HARTA DALAM ISLAM

18
1.0 DEFINISI HARTA MENURUT ISLAM 1 Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia merupakan keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunkan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya. Di samping 2 mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan mempunyai arah tuju yang jelas. 1 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut- perspektif-islam 2 Sholahuddin, Asas-Asas Ekonomi Islam, Jakarta:PT. Raja Grafindo Persada, 2007. 1

description

 

Transcript of HARTA DALAM ISLAM

Page 1: HARTA DALAM ISLAM

1.0 DEFINISI HARTA MENURUT ISLAM

1Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia

merupakan keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang

tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan

akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam.

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunkan harta dengan baik dan

bijaksana.

Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia

di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.

Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada

bersyukur atau sebaliknya. Di samping2 mengajar manusia agar mempunyai perspektif

yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang

betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat

dan mempunyai arah tuju yang jelas.

Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk

membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni selain menyeru agar

menjadikan kehidupan dapat memberi menfaat kepada orang lain. Sebagaimana hadis

Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat ”

1 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam2 Sholahuddin, Asas-Asas Ekonomi Islam, Jakarta:PT. Raja Grafindo Persada, 2007.

1

Page 2: HARTA DALAM ISLAM

3Menurut Imam Hanafi, harta ialah sesuatu yang diingini manusia dan boleh disimpan

lama. Manakala menurut Imam Syafi’I dan Imam Hanbali, harta merupakan sesuatu benda

yang dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam bentuk barang

atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi.

4Dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara sebagai jambatan untuk ke

akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya.

Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan

mengajar manusia supaya mempuyai status sosial dan ekonomi yang baik.

2.0 CIRI-CIRI HARTA MENURUT ISLAM

3http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_membuat_perancangan_harta.pdf4 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam/

2

Page 3: HARTA DALAM ISLAM

5Melalui takrifan oleh Imam Hanafi, Imam Syafi’i dan Imam Hanbali, untuk

menentukan sesuatu itu sebagai harta, ianya memerlukan beberapa ciri seperti mempunyai

nilai sama ada bentuk fizikal atau manfaat. Selain itu, ia hendaklah sesuatu yang halal dan

tidak najis menurut syarak serta ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. Jika sesuatu

itu tidak boleh dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut dan burung di udara,

maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta.

Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh manfaatkan secara langsung

seperti tanah, bangunan, rumah dan kereta. Harta juga merupakan sesuatu yang belum kita

miliki tetapi berkemungkinan untuk memilikinya seperti ikan di sungai dan laut, mutiara di

lautan, during di udara dan haiwan di dalam hutan. Harta itu mesti mempunyai benda yang

wujud. Selain itu, harta itu dapat dijadikan sebagai harta, dapat disimpan untuk waktu yang

tertentu atau waktu yang lama dan boleh digunakan di waktu memerlukan, an boleh

digunakan oeh sebhagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan

dibenarkan syarak. Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi Islam dalam

Islam. Harta ialah sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dimanfaatkan seperti cahaya

matahari tidak dianggap harta. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan

seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta.

3.0 KONSEP HARTA MENURUT PANDANGAN ISLAM

5http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb uat_perancangan_harta.pdf

3

Page 4: HARTA DALAM ISLAM

6Wang, harta kekayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan

kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul

harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil

untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.”

( Surah Al-Ankabut : 17 )

Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara’ akan membawa

keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat.

 “Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di

jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.”

( Surah al-Qashah : 77 )

Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti

diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara’. Pemilik hakiki harta dan

kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber,

perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat adalah

harta kekayaan.”

( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

6 http://pislampsas.blogspot.com/2009/01/konsep-harta-dalam-islam.html

4

Page 5: HARTA DALAM ISLAM

7Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Ia haruslah

berasal dari sumber yang halal, sama ada harta itu merupakan pendapatan, simpanan

mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan

segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:

“Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang

memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Al-Bukhari )

Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari

melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam

Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan

dibenarkan oleh syara’. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh

memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud

memudartkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun

daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara’. Firman Allah s.w.t. dalam

bermaksud:

“Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan”

( Surah Al-Israa : 27 )

7 http://duniamuslim.my/konsep-harta-menurut-islam/

5

Page 6: HARTA DALAM ISLAM

Harta adalah milik Allah. Implikasi daripada harta milik Allah ialah manusia tidak boleh

memiliki harta secara mutlak. Pemerintah dibolehkan untuk membuat peraturan berhubung

dengan penggunaan harta serta berhak menarik balik harta individu jika mempunyai

kepentingan untuk masyarakat dan orang ramai selain mengehadkan hak milik individu

demi kepentingan masyarakat.

8Manusia hanya berperanan sebagai pemegang amanah. Mereka tidak boleh

mengganggu hak milik orang lain. Jika diberi keizinan oleh yang berhak, mereka juga tidak

boleh untuk bertindak mengambil kesempatan ke atas yang berhak tersebut. Manusia juga

mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperoleh dan dibelanjakan.

