HATTAWIYYAH

Click here to load reader

download HATTAWIYYAH

of 8

description

kaedah hattawiyyah

Transcript of HATTAWIYYAH

Slide 1

BAHAGIAN 2HATTAWIYYAH Buku siri kedua daripada pakej buku Metode Hattawiyah ini mengandungi satu juzuk al-Quran yang ditulis dengan jarang bagi memudahkan para pelajar membacanya.

Buku bahagian 2 ini lebih bersifat praktikal supaya para pelajar dapat cepat lancar membaca al-Quran.PANDUAN MENGAJAR METOD INIBelajar al-Quran mestilah dengan niat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah Taala. Guru hendaklah menanamkan kepada murid bahawa membaca al-Quran adalah salah satu kewajipan dalam Islam. Guru hendaklah mendidik para pelajar agar menghormati al-Quran. Antara sikap-sikap penting yang perlu diamalkan ialah:- membersihkan badan, pakaian dan tempat belajar al-Quran dari sebarang najis dan benda-benda kotor.- berpakaian sopan dan menutup aurat.- membawa al-Quran dengan cara memeluknya di dada. Ini bertujuan untuk memperdalam rasa cinta kepada al-Quran.- letakkan al-Quran di tempat yang bersih, tinggi dan jangan dihimpit oleh benda-benda lain di atasnya.- mengambil al-Quran dengan tangan kanan dan sebaik-baiknya dengan dua belah tangan.- jangan membawa dan baca al-Quran di tempat yang kotor.4.al-Quran yang hendak dibaca mestilah terang tulisannya dan jelas huruf-hurufnya.5.Jika masih ada murid yang ragu tentang huruf al-Quran, guru hendaklah mengingatkannya kepada pelajaran-pelajaran yang terdapat dalam buku pertama.6.Ingatkan pada anak didik beberapa perkara asas yang penting berkenaan rasm uthmani.- setiap huruf alif, wau dan ya yang berfungsi sebagai huruf mad tidak diberi tanda baris mati (sukun).- huruf nun mati yang bertemu huruf-huruf ta, sa, jim, dal, dzal, ra, zai, sin, syin, sod, dhod, tho, zo, fa, qaf, kaf, lam, mim, nun dan ya tidak diberi tanda sukun. Apabila bertemu huruf ba, diberi tanda mim kecil di atasnya.- huruf mim mati yang bertemu huruf mim dan ba tidak diberi tanda mati (sukun).7.Semasa membaca al-Quran, mata hendaklah mendahului sebutan lidah. Contohnya membaca kalimah ; ketika membaca za mata sudah sampai kepada li, dan ketika membaca li, mata sudah sampai kepada ka dan demikianlah seterusnya.8.Latihan hendaklah diberi secara berulang-ulang dengan bacaan tidak berlagu (murattal). Masalah tajwid diajarkan setelah pelajar lancar membaca al-Quran.9.Murid atau pelajar hendaklah sentiasa dilatih menulis al-Quran.