hbhe2203

download hbhe2203

of 29

description

delikuens juvana

Transcript of hbhe2203

Sains Sosial MJA ****

________________________________________________________________________

HBHE2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEMESTER MEI 2015

________________________________________________________________________

NAMA

: NURHAZRI BIN RAHIM

NO PELAJAR

:810103145603001

NO HP

:0132299360

PUSAT

PEMBELAJARAN

:PETALING JAYA

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

.

3

1.1 Definisi Juvana

42.0 Definisi Delinkuens Juvenil

5

2.1 Ciri-Ciri Salahlaku Juvana

7

3.0 Permasalahan Juvana di Malaysia

8

3.1 Statistik Tingkahlaku Devian

9

4.0 Faktor-Faktor Berlakunya Delinkuensi Juvana

13

4.1 Impak dari Sekolah

14

4.2 Pengaruh Rakan Sebaya

15

4.3 Faktor Ekologi Keluarga

17

4.4 Urbanisasi

19

4.5 Perubahan Sosial

21

4.6 Isolasi

4.7 Faktor Media Masa

225.0 Cara Mengatasi Masalah

246.0 Kesimpulan

267.0 Rujukan

281.0 Pengenalan.

Sesebuah masyarakat, tidak dapat lari daripada masalah juvenil atau delinkuensi dan tingkah laku langsang (keganasan) di kalangan remaja. Masalah-masalah sosial ini banyak dikaitkan dengan tingkah laku antisosial dalam perspektif psikologi. Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, kaunselor dan individu lain yang berhadapan dengan masalah gejala ini. Delikuensi dan kelangsangan remaja banyak tercetus hasil daripada ekspresi luaran dari tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sosial dan norma-norma keluarga, serta tindakbalas tekanan dalaman. Ramai remaja mempelajari tingkah laku seumpama ini secara psikologikalnya daripada ibu bapa yang mengamalkan penderaan fizikal. Delinkuensi secara tipikalnya merujuk kepada mana-mana aktiviti yang salah atau konflik dengan norma sosial, tetapi ia tidak selalunya ada kait dengan kelansangan. Kelangsangan pula boleh difahami dalam pelbagai bentuk seperti kumpula kelangsangan, merosakkan harta melalui vandalisme dan kelangsangan dalam mencederakan diri. Masalah delinkuensi dan kelangsangan sama juga dengan masalah antisosial.

1.1 Definisi Juvana

United Nations Convention of the Rights of Children 1989 mendefinisikan juvana sebagai ,

All human beings under the age of 18, unless the relevant national laws recognise an earlier age of majorityDi Malaysia definisi ini diperincikan dalam Akta Mahkamah Juvana 1947 (Seksyen 2) yang menyebut bahawa,

kanak-kanak bermaksud seseorang di bawah umur empat belas tahun manakala orang muda ertinya seseorang yang telah mencapai umur empat belas tahun dan di bawah umur lapan belas tahun. Akta ini juga memperuntukkan, juvana ertinya seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah umur lapan belas tahun. (Umur bagi tanggungjawab jenayah menurut seksyen 82 Kanun Keseksaan adalah 10 tahun.)2.0 Definisi Delinkuens JuvenilBoehnke and Dagmar Bergs-Winkels (2002) telah membentuk dua kategori Delinkuens Juvenil. Kategori pertama yang diutarakan adalah kewujudan kumpulan penentang atau oppositional groups dalam masyarakat. Konflik wujud antara kumpulan ini yang terdiri dari juvana dan masyarakat dewasa akibat dari keinginan golongan muda untuk menunjukkan status dewasa mereka. Contohnya seperti salahlaku merokok dan memandu tanpa lesen dapat dilihat sebagai simbol kematangan seseorang dan juvana yang mempraktikkan perilaku tersebut akan menganggap dirinya sebagai sudah mencapai status dewasa. Juvana juga akan cenderung untuk membuat provokasi terhadap masyarakat dengan melakukan penentangan yang melanggar norma-norma yang diterima masyarakat seperti mengukir grafiti didalam bas atau melukis simbol kumpulan di tempat awam. Kategori kedua pula membawa teori bahawa juvana sebenarnya melakukan perbuatan yang normal, dilakukan dan diterima oleh masyarakat tetapi berlaku secara tersirat. Matza (1964 ) seperti dipetik oleh Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels, memberi contoh seperti kelakuan penipuan dalam perniagaan, nepotisme dan keganasan sebagai perilaku yang normal dalam masyarakat kapitalis barat tetapi tidak berlaku secara terang akibat dari kewujudan peraturan dan kepercayaan kepada prinsip-prinsip seperti keadilan dan kesaksamaan. Juvana pula tidak terikat kepada peraturan dan prinsip-prinsip ini sebagaimana orang dewasa.Albert Roberts (2004) pula memetik definisi delinkuens remaja yang dibuat oleh US Children's Bureau. Kriteria yang dinyatakan adalah :

Juvenile deliquency cases are those referred to courts for acts defined in the statutes of the State as the violation of a state law ... by children or youth of juvenile court age, or for conduct so seriously antisocial as to interfere with the rights of others or to menace the welfare of the delinquent himself...

Bukan semua juvana yang mempamerkan ciri-ciri permasalahan dilabel sebagai delinkuen, remaja yang kadang-kadang terlibat dengan pergaduhan atau salah faham lain biasanya akan dianggap sebagai mempamerkan perilaku biasa seorang remaja. Hanya jika kesalahan sebegini sering dilakukan masyarakat akan melabel seseorang juvana sebagai delinkuen atau remaja bermasalah. 2.1 Ciri-Ciri Salahlaku Juvana.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan beberapa ciri-ciri yang biasa wujud dalam perilaku salahlaku juvana seperti: i. Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau pihak berkuasaii. Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah

iii. Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan suka bermusuhan

iv. Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan lemah pencapaian akademik

v. Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan kurang akur kepada kemahuan

masyarakat

vi. Datang daripada keluarga yang mempunyai stres yang tinggi, mengalami kepincangan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan mempunyai sejarah penyakit mental

vii. Kurang perasaan empati dan suka mendesak

3.0 Permasalahan Juvana di Malaysia

Salahlaku juvana di Malaysia telah wujud sekian lama tetapi menjadi lebih serius pada masa sekarang. Menurut pemerhatian Azizi Hj. Yahaya, (2000), permasalahan pada waktu dahulu hanya terdiri dari kesalahan ringan seperti ponteng kelas, tidak membuat tugas sekolah, tiada kekemasan diri, melawan guru atau jenayah ringan lain seperti merokok, vandalisme namun sejak kebelakangan ini jenayah yang lebih serius seperti rogol, membunuh, berzina dan meragut dikaitkan dengan juvana.

Nasimah Husin (2005) mengkategorikan delinkuensi juvana di Malaysia kepada dua jenis iatu kelakuan yang bertentangan dengan undang-undang dan boleh didakwa dan kesalahan status. Jenis pertama iatu kelakuan yang bertentangan dengan undang-undang termasuklah kes ragut, curi motor, gangsterisme dan jenayah berat lain seperti pembunuhan dan rompakan. Kesalahan status pula mempunyai dua cabang ; remaja yang tidak dapat dikawal oleh keluarga seperti yang cenderung untuk lari dari rumah dan juvana yang terlibat dalam masalah moral seperti bohsia, pelacuran dan penzinaan.3.1 Statistik Tingkahlaku Devian

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mengeluarkan Indeks Belia Malaysia sebagai satu instrumen yang dibina untuk memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia. Kajian dibuat dari sampel nasional yang mengambil kira agihan dari segi gender, kaum, kategori umur dan juga kawasan tempat tinggal. Jadual 1.1

Sumber : IPPBM 2009

Jadual 1.1 menunjukkan Indeks Tingkahlaku Devian pada tahun 2008. Didapati terdapat peningkatan minima dengan skor 0.4 berbanding dengan tahun 2006. Analisa dari indikator domain tingkah laku ini mendapati terdapat pertambahan dalam belia yang membaca bahan lucah dan belia yang suka melepak. Secara keseluruhannya, penurunan dapat dilihat dalam skor belia yang mengaku tidak melakukan tingkah laku devian dalam kajian tersebut.STATISTIK KES JUVANA MENGIKUT NEGERI DARI TAHUN 2000-2005

Negeri200020012002200320042005

Johor5855683815587511019

Kedah315358342443334930

Kelantan307366347432325280

Melaka82977077117153

Negeri Sembilan479319263153246225

Pahang266383342290182232

Perak583529519326713644

Perlis4078124106100134

Pulau Pinang512471351317317291

Selangor878831903835816807

Terengganu372251406525525736

WP Kuala Lumpur296528777581874904

WP Labuan91601000

Sabah130121191155394500

Sarawak430266303190362346

Jumlah528451825319499860567201

Jadual 1.2 menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah mengikut negeri dari tahun 2000-2005. Kes yang dilaporkan dilihat menaik secara mendadak setiap tahun. Jumlah kes yang dicatatkan di negeri-negeri dengan kadar urbanisasi tinggi yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor adalah 46.5% dari keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2005. Kepadatan penduduk, kos hidup tinggi dan tekanan sosial yang lebih di kawasan urbanisasi tinggi menyebabkan masalah sosial juvana lebih tertumpu di kawasan tersebut dari negeri-negeri lain.

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (2005)

Perbezaan besar dapat dilhat antara jumlah kes melibatkan pesalah lelaki dan perempuan. Pada tahun 2000, seramai 5432 juvana lelaki terlibat dalam kesalahan berbanding 523 pesalah perempuan. Data pada tahun 2001 juga tidak menunjukkan perubahan yang ketara, hanya 673 pesalah juvana perempuan terlibat dalam jenayah berbanding dengan 6090 pesalah lelaki. Remaja perempuan secara amnya terlindung dari pendedahan kepada jenayah kerana terdapat lebih kawalan dan sekatan terhadap mereka terutamanya dari keluarga. Perempuan juga tertakluk kepada norma sosial yang diterima masyarakat seperti kegusaran untuk keluar seorang diri pada waktu malam dan masyarakat kurang memberi toleransi akan kelakuan yang menyimpang dari kebiasaan. Sifat keagresifan pula adalah sinonim dengan simbol kelelakian dalam masyarakat kuasa baka (patriarchal society) dan juvana lelaki lebih cenderung untuk menonjolkan sifat tersebut.Sumber : Nasimah Husin (2005)

Analisa berdasarkan kumpulan umur yang terlibat dalam jenayah menunjukkan juvana berumur 16-18 tahun merangkumi 46% dari keseluruhan salahlaku juvana dan telah meningkat sebanyak 31.5% dari tahun 2002 hingga 2003. Bagi golongan juvana muda, kanak-kanak yang berumur 7-12, trend kenaikan kes jenayah juga merisaukan, terdapat peningkatan 33.6% dari tahun 2002 hingga 2003.

Apa yang jelas dari jadual tersebut adalah terdapat peningkatan dalam kebanyakan jenis jenayah yang dilakukan oleh juvana dan peningkatan yang merisaukan adalah dalam kes jenayah berat termasuk rompakan, mencederakan orang lain dan jenayah pecah rumah. Peratus juvana di Malaysia yang dijangka meningkat akan meningkatkan lagi jumlah jenayah yang berlaku di Malaysia4.0 Faktor-Faktor Berlakunya Delinkuensi JuvanaSetiap aspek pemberontakan yang ditunjukkan oleh juvana adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang dialami oleh mereka dalam kehidupan harian. Transformasi dari kehidupan kanak-kanak ke alam dewasa memberi cabaran kepada juvana, perubahan dalam diri dan pemikiran akan menyebabkan remaja mengalami konflik dalam kehidupan. Remaja pada masa transformasi ini akan cuba untuk mendapat satu identiti diri untuk menempatkan mereka dalam suatu golongan masyarakat dan mempraktikkan norma-norma yang diterima oleh golongan masyarakat tersebut. Contohnya seperti remaja cenderung untuk membentuk klik-klik mereka sendiri dengan nilai-nilai sama antara mereka.Intensiti permasalahan yang melibatkan juvana juga berbeza berdasarkan negara dan kawasan. World Youth Report (2003) melaporkan bahawa terdapat ikatan antara kemerosotan ekonomi dan peningkatan kadar kes jenayah juvana di seluruh dunia. Jenayah juvana juga turut dilapor dalam kadar yang paling tinggi dalam kawasan urban poor atau bahagian paling miskin dalam bandar-bandar besar, kanak-kanak yang membesar dalam suasana sebegini dan terdedah kepada keganasan cenderung untuk terlibat dalam jenayah yang lebih serius ketika remaja dan dewasa.Dr Azizi Hj Yahya (2000) telah mengetengahkan lima faktor utama yang dapat dikaitkan sebagai penyebab permasalahan remaja di Malaysia. Impak persekitaran sekolah, , pengaruh rakan sebaya, faktor ekologi keluarga, media massa dan internet merupakan faktor-faktor yang diutarakan. Antara faktor lain yang dikenalpasti adalah urbanisasi dan isolasi.4.1 Impak dari Sekolah

Antara sebab pemberontakan remaja boleh dikaitkan dengan suasana yang dihadapi oleh mereka di sekolah. Menurut Robert D. Crutchfield, George Bridges, Joseph G. Weis (2000:269), perhubungan pelajar dengan sekolah adalah seperti hubungan kekeluargaan yang memerlukan aspek penerimaan dan hormat-menghormati. Pelajar-pelajar yang lemah di sekolah akan merasakan diri mereka detached dari sekolah kerana tidak dapat mengikuti arus perjalanan pembelajaran dan mula mempersoalkan autoriti sekolah terhadap diri pelajar tersebut. Pelajar-pelajar ini akan hilang minat dalam pendidikan ketika di dunia persekolahan dan melihat diri mereka sebagai mencapai status dewasa dan mula menunjukkan minat terhadap perkara-perkara yang sering dikaitkan dengan kematangan seperti merokok, menunggang motosikal tanpa lesen dan sebagainya. Percubaan dari pihak sekolah untuk menasihati atau mempengaruhi pelajar-pelajar tersebut sukar berkesan akibat dari perasaan pelajar itu sendiri yang telah mengambil pendekatan negatif terhadap sekolah dan melihat dirinya bukan lagi sebahagian dari arus aliran persekolahan.Peraturan dan undang-undang yang ditekankan di sekolah juga tidak mudah diterima oleh semua pelajar. Pada zaman transisi remaja ke dewasa, berlaku perubahan minda dan remaja akan mula menunjukkan minat terhadap penampilan diri mereka seperti mengikuti trend fesyen terkini. Kekakangan peraturan sekolah terhadap kebebasan pelajar memilih imej diri membawa kepada provokasi pelajar terhadap sistem tersebut. Contoh yang dapat diambil adalah peraturan mengenai gaya rambut pelajar, sesetengah sekolah terutamanya sekolah aliran Cina menekankan kepada standard gaya rambut hampir botak bagi semua pelajar, remaja yang tidak setuju dengan prinsip keseragaman ini akan melawan peraturan tersebut dan sanggup diambil tindakan. Pelajar-pelajar ini akan menolak percubaan untuk menghalang mereka dari mempunyai identiti sendiri dengan apa cara sekalipun.Tekanan pembelajaran, peperiksaan dan tekanan guru terhadap pelajar turut membawa kepada agitasi pelajar. Sistem persekolahan Malaysia yang ketika ini berorientasikan peperiksaan menyebabkan sesetengah pelajar murung dan mengalami stres apabila tidak dapat mencapai kecemerlangan yang dikehendaki. Pelajar-pelajar ini akan tercicir dan mula memonteng kelas atau lebih serius seperti bunuh diri akibat kecewa dengan keputusan peperiksaan seperti SPM.4.2 Pengaruh Rakan SebayaRemaja mudah terpengaruh dengan perbuatan dan tingkah-laku rakan sebaya. Ini boleh dikaitkan dengan usaha juvana berkaitan untuk membentuk identiti diri. Menurut Karen Heimer (2007), ...association with an aggressive peer group is a primary cultural context in which youths learn violent definitions... . Sumber utama idea untuk berkelakuan delinkuen di kalangan juvana datang dari remaja sebaya sendiri. Contohnya dalam satu klik dimana seorang ahli pernah terlibat dalam kes kecurian, juvenil itu akan mempengaruhi ahli-ahli lain untuk terlibat dengan jenayah tersebut. Ahli kumpulan yang tidak berminat dalam kelakuan jenayah akan terbawa untuk mengikut perlakuan itu untuk kekal dalam kumpulan dan diterima yang lain.Antara gejala sosial remaja yang sering menjadi isu adalah lumba motosikal haram, kelompok juvana yang terlibat dengan gejala ini dipanggil Mat Rempit, Firdaus Abdullah ( 2009, April 30), melihat fenomena ini sebagai ...satu sympton (gejala) atau petanda daripada penyakit sosial yang lebih besar.... Gejala ini yang bermula sebagai kumpulan lumba motosikal haram telah mula terlibat dalam jenayah seperti ragut dan keganasan di jalan raya. Analogi berkaitan pengaruh kumpulan terhadap pembentukan niat keganasan dalam individu juvana dapat dilihat disini. Ahli-ahli baru yang pada awalnya berminat dalam lumba haram akan turut serta dengan perilaku jenayah yang dilakukan oleh kumpulan mat rempit ini agar tidak diasingkan.Juvana yang membesar didalam situasi ketidakstabilan keluarga juga melihat klik rakan sebaya sebagai sokongan dan simbol keutuhan. World Youth Society, 2003 mendapati kumpulan delinkuen juvana bertindak sebagai counterbalance atau penyimbang kekurangan yang wujud pada diri remaja itu dalam keluarga atau sekolah. Kumpulan yang wujud mempunyai aspek yang tidak sama dan wujud sebagai sintesis nilai-nilai yang terdapat dalam golongan dewasa dan yang diperkenalkan oleh dunia hiburan yang telah disesuaikan dengan budaya tempatan. Nilai-nilai yang terbentuk ini adalah disebabkan oleh kehendak juvana itu sendiri untuk mewujudkan hubungkait dengan komuniti yang dilihat sebagai tidak menerima mereka.Dalam kumpulan sebegini juga, seseorang juvana boleh membentuk diri mereka, mencari identiti dan belajar akan aspek kepemimpinan. Walaupun pada dasarnya kumpulan ini memberi peluang kepada remaja bermasalah untuk mempunyai suatu ruang yang selamat dan sesuai untuk belajar nilai-nilai dunia, namun keterlibatan kumpulan sebegini dalam pemberontakan terhadap sistem masyarakat dan jenayah lain memberi konotasi negatif terhadap nilai-nilai yang dipelajari. Klik-klik sebegini banyak terlibat dalam vandalisme, membuat grafiti di tempat awam dan membentuk kumpulan lumba motosikal haram. 4.3 Faktor Ekologi KeluargaKeluarga sebagai asas pembentukan sahsiah pembentukan manusia memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju seseorang. Juvana dari keluarga yang bermasalah atau kedudukan sosial rendah mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk terjebak dalam jenayah dan tingkahlaku delinkuens yang lain. Mengikut Karen Heimer (1997) lagi, ibu bapa dari keluarga kelas bawahan yang terlibat dalam pekerjaan kolar biru bertugas dalam situasi yang menekankan kawalan majikan dan peraturan yang tegas , ibu bapa sebegini akan terdorong untuk menggunapakai pendekatan yang sama di rumah ke atas anak-anak. Berbanding dengan keluarga kelas menengah, famili proletar lebih menekankan aspek fizikal dalam mengeluarkan arahan, kawalan atau hukuman. Anak-anak yang membesar dalam keadaan sebegini akan menterjemah kekerasan sebagai simbol kekuasaan dan cara yang paling afektif untuk mendapatkan sesuatu. Menurut Cohen (1955) seperti dipetik oleh Karen Heimer, keluarga dalam golongan sosioekonomi rendah kurang inisiatif dalam menyediakan kemudahan dan inspirasi bagi anak-anak membawa kepada mereka hilang minat dalam pembelajaran dan tertarik kepada budaya sumbang yang melihat delinkuensi secara positif. Contohnya keluarga yang tidak mempunyai dana yang cukup bagi menghantar anak-anak untuk menghadiri kelas tambahan atau melabur dalam aktiviti-aktiviti positif yang menjadi minat mereka. Institusi keluarga juga haruslah teguh bagi menjamin kawalan terhadap anak muda. Keluarga yang rapuh dengan masalah dalaman banyak memberi impak negatif dalam pembentukan sahsiah seseorang. Masalah seperti keterlibatan ibu bapa dalam jenayah, penyalahgunaan dadah dan alkohol, integrasi keluarga yang rendah dan kawalan minima oleh keluarga mempunyai hubungan rapat dengan perangai delinkuen yang dipamer oleh seorang juvana. Jika ada antara ahli keluarga remaja terlibat dengan jenayah, kemungkinan bagi remaja tersebut untuk melakukan jenayah yang sama adalah tinggi. Perlakuan jenayah ini akan dilihat sebagai tidak salah dimata anak-anak kecil dan terbawa-bawa dengan perasaan tersebut hingga ke zaman remaja. Contohnya kemungkinan seorang kanak-kanak untuk mengikuti jejak abangnya yang terlibat dalam lumba motosikal haram adalah tinggi.Institusi keluarga pada zaman sekarang berbeza dengan struktur keluarga yang wujud dahulu seperti kewujudan keluarga tunggal. Juvana yang membesar dalam keluarga tunggal tanpa bapa akan mencari penggantinya diluar keluarga, masalah akan timbul bila remaja tersebut melihat kumpulan delinkuen sebagai sebagai simbol kelakian dan terlibat dalam permasalahan sosial. Sesetengah keluarga pula memberi kebebasan luas dengan kawalan minima kepada remaja. Situasi ini wujud akibat dari tekanan ekonomi pada masa kini yang memerlukan kedua ibu dan bapa untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga. Kekurangan interaksi kekeluargaan yang wujud menyebabkan anak-anak mendapat kebebasan dan kawalan yang kurang. Remaja tersebut akan mencapai premature independence, kebebasan pramatang ini menyebabkan mereka membuat keputusan tanpa mengenali baik buruk akibat ketiadaan panduan dari ibu bapa. Antara masalah sosial yang wujud hasil dari keadaan ini adalah seperti melepak atau ponteng sekolah, lumba haram atau masalah lain yang lebih serius. 4.4 UrbanisasiKemajuan negara membawa kepada migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang hidup yang lebih cerah, migrasi ini turut menyumbang kepada permasalahan sosial dalam masyarakat. Urbanisasi membawa denganya satu kejutan sosial (culture shock) kepada migran baru ke kawasan bandar. Situasi bandar yang banyak menekankan materialisme dan kekurangan interaksi sosial yang sudah menjadi kebiasaan dengan penduduk luar bandar menjadikan mereka berasa terasing dari masyarakat. Pengasingan ini banyak memberi kesan kepada juvana imigran yang membentuk kumpulan sosial mereka dan memberontak terhadap masyarakat.

