HBMS1103-MUZIK2

download HBMS1103-MUZIK2

of 39

Transcript of HBMS1103-MUZIK2

Isi Kandungan

Pengenalan

Mata Pelajaran Muzik adalah salah satu mata pelajaran yang diadakan disekolah bagi memnabntu mencapai hasrat negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsia. Guru merupakan orang yang memegang peranan penting dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian guru adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran Pendidikan Muzik. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dengan itu guru Pendidikan Muzik perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahun muzik dan metadologi mata pelajaran ini dari masa ke semasa.Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Delcroze adalah merupakan diantara penyumbang kepada dunia pendidikan muzik pada masa kini. Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka telah menjadi inspirasi dan panduan. Setiap perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan haruslah berdasarkan kaedah dan teknik tokoh-tokoh muzik ini dan diaplikasikan di dalam bilik darjah. Dengan adanya panduan ini sudah pasti Pendidikan Muzik ini dapat merealisasikan impian negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari semua aspek kehidupan kita.

Zoltan Kodaly

Latar Belakang Zoltan Kodaly( 16 Disember 1882 16 Mac 1967 )

Zolatan Kodaly merupakan salah seorang tokoh terkemuka pada abad ke-20. Beliau lahir pada 16 Disember 1882 . Beliau hidup semala 85 tahun dan meninggal dunia pada 16 Mac 1967. Beliau berasal daripada Hungary salah satu tempat di Negara German. Beliau juga adalah seorang pencipta dan pengubah muzik Eropah. Sebagai ethomuzikologis pula, beliau adalah perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Ini kerana beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identiti negara melalui lagu rakyat beliau. Melalui semangat dan kesungguhan tersebut, beliau telah mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal.

Dalam bidang pendidikan, Kodaly merupakan seorang pendidik muzik yang sangat berbakti kepada rakyat Hungary kerana telah mendidik mereka supaya menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Selain itu, beliau juga mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan tidak mahu bahasa tersebut tercemar. Beliau inginkan Bahