Hbef2103

10
1. PENDAHULUAN. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru-guru senantiasa berdepan dengan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Perbezaan- perbezaan ini menyebabkan guru-guru perlu bersedia dengan rancangan dan strategi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Ini kerana perbezaan- perbezaan yang terdapat pada individu yang dipanggil pelajar ini. Menurut Papalia(2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan; di dalam hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di rumah di mana dia dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah. Perbezaan individu dari pelbagai aspek ini akan memberi implikasi kepada kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran. Slavin(1997), kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Oleh itu sebagai guru, kita perlu memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar dan member perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Henson dan Eller (1999), dalam buku ‘Educational Psychology for Effective Teaching’, kepelbagaian individu merujuk kepada cirri atau sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan ( optimistik, sentiasa berani mencuba ) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya ).

Transcript of Hbef2103

Page 1: Hbef2103

1. PENDAHULUAN.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru-guru senantiasa berdepan

dengan pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Perbezaan-

perbezaan ini menyebabkan guru-guru perlu bersedia dengan rancangan dan strategi agar

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Ini kerana perbezaan-

perbezaan yang terdapat pada individu yang dipanggil pelajar ini.

Menurut Papalia(2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk

tubuh badan; di dalam hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti

serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya

hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di rumah di mana dia

dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara

keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah.

Perbezaan individu dari pelbagai aspek ini akan memberi implikasi kepada kesediaan

belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran. Slavin(1997), kepelbagaian pelajar

terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik,

budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.

Oleh itu sebagai guru, kita perlu memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar

dan member perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah.

Menurut Henson dan Eller (1999), dalam buku ‘Educational Psychology for Effective

Teaching’, kepelbagaian individu merujuk kepada cirri atau sifat manusia yang

mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan ( optimistik, sentiasa berani mencuba )

atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah

( seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya ).

Page 2: Hbef2103

1. SENARIO.

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4,

sekumpulan murid diperhatikan tidak menghiraukan pengajaran guru mereka. Kumpulan

tersebut seakan-akan hilang minat terhadap pengajaran guru subjek tersebut. Mereka

asyik bercakap-cakap sesama sendiri walaupun cikgu sedang mengajar di hadapan kelas.

Perbuatan mereka yang suka bercakap-cakap sesama sendiri itu telah menyebabkan kelas

menjadi bising. Ini kerana kadang-kadang mereka tidak dapat mengawal suara mereka

kerana asyik bercakap-cakap. Suasana ini telah menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran tersebut terganggu. Masalah hilang minat terhadap mata

pelajaran ini juga semakin jelas apabila mata pelajaran tersebut diajar pada 3 atau 2 piriod

terakhir iaitu sekitar pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari. Tambahan pula, keadaan kelas

yang tidak kondusif. Pelajar-pelajar ini terpaksa belajar di bengkel kemahiran hidup

kerana kelas mereka tidak selamat untuk diduduki. Terdapat sesetengah pelajar kelas itu

yang sering tidak menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru Bahasa

Melayu mereka.

2.1 MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Keadaan kelas menjadi bising kerana sekumpulan pelajar ini yang tidak menumpukan

perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Apabila ditegur, mereka akan berhenti

sekejap. Namun, keadaan bising kerana bercakap-cakap dan tidak memberikan perhatian

terhadap pengajaran guru ini kembali semula 5 atau 10 minit kemudian. Keadaan ini telah

menyebabkan guru tersebut terpaksa memberhentikan seketika pengajarannya untuk

menarik semula minat pelajar terhadap pengajarannya. Guru ini sentiasa menghadapi

masalah untuk mencapai objektif pengajarannya kerana masalah kelas bising ini. Setiap

kali mencatat refleksi pengajaran, guru ini terpaksa mencatat ‘pengajaran akan

disambung pada hari esok’ kerana masalah murid bising yang dihadapinya.

Page 3: Hbef2103

Keadaan kelas bising kerana sekumpulan pelajar yang sering bercakap-cakap semasa

pengajaran dan pembelajaran ini telah menyebabkan guru berkenaan meneliti masalah

tersebut.Sekiranya dibiarkan berterusan, masalah ini akan bukan sahaja mengganggu

pembelajaran pelajar berkenaan malahan turut mengganggu rakan-rakan sekelasnya. Ini

kerana pelajar lain turut tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami

dengan baik isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru mereka.

2. HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

2.1 KENAL PASTI MASALAH.

Beberapa masalah telah dapat dikenal pasti yang telah menyumbang kepada keadaan

kelas bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.Antara

masalah yang telah dikenal pasti ialah :

1) Sekumpulan pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising kerana

pengajaran guru berkenaan yang agak membosankan.

2) Guru hanya menggunakan pengajaran sehala terutamanya dalam bahagian pengajaran

penulisan.

3) Keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif. Pelajar kelas berkenaan terpaksa

belajar di kelas sementara iaitu di bilik kemahiran hidup kerana kelas asal mereka

tidak selamat digunakan lagi akibat atap yang bocor. Pengajaran pada period akhir

juga banyak menyumbang kepada kelas bising. Keadaan kelas yang agak sempit,

dengan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 28 orang dan kerusi dan meja

yang tidak sesuai untuk kelas biasa banyak menyumbang kepada masalah pelajar ini.

4) Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak menarik. Guru

kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya.

2.2 HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

Page 4: Hbef2103

2.2.1 Masalah pelajar bercakap-cakap hingga menyebabkan kelas bising

Sekumpulan pelajar yang menyebabkan kelas bising kerana pengajaran guru yang agak

membosankan. Keadaan ini telah juga menyebabkan pelajar lain tidak dapat

menumpukan perhatian dan tidak dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan

oleh guru mereka.Pelajar lain turut membuat bising apabila mendapati kawan mereka

juga bercakap-cakap dan bising serta tidak member perhatian kepada pengajaran guru.

Permasalahan ini dapat dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh

Bandura,(1986).Menurut teori ini, kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,

kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Teori ini menekankan peranan kognitif dan juga

persekitaran dalam perkembangan. Dalam permasalahan yang dihadapi oleh guru

tersebut, pelajar-pelajarnya membuatkan kelas bising walaupun sudah ditegur. Dalam

teori pembelajaran sosial ini menekankan secara khusus tentang kelakuan manusia yang

banyak dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati

orang lain, seseorang individu membentuk idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan

apakah kesannya. Dalam teori pembelajaran sosial oleh Bandura juga menggariskan

beberapa peringkat peniruan. Peringkat peniruan ini didapati wujud dalam masalah yang

dihadapi oleh guru berkenaan. Pelajar-pelajar meniru tingkah laku kawan-kawan mereka

yang bercakap-cakap sewaktu guru mengajar hingga menimbulkan suasana bising.

Mereka tidak memberi perhatian kepada pengajaran oleh guru, sebaliknya menumpukan

perhatian kepada kepada kawan-kawan yang bercakap kerana ianya boleh menghilangkan

rasa jemu mereka terhadap pengajaran guru mereka.

Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah iaitu

tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Bandura menekankan bahawa hanya

dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku. Dalam kes tersebut, pelajar

lain turut sama membuat bising kerana mereka melihat dan memerhatikan contoh yang

dilakukan oleh kawan-kawan mereka. Maksudnya, kalau kawan mereka boleh dan

berjaya membuat bising atau bercakap-cakap, mereka juga boleh membuat bising dan

Page 5: Hbef2103

bercakap-cakap. Apabila mereka memberi perhatian kepada rakan-rakan mereka yang

bercakap, mereka terdorong untuk berbuat perkara yang sama.

2.2.2 Masalah murid tidak berminat terhadap pengajaran guru.

Pelajar tidak menumpukan perhatian dan tidak berminat terhadap pengajaran

guru.Mereka hanya menjawab soalan apabila ditanya sahaja. Selebihnya, mereka akan

berbual-bual sesama sendiri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran

Gagne. Dalam Teori Pembelajaran Gagne, lapan peringkat pembelajaran telah

dikenalpasti. Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti pembelajaran isyarat,

pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran pertalian bahasa,

pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan pembelajaran

penyelesaiaan masalah.

Pembelajaran isyarat di mana seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap

sesuatu isyarat. Sebagai contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat

bahawa dia mengantuk. Dalam kes yang diperkatakan di sini, pelajar membuat bising

sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru

tersebut sangat membosankan.

Dalam teori Pembelajaran Gagne juga ada disebutkan peringkat Pembelajaran Konsep.

Dalam peringkat Pembelajaran Konsep,pelajar-pelajar perlu mengenali ciri-ciri sesuatu

konsep secara tepat untuk mendapatkan kefahaman yang baik. Dalam membentuk konsep

yang baik, mereka perlu membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan

peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dapat

membentuk konsep yang betul dan tepat. Dalam masalah yang dikemukakan di sini, guru

tidak dapat memberikan contoh-contoh yang jelas menyebabkan pelajar tidak dapat

memahami konsep pembelajaran yang diterima ketika itu. Apabila konsep tidak dapat

dibentuk, pelajar akan mula memberikan gerak balas isyarat bagi menyatakan bahawa

mereka tidak faham atau mereka sedang mengikuti pengajaran yang membosankan.

Page 6: Hbef2103

2.2.3 Masalah keadaan kelas berkenaan yang tidak kondusif.

Pelajar bising dan hilang minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka

antara sebab lainnya adalah kerana keadaan kelas yang tidak kondusif untuk mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan pengajaran guru di

dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan

sesuatu mata pelajaran.

Teori pembelajaran behaviorisme banyak berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran.

Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah pertubahan tingkah laku yang

berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Behaviorisme

menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan

boleh diukur.

Dalam kes ini, pelajar menunjukkan perubahan sikap daripada berminat dengan

pembelajaran kepada tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru mereka

keran berlaku perubahan persekitaran bilik darjah mereka. Mereka tidak dapat

menumpukan perhatian terhadap pengajaran kerana suasana kelas yang sempit

berbanding jumlah mereka yang ramai. Pelajar ini juga terpaksa belajar sambil duduk di

atas kerusi yang tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Mereka

tidak dapat merehatkan badan atau bersandar seperti di dalam kelas biasa. Keadaan yang

tidak selesa ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran

guru sangat sedikit.

2.2.4 Pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang tidak

menarik. Guru kurang memberi peneguhan kepada pelajarnya.

Menurut Thorndike(1913), pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R,

iaitu stimulus(rangsangan) dan response(gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang dapat dibahagikan kepada

tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan

Page 7: Hbef2103

merupakan kesediaan dari segi psokomotor, afektif dan kognitif sebelum boleh belajar.

Hukum latihan merupakan latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.

Manakala Hukum Kesan ialah kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara

rangsangan dan gerak balas.

Dalam kes ini, guru berkenaan hanya menjalankan pengajaran secara kelas dan

berfokuskan guru. Menerangkan konsep tetapi kurang memberikan contoh-contoh untuk

memperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang diajar. Guru kurang

memberikan latihan untuk memastikan kemahiran yang diajar dapat ditingkatkan.

Kesannya, akan menyebabkan murid tidak berminat terhadap pengajaran tersebut.

Apabila kurang rangsangan melalui latihan diberikan, pelajar akan menjadi kurang

bertindak. Tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa

pengukuhan.

Kes yang dikemukakan ini juga dapat dikaitkan dengan teori pelaziman operan Skinner.

Menurut Skinner (1953), gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan

(tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak

individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan rangsangan otak. Peneguhan

dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif ialah memberikan ganjaran apabila suatu perlakuan ditunjukkan, yang

menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.Dalam bilik darjah,

peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar mengemukakan soalan dengan baik,

guru memuji pelajar dan ini akan membawa peneguhan positif kepada pelajar berkenaan.

Mereka berkemungkinan akan kemukakan lebih banyak soalan yang baik di masa

hadapan. Namun, perkara sebaliknya akan berlaku apabila guru kurang memberikan

peneguhan positif kepada pelajar mereka sewaktu pengajaran berlaku. Inilah yang

berlaku dalam kes yang dikemukakan di sini.

Page 8: Hbef2103

Brophy (1981), menyenaraikan beberapa ciri pujian iaitu peneguhan positif yang

memberi kesan yang positif. Antaranya ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat,

memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang

spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan.

Antara proses yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner iaitu dendaan, amat

berkait dengan masalah yang dikemukakan di sini. Dendaan adalah satu proses atau

tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak

diingini.Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam

kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

3. PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI

PEMBELAJARAN.

3.1 Implikasi Teori Sosial Kognitif Bandura.

Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap

permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran

guru kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga,

pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk

melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.

3.1.1 Implikasi pengajaran.

Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi yang secukupnya untuk memastikan

pelajar yang menimbulkan masalah menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku.

Apabila pelajar menghadapi masalah untuk mendengar arahan, guru hendaklah mencari

dan cuba menyelesaikannya dengan mengubah cara pengajaran mereka. Guru perlu

mempelbagaikan bahan bantu mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah,

aplikasi ICT, audio visual dan banyak lagi.Guru perlu mengubah cara pengajaran

Page 9: Hbef2103

berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Sekiranya masalah ini berterusan, guru

bolehlah menggunakan aplikasi daripada teori ini iaitu proses tiruan melalui sekatlakuan

dan taksekatlakuan. Guru perlu terangkan kepada murid dan memberitahu mereka

bahawa perbuatan mereka yang membuat bising semasa pengajaran guru adalah tidak

dibenarkan.

3.2 Implikasi Teori Gagne.

Andaian daripada teori ini, pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas

supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi Gagne, pembelajaran berlaku

secara berperingkat hierarki, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada

peringkat paling kompleks.

3.2.1 Implikasi Pengajaran.

Pelajar membuat bising sebagai isyarat kepada pemberitahuan bahawa pengajaran yang

disampaikan oleh guru tersebut sangat membosankan. Justeru itu, guru perlu mengubah

kaedah pengajarannya. Guru perlu merancang pengajarannya yang meliputi 8 langkah

yang dicadangkan oleh Gagne.

3.3 Implikasi Teori Behaviorisme.

Andaian bahawa pelajar tidak menumpukan perhatian kerana kurang diberikan

peneguhan oleh guru mereka. Andaian juga bahawa pelajar berbuat bising atau tidak

memberi perhatian terhadap pengajaran guru mereka kerana telah terbiasa dengan

keadaan yang riuh begitu sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan

pembelajaran mereka.

Page 10: Hbef2103

3.3.1 Implikasi Pengajaran.

Sebagai seorang guru, perlu memberikan tindak balas terhadap perubahan yang

ditunjukkan oleh pelajar mereka. Sekiranya pelajar mereka tidak memberikan perhatian,

guru boleh mengenakan dendaan (peneguhan negatif) kepada pelajar mereka. Peneguhan

negatif ini bertujuan membentuk perubahan individu kea rah yang lebih baik.