HAMPARAN ELEKTRONIK MICROSOFT...

of 30/30
HAMPARAN ELEKTRONIK MICROSOFT EXCEL 6.1 PENGENALAN Aplikasi hamparan elektronik yang digunakan ialah Microsoft Excel 2000. 6.2 MEMULAKAN APLIKASI EXCEL Untuk mendapatkan aplikasi EXCEL: 1) Klik butang Start ( )di bahagian bawah sebelah kiri tetingkap. 2) Klik Program. 3) Klik Microsoft Excel. Apabila Excel dimulakan, satu hamparan elektronik atau buku kerja kosong akan dibuka Bar Tajuk. Bar tajuk memberitahu apa yang terdapat di dalam tetingkap Excel. Bar Menu. Bar menu mengandungi semua perintah EXCEL. Untuk membatalkan pilihan, klik mana – mana kawasan pada desktop.
  • date post

    06-Feb-2018
  • Category

    Documents

  • view

    246
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of HAMPARAN ELEKTRONIK MICROSOFT...

  • HAMPARAN ELEKTRONIK MICROSOFT EXCEL 6.1 PENGENALAN

    Aplikasi hamparan elektronik yang digunakan ialah Microsoft Excel 2000.

    6.2 MEMULAKAN APLIKASI EXCEL

    Untuk mendapatkan aplikasi EXCEL:

    1) Klik butang Start ( )di bahagian bawah sebelah kiri tetingkap.

    2) Klik Program. 3) Klik Microsoft Excel.

    Apabila Excel dimulakan, satu hamparan elektronik atau buku kerja

    kosong akan dibuka

    Bar Tajuk. Bar tajuk memberitahu apa yang terdapat di dalam tetingkap Excel.

    Bar Menu. Bar menu mengandungi semua perintah EXCEL.

    Untuk membatalkan pilihan, klik mana mana kawasan pada desktop.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    2

    Bar Alat Standard. Kedudukannya di sebelah kiri bar. Merupakan cara pintas bagi perintah yang kerap digunakan.

    Bar Alat Pemformat. Kedudukannya di sebelah kanan bar. Juga merupakan cara pintas bagi perintah yang kerap digunakan.

    Bar Formula. Digunakan untuk membina formula bagi proses pengiraan dalam hamparan elektronik.

    Tab tab Helaian. Satu tab mewakili satu helaian kerja. Excel memberikan tiga (3) helaian kerja. Helaian kerja ini boleh ditambah

    dan dikurangkan. Klik tab tertentu bagi mengaktifkan helaian yang

    dikehendaki.

    6.3 TETINGKAP MICROSOFT EXCEL

    Rajah di bawah menunjukkan hamparan elektronik atau buku kerja

    kosong bagi aplikasi EXCEL.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    3

    Jika bar skrol dan bar bar lain yang terdapat pada tetingkap EXCEL

    tidak wujud, ia boleh diwujudkan dengan:

    1) Klik Tools ada Bar Menu. 2) Pilih Options. 3) Klik View dan klik kotak semak yang belum ditanda. 4) Klik OK.

    6.4 MEMBUKA HAMPARAN KERJA

    Untuk membuka hamparan kerja:

    1) Buka menu File. 2) Klik Open.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    4

    3) Kotak dialog Open akan dibuka.

    4) Cari fail yang hendak dibuka.

    i. Klik anak panah menghala ke bawah untuk mencari fail di lokasi

    yang lain.

    5) Klik Open.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    5

    6.5 MEMASUK DAN MENGEDIT DATA Apabila kita memulakan dokumen yang baru, satu helaian kerja kosong

    diberikan. Data perlu dimasukkan ke dalam sel helaian kerja.

    6.5.1 Memasukkan Data

    Untuk memasukkan data:

    1) Pilih sel dengan klik sel yang dikehendaki.

    2) Taipkan input (sama ada nombor atau huruf).

    3) Tekan kekunci ENTER.

    6.5.2 Memasukkan Berbilang Data

    Data yang berbilang sama ada berbilang lajur atau berbilang baris boleh

    dimasukkan dalam helaian EXCEL.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    6

    Untuk memasukkan berbilang data di dalam lajur dan baris:

    1) Pilih sel yang dikehendaki (klik sel).

    2) Taipkan input (sama ada nombor atau huruf).

    3) Tekan kekunci Tab untuk berpindah atau beralih ke kanan di dalam baris yang sama.

    4) Tekan kekunci ENTER untuk berpindah ke baris yang seterusnya.

    6.6 MENCETAK HAMPARAN KERJA

    Untuk mencetak hamparan kerja:

    1) Buka menu File. 2) Pilih Print. 3) Kotak dialog box akan dibuka.

    4) Klik OK.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    7

    6.7 MEMILIH SEL

    Sel sel dalam helaian kerja boleh dipilih sama ada menggunakan

    kekunci atau tetikus. Memilih sel menggunakan tetikus adalah lebih

    mudah berbanding dengan kekunci. Pemilihan sel boleh dibuat kepada:

    Satu sel Klik sel yang hendak dipilih.

    Julat sel Klik sel pertama dalam julat sel. Tekan butang kiri tetikus tanpa lepaskannya, seret tetikus yang merangkumi sel sel dalam

    julat yang dikehendaki.

    Keseluruhan sel

    Klik butang Select All di sebelah kiri label lajur.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    8

    6.7.1 Memilih Julat Sel

    Untuk memilih julat sel:

    1) Klik sel yang pertama dalam julat sel sel yang dikehendaki.

    2) Tekan butang kiri tetikus tanpa melepaskannya.

    3) Seret tetikus merangkumi sel sel yang dalam julat yang

    dikehendaki.

    4) Lepaskan butang tetikus.

    6.7.2 Memilih Keseluruhan Sel / Helaian Kerja

    Untuk memilih keseluruhan sel / helaian kerja klik butang Select All.

    Apabila sel telah dipilih, anda boleh melakukan perkara berikut:

    Mengubah stail fon dan format perenggan menggunakan butang butang toolbar atau menu Format.

    Membuang data Tekan kekunci Delete.

    Mengalih data sila lihat bagaimana mengalihkan data dalam Seksyen 6.9.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    9

    6.7.3 Mengedit Data

    Jika ingin mengemas kini atau mengedit data di dalam sel.

    Pilih sel yang hendak diedit.

    Buat perubahan pada data.

    Mengemas kini data boleh dibuat sama ada pada sel atau pada bar

    Formula.

    Klik sel untuk mengemas kini sel secara terus

    Klik bar Formula dan taipkan perubahan.

    6.8 MENYALIN DATA

    Menyalin data bermaksud membuat salinan pada sel baru tanpa

    membuang data asal.

    Untuk menyalin data:

    1) Pilih data yang hendak disalin (klik sel)

    2) Tekan butang Copy (salin) 3) Pilih sel di mana data hendak disalin.

    4) Tekan butang Paste (tampal)

    6.9 MENGALIH DATA

    Untuk mengalih data:

    1) Pilih julat sel yang hendak dialihkan.

    2) Tunjuk sempadan julat sel dengan menggunakan Penuding.

    3) Tekan tanpa lepas butang kiri tetikus.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    10

    4) Seret ke sel (kedudukan) yang hendak dipindahkan lokasi baru.

    5) Lepaskan butang tetikus.

    6.10 MENAMBAH BARIS DAN LAJUR

    Penambahan baris dan lajur selalunya dilakukan apabila kita perlu

    memasukkan data tambahan kepada helaian kerja yang telah sedia ada.

    6.10.1 Menambah Baris

    Untuk menambahkan baris:

    1) Pilih baris yang berada di bawah baris yang hendak ditambah (klik

    nombor baris).

    2) Klik butang kanan tetikus pada baris yang dipilih.

    3) Pilih Insert dari menu yang dibuka. 4) Lepaskan butang tetikus.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    11

    6.10.2 Menambah Lajur

    Untuk menambahkan lajur:

    1) Pilih lajur yang berada di sebelah kanan lajur yang hendak

    ditambah.

    2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.

    3) Pilih Insert dari menu yang dibuka. 4) Lepaskan butang tetikus.

    Baris baru terhasil. Taipkan data ke dalam

    baris yang terhasil

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    12

    6.11 MEMBUANG BARIS DAN LAJUR

    Pembuangan baris dan lajur selalunya dilakukan apabila kita merasakan

    bahawa data yang berada dalam helaian kerja sudah tidak diperlukan lagi.

    6.11.1 Membuang Baris

    Untuk membuang baris:

    1) Pilih baris yang hendak dibuang (klik nombor baris).

    2) Klik butang kanan tetikus pada baris yang dipilih.

    3) Pilih Delete dari menu yang dibuka. 4) Lepaskan butang tetikus.

    Menambah berbilang lajur boleh dilaksanakan dengan melakukan proses yang sama. Hanya dalam langkah 1), pilih julat lajur yang hendak ditambah

    Lajur baru terhasil. Taipkan data ke dalam

    baris yang terhasil

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    13

    6.11.2 Membuang Lajur

    Untuk membuang lajur:

    1) Pilih lajur yang hendak dibuang (klik huruf lajur)

    2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.

    3) Pilih Delete dari menu yang dibuka. 4) Lepaskan butang tetikus.

    Membuang berbilang lajur boleh dilaksanakan dengan melakukan proses yang sama. Hanya dalam langkah 1), pilih julat lajur yang hendak dibuang

    Baris yang mengandungi data Munir telah

    dibuang

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    14

    6.12 MEMBUANG SEL

    Untuk membuang sel:

    1) Pilih selyang hendak dibuang (klik sel).

    2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.

    3) Pilih Delete dari menuyang dibuka. 4) Lepaskan butang tetikus.

    Lajur yang mengandungi data

    Ujian 2 telah dibuang

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    15

    6.13 MENGUBAH TINGGI BARIS DAN LEBAR LAJUR

    Tinggi baris dan lebar jalur boleh diubah dengan menyeret ke saiz yang

    dikehendaki atau dengan menggunakan kotak dialog.

    6.13.1 Mengubah Tinggi Baris Dengan Menyeret

    Untuk mengubah tinggi baris dengan menyeret:

    1) Halakan penunding pada sempadan bawah nombor baris anak

    panah dwi kepala akan wujud.

    2) Tekan butang kiri tetikus.

    3) Seret sempadan

    i. ke atas (kurangkan tinggi) atau

    ii. ke bawah (tingkatan tinggi)

    4) Lepaskan butang tetikus.

    Mengubah Saiz berbilang baris boleh dilaksanakan dengan melakukan proses yang sama. Hanya dalam langkah 1), pilih julat baris yang hendak diubahkan saiz barisnya (kurangkan atau tingkatkan).

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    16

    6.13.2 Mengubah Tinggi Baris Dengan Menggunakan Kotak Dialog

    Untuk mendapatkan tinggi baris yang tepat kotak dialog perlu digunakan.

    Berikut adalah langkah langkah bagaimana kotak dialog digunakan:

    1) Pilih baris

    2) Buka menu Format. 3) Pilih Row. 4) Pilih Height. 5) Taipkan tinggi baris pada kotak dialog.

    6) Tekan butang OK.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    17

    6.13.3 Mengubah Lebar Lajur Dengan Menyeret

    Untuk mengubah lebar lajur dengan menyeret:

    1) Halakan penunding pada sempadan kanan huruf lajur anak

    panah dwi kepala akan wujud.

    2) Tekan butang kiri tetikus.

    3) Seret sempadan

    i. ke kiri (kurangkan lebar) atau

    ii. ke kanan (tambahkan lebar)

    4) Lepaskan butang tetikus.

    6.13.4 Mengubah Lebar Lajur Dengan Menggunakan Kotak Dialog

    Untuk mendapatkan lebar jalur yang tepat kotak dialog perlu digunakan.

    Berikut adalah langkah langkah bagaimana kotak dialog digunakan:

    1) Pilih lajur.

    2) Buka menu Format. 3) Pilih Column. 4) Pilih Width. 5) Taipkan lebar jalur pada kotak dialog.

    6) Tekan butang OK.

    Mengubah Saiz Berbilang Baris boleh dilaksanakan dengan melakukan proses yang sama. Hanya dalam langkah 1), pilih julat baris yang hendak diubahkan saiz barisnya (kurangkan atau tingkatkan).

    Mengubah Saiz Berbilang lajur boleh dilaksanakan dengan melakukan proses yang sama. Hanya dalam langkah 1), pilih julat lajur yang hendak diubahkan saiz lajurnya (kurangkan atau tambahkan).

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    18

    6.14 FORMULA

    Formula diguna untuk melakukan pengiraan daripada penambahan dan

    penolakan yang ringkas kepada persamaan eksponen yang kompleks ke

    atas data. Pengguna EXCEL boleh mencipta formula yang dikehendaki.

    6.14.1 Mencipta Formula

    Untuk mencipta formula:

    1) Pilih sel yang hendak dimasukkan formula (klik sel).

    2) Taipkan nombor nombor yang ingin dicari hasil tambahnya di

    dalam sel yang berbeza.

    3) Taipkan tanda sama (=) di dalam sel yang lain

    i) Nombor pertama (100).

    ii) Taipkan tanda campur (+).

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    19

    iii) Nombor kedua (300).

    4) Tekan kekunci ENTER.

    6.14.2 Percampuran Otomatik (AutoSum)

    Penggunaan AutoSum bertujuan untuk mempercepat penambahan data

    yang banyak. Fungsi yang digunakan ialah SUM. Oleh sebab operasi tambah sering digunakan maka terdapat butang SUM di bar alat Standard.

    Berikut ialah cara bagaimana fungsi SUM digunakan: 1) Klik sel di mana hasil tambah ingin diletakkan.

    2) Klik butang AutoSum - - pada bar alat piawai. 3) Tekan kekunci ENTER.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    20

    6.15 SEMPADAN DAN CORAK

    Grid yang terdapat pada helaian kerja tidak akan dicetak. Untuk

    menghasilkan garisan grid pada helaian kerja maka sempadan dan juga

    corak perlu ditambahkan.

    Untuk membuat sempadan atau corak:

    i. Pilih sel untuk ditambahkan sempadan atau corak.

    ii. Klik menu Format. iii. Pilih Cells. iv. Kotak dialog Format Cells akan dibuka. v. Pilih sempadan atau corak yang dikehendaki.

    vi. Klik OK.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    21

    6.16 MEMFORMAT SECARA OTOMATIK

    Julat sel boleh diformat dengan menggunakan format yang telah tersedia

    oleh EXCEL. AutoFormat dalam Excel menyediakan 16 format jadual.

    Memformat julat sel secara automatik boleh dibuat dengan mengikut

    langkah langkah berikut:

    i. Pilih julat sel.

    ii. Buka menu Format.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    22

    iii. Pilih AutoFormat. iv. Kotak dialog AutoFormat akan dibuka.

    v. Gerakkan bar skrol menegak (ke bawah) untuk mendapatkan stail

    format yang lain.

    vi. Pilih stail format dari kotak senarai yang diberi.

    vii. Tekan butang OK.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    23

    6.17 PENJAJARAN

    Secara lalai atau tabie (by default), EXCEL menjajar data mengikut jenis

    data (data teks dijajar ke kiri manakala data nombor dijajar ke kanan).

    Dalam Excel, data boleh dijajar sama ada ke tengah, ke kiri atau ke

    kanan. Untuk menjajarkan sesuatu data atau masukan:

    i. Pilih data / masukan yang ingin dijajarkan.

    ii. Klik butang penjajaran yang dikehendaki. Dalam contoh ini penjajaran

    tengah dipilih.

    6.18 MENAMAKAN HELAIAN KERJA

    Untuk menamakan helaian kerja:

    i. Tekan butang kanan tetikus pada helaian kerja yang hendak beri /

    ditukarkan nama.

    ii. Pilih Rename dari menu pintar yang dibuka. iii. Nama helaian kerja yang hendak diberi / ditukar nama di highlightkan.

    iv. Taipkan nama baru bagi contoh ini nama yang diberikan kepada

    helaian kerja ialah Kewangan

    Jajaran ke kanan

    Jajaran ke tengah Jajaran ke kiri

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    24

    6.19 AUTOFILL

    AutoFill dapat mempercepat proses memasukkan dengan mengisi satu siri atau membuat penduaan data.

    Sebagai contoh untuk memasukkan satu siri nombor ganjil menggunakan

    Autofill:

    i. Taipkan nombor 1 dan 3 di dalam dua sel yang berbeza.

    ii. Pilih sel nombor 1 dan sel nombor 3.

    iii. Letakkan penunding tetikus pada pemegang sisi (segi empat kecil di

    sudut kanan bawah sel yang dipilih akan muncul).

    iv. Seret pemegang isi bagi mengisi siri nombor ganjil yang dikehendaki.

    v. Lepaskan pemegang isi (lepaskan butang tetikus).

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    25

    6.20 CARTA

    Carta menukarkan nombor kepada persembahan grafik.

    6.20.1 Membina Carta Menggunakan ChartWizard

    Untuk membina carta menggunakan ChartWizard:

    i. Pilih data atau senarai data (serta tajuk tetapi tidak termasuk jumlah).

    ii. Pilih butang ChartWizard pada bar alatan Standard.

    iii. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 1 ( Step 1 ) dibuka.

    a) Pilih jenis Carta (Chart type) dan sub jenis Carta (Chart sub-type).

    Sebagai contoh : Carta jenis Column dan Clustered Column dipilih. b) Klik butang NEXT.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    26

    iv. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 2 (Step 2) dibuka.

    a) Klik tab Series. b) Klik butang Next.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    27

    v. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 3 (Step 3) dibuka.

    a) Klik tab Titles. b) Klik di dalam petak Chart Title Taipkan : UJIAN BULANAN c) Klik di dalam petak Category (X) axis Taipkan : NAMA PELAJAR d) Klik di dalam petak Value (y) axis Taipkan : Markah. e) Klik butang NEXT.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    28

    vi. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 3 (Step 4) dibuka.

    a) Klik butang As object in.

    b) Klik butang Finish.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    29

    6.20.2 Menggerak dan Mensaizkan Carta 6.20.2.1 Menggerakkan Carta

    Untuk mengelakkan carta:

    i. Klik kawasan carta (Chart Area).

    ii. Penunding akan bertukar kepada anak panah empat kepala.

    iii. Seret carta (garis putus menunjukkan pergerakan carta) dan

    kemudian lepaskan butang tetikus.

    6.20.2.2 Mensaizkan Carta

    Untuk mensaizkan carta:

    i. Letakkan penunding pada bucu carta penunding bertukar menjadi

    dwi anak panah.

    ii. Klik dan seret.

    iii. Petak garis putus menunjukkan saiz carta yang dihasilkan.

    6.20.3 Menukar Jenis Carta

    Untuk menukar jenis carta:

    i. Klik carta.

    ii. Buka menu Chart. iii. Pilih Chart Type. iv. Kotak dialog Chart Type akan dibuka.

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

    30

    v. Pilih jenis carta yang dikehendaki. Carta Pie dan sub-jenis Pie with a 3-D visual effect dipilih.

    vi. Klik butang OK.

    6.20.4 Memformat Carta

    Untuk mengedit format carta gunakan Format Data Series:

    i. Dwi-klik carta sebagai contoh carta Pie.

    ii. Kotak dialog Format Data Series dibuka

    iii. Klik tab.