GWP1092 WACANA PENULISAN

38
GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang

description

GWP1092 WACANA PENULISAN. Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah : Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang. Perkara yang akan dibincangkan. 5.1 Pengenalan kepada penulisan akademik Pengertian penulisan akademik - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of GWP1092 WACANA PENULISAN

Page 1: GWP1092 WACANA PENULISAN

GWP1092WACANA PENULISAN

Topik 5:Penulisan Akademik

Pensyarah:Dr. Sajap Maswan

Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme KeguruanIPG Kampus Tuanku Bainun

Pulau pinang

Page 2: GWP1092 WACANA PENULISAN

Perkara yang akan dibincangkan5.1 Pengenalan kepada penulisan akademik• Pengertian penulisan akademik• Jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel

jurnal, kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain.

5.2 Kejelasan dan Gaya Penulisan• Pengertian/ Konsep• Penggunaan bahasa formal• Penulisan secara objektif• Penulisan ayat yang jelas• Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif• Langkah-langkah dalam penulisan

Page 3: GWP1092 WACANA PENULISAN

Pengenalan1.Dalam penulisan atau pengucapan ada yang

dikatogerikan sebagai formal dan tidak tidak formal.

2.Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999)

3.Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan)

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 4: GWP1092 WACANA PENULISAN

Pengenalan4.Penulisan akademik melibatkan kajian secara

teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan.

5.Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 5: GWP1092 WACANA PENULISAN

Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;1.Menyampaikan fakta secara sistematik atau

mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.

2.Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

3.Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 6: GWP1092 WACANA PENULISAN

Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;4.Penulis hanya menulis untuk memaklumkan

tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.5.Penulisan menggunakan bahasa formal,

tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas.6.Setiap pandangan yang dikemukakan

disokong dengan bukti.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 7: GWP1092 WACANA PENULISAN

Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;7.Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu

kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri.

8.Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan daripada penulis lain yang mempunyai autoriti dalam bidang yang dibincangkan.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 8: GWP1092 WACANA PENULISAN

Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;a. Pengumpulan data dan faktab.Pengamatan data dan faktac. Pemilihan data dan faktad.Penggolongan data dan faktae.Penafsiran data dan faktaf. Membuat kesimpulan umum

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 9: GWP1092 WACANA PENULISAN

Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;g. Membuat hipotesish. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan

percubaan empirisi. Penilaian; menerima atau menolak hipotesisj. Perumusan teori ilmu pengetahuank. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 10: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahAntaranya ialah;a. esei ilmiahb.kertas kerjac. laporan kajiand.abstrak/ringkasan eksekutif/tesis/e.disertasi

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 11: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiaha.Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang

topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan.

Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 12: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahb. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta

atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif.

Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 13: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahc. Laporan kajian Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan

ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain.

Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 14: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahd. Tesis Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih

mendalam. Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh

daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. viva-você.

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 15: GWP1092 WACANA PENULISAN

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahe. Disertasi Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi

dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).

Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.

Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você

Pengenalan kepada penulisan akademik

Page 16: GWP1092 WACANA PENULISAN

1. Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak terlepas daripada membuat tugasan akademik sama ada dalam bentuk esei, kertas kerja, kertas projek dan tesis. Apakah pesamaan dan perbezaan antara bentuk-bentuk tugasan tersebut.

Perbincangan

Page 17: GWP1092 WACANA PENULISAN

Kejelasan Dan Gaya Penulisan

Apakah konsep kejelasan?

Page 18: GWP1092 WACANA PENULISAN

Konsep Kejelasan (Clarity)

1. Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur,.

2. Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, daripada kata-kata yang berbelit, dan panjang.

Page 19: GWP1092 WACANA PENULISAN

Gaya PenulisanPenulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut:a. penggunaan bahasa formal yang tepat,b.bergaya formal dan bukan peribadi,c. pembinaan ayat yang jelas dan tepat,d.berhati-hati dengan pengunaan kata singkatan

dan akronim, dane.perkembangan idea / hujah secara logik dan

sistematik.

Page 20: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa Formal

1. Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna slanga atau bahasa sehari-hari.

2. Penulisan akademik yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain.

Page 21: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa FormalContoh:Informal: • Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan

untuk mengetahui sama ada tindakan sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

Formal : • Pekerja sosial mengkaji sejarah pelanggan

untuk menentukan sama ada intervensi yang sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

Page 22: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa FormalSecara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:1.Meminimumkan penggunaan perkataan ‘saya’ dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada menulis "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah pendekatan yang boleh terima .” kecuali dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya naratif....

Page 23: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa Formal2.Menggunakan kata kerja formal, dan

kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti ‘mempertimbangkan’ daripada ‘melihat kepada’

3.Menggunakan ekspresi impersonal seperti ‘Ini menimbulkan....’

Page 24: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa Formal4. Menggunakan lebih banyak kata nama

daripada kata kerja seperti ‘keprihatinan’ daripada ‘membimbangkan’

5. Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti ‘Itu begitu jelas’ (lebih baik menggunakan ‘nampaknya’), atau ‘hanya kerana’ (lebih baik menggunakan ‘diberikan berdasarkan’)

Page 25: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa Formal6. Menggunakan kata ringkas yang tepat dan

padat serta jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan ‘gender’ digunakan, daripada ‘lelaki atau perempuan.’

Page 26: GWP1092 WACANA PENULISAN

Bahasa Formal

Informal Formal

Dengan begitu banyak doktor meletak jawatan di wad kecemasan, saya bimbang tentang rawatan pesakit di wad tersebut kelak

Dengan kadar perletakan jawatan doktor yang semakin tinggi, terdapat kebimbangan tentang kapasiti hospital untuk memelihara nisbah doktor-pesakit yang mencukupi.

Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Saya berfikir bahawa pendekatan ini tidak boleh diterima bahkan ia melanggar undang-undang.

Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan gender. Dengan wujudnya undang-undang anti-diskriminasi gender, keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius.

26

Page 27: GWP1092 WACANA PENULISAN

Ekspresi/ Pernyataan Pendapat

Peribadi Penulisan ObjektifMenurut pendapat saya...Saya percaya bahawa... Dalam pandangan saya ...

Telah dikatakan bahawa...Beberapa penulis mendakwa ...Jelasnya, ...Jelas bahawa ...Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa ...

Page 28: GWP1092 WACANA PENULISAN

PENULISAN OBJEKTIF

Agen atau Pelaku Bukan Agen atau Pelaku

Saya melakukan kajian ... Kajian ini dilakukan ...

Saya mencadangkan untuk ... Dicadangkan untuk ...

Dalam esei ini saya akan membahas ...

Tulisan ini membahas ...

28

Page 29: GWP1092 WACANA PENULISAN

Penulisan Ayat Yang Jelas1. Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah

penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat.

2. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus.

3. Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan.

29

Page 30: GWP1092 WACANA PENULISAN

Perkembangan Idea Secara Logik

Koheren

1.Dalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh.

2.Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu.

30

Page 31: GWP1092 WACANA PENULISAN

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi1.Dalam penulisan yang kohesif, terdapat

kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada:• Tahap ayat• Tahap perenggan• Tahap keseluruhan teks

 

31

Page 32: GWP1092 WACANA PENULISAN

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi2.Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti

berikut:• berbagai-bagai struktur ayat• menggunakan tanda baca dengan betul• perenggan dibina dengan baik• penggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan• peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin.

 32

Page 33: GWP1092 WACANA PENULISAN

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan

1. Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak difahami atau diketahui oleh pembaca.

2. Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tidak kira nama singkatan adalah terkenal atau patut diketahui oleh pembaca.

3. Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik. Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan.

33

Page 34: GWP1092 WACANA PENULISAN

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan

Selepas ini kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh teks. Walau bagaimanapun, kata singkatan tidak boleh digunakan dalam abstrak atau dalam tajuk.

Where the patient exhibits these symptoms it is appropriate for the doctor to request an electrocardiagram (ECG). An ECG may help to establish…

Adapted from Peat, J et al, (2002) Scientific writing, London: BMJ.

34

Page 35: GWP1092 WACANA PENULISAN

Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan

Kata Singkatan

Kependekan Perkataan

Bentuk Penuh

mau mahu

dlm dalam

dgn dengan

dr dari

drp daripada

dll dan lain-lain

kpd kepada

pd pada

sbg sebagai

spt seperti

yg yang

35

Page 36: GWP1092 WACANA PENULISAN

Langkah-langkah Dalam Penulisan

1. Pemilihan masalah / topik penulisan2. Mengumpul maklumat atau data untuk

penulisan3. Menyusun / mengorganisasi data untuk

menghasilkan penulisan yang baik4. Meneliti hasil penulisan dengan membuat

penambahbaikan5. Menyemak hasil penulisan untuk

memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

Page 37: GWP1092 WACANA PENULISAN

SekianTerima Kasih

Page 38: GWP1092 WACANA PENULISAN

Penghargaan

Zairinah Mohd Shukur Jabatan PIPK IPG Kampus Raja MelewarNorhayati Ayit Jabatan PM IPG Kampus Pulau PinangNurulhidayah Lucy Bt Abdullah Jabatan PIPK IPG Kampus Perlis

Sajap Maswan Jabatan PIPK IPG Kampus Tuanku Bainun