Hari Bumi
description
Transcript of Hari Bumi
Hari Bumi
Hari Bumi
merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun
ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini
diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada
1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord
Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari
Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.
Sejarah Hari Bumi 22 April
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S.
Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari
akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada
mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam
sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April
1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari
Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection
Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The
New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan
peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula
sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam
sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara
global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi
dalam skala global.
Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-
mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam
atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Bentuk Pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam
atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida,
klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau
fenomenon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi
biologi, kimia atau fizik.
Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun
serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80
dB.
Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai
bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk
sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti
akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir
golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.