Hasil Perbincangan

2
PENGETAHUAN BARU – PERBINCANGAN Pada tahun ini saya dikehendaki menjalani praktikum selama 1 bulan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sam Yoke. Hasil perbincangan saya dengan penyelaras PPKI saya iaitu Cik Lee saya dikehendaki mengajar 3 buah kelas PPKI iaitu, K2 (Tahun 4), K4 (Tahun 2) dan K5 (Tahun 1). Masa yang diperuntukkan untuk saya mengajar adalah 8 waktu seminggu. Saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Manipulatif selama 6 waktu dan mata pelajaran Matematik selama 2 waktu seminggu. Selain itu juga, hasil perbincangan dengan guru pembimbing saya, iaitu Puan Yeo, saya perlu mengikuti Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mata pelajaran yang berkenaan semasa mengajar dan juga membuat rancangan pengajaran harian. Di samping itu juga, saya juga perlu menyambung tajuk pelajaran guru kelas mengikuti rancangan tahunan sekolah. Hasil daripada perbincangan dengan guru kelas terbabit, mereka membimbing saya dalam merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid. Selain daripada mengajar, semasa berada di sekolah ini saya dan rakan saya perlu melibatkan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Khamis. Hasil perbincangan dengan guru bertugas, Cik Norika, saya perlu melatih murid langkah-langkah asas tarian kipas. Walaupun semasa berada di IPGKBM saya mempunyai pengalaman dalam persembahan rasmi di majlis akan saya aplikasikan untuk membantu murid-murid PPKI di sekolah ini. Jadi hasil perbincangan yang telah dilakukan oleh guru pembimbing, maka saya dan rakan saya perlu melatih murid di

description

Praktikum fasa 1

Transcript of Hasil Perbincangan

PENGETAHUAN BARU PERBINCANGANPada tahun ini saya dikehendaki menjalani praktikum selama 1 bulan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sam Yoke. Hasil perbincangan saya dengan penyelaras PPKI saya iaitu Cik Lee saya dikehendaki mengajar 3 buah kelas PPKI iaitu, K2 (Tahun 4), K4 (Tahun 2) dan K5 (Tahun 1). Masa yang diperuntukkan untuk saya mengajar adalah 8 waktu seminggu. Saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Manipulatif selama 6 waktu dan mata pelajaran Matematik selama 2 waktu seminggu. Selain itu juga, hasil perbincangan dengan guru pembimbing saya, iaitu Puan Yeo, saya perlu mengikuti Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mata pelajaran yang berkenaan semasa mengajar dan juga membuat rancangan pengajaran harian. Di samping itu juga, saya juga perlu menyambung tajuk pelajaran guru kelas mengikuti rancangan tahunan sekolah. Hasil daripada perbincangan dengan guru kelas terbabit, mereka membimbing saya dalam merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid. Selain daripada mengajar, semasa berada di sekolah ini saya dan rakan saya perlu melibatkan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Khamis. Hasil perbincangan dengan guru bertugas, Cik Norika, saya perlu melatih murid langkah-langkah asas tarian kipas. Walaupun semasa berada di IPGKBM saya mempunyai pengalaman dalam persembahan rasmi di majlis akan saya aplikasikan untuk membantu murid-murid PPKI di sekolah ini. Jadi hasil perbincangan yang telah dilakukan oleh guru pembimbing, maka saya dan rakan saya perlu melatih murid di sekolah ini.