Guru Kualiti

15
PENGENALAN Dewasa ini isu kualiti merupakan satu isu yang global. Isu kualiti guru sering kali diketengahkan oleh pelbagai pihak khususnya apabila berlaku pelbagai masalah di sekolah sama ada melibatkan pelajar, pihak pengurusan atau guru itu sendiri. Sekiranya kita mengimbau kembali sejarah pendidikan di negara kita bermula dari zaman pra dan pasca kemerdekaan, kelihatannya seolah-olah generasi pendidik terdahulu mempunyai kualiti diri yang lebih baik berbanding dengan kualiti diri pendidik sekarang. Mungkin ada yang kurang atau tidak bersetuju dengan kenyataan itu, namun dengan pelbagai isu dan kes yang melibatkan sama ada guru atau pelajar dewasa ini, jelas kredibiliti guru kerap dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Membandingkan dua zaman yang berbeza dengan keadaan, situasi dan cabaran yang berlainan adalah kurang. adil, tetapi sebagai insan pendidik yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, guru seharusnya melakukan muhasabah atau refleksi kendiri untuk melihat di manakah kekuatan atau kelemahan diri agar segala cabaran dan masalah boleh didepani dengan positif dan penuh hikmah. Bilangan guru di Malaysia telah dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan negara. Di samping isu kuantiti ini, kita tidak boleh meminggirkan aspek kualiti diri seseorang guru kerana kualiti diri guru merupakan sesuatu yang sangat penting untuk diberikan perhatian. Tidak ada maknanya kita memiliki jumlah guru yang ramai tetapi memiliki kualiti yang rendah. Justeru, dalam bab seterusnya kita akan melihat apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru yang berkualiti berdasarkan falsafah W.Edwards Deming, seorang tokoh kualiti yang banyak berjasa kepada pertumbuhan ekonomi Jepun. Beliau juga telah menyediakan falsafah dan sistem untuk mengaplikasikan teknik-teknik statistik untuk meningkatkan 1

description

ciri-ciri guru berkualiti

Transcript of Guru Kualiti

PENGENALANDewasa ini isu kualiti merupakan satu isu yang global. Isu kualiti guru sering kali diketengahkan oleh pelbagai pihak khususnya apabila berlaku pelbagai masalah di sekolah sama ada melibatkan pelajar, pihak pengurusan atau guru itu sendiri. Sekiranya kita mengimbau kembali sejarah pendidikan di negara kita bermula dari zaman pra dan pasca kemerdekaan, kelihatannya seolah-olah generasi pendidik terdahulu mempunyai kualiti diri yang lebih baik berbanding dengan kualiti diri pendidik sekarang. Mungkin ada yang kurang atau tidak bersetuju dengan kenyataan itu, namun dengan pelbagai isu dan kes yang melibatkan sama ada guru atau pelajar dewasa ini, jelas kredibiliti guru kerap dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Membandingkan dua zaman yang berbeza dengan keadaan, situasi dan cabaran yang berlainan adalah kurang. adil, tetapi sebagai insan pendidik yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, guru seharusnya melakukan muhasabah atau refleksi kendiri untuk melihat di manakah kekuatan atau kelemahan diri agar segala cabaran dan masalah boleh didepani dengan positif dan penuh hikmah.

Bilangan guru di Malaysia telah dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan negara. Di samping isu kuantiti ini, kita tidak boleh meminggirkan aspek kualiti diri seseorang guru kerana kualiti diri guru merupakan sesuatu yang sangat penting untuk diberikan perhatian. Tidak ada maknanya kita memiliki jumlah guru yang ramai tetapi memiliki kualiti yang rendah.

Justeru, dalam bab seterusnya kita akan melihat apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru yang berkualiti berdasarkan falsafah W.Edwards Deming, seorang tokoh kualiti yang banyak berjasa kepada pertumbuhan ekonomi Jepun. Beliau juga telah menyediakan falsafah dan sistem untuk mengaplikasikan teknik-teknik statistik untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan di Jepun.DEFINISI CIRI-CIRI GURU BERKUALITICiri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (2007) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Pada tahun 1992, W.Edwards Deming telah meluaskan definisi kualitinya sebagai "Quality means getting everyone to do what they have agreed to do and to do it right the first time" yang bermaksud kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang mereka telah persetujui dan mereka melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama. Kualiti secara umumnya bermaksud memenuhi kehendak pelanggan, sama ada pelanggan dalaman atau pelanggan luaran. Menurut Deming, kualiti ialah sasaran yang bergerak dan sentiasa berubah mengikut keperluan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas dan perkhidmatan (ISO8402, 1986).Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (PdP), sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. 14 PRINSIP DEMING

1. Wujudkan ketekunan dalam mencapai matlamat untuk pembaikan produk dan perkhidmatan.

Berdasarkan keputusan Ujian TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme International Student Assessment) yang dijalankan pada tahun 2012 mendapati prestasi pelajar Malaysia merosot. Berdasarkan mata yang ditunjukkan di bawah, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.2009

Matematik - 57 (mata 404)

Sains - 53 (mata 422)

Membaca - 55 (mata 414)

2012

Matematik - 52 (mata 421)

Sains - 53 (mata 420)

Membaca - 59 (mata 398)

Tiga faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada keputusan ini ialah sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.

Justeru, guru yang berkualiti haruslah mementingkan kualiti pengajaran bukannya sekadar menghabiskan sukatan semata-mata. Kualiti pengajaran merupakan pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core bisness guru. Pendek kata, guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi.

Selain itu, guru yang berkualiti juga harus menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir seperti Teori Pembelajaran Behavioral, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran Konstruktivis dan sebagainya. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti Model Pengajaran Expositori, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar.2. Menghayati falsafah baru.Pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21. Oleh itu, KPM telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM). PPPM menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam TIMSS dan PISA. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.Peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, guru yang berkualiti haruslah membangunkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dengan berteraskan KBAT. Guru perlu berubah daripada kemahiran berfikir aras rendah kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, seorang guru yang berkualiti haruslah menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah baik dari segi sukatan kurikulum mahupun kaedah mengajar.Guru yang berkualiti juga perlu mahir dalam teknologi maklumat (IT). Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk menjadi guru yang berkualiti guru hendaklah berusaha untuk selalu menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru untuk sentiasa mengemas kini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga sentiasa bertanya kepada rakan-rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Ini membolehkan guru mengajar menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.

3. Hentikan pergantungan kepada pemeriksaan secara besar-besaran.Deming menganjurkan supaya guru diberi bimbingan dalam setiap peringkat kerja untuk memperbaiki proses. Ini adalah berlainan dengan amalan biasa yang hanya memeriksa selepas sesuatu kerja dijalankan. Deming mencadangkan supaya ganjaran diberi kepada guru yang dapat mengesan kesilapan dan guru yang berusaha membaiki proses dan kualiti kerja. Oleh itu, seorang guru yang berkualiti pada abad ini haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran supaya proses dan kualiti kerja guru dapat ditingkatkan.4. Hentikan amalan memberikan kontrak perniagaan berdasarkan tanda harga semata-mata.Guru yang berkualiti perlu memiliki kemahiran berkomunikasi. Ini kerana guru bukan sahaja perlu berhubung dengan pelajar, pengurusan sekolah dan ibu bapa malah guru juga perlu berurusan dengan organisasi lain yang berkepentingan seperti pembekal. Pihak sekolah perlu membina perhubungan jangka masa panjang dengan pembekal. Contohnya pembekal makanan RMT, komputer, LCD, projektor, T-shirt sekolah, radas dan bahan kimia makmal dan sebagainya. Sekiranya pihak sekolah memilih tawaran paling rendah, selalunya bermakna kualiti yang paling rendah. Pembekal perlu dipandang sebagai rakan perniagaan dan membina rasa saling hormat menghormati, percaya mempercayai dan tanggungjawab.5. Memperbaiki sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan dan sepanjang masa.Kualiti memerlukan kepada komitmen yang tidak pernah kunjung padam demi untuk melakukan pembaikan secara berterusan. Oleh yang demikian guru yang berkualiti haruslah sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan. Selain mengikuti latihan formal yang dianjurkan oleh sekolah atau jabatan, guru boleh menambah pengetahuan dengan membaca. Banyak bahan bacaan pada masa kini didapati dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik juga termasuk dalam ciri-ciri guru yang berkualiti. Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang akan memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan kualiti profesional keguruan.6. Menginstitusikan latihan.Deming menekankan bahawa banyak masalah berlaku berikutan dari program orientasi dan latihan kerja. Pihak pengurusan perlu menetapkan standard untuk anggota kerja dan menunjukkan bagaimana anggota kerja boleh berjaya di dalam tugas mereka. Tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, pengalaman, tingkah laku atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja itu. (Barry, 1994)Oleh itu, KPM telah menetapkan standard kepada guru-guru di mana latihan, kursus dan seminar diberikan untuk meningkatkan profesionalisme guru. Antara latihan yang diberikan kepada guru-guru ialah Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, Kursus Penyebaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Latihan Dalam Perkhidmatan dan sebagainya.7. Menginstitusikan kepimpinan.Menginstitusikan kepimpinan bermaksud setiap pemimpin perlu mempunyai tindakan penyeliaan yang secukupnya terhadap orang bawahan. Di sekolah, guru besar atau pengetua diamanahkan untuk menguruskan modal insan. Ini adalah satu bidang yang amat kompleks kerana setiap manusia dianggap sebagai individu yang berlainan. Namun kehebatan pengurusan modal insan akan memungkinkan perbezaan individu dapat diminimumkan dan diselaraskan melalui kehebatan pengurusan guru besar atau pengetua. Dalam hal ini, setiap warga sekolah sama ada guru besar atau pengetua, guru, kakitangan dan pelajar wajar mengetahui, memahami, beriltizam dan bekerjasama ke arah pencapaian wawasan dan misi sekolah. Guru besar atau pengetua yang berkualiti akan membantu guru untuk mencapai potensi yang maksimum dan memainkan peranan sebagai jurulatih, mentor dan pemberi semangat. Seorang guru besar atau pengetua yang berkualiti juga harus menonjolkan penampilan diri yang baik. Ini kerana mereka merupakan role model kepada guru dan pelajar. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku seorang guru besar atau pengetua haruslah menampakkan keterampilan dan kewibawaan sebagai seorang guru yang berkualiti.

Selain itu, guru besar atau pengetua yang berkualiti perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru yang bersahsiah ialah menjalankan tugas dengan ikhlas dan amanah, menghormati rakan guru dan pelajar, menepati waktu dan sebagainya. Sahsiah atau tingkah laku yang baik adalah terkandung dalam Etika Profesion Keguruan. Pemimpin yang berkualiti perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugas, berilmu dan berprinsip.8. Menghilangkan budaya takut.Menurut Deming, organisasi yang menanamkan budaya takut akan menghalang anggota kerja dari bertanyakan soalan dan akan menempa kerugian serta ketinggalan ke belakang. Ini kerana anggota kerja yang takut untuk bertanya adalah tidak bebas untuk mencipta. Oleh itu, budaya terbuka adalah penting untuk semua ahli organisasi. Guru besar atau pengetua yang mengamalkan kepimpinan autokratik di sekolah berkemungkinan besar akan menyebabkan wujudnya budaya takut dalam kalangan guru. Guru seharusnya mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan menyampaikan sesuatu masalah dengan jujur. Cara ini akan membantu guru besar atau pengetua untuk mengetahui atau mengesan masalah dan seterusnya merancang tindakan yang sesuai. Oleh itu guru yang berkualiti haruslah berani menyuarakan pendapat dan cadangan dengan menggunakan kaedah komunikasi dan saluran yang sesuai.9. Buang halangan yang wujud di antara anggota kerja.Deming berpendapat bahawa setiap bahagian, jabatan atau unit dalam sesuatu organisasi perlu berkomunikasi dan bekerja secara rapat antara satu sama lain. Maka guru yang berkualiti harus bekerjasama dengan kakitangan daripada bahagian yang berlainan sebagai satu kumpulan untuk menangani masalah yang wujud dalam perkhidmatan.

Bagi seorang guru yang berkualiti, kemahiran dalam berkomunikasi amat penting. Komunikasi adalah proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej, proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Guru yang berkualiti haruslah berusaha untuk mengatasi halangan yang wujud dalam komunikasi dengan meneliti maklumat, bersabar, mengawal perasaan, bertanya dengan jelas dan tepat, menghargai pendapat dan maklumat orang lain dan sebagainya. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Justeru segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam organisasi sekolah.10. Hapuskan slogan-slogan yang indah khabar dari rupa.Deming menolak sasaran yang tidak berpijak di bumi nyata dan tidak bermakna. Sasaran sepatutnya berfokuskan kepada perlaksanaan dan bukannya slogan semata-mata. Prinsip ke sepuluh Deming ini tidak dapat dikaitkan dengan guru yang berkualiti.11. Hapuskan quota-quota berbentuk numerikal.Mencapai sesuatu target berbentuk numerikal tidak bermakna mencapai tahap kualiti yang tinggi. Sasaran berbentuk numerikal ini hanya mengakibatkan guru, staf dan pelajar berusaha apa saja untuk mencapai angka yang dikehendaki. Sekolah bukan sahaja mahu melahirkan pelajar yang mendapat straight A dalam setiap mata pelajaran sebaliknya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia.Oleh itu guru yang berkualiti haruslah memiliki tingkah laku yang baik kerana guru merupakan role model di mana setiap tingkah laku dan perlakuan guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang berkualiti juga mestilah seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.12. Hapuskan penghalang ke arah kecemerlangan kerja.Guru haruslah mengenal pasti halangan-halangan yang wujud dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang membolehkan pelajar belajar dengan cemerlang. Oleh itu, guru yang berkualiti mestilah mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan'Core business' seorang guru adalah ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Walau berapa pun jumlah pelajar yang diajar, guru berkualiti akan mampu menyampaikan isi pelajaran secara berkesan dengan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai. 13. Menginstitusikan program latihan dan latihan semula.Mengadaptasikan program kualiti ini bukanlah perkara yang senang. Seluruh organisasi perlu dibimbing dengan falsafah dan cara baru, termasuk pembinaan pasukan kerja dan teknik-teknik statistik. Latihan merupakan satu asas penting untuk mendapatkan kualiti. Latihan perlu mempunyai asas yang meliputi pemeriksaan yang teliti terhadap alat atau prosedur, termasuk arahan tambahan dalam kerja berpasukan. Oleh itu, seorang guru yang berkualiti haruslah bersedia untuk diberi latihan.14. Bertindak untuk menyempurnakan transformasi.Mendidik dan mengajar merupakan dua perkara yang berbeza. Jika seseorang guru itu hanya mengajar sesuatu mata pelajaran tanpa memikirkan dan berusaha untuk mengubah tingkah laku anak didiknya, maka proses pendidikan tidak berlaku. Proses pendidikan di sekolah melibatkan aspek 'transfer' (pemindahan ilmu dan kemahiran) dan juga 'transform' (perubahan tingkah laku). Hanya guru yang berkualiti sahaja akan mampu melaksanakan proses pendidikan sebenar yang sememangnya amat berat dan sukar. Guru berkualiti tidak berkehendak kepada insentif berbentuk material, tetapi apa yang lebih berharga ialah apabila anak didik menjadi insan berguna dan berjaya. MODEL KITARAN DEMING

Model Kitaran Deming merangkumi empat komponen utama iaitu Merancang (Plan), Melaksana (Do), Menilai (Check) dan Tindakan (Act). Guru boleh menggunakan model ini untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah.1. Merancang Merancang pengajaran dengan memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.2. Melaksana Melaksanakan pengajaran dengan menggunakan kaedah PdP yang menarik dan memberi kesan kepada pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yang betul dan terkini akan merangsang dan menarik minat pelajar.3. Menilai Menilai dan mencatatkan pencapaian dalam PdPyang telah dilaksanakan. Adakah objektif tercapai?4. Tindakan Menyemak semula PdP dan melakukan pembetulan atau penambahbaikan yang perlu.KESIMPULANProses melahirkan guru berkualiti sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah dan mengambil masa yang singkat. Namun begitu, semua guru haruslah sentiasa berusaha memajukan diri untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kerana hanya guru yang berkualiti akan melahirkan generasi muda yang mampu menghadapi cabaran abad ke 21 seperti masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. RUJUKAN

Barry, Cushway. (1994).Human Resource Management. London: Kogan Page Limitedhttp://adzidane.blogspot.com/2012/04/perspektif-kualiti-telah-bermula-sejak.html pada

07/01/2015

http://cgnarzuki.com/?page_id=278 pada 07/01/2015

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/10/ciri-ciri-guru-berkualiti.html pada 05/01/2015http://www.tutor.com.my/online pada 05//01/2015

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan)

Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya. 13