakat yang berada dilaman sosial,
mahupun masyarakat setempat yang berada dikawasan tempat tinggal mereka.
Perkara ini akan menjadi satu topic perbualan yang hangat diperkatakan oleh
masyarakat setempat dan berkemungkinan akan menuduh dan menghina ketua
keluarga tersebut dengan tuduhan yang negatif seperti tidak pandai memimpin
keluarga, tidak boleh mengajar dan mendidik anak dengan betul, anak degil dan sukar
menerima nasihat dan lain-lain. Tomahan-tomahan negatif seperti ini akan kekal
kepada keluarga ini seperti pepatah melayu menyatakan “ ular menyusur akar, tidak
akan hilang bisanya”. Perkara seperti ini akan sentiasa diperkatakan walaupun murid ini
telah berubah dan tidak mengulangi perbuatan ini.
Selain itu, kesan yang mungkin berlaku terhadap masyarakat ialah berlakunya
persengkataan diantara kaum melayu dan cina. Hal ini kerana kaum melayu
sememangnya akan menyokong murid tersebut kerana dendaan yang diberikan tidak
setimpal dengan kesalahan.
5.0: tindakan tatatertib.
Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang telah diperuntukan
oleh kerajaan dan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap peraturan-peraturan
tersebut. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertb.
Seorang penjawat awam akan dianggap telah melanggar peruntukan jika didapati telah
melakukan perbuatan atau perkara-perkara yang bercanggah ataupun bertentangan
dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan. Jika disabitkan dengan
kesalahan, penjawat awam tersebut bolehdikenakan tindakan berdasarkan kepada
tahap kesalahn yang telah dilakukan. Satu jawatankuasa penyiasatan terdiri daripada
dua anggota akan ditubuhkan. Anggota ini terdiri daripada pegawai yang berpangkat
lebih tinggi daripada individu yang disiasat.
Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada jenis
pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Hukuman –hukuman adalah seperti
amaran, denda, lucut hak emolument, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan
buang kerja.
(i) Amaran.
Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi
peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib. Amaran boleh diberikan oleh
seorang ketua jabatan secara lisan atau bertulis.
(ii) Denda atau lucut hak emolumen.
Denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak melebihi amaun yang
sama dengan emolument atau pendapatan bagi tujuh hari pegawai
berkenaan. Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong
daripada emolumen bulanan pegawai berkenaan dan dimasukkan kedalam
akaun kerajaan.
(iii) Tangguh pergerakan gaji.
Pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak
untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman
ini berkuat kuasa.
(iv) Turun gaji.
Pihak berkuasa tatatertib moleh menggenakan hukuman turun gaji ke atas
seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan berikut:
Yang pertama ialah, gaji hanya akan diturunkan secara mendatar dalam
peringkat gaji yang sama. Yang kedua ialah, penurunan gaji tidak boleh
melebihi tiga pergerakan gaji. Dan yang ketiga ialah, tempoh hukuman tidak
boleh kurang daripada dua belas bulan dan tidak boleh melebihi daripada tiga
puluh enam bulan.
Pegawai yang dikenakan hukuman ini tidak berhak menerima apa-apa
pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman sedang berkuat kuasa.
(v) Turun pangkat.
Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat
mengikut cara menurunkan pangkat gred yang lebih rendah mengikut skim
perkhidmatan yang sama.
6.0 cara-cara menyelesaikan masalah guru mendera murid.
Setiap manusia yang dilahirkan kedua ini adalah umpama kain putih yang suci dan
bersih. Ibubapa merupakan ejen utama dalam membentuk sahsiah dan akhlak terhadap
anak-anak bawah jagaanya. Sekiranya murni dan indah akhlak seseorang ayah
didalam sesebuah keluarga, maka anak-anaknya juga akan turut sama. Manakala
perkara yang sebaliknya berlaku, hal yang buruk juga akan diperolehi oleh anak-
anaknya. Walau bagaimanapun, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah tidak ada
yang sempurna. Setiap yang bernyawa akan mati, begitu juga manusia. Setiap
kebaikan pasti ada keburukan. Kesalahan ini sememangnya perkara yang termaktub
didalam diri manusia. Namun, kita sebagai makhluk yang telah diciptakan akal yang
sihat dan cergas perlulah memikirkan cara yang boleh meminimumkan dan
menghindarkan diri daripada kesalah ini.
Antara inisiatif atau cara yang boleh meminimumkan kesalahan ini adalah seperti
melaksankan seminar perguruan, pembelajaran sosial, mempelajari hukuman-hukuman
persekolahan, meminta nasihat dan kaunseling daripada kaunselor sekolah.