Carta aliran (Jadual 1.6) menunjukkan aliran bagaimana delinkuens juvana berlaku berikutan dari impak urbanisasi. David Musick (1995) membuat perkaitan antara kemiskinan dengan urbanisasi dimana ianya membawa kepada persekitaran yang tidak sihat. Persekitaran ini biasanya didiami oleh keluarga yang mengalami breakdown (keruntuhan nilai kekeluargaan) dengan kawalan minima terhadap anak-anak mereka. Anak-anak juga akan terpengaruh dengan perilaku ibu bapa mereka yang terlibat dengan anasir-anasir negatif dalam persekitaran tersebut.

Kanak-kanak akan mula menubuhkan kumpulan permainan (play groups) yang akan berkembang kepada geng-geng tertentu. Mereka akan berjinak dengan perangai delinkuens seperti melakukan vandalisme dan perkelahian kecil. Kumpulan juvana ini akan semakin berkembang dan berkuasa dan mula melibatkan diri dengan jenayah seperti rompakan, mengedar dadah dan pergaduhan kumpulan untuk mengawal kawasan.Kesan urbanisasi dapat dilhat secara jelas apabila dikaitkan dengan masalah sosial juvana etnik India di Lembah Klang. Muzaffar Desmond Tate (2008) melihat masyarakat India dari ladang-ladang yang terpaksa berpindah ke Lembah Klang dan bandar besar lain akibat penutupan estet mengalami masalah yang sama seperti kesukaran mencari pekerjaan, kekurangan pendidikan, tiada kemahiran teknikal dan keadaan tempat tinggal yang kotor. Walaupun keadaan agak sama di estet-estet yang didiami dahulu, wujud sifat paternalistik komuniti dimana masyarakat dan majikan akan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Faktor-faktor sebegini menghalang komuniti tersebut untuk memajukan diri, kekurangan peluang pekerjaan akibat dari ketiadaan kemahiran menyebabkan juvana dan dewasa muda lain terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri, meragut, gangsterisme dan sebagainya.

4.5 Perubahan Sosial Masalah sosial di kalangan juvana turut dikaitkan dengan perubahan mendadak situasi sosial sebuah negara. Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels (2002) melihat perubahan ini dalam konteks makrososial dimana masalah sosial dikalangan juvana meningkat sejajar dengan perubahan ekonomi dan politicoideological sesebuah negara seperti kegawatan ekonomi mendadak dan keruntuhan sistem politik (contohnya kejatuhan sistem Soviet). Nickolai Butkevich (2006), melaporkan bahawa peningkatan mendadak dalam jenayah juvana ke atas masyarakat terutamanya jenayah perkauman telah dapat dilihat di kalangan juvana Rusia selepas kejatuhan sistem kerajaan Soviet dan masalah ekonomi yang datang selepasnya. Perubahan sosial ini boleh juga dikaitkan dengan liberalisasi pemikiran masyarakat. Keterbukaan minda masyarakat mengecilkan senarai perkara-perkara taboo yang dahulu dipandang negatif. Contohnya kebebasan pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan, dahulu pergaulan seumpama ini dipandang secara negatif dan dihalang oleh ibu bapa tetapi masyarakat sekarang membenarkan remaja keluar bersama-sama dan dipandang ringan. Kebebasan yang didapati dari perubahan sosial ini boleh disalahguna oleh remaja membawa kepada keterlanjuran dan masalah anak luar nikah. 4.6 Isolasi

