HBML3303SMP

19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML3303SMP PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK NAMA : MOHD NOOR EZZANI B MD ZUBIR NO. MATRIKULASI : 820220025773001 NO. KAD PENGENALAN : 820220-02-5773 NO. TELEFON : 0185788045 E-MEL : [email protected] TUTOR : EN. KHAIRUL AZHAR B. MOHD ZAHARI PUSAT PEMBELAJARAN : Perak Learning Centre Semester JANUARI 2015

description

SMP

Transcript of HBML3303SMP

Page 1: HBML3303SMP

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML3303SMP

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NAMA : MOHD NOOR EZZANI B MD ZUBIR

NO. MATRIKULASI : 820220025773001

NO. KAD PENGENALAN : 820220-02-5773

NO. TELEFON : 0185788045

E-MEL : [email protected]

TUTOR : EN. KHAIRUL AZHAR B. MOHD ZAHARI

PUSAT PEMBELAJARAN : Perak Learning Centre

Semester JANUARI 2015

Page 2: HBML3303SMP

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 Teori Behaviouris 1-2

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

2.1.1 Langkah-langkah pengajaran 4-5

2.1.2 Aplikasi Teori Bahaviouris 6-12

3.0 Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviouris

3.1 Kekuatan Teori Behaviouris 13-14

3.2 Kelemahan Teori Behaviouris 15-16

4.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN 17

5.0 OGANISASI 18

Page 3: HBML3303SMP

1.0 Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah

melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh

mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi

menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian

pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu, guru mestilah

menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan mengaplikasikanya dalam bilik darjah

supaya pelajar danpat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.

Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat –peringkat. Apabila

seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk memperoleh

bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat mengikut

perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal bayi.Kanak-kanak akan belajar bahasa

melalui interaksi tidak formal dalam kalangan persekitaran keluarga dan kemudian dalam

masyarakat yang didiaminya.

Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori

intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviouris. Pengaplikasian teori teori ini

dalam membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal ini akan dipelajari oleh kanak

–kanak sedikit demi sedikit dari yang mudah kepada kompleks dan yang konkrit kepada yang

abstrak.Sebagi seorang guru bahasa,adalah guru itu mestilah mempunyai pengetahuan tentang

bagaimana proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa oleh seorang kanak-kanak.

Page 4: HBML3303SMP

1.1.1 Teori Behaviouris

Teori behaviouris atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam

pembelajaran bahasa daripada fenomena mental.Aliran ini banyak dipengaruhi oleh teori-teori

dalam ilmu psikologi. Tokoh-tokoh berpendapat bahawa terdapat hubungan yang rapat antara

rangsangan dan gerak balas serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut

diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif.

Tokoh behaviouris seperti Bloomfiled, Edward Sapir, dan Brooks menganggap

pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk kebiasaan.Skinner dan Braine pula

telah melanjutan teori behaviouris dan menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam

pembelajaran bahasa.Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan diucapkan terbentuk disebabkan

adanya rangsangan dalam bentuk bahasa dan bentuk bukan bahasa.Bagi meneguhkan bentuk

bentuk bahsa yang betul,bentuk-bentuk bahsa mestilah diulangi berkali kali dan diberikan

peneguhan positif oleh ibu-bapa,penjaga dan pengasuh.Ini kerana proses ulangan memainkan

peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa.

Ciri-ciri behaviouris adalah seperti berikut :

Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara

rangsangan (stimulus) dengan gerak balas (respon)

Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran

Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif akan lebih sering

diulangi

sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk pula kebiasaan

Page 5: HBML3303SMP

proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak

untuk membentuk kebiasaaan.Penguasaan bahasa adalah proses mekanis yang

memerlukan daya mental .

pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta .Pengukuhan

yang diwujudkan adalah melalui ganjaran yang diberikan kepada murid.

Latih tubi amat digalakkan dalam proses pembelajaran.Selain itu pengajaran

tatabahasa juga berdasarakan pendekatan induktif,iaitu dengar kemudian tutur.

Pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru,rakan dan

suasana serta iklim bilik darjah.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa berdasarkan falsafah aliran behaviouris

1. Kemahiran bahasa yang diutamakan ialah kemahiran lisan,kemahiran bahasa tulisan

merupakan yang kedua terpenting.

Ini bermaksud bahawa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan dengan kemahiran

lisan,kemudian diikuti dengan kemahiran bahasa tulisan.Oleh itu,guru mestilah memastikan

murid-murid dapat bertutur dalam bahasa melayu terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan

pengajian secara lebih mendalam.Dalam hal ini,murid mestilah menguasai sistem bunyi dan

struktur bahasa kerana kemahiran bahasa lisan merupakan asas bagi kemahiran bahasa yang

lain,iaitu membaca dan menulis.

2. Pengukuhan merupakan prasayarat penting dalam pembelajaran.

Pengukuhan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku yang

berkesan.Misalnya,dalam pembelajaran sosial kanak-kanak,apabila kanak-kanak

mengucapkan terima kasih,meminta tolong dan selamat petang dengan sopan,mereka

diberikan kata kata pujian,motivasi serta galakan dan .Dengan ini,mereka akan mengulangi

perbuatan tersebut dan menjadi sebahagian daripada kebiasaan.

3. Latihan pembelajaran yang dikukuhkan

Maksud latihan disini merujuk kepada latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-

satu rangsangan.Latihan dan latih tubi mestilah dilakukan dalam keadaan yang bermakna

Page 6: HBML3303SMP

agar murid murid tidak berasa bosan dan tertaik untuk meneruskan aktiviti dalam jangaka

masa yang lama.Oleh itu,bahan bantu mengajar amat penting dan memerlukan perhatian

yang rapi daripada guru.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Tahun 5

Tarikh : 16 Februari 2015

Masa : 60 minit

Bilangan Murid : 30 orang

Tema : Minggu Kemerdekaan

Tajuk : Malaysia Merdeka

HASIL PEMBELAJARAN

Fokus utama (Kemahiran membaca,bertutur dan mendengar)

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca

Aras 2 (i)

Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan (Kemahiran Menulis)

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks

tentang sesuatu tajuk

Page 7: HBML3303SMP

Aras 1(ii)

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif Pelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid:

i. Mendeklemasikan teks prosa dengan lancar.

ii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tungal menggu menggunakan perkataan dalam

prosa.

iii. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk ayat tunggal yang dibina.

Pengisian kurikulum:

Ilmu :Pendidikan Moral dan Sivik

Nilai Murni :Patriotisme,Kesyukuran dan Semangat

bermasyarakat

Sistem Bahasa :

i. Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul

ii. Tatabahasa : Kata hubung

iii. Kosa Kata : perjuangan,prajurit,tanah air

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Muzik,Interpersonal

ii. Kemahiran Berfikir : Membanding beza,Menilai dan Mengenal sebab dan

akibat

iii. Kajian Masa Depan : Dapat meramal apa akibatnya sekiranya tiada

semangat kemasyarakat dalam kalangan

rakyat Malaysia

Bahan Bantu Mengajar :

i. Petikan Teks

ii. Kotak ajaib

iii. Kad Manila

iv. Pen Marker

v. Bendera Malaysia

Pengetahuan sedia ada :

Page 8: HBML3303SMP

i. Murid faham akan erti kemerdekaan serta kepentingan perjuangan untuk megekalkan

kemerdekaan tersebut

ii. Murid tahu bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan.

2.1.1 Langkah-langkah pengajaran

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Set induksi

5 minit

Bendera Malaysia

1. Guru masuk ke kelas

dengan mengibarkan

bendera Malaysia

2. Guru mendeklemasikan

pantun dua rangkap

Bahan Bantu:

Bendera Malaysia

Page 9: HBML3303SMP

Langkah 1

(15 minit)

Teks Prosa :

Malaysiaku Merdeka

Contoh kosa kata:

i. Prajurit

ii. Perjuangan

iii. Patriotik

1. Guru mengedarkan teks

prosa kemerdekaan.

2. Murid diminta

membaca teks secara

senyap.

3. Beberapa orang murid

dipanggil untuk

mendeklemasikan

prosa di hadapan kelas

4. Murid diminta

menggariskan beberapa

kosa kata penting.

5. Guru mengedarkan

kamus kepada murid.

Bahan Bantu:

Teks prosa

kemerdekaan dan

kamus

Teknik:

Bacaan mekanis

Langkah 2

(10 minit)

Sesi Soal Jawab:

1. Apakah yang menjadikan

Malaysia sebuah negara

yang unk dan makmur pada

hari ini ?

2. Mengapakah kemerdekaan

mestilah dinikmati dan

dijaga ?

3. Apakah erti kemerdekaan

kepada murid ?

Penerapan nilai murni:

i. Patriotisme

ii. Semangat kemasyarakatan

1. Guru bersoal jawab

dengan murid

2. Murid bebas memberi

apa sahaja jawapan

yang relevan

3. Guru membincangkan

jawapan yang diberi

dengan murid yang lain

.

Soal jawab secara

lisan

KBT:Kajian masa

depan dan

kemahiran berfikir

Page 10: HBML3303SMP

Langkah 3 (15

minit )

1. Membina dan menulis ayat

tunggal .

2. Faham akan maksud dan

penggunaan perkataan baru

yang dipelajari daripada

teks .

1. Guru mengedarkan

kotak ajaib.

2. Setiap murid

dikhendaki mengambil

dua kad perkataan

daripada kotak ajaib.

3. Murid dikhendaki

membina ayat tunggal

berdasarkan kad yang

dipilih.

4. Murid diminta menulis

ayat tunggal di kad

manila yang dilekatkan

di papan hitam.

Bahan bantu:Kotak

ajaib,kad manila

dan pen marker

Langkah 4

(10 minit)

1. Membina dan menulis ayat

majmuk.

Tatabahasa:

Kosa kata dan kata hubung

i. prajurit

ii. kemerdekaan

iii. agar

iv. apabila

v. manakala

1. Murid diminta

membina ayat majmuk

menggunakan ayat

tunggal yang ditulis di

kad. manila

2. Murid membina kata

majmuk.

3. Guru membimbing

aktiviti murid.

Teknik:Latih tubi

*Menjana idea

murid untuk

mengembangkan

kosa kata

Page 11: HBML3303SMP

Penutup

(5 minit)

Rumusan : Kognitif

1. Penghayatan nilai

kemerdekaan kepada rakyat

Malaysia

2. Kepentingan hidup secara

muafakat dan mengamalkan

prinsip rukun negara dalam

kehidupan seharian

1. Guru membimbing

murid untuk membuat

rumusan tentang

pelajaran pada hari ini

2. Murid menyatakan apa

nilai murni yang

dipelajari pada hari ini.

3. Guru membantu murid

melekatkan kad manila

di papan bulletin kelas.

2.1.2 Aplikasi Teori Bahaviouris

Bidang pengajaran Bahasa Malaya memerlukan perancangan yang rapi serta diikuti dengan cara

penyampaian yang sistematik agar kandunganya dapat dilahirkan kepada murid dengan

betul.Oleh itu, guru bahasa mestilah kretif dalam mengolah cara pengajarannya dengan

mevariasikan kaedah den pendekatan pengajaran.Selain itu,pelbagai strategi dan teknik juga

boleh dicuba oleh guru untuk menarik minat pelajar dan mengukuhkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah.Penggunaan dan pengolahan teknik serta pendekatan ini

akan menceriakan lagi suasana bilik darjah serta membantu melancarkan proses pembelajaran di

sekolah.

Page 12: HBML3303SMP

Kini,soal mengajar bahasa dengan berkesan dan kreatif sentiasa menjadi satu hal yang

menyusahkan para guru.Ini kerana,mengajar bahasa kepada para murid semakin hari semakin

mencabar.Hal ini juga disebabkan oleh kurangnya minat murid terhadap penghayataan

bahasa.Justeru,guru bahasa terpaksa bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan yang terbaik

untuk menarik minat para pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dan meneruskan

pengajian.Selepas mendalami definisi dan memahami konsep strategi,pendekatan,kaedah dan

teknik pengajaran Bahasa Melayu saya telah mengaplikasikannya dalam Rancangan Pengajaran

Harian yang disediakan untuk mengajar kelas tahun lima. Dengan ilmu yang saya perolehi

itu,saya telah merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan jayanya.

Penggunaan strategi pengajaran yang betul dapat merangsang pemikiran murid dan

menarik perhatian murid dalam kelas.Strategi pengajaran didefinisikan sebagai kebijaksanaan

pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran

berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Terdapat elemen dapat melaksanakan

strategi pengajaran yang berkesan,yang pertama adalah pengajaran yang berpusatkaan

guru,dimana Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun

aktiviti dimonopoli oleh guru.Melalui pemusatan murid pula, Murid memainkan perananpenting

dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan pembimbing.Yang

terakhir adalah pemusatan bahan,iaitu bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dimana

interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan

pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana

perkembangan kognitif pelajar.

Dalam rancangan pengajaran harian saya,saya telah menggunakan dua strategi

pengajaran.Ini kerana saya mahu mempelbagaikan cara pendedahan maklumat kepada murid

mengikut kesesuaian maklumat yang diberikan.Apabila saya menggunakan strategi pemusatan

guru,saya telah memastikan para pelajar akur pada arahan saya supaya membaca teks prosa

dengan senyap dan menghayati teks tersebut.Seterusnya,saya telah menyuruh mereka membina

ayat tunggal dan ayat majmuj tanpa bantuan rakan –rakan serta buku teks.Dalam pemusatan

bahan pula,saya telah memaksimumkan penggunaan teks prosa pilihan dalam mencapai hasil

pembelajaran pada hari itu.Saya telah menggunakan kad perkataan yang diambil daripada teks

Page 13: HBML3303SMP

sebagai kosa kata untuk murid bagi aktiviti membina dan menulis ayat tunggal serta ayat

majmuk.Bukan itu sahaja,penggunaan kotak ajaib telah berjaya menarik minat murid dan

memberi satu kelainan kepada proses pengajaran.Murid berasa lebih teruja untuk menjalankan

aktiviti walaupun ia hanya aktiviti penulisan dan pembinaan yang lazim dilakukan di sekolah.

Pendekatan pengajaran yang baik akan membantu keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.Pendekata disini merujuk kepada arah atau hala yang diambil oleh guru untuk

menuju sasaran( objektif pembalajaran).Oleh itu,pemilihan pendekatan pengajaran mestilah

dilakukan dengan teliti agar murid senang untuk memahami konsep yang ingin disampaikan oleh

guru.Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran bahasa melayu iaitu,induktif,deduktif,eklektik

dan komunikatif.Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M

Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh

dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan

pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat

kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan deduktif pula

merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Dalam penggunaan

pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal

pengajaran.

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala

ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran

dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai

kebolehan. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu

berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun

melapor.Ketika saya mengajar tempoh hari,saya telah menggunakan pendekatan

induktif.Pertama sekali saya telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada murid mengenai

tema dan tajuk pengajaran pada hari itu.Ini adalah apabila saya masuk ke kelas sambil

mengibarkan Jalur Gemilang dan berpantun.Pelbagai jenis reaksi telah dtunjukkan oleh

pelajar,ada yang tertawa dan ada juga yang memberikan perhatian apabila saya berpantun.Oleh

itu,murid memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan oleh saya pada hari itu.Saya

yakin bahawa dengan penggunaan pendekatan yang betul,kecenderungan murid akan sentiasa

terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.Murid-

Page 14: HBML3303SMP

murid teruja untuk mengetahui apakah yang bakal dipelajari oleh mereka nanti,dan mereka juga

tertanya-tanya akan perihal aktiviti mereka pada hari itu.Penggunaan bahan mengajar seperti teks

prosa dan bendera telah membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih

jelas.Tambahan pula,gabungan pendekatan induktif dan penggunaan bahan bantu mengajar yang

sesuai telah berjaya membantu perkembangan kognitif,jasmani dan rohani para pelajar.

Seterusnya,teknik pengajaran adalah satu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang

dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang

dianuti.Tujuan penggunaan teknik pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar serta

membangkitkan perasaan ingin tahu.Apabila guru bahasa bijak memilih teknik pengajaran yang

sesuai untuk mengajar pelajar,guru akan berjaya mengekalkan perhatian murid sepajang proses

pembelajaran.Terdapat beberapa teknik pengajaran yang booleh digunakan oleh guru,iaitu teknik

main peranan,permainan bahasa,latih tubi,bercerita,simulasi serta drama.Teknik main peranan

bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan

kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,

mendengar rakaman dan sebagainya.Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam

mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan

menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis.

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya dan

ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.Teknik bercerita merupakan salah satu

pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita

merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Teknik simulasi ditakrifkan

sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan

pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan

menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat

menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah

dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Page 15: HBML3303SMP

Teknik latih tubi merupakan pilihan saya kerana ia dapat membantu pelajar mencapai

taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekalannya.Pada mulanya pelajar telah

mengalami proses mendegar dimana saya memilih beberapa orang murid secara rawak untuk

mendeklemasi puisi di hadapan kelas,seterusnya mereka telah memikirkan maksud perkataan

saerta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan –perkataan tersebut.Mereka juga

telah menggunakan kamus untuk mengesahkan maksud perkataan tersebut.Akhirnya,apabila

mereka mahir dengan penggunaan perkataan baru tersebut,mereka membina ayat tunggal dan

latihan pengukuhan yang digunakan ialah pembinaan ayat majmuk daripada ayat tunggal

tersebut.

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang

terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah

juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Terdapat lapan jenis kaedah yang boleh

digunakan oleh guru untuk membantu melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.Saya telah

menggunkan kaedah oral-aural dimana pelajar dapat memperkembang dan memperasah

keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran

menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk

pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing

melalui pengalaman dalam bahasa.Ini dapat membantu pelajar mengembangkan kosa kata dan

memberi nafas baru dalam penulisan mereka.Apabila murid-murid mencari makna perkataan

menggunakan kamus dan seterusnya membina ayat menggunakan perkataan baru tersebut,secara

tidak langsung mereka sedang memperbaiki kemahiran berbahasa mereka.

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kaedah, teknik, strategi serta pendekatan yang

boleh digunapakai oleh guru untuk menceriakan dan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan

pembelajaran di sekolah guru mestilah sedar bahwa apa sahaja langkah yang diambil mestilah

bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Hal ini kerana murid-murid mempuyai kemampuan

mereka yang tersendiri,bukan semua boleh diajar dengan menggunakan teknik ataupun strategi

yang sama.Oleh itu,guru mestilah prihatin akan kemampuan kognitif murid dan merancang pelan

perancangan pengajaran yang paling sesuai agar semua murid dapat mencapai hasil

pembelajaran dengan jayanya.

Page 16: HBML3303SMP

3.0 Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviouris

3.1 Kekuatan Teori Behaviouris

Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih

memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.Sebagai contoh, kanak-

kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di

persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang

diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.

Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya

seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat

belajar dalam diri mereka.

Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang

tentang pembelajaran kepada murid-murid.

Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran

membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid

kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

3.1.1 Kelemahan Teori Behaviourisme

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran

berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang

diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan

dipandang cara belajar yang efektif.

Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan

mendatangkan akibat buruk kepada murid.Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih

tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.

Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.Sebagai contoh, guru akan

beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.

Page 17: HBML3303SMP

Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.Hal ini

kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks

merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.Malah, mereka juga dikehendaki

memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut

dengan baik.

4.0 Rumusan dan Kesimpulan

Sepanjang saya membuat kerja tugasan ini saya telah berjaya menimba ilmu dan

pengalaman yang tidak ternilai harganya.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menolong saya secara

langsung dan tidak langsung.Pertama sekali,sebelum saya menyediakan rancangan pengajaran

harian,saya telah membuat kajian dengan mendalami mengenai teori pemerolehan bahasa dan

pengaplikasiannya dalam pengajaran Bahasa Melayu.Saya dapati bahawa terdapat empat teori

pemerolehan bahasa.Saya telah menggunakan teori behaviourisme yang menekankan

menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental

dan gerak balas serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran

ataupun peneguhan positif.

Perasaan saya apabila saya telah merancang satu rancangan pengajaran yang benar-benar

lengkap setelah dinilai dan disemak oleh guru panitia adalah sangat puas hati dan gembira,Ini

kerana selalunya rancangan pengajaran yang disediakan hanyalah untuk tujuan latihan dan

rujukan di dalam kelas sahaja,tetapi pada kali ini saya telah mengaplikasikannya dalam kelas

dengan melaksanakan pengajaran tersebut.

Saya sedar bahawa,penerapan nilai murni merupakan satu komponen yang amat penting

dan tidak boleh diabaikan dalam setiap pengajaran saya.Saya juag mempelajari bahawa,setiap

pelajar mempunyai keperluan mereka sendiri,sebagai seorang guru saya mestilah prihatin dan

adil terhadapa pelajar saya.Saya mestilah faham akan kemampuan dan keperluan mereka serta

adalah tanggungjawab saya bagi memastikan semua murid saya dapat mencapai objektif

pelajaran disamping menerapkan nilai- nilai yang positif ke dalam jiwa mereka.

Page 18: HBML3303SMP

6.0 ORGANISASI

Adenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu :

Edisi Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc.

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru.

Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors

Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada

Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis

Kecekapan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf (tarikh muat turun : 19 FEB 2014)

Page 19: HBML3303SMP

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia.

Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan

Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka.

Nik Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008.Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu

Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.

Taringan.,Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa.