Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

download Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

of 6

Transcript of Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    1/6

    Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan sosioemosi kanak-kanak

    dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti

    mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak terlebih dahulu. Hal ini kerana dalam

    membangunkan sosioemosi kanak-kanak dapat membantu mereka mendapat kejayaan dan

    kesejahteraan. Guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak itu berkembang dan

    dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam

    membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan

    kesejahteraan.

    Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi

    menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi

    penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil

    oleh mereka.

    Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang

    terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya.

    Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran.

    Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi

    emosi mereka. Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanak-

    kanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga

    berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembanganemosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan

    pertambahan umur mereka.

    Dengan kematangan mental kanak-kanak akan berkebolehan untuk menganggap

    makna yang tidak dapat ditanggap sebelum ini dan juga membolehkan mereka memberi

    perhatian dengan lebih lama kepada sesuatu rangsangan dan menumpukan ketegangan

    emosi terhadap sesuatu benda. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memberikan gerak

    balas terhadap ransangan yang tidak diberikan gerak balas sebelumnya.

    Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun) Sewaktu dilahirkan,

    emosi seseorang bayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui

    tindakan seperti ketawa atau menangis.Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui

    gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan.

    Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan.Apabila

    mencapai umur enam bulan perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan

    marah.Perasaan takut lebih merupakan perasaan yang dipelajarinya, terutamanya daripada

    ibu bapa, abang dan kakaknya. Contohnya, seseorang seseorang ibu atau bapa yang cuba

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    2/6

    menghentikan bayinya daripada menangis akan menakutkannya dengan cara menengking.

    Semasa berumur 12 bulan emosi suka mengambil bentuk gembira dan ketika berumur 18

    bulan rasa cemburunya mulai kelihatan. Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain

    untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk

    keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga

    bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia. Perkembangan

    asas pada masa ini ialah untuk mempercayai bahawa orang lain akan melindunginya,

    menjaganya dan mengasuhnya iaitu kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan sebagai kasih

    dan sayang untuk memberikan bayi perasaan selamat dan tenteram

    Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak

    merupakan masa memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih

    bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah juga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-

    kanak dengan keluarganya di peringkat ini sangat mempengaruhi kebolehannya berhubung

    dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih sayang dan sentiasa

    akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan

    orang dewasa lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada

    orang lain atau merasa tidak selamat dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk

    bersosialisasi dengan orang lain.

    Salah satu perkara yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanakprasekolah ialah pembelajaran mematuhi peraturan-peraturan yang dikehendaki di dalam

    kebudayaannya. Jika di sekolah kanak-kanak akan mempelajari cara berkawan serta

    bertimbang rasa dan tidak bergaduh atau mementingkan dirinya sahaja. Ketika ini juga,

    kanak-kanak mempelajari konsep betul atau salah.

    Seterusnya ialah di dalam perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah

    pembelajaran berhubung emosi dengan orang lain, selain keluarganya. Sebagai contoh

    kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia sangat suka gurunya,kawannya, berkongsi mainan

    dengan kawan dan sebagainya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat

    mengikut arah jantina mereka. Apabila menjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak,

    kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan yang tertentu, walaupun

    ibunya masih sangat penting dalam hidupnya. Kanak-kanak tersebut sudah mempunyai

    orentasi orang dewasa dan mematuhi standard orang dewasa. Ia sudah mula menerima

    tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan konsep betul dan salah

    bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Ketika ini ia sedang berada di ambang dunia

    sekolah, daerah tempat tinggalnya, masyarakat dan dunia berbagai-bagai pengalaman

    bersama dengan idea berbeza-beza yang terbentang luas dihadapannnya.

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    3/6

    Pada peringkat ini emosi kanak-kanak cepat berubah. Hal ini berlaku kerana kanak-

    kanak lazimnya menyatakan emosinya secara terbuka. Selain itu, kanak-kanak kurang

    memahami sesuatu situasi yang berkenaan oleh sebab kematangan fikiran dan pengalaman

    yang kurang serta tempoh penumpuan adalah singkat dan dengan itu perhatian mereka

    beralih kepada perkara yang lain dengan mudah sahaja. Pada peringkat ini emosi kanak-

    kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Hal ini jelas dilihat apabila mereka tidak dapat

    sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan

    jelas kelihatan.

    Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka

    menggambarkan adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut

    yang kadangkala disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir Kanak-

    Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut iaitu

    Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang

    gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. Mereka juga

    peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. Kanak-kanak juga juga gemar

    menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru,

    menyapu lantai dan sebagainya.Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab.

    Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa

    atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa

    sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan

    dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta

    peraturan yang dikenakan ibu bapa.

    Guru perlu mengetahui perkembangan emosi mereka supaya dapat mengenalpasti

    kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat

    mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-

    kanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk

    memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah kejayaan dankesejahteraan.

    Sumber : Shaffer, D.R (1990). Developmental Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton

    Mifflin Co

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    4/6

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI

    Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang

    manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan

    mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan

    rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju

    dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada

    dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

    Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira,

    seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada

    emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa

    bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis

    emosi ini serentak.

    Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi

    yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi

    komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

    Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

    Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok

    dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

    Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat

    sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan

    geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    5/6

    Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal

    dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya,

    mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

    Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanakberusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir

    bagaimana mengatasi rasa sedih.

    Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi

    menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang

    beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa

    mereka berperasaan begitu.

    Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha

    mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan

    perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

    Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak

    daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka

    mengawal tingkah laku mereka sendiri.

    Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari

    standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap

    bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau

    sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan

    menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

    Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang

    lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka

    meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang

    berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

    Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan

    Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan

    keseronokan.

    Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa

    bersalah, rasa bangga dan cemburu.

  • 7/27/2019 Guru & p.sosioemosi Kanak-kanak

    6/6

    Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut

    berkomunikasi, takut kejadian jenayah.

    Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.

    Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar

    mengawal perasan.

    Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.

    Mula memahami keperluan kumpulan.

    Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk

    membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi

    sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina

    keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

    Pada peringkat pertengahan ini, kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran.

    Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu

    yang akan lebih menggembirakannya.

    Kanak-kanak akhir pula merupakan peringkat yang dikenali sebagai pra remaja. Mereka

    akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badannya. Mereka

    bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan

    keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh badan. Kanak-

    kanak pada peringkat akhir pula mengalami perubahan di mana mereka sudah mula

    jauh dengan ibubapa. Mereka juga lebih selesa bersendirian melayan perasaan.