GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

8
GWP1092 PENANDA WACANA

Transcript of GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Page 1: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

GWP1092

PENANDA WACANA

Page 2: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Karangan pelajar sekolahtahap UPSR

Page 3: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit

lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan

ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang

menconteng dinding sekolah.

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka

daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya

mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan.

Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera

menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan

mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku.

Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka

memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku

mestilah merahsiakan kegiatan mereka.

Penanda kronologi

Penanda kronologi

Penanda idea

(mengembang)

Penanda kronologi

Page 4: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas

ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah.

Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu

kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu

Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat

takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak

melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan

tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan

semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah

menyebabkan mereka insaf.

Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang

untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi

kawan karibku.

Penanda organisasi

Penanda kronologi

Penanda kronologi

Penanda kronologi

Penanda kronologi

Penanda kronologi

Page 5: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Perenggan yang mengandungipenanda wacana

Page 6: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Kebanyakan negara maju di Barat berhadapan dengan masalah keruntuhan institusi

kekeluargaan. Ringkasnya, konsep keluarga agak longgar dalam masyarakat mereka.

Oleh itu, terdapat segolongan orang Barat yang begitu mendewa-dewakan

kepentingan dan kebebasan diri. Mereka lebih suka hidup bersendirian. Dengan

kata lain, mereka tidak suka terikat dengan peraturan dan sistem nilai masyarakat.

Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja secara bebas. Para remaja

pula tidak mahu menerima sebarang kawalan daripada ibu bapa. Dengan demikian,

bilangan anak muda yang bersikap liar dan tidak sopan semakin meningkat.

Akhirnya, masyarakat Barat menghadapi masalah sosial yang besar dan serius.

Penanda idea

(mengembang)

Penanda idea

(mengembang)Penanda

organisasi

Penanda organisasiPenanda idea

(hubungan)Penanda organisasi

Perenggan #1

Page 7: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Jelaslah bahawa apabila institusi kekeluargaan telah runtuh, kemajuan sudah tidak

memberi makna yang sepatutnya. Apa gunanya kemajuan kebendaan jika kehidupan

harian tidak begitu selamat, muram, dan diserang sakit jiwa? Sungguhpun kelihatan

orang-orang di negara maju ini seronok, namun keseronokan mereka tidak

berpunca daripada ketenangan jiwa. Maka itu, masalah sosial dalam masyarakat

mereka menjadi begitu ketara dan semakin parah.

Penanda idea

(hubungan)

Penanda idea

(pertentangan)

Penanda

idea(mengembang)Perenggan #2

Page 8: GWP1092 : Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan

Namun begitu, masyarakat yang mundur dan miskin juga turut menghadapi

masalah yang sama. Sebenarnya, masalah ini tidak mengenal jenis masyarakat.

Sebagai kesimpulannya, meskipun kita perlu meneruskan usaha-usaha

pemodenan tetapi kita hendaklah mengelakkan diri daripada terperangkap oleh

gejala keruntuhan institusi-institusi kemasyarakatan.

Penanda idea

(pertentangan)

Penanda idea

(pertentangan)

Penanda organisasi

Perenggan #3