Didalam melaksanakan seminar perguruan ini adalah berfokuskan kepada peranan
guru dalam mendidik dan membimbing murid agar lebih berdisiplin dan mematuhi
peraturan-peraturan disekolah. Seminar ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat
tambahan kepada guru-guru mengenai cara menangani murid-murid yang mempunyai
masalah disekolah. Cara-cara menangani masalah ini amat penting kepada guru-guru
terutamanya guru yang baru sahaja menjejakkan kaki kedua pendidikan agar tidak
melakukan sebarang hukuman atau dendaan yang melampaui batasan sebagai
seorang guru. Selain itu juga, seminar ini menjurus kepada penanaman sifat dan nilai-
nilai murni yang wajib ada pada seorang guru. Guru seharusnya sedar akan
kepentingan mereka dalam membentuk murid-murid dangan akhlak yang murni
berbanding dengan memberi denda. Pepatah araba ada menyatakan bahawa
mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan hal ini, adalah lebih baik kita
menghindari daripada menghukum murid-murid dan menghindarkan mereka daripada
terjebak daripada perbuatan salah laku disekolah dengan memberikan penanaman
nilai-nilai murni dan sifat-sifat yan terpuji. Kesan yang baik mampu terhasil daripada
seminar ini yang akan memperkasakan kepimpinan seorang guru dan menhasilkan
kesejahteraan di sekolah.
Kaedah yang kedua ialah dengan mempelajari lebih banyak peraturan-peraturan yang
telah termaktub didalam dunia pendidikan. Kita sebagai guru harus mempunyai rasa
ingin tahu yang tinggi dalam mendalami peraturan disekolah. Sebagai contoh, murid
tidak dibenarkan menjaga rambut yang panjang. Rambut sisi hendaklah kemas dan
rambut dibahagian belakang tidak boleh mencecah kolar baju. Selain itu, kita
seharusnya mengetahui dendaan yang setimpal dengan murid yang berambut panjang
dengan memotong rambut murid tersebut dengan kemas. Selain itu, kita seharusnya
bertanya kepada murid tersebut kenapa menyimpan rambut yang panjang dan
memberitahunya akan kesan meyimpan rambut yang panjang dari segi kesihatan dan
penampilan sebagai seorang pelajar. Semestinya murid tersebut akan merasa dihargai
dan akan berubah kearah yang baik. Dengan itu, manfaat yang diterima oleh murid itu
ialah dapat berpenampilan kemas dan guru tidak bertindak dengan terburu-buru yang
boleh mengugat nama baik sebagai penjawat awam.
Sekiranya penderaan yang keterlaluan ini telah dilakukan oleh seorang guru tertentu,
guru tersebut hendaklah melakukan beberapa perkara yang dapat mengawal dan
melatih diri agar tidak mengulangi perbuatan tersebut pada kemudian hari.
Antara perbuatan yang boleh dilakukan ialah meminta nasihat daripada kaunselor yang
terlatih. Perkara ini amat penting dalam memulihkan pemahaman guru tersebut
terhadap perbuatannya yang melampaui batas dan memberinya peluang untuk insaf
terhadap perbatan yang telah dilakukan. Selain itu, kaunselor hendakah memberikan
kekuatan psikologi kepada guru tersebut untuk jangan segan dan malu untuk erdepan
dengan masyarakat atas sebab kesalahan yang telah dilakukan dahulu. Anggaplah
semua peristiwa yang berlaku sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi untuk
memperolehi kejayaan pada masa akan datang. Nasihat seperti amat berguna didalam
menenangkan perasaan dan pemikiran guru ini yang terlalu kusut dengan kerenah
murid-murid, tekanan masyarakat, rakan-rakan sejawat dan lain-lain.
Perkara yang boleh dilakukan lagi ialah melaksanakan program tautan kasih diantara
ibubapa, guru dan murid yang terlibat dengan peristiwa dendaan ini. Guru sewajibnya
meminta maaf secara bersemuka dengan ibubapa dan murid yang didenda secara
melampau ini. Dengan adanya program tautan kasih ini akan meredakan kemarahan
pada kedua-dua pihak dan mampu untuk menjalin hubungan yang positif dengan guru
yang mampu untuk membina disiplin ilmu yang baik pada murid yang terlibat. Segala
salah faham dan ketidakpuasan hati akan terlerai serta merta. Maka, dendam dan
kesumat akan dapat dielakkan kerana ibubapa memahami peranan guru dalam
membendung masalah dikalangan murid dan guru juga memahami akan perasaan
ibubapa yang mengalami delema akibat deraan terhadap anak mereka.
Oleh itu, secara keseluruhannya dapatlah kita lihat bahawa setiap masalah atau
penyakit ada penyelesaian dan ubatnya. Kita sebagai guru hendaklah bersatu hati
dalam menangani apa-apa isu yang berkaitan dengan profesion kita agar tidak disalah
tafsir dan membawa kepada kesan-kesan yang negatif pada masa akan datang.