Manusia menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang

telah dijelaskan oleh syarak. Selain itu, harta adalah sebagai ujian daripada Allah kepada

manusia dan manusia bertanggungjawab untuk menggunakan harta ke jalan Allah.

Semua kekayaan yang ada dimuka bumi adalah untuk manusia bagi menggunakan

harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Kita harus

ingat akan peringatan dari Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi ini adalah

akibat tangan manusia yang sering menggunakan harta mereka ke jalan yang tidak diredhai

Allah. Harta yang diberikan kepada manusia tidak sama bilangannya antara satu dengan

yang lain. Ini bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya selain menyuruh untuk

manusia supaya lebih kuat berusaha. Manusia juga perlu mengakui inilah realiti kehidupan

di mana masing-masing saling perlu memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia untuk

mencari redha Allah di akhirat kelak. Ini akan mewujudkan budaya saling membantu dan

tolong menolong. Manakala syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri

daripada orang kaya. Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk

8 Majalah Pengasuh KONSEP HARTA MENURUT ISLAM oleh Al-Faqir Ilallah, Mohd. Rumaizuddin Ghazali

6

Page 7: HARTA DALAM ISLAM

manusia. Jika berlaku ketidakcukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri, sama ada

mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alasan.

4.0 JENIS-JENIS HARTA DALAM ISLAM

4.1 HARTA MUTAQAWWAM DAN GHAIR MUTAQAYYAM

7

Page 8: HARTA DALAM ISLAM

Harta Mutaqawwam ialah harta bernilai manakala Harta Ghair Mutaqawwam ialah

harta tidak bernilai atau juga digolong sebagai harta halal dan harta haram.

9Harta yang bernilai iaitu harta mutaqawwam ialah harta yang diiktiraf pemilikannya

oleh syarak. Namun pengiktirafan ini hanya akan wujud sekiranya harta tersebut melepasi

dua syarat asasnya iaitu harta tersenut dimiliki oleh pemiliknya secara sah dan harta

tersebut juga boleh dimanfaatkan dalam keadaan biasa menurut hokum syarak kecuali

dalam keadaan darurat. Harta tidak bernilai atau harta ghair mutaqawwam pula ialah harta

yang tidak diikitiraf pemilikannya oleh syarak. Harta tersebut juga belum dimiliki

sepenuhnya seperti burung di udara atau penggunaannya tidak dibenarkan oleh syarak

dalam keadaan biasa seperti arak, barangan curi dan daging babi.

Impak kepada pembahagian ini ialah dalam masalah kontrak jual beli dari sudut sah

atau tidak, harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat

kontrak contohnya babi, arak dan biawak. Manakala daripada segi ganti rugi, jika berlaku

kerosakan, semua harta yang tidak bernilai adalah tidak diikitiraf pemilikannya. Oleh itu,

sesiapa yang merosakkan harta ini tidak perlu untuk membayar pampasan.

4.2 HARTA MITHLY DAN HARTA QIMMI

9 Wahbah al-Zuhaili (1984) Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr

8

Page 9: HARTA DALAM ISLAM

10Harta mithly ialah harta serupa dan harta qimmiy adalah harta seharga. Harta

mithly atau serupa ialah harga yang mudah untuk didapati seumpamanya di pasaran dan

tidak ada sebarnag perbezaan padanya yang boleh dikesan. Dengan kata lain, harta mithly

ialah harta yang mempunyai persamaan dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan

nilai. Harta ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu barang yang disukat seperti gandum

dan padi, barang yang ditimbang seperti kapas dan besi, barang dikira yang mempunyai

bentuk sama seperti telur dan kelapa dan terakhir ialah barang yang diukur mengikut meter,

ela, depa dan lain-lain ukuran. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu

boleh diterima oleh semua pihak.

Manakala harta qimmi atau harta serupa ialah harta yang mempunyai ciri-ciri khusus

yang menjadi penentu kepada nilai harganya sama ada terdiri daripada barang yang sukar

untuk didapati di pasaran atau terdapat di pasaran tetapi harganya adalah berbeza. Atau

dengan kata lain, harta qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika terdapat persamaan,

ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara dan tidak boleh diterima oleh semua pihak.

11Impak pembahagian bagi harta mithly ialah jika merosakkan harta ini maka perlu

membayar ganti rugi iaitu dengan yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan dari

segi nilai dan barangnya. Manakala jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi

sesame mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas hata mithly sahaja. Bagi harta

qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan daripada ahli syarikat. Jika harta qimmi

dirosakkan, cukup sekadar membayarnya dengan kadar harga yang sama dengan barang

yang telah dirosakkan tersebut.

4.3. HARTA MANQUL DAN HARTA GHAIR MANQUL

10 Paizah Ismail (1995) Asas-Asas Muamalat dalam Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka11 Munir, Abdul, Harta Dalam Perspektif Al Quran, Disertasi UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, 2006

9

Page 10: HARTA DALAM ISLAM

Harta manqul ialah harta alih iaitu sesuatu yang boelh dipindahkan dari satu tempat

ke tempat yang lain. Contohnya ialah buku dan wang. Harta ini juga ialah barang yang

boleh ditentukan kadarnya dengan sukatan seperti gandum dan padi serta yang boleh

ditimbang iaitu kapas dan besi. Manakala harta ghair manqul atau a’qar atau juga harta tak

alih ialah harta yang mempunyai harga tetap dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

Jika dialih, ia akan merosakkan contohnya ialah bangunan dan tanah. 12Dalam kesan

pembahagiannya, seperti masalah wakaf, para fuqaha bersepakat, boleh mewakafkan harta

tak alih. Manakala dalam pewasiatan, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih

kecuali dengan sebab yang tidak boleh dapat dielakkan seperti untuk tujuan membayar

hutang orang yang di bawah jagaannya. Sebaliknya, harta alih boleh dijual pada bila-bila

masa. Dalam hukum Islam, sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi

adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih tetapi bagi harta alih maka ia

dianggap tidak sah kecuali melalui tempahan atau hutang. Selain itu, seorang yang muglis

boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun, lelongan

tersebut mestilah didahului dengan harta alih. Sekiranya tidak cukup, barulah boleh dilelong

harta tak alih. Manakala dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang

dibenarkan hak syufah manakala harta harta alih tidak boleh disyufah.

4.4 HARTA ISTIKMALI DAN HARTA ISTIKHLAKI

12 Abdul Karim Zaidan (2003) al-Madkhal li Dirasah al-Syari’ah al-Islamiyyah, Beirut : Muassasah al-Risalah

10

Page 11: HARTA DALAM ISLAM

13Harta istikmali ialah harta yang diguna berkali-kali dan yang kekal zatnya selepas

digunakan seperti pakaian, kereta dan barang perhiasan. Manakala harta istikhlaki ialah

harta yang habis dipakai apabila digunakan seperti minyak, makanan dan minuman.

4.5 HARTA YANG BOLEH DITENTUKAN KADARNYA DAN HARTA YANG TIDAK BOLEH

DITENTUKAN KADARNYA

Harta yang boleh ditentukan kadarnya ialah seperti buku dan wang iaitu harta yang

boleh ditentukan dengan bilanga dan ukuran. Manakala harta yang tidak boleh ditentukan

kadarnya ialah harta yang ditentukan dengan sukatan dan timbangan bergantung kepada

penerimaan masyarakat atau disebut sebagai uruf seperti di Baghdad dan Khufah, minyak

dan madu ditimbang manakala di Andalusia disukat. Contoh bagi harta yang tidak boleh

ditentukan kadarnya ialah beras, gula dan tepung.

4.6 HARTA DALAM BENTUK BARANG DAN MANFAAT

Harta dalam bentuk barang juga disebut sebagai ‘ain harta atau fizikal harta. Ini

bermaksud, Sesutu yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti rumah dan kereta.

Manakala harta dalam bentuk manfaat ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang juga

dirasa seperti hak menggunakan rumah dan kereta yang bermaksud hanya mendapat

manfaat daripada harta tersebut iaitu hak untuk menduduki rumah tersebut bagi rumah

yang disewa manakala barang tersebut merupakan milik atau barang pemilik sebenar

rumah sewa tersebut.

5.0 KEPENTINGAN HARTA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

13 http://caripopo.com/ipk211b02.html

11

Page 12: HARTA DALAM ISLAM

14Dalam kehidupan individu, harta adalah sebagai wasilah bagi memenuhi keperluan

yang dihajati. Sementara bagi masyarakat dan negara, harta sebagai wasilah atau

pemangkin pembangunan dan sumber kekuatan. Islam yang memperakui penguasaan

harta ke atas diri manusia, pengaruhnya dalam kehidupan dan disanubari mereka, kerana ia

merupakan tenaga yang bekerja dalam kehidupan. Harta dilihat sebagai paksi aktiviti

ekonomi dalam masyarakat. Islam sebagai ad-din telah pun mengatur dalam sistem

ekonominya cara-cara pemilikan harta serta kaedah membangun dan mengembangkannya.

15Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor

penyumbang kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan

sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah dengan membelanjakan harta

untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan beribadat.

Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya

tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah

pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian

daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan.

Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan

oleh syarak seperti sedekah dan derma. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang

bersifat kebajikan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Sebagai

khalifah di muka bumi ini juga, kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari dan

mengembangkan harta untuk kehidupan yang sempurna.

6.0  KESIMPULAN

14 Harta intelektual menurut fiqh Islam : Ariff Salleh Rosman, Penerbit UTM, 200215 At-Thariqi, Abdullah Abdul Husain, Ekonomi Islam, Prinsip Dasar dan Tujuan, Magistra Insani Press,

2004.

12

Page 13: HARTA DALAM ISLAM

Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah

segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. 

Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan

rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan

dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka

sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta

peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta

bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus

ditadbir menurut ketentuanNya.

13