Halaman Pengakuan EDU3063

4
Halaman Pengakuan Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumberTandatangan :.................................................. ... Nama Penulis :.................................................... Tarikh :.......................................... .......... i

description

JA

Transcript of Halaman Pengakuan EDU3063

Page 1: Halaman Pengakuan EDU3063

Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumber”

Tandatangan :.....................................................

Nama Penulis :....................................................

Tarikh :....................................................

i

Page 2: Halaman Pengakuan EDU3063

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin

kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek EDU3063. Sepanjang

menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang saya rasakan

amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang

saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam

hidup kami. Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan

dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu mengenai kelas mesra budaya dan

pembinaan kertas kerja pelan tindakan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat sepanjang menjalankan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah iaitu Encik

Aziz Bin Mahmood kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang

menjalankan tugasan ini sehingga saya berjaya menyiapkannya. Saya juga berpendapat

bahawa tunjuk ajar beliau amat membantu sayaa dalam usaha menyempurnakan tugasan

yang telah diamanahkan ini.

Selain itu juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya

yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan

tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya

kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada pihak

perpusatakaan yang memberikan banyak sumber pengetahuan mengenai tugasan ini. Segala

bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan

anda semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

ii

Page 3: Halaman Pengakuan EDU3063

ISI KANDUNGAN

iii

MUKA

SURAT

HALAMAN PENGAKUAN I

PENGHARGAAN II

SENARAI KANDUNGAN III

PENGENALAN 1

TUGASAN 1

1.0 RUMUSAN DALAM KONTEKS SOSIOLOGI PENDIDIKAN 2

2.0 IMPLIKASI KELAS MESRA BUDAYA 4

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MEREALISASI NEGARA

BANGSA BERJAYA

7

TUGASAN 2 : KERTAS KERJA PELAN TINDAKAN 9

RUMUSAN 10

RUJUKAN 11

LAMPIRAN 12

Page 4: Halaman Pengakuan EDU3063

PENGENALAN

Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan ialah

gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik

kepada pendidikan". Manakala menurut Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology,

teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan

latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana

ianya menimbulkan pembelajaran. Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United

Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik

mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan

kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi

Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara

yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran

dan pembelajaran (P & P) dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap

pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan

bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu

Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Multimedia Super Corridor (MSC) ialah suatu

projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi Negara,

taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan

antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik. Pengajaran Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu

guru dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang

berusaha menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi empat mata pelajaran iaitu

Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-

pelajar. Peranan guru-guru pula adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di

kalangan pelajar.  Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu

alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalam merancang dan melaksanakan proses P & P

berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau

memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata

pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu

seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain

dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.

iv