Sistem kapitalis yang berkembang pesat dan kukuh di kebanyakan negara menyebabkan wujudnya dua kelas masyarakat, yang berkemampuan dan yang tidak berkemampuan. Golongan yang tidak berkemampuan untuk hidup kendiri disebabkan oleh urbanisasi, ketiadaan pekerjaan, kemahiran atau inisiatif diri dilabel sebagai golongan terpinggir yang mengalami isolasi sosial. Walaupun terdapat pertolongan dari kerajaan tetapi fenomena new poor atau miskin baru ini sukar dibendung. Peminggiran ini secara langsung membawa kepada peningkatan masalah sosial seperti perpecahan unit keluarga, jenayah dan sebagainya dan yang sering menjadi mangsa adalah anak-anak muda dalam keluarga tersebut.Isolasi ini turut merangkumi sikap yang diambil masyarakat keatas remaja yang bermasalah. Juvenil delinkuens yang dipinggir sukar untuk mendapat bantuan dari segi pemulihan dan akan lebih cenderung untuk melakukakan agitasi terhadap masyarakat kerana juvenil tersebut akan melihat dirinya didiskriminasi dan melakukan berontakan-balas.4.7 Faktor Media MasaAkses kepada media massa yang lebih mudah pada zaman sekarang memberi impak pada pembentukan minda masyarakat terutamanya kepada orang muda. Internet, media baru era globalisasi ini mendedahkan budaya-budaya anarki baru yang berkembang di negara barat kepada juvana di Malaysia. Kumpulan anarki seperti Punk dan Skinhead makin mendapat sambutan pada kalangan remaja. Budaya punk dikaitkan dengan sifat nonconformity dan anarki, menentang institusi-institusi yang mempunyai kuasa (Craig O'Hara,1999). Juvana di Malaysia yang dipengaruhi dengan ideologi sebegini membentuk kumpulan-kumpulan punk dan menonjolkan budaya tersebut dengan cara pemakaian, musik dan perilaku anarki lain seperti membuat grafiti, melawan polis dan sebagainya. Kumpulan ini juga biasa terlibat dalam jenayah seperti menyeluk saku dan pergaduhan di tempat-tempat awam.Pendedahan kepada media barat yang bersifat liberal turut mempengaruhi perlakuan di kalangan juvenil di Malaysia. Banyak wayang gambar barat mempamerkan perangai melawan autoriti yang menjadi ikutan juvana masa kini. Aktiviti seperti ponteng sekolah, melawan pihak berautoriti seperti guru dan ibu-bapa yang digambarkan akan dilihat secara positif oleh anak muda kerana adanya cool factor.Keupayaan komunikasi semasa melalui Internet seperti chatting menggunakan IRC dan MSN mendedahkan anak muda kepada bahaya. Remaja-remaja mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan zina atau lari dari rumah dan sebagainya. Pelajar-pelajar sekolah juga selalu didapati melepak di kafe-kafe siber membuang masa dan duit dengan chatting atau bermain permainan komputer. Masalah serius seperti ponteng sekolah juga wujud dimana mereka akan menghabiskan masa persekolahan di kafe siber melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah. Remaja juga dilihat mendapat inspirasi dari lawan sesawang seperti YouTube yang memuatnaik video yang dibuat oleh sesiapa. Pergaduhan antara pelajar sekolah dirakam dan dipamer di laman sesawang ini. Tujuannya untuk memperlihatkan kekuatan sesuatu klik pelajar dan memalukan pelajar lain. 5.0 Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:5.1.Peranan ibubapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadirole modelkepada anak.5.2.Pendekatan akademik.

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.5.3.Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolahboleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.5.4.Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.5.5.Kaunseling dan motivasi di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program seperti kem motivasi sangat bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.5.6.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

6.0 Kesimpulan

Perlakuan delikuens oleh juvana dapat dikaitkan dengan banyak faktor tetapi faktor ekologi keluarga boleh dilihat sebagai sebagai faktor utama yang membentuk kelakuan seorang remaja. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku anak-anak.Nilai yang baik seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, kemesraan dan kasihsayang di antara satu sama lain serta mematuhi arahan dan nasihat ibu bapa adalah amalan yangsepatutnya ditanam ke dalam diri anak-anak sejak dari kecil.Kawalan ibu bapa yang begitu ketat atauterlalu longgar juga boleh menyebabkan anak terjerumus ke arah perlakuan negatif. Taraf pendapatan,pendidikandanstatusperkahwinanibubapaturutmenjadipuncamengapakebanyakanremajabertingkah laku delinkuens. Ibu bapa yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan mempunyai taraf pekerjaan dan pendapatan yang rendah. Oleh itu mereka mungkin sibuk mencari wang untukmenampung keperluan harian dan perbelanjaan lain. Kesibukan ibu bapa mungkin menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi keinginan anak-anak untuk bersama, bermesra dan berbincang tentang segala perkara.Keadaan inimengakibatkan anak-anak memilih jalanmudah untukmenghilangkan kerunsingan dan kebosanan yang seterusnya menyebabkan mereka terperangkap dalam masalah yanglebih parah.Justeru, ibu bapaharus mempunyai kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya dan memberi keutamaan kepada perkembangan diri anak-anak.Namun, tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah.Tanpa sokongan sosial daripada masyarakat makaia tidak mungkin akan dapatdilaksanakan.Masyarakat juga secaraumumnya harusmenanam nilai yang baik seperti menyayangi diri sendiri dan orang lain serta menjaga harta dan hak orang lain kepada anak-anak remaja. Sistem keluarga yang tidak teguh dengan masalah domestik antara ibu bapa menyebabkan remaja keluar dari perlindungan rumah untuk mencari panduan di luar. Kawalan yang tidak kuat dari keluarga akan menyebabkan anak-anak ini terdedah kepada persekitaran negatif di luar. Isolasi yang wujud hasil dari kekurangan kawalan keluarga meningkatkan lagi kemungkinan remaja terlibat dalam permasalahan untuk mendapat perhatian keluarga atau rakan-rakan lain.Bukan semua tingkahlaku delinkuens dalam diri remaja adalah negatif sepenuhnya. Kebanyakan remaja bermasalah akan membesar sebagai dewasa yang normal, disini kelakuan anti-sosial pada peringkat awal remaja boleh dikaitkan dengan proses pembesaran dimana remaja akan mencuba perkara-perkara baru dan mengenal pasti baik buruknya.

Masalah sosial juvana ini lebih tertumpu kepada kumpulan-kumpulan juvana dengan identiti sendiri dan bukan individu perseorangan dengan majoritinya terdiri dari golongan lelaki. Tumpuan kemarahan dan agitasi mereka adalah pihak yang mempunyai autoriti seperti polis, sekolah, ibu bapa dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan ini juga bergiat untuk membentuk identiti sendiri yang digeruni oleh orang lain.

Masalah sosial di kalangan juvana tidak harus dibiarkan tanpa pantauan untuk berkembang. Inisiatif yang lebih harus diambil oleh pihak bertangungjawab terutamanya ibu bapa dan institusi sosial lain untuk mencantas masalah sosial dari akarnya dari berkembang menjadi kelakuan jenayah yang akan memberi masalah kepada seluruh masyarakat.

Rujukan

Azizi Hj Yahya. (2000). Masalah Sosial Di Kalangan Remaja. Diakses pada 2 Ogos

2009 di http:/// eprints.utm.my Crutchfield,R.D., Bridges, G.,& Joseph G. Weis. (2000). Crime:Readings.

California: Sage Publications, Inc.Firdaus Abdullah.(2009,4 April).Menangani fenomena mat rempit. Utusan Malaysia.

Heimer, K.. (1997, Mac). Socioeconomic Status, Subcultural Definitions, and Violent

Social Forces, 75(3), hlm 799-833. Diakses pada 2 Ogos 2009 di http://www.jstor.org/stable/2580520.Kementerian Kesihatan Malaysia.(2008). Masalah tingkah laku & salah laku juvana.

Diakses pada 11 Ogos 2009 di www.myhealth.gov.my

Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels. (2002,Mac). Juvenile Delinquency

Under Conditions of Rapid Social Change. Sociological Forum, Vol. 17(1),

hlm 57-59. Diakses pada 2 Ogos 2009 di http://www.jstor.org/stable/685087Musick, D..(1995). An introduction to the sociology of juvenile delinquency.

New York: SUNY Press.

Muzafar Desmond Tate.(2008).The Malaysian Indians.History,Problems and Future.

Kuala Lumpur : SIRD.Nasimah Husin. (2005). Juvenile Delinquiencies in Malaysia: Legal Provisions and

Prospects For Reforms. Diakses pada 10 Ogos 2009 di www.childjustice.orgNickolai Butkevich. (2007, Oktober 17). Jew-Hatred Is on The Rise in the Land of

Pogroms. The Jewish Daily Forward. Diakses pada 10 Ogos 2009 di http://www.violence.neu.edu/in_the_news/past_news/hate_crimes/

OHara, C.. (1999). The philosophy of punk: more than noise. California: AK Press.

Roberts, A.R..(2004).Juvenile justice sourcebook: past, present, and future.

Oxford:Oxford Uni PressWorld Youth Report.(2003). Juvenile Delinquency.(A/58/79 & E/CN.5/2003/4).

United Nations : AuthorJumlah Kes Jenayah Juvana Mengikut Gender Dari Tahun 2005-2007

Tahun

Jumlah Kes

Jadual 1.6

Sumber: David Musick (1995 )

_1313402164.doc

_1497954524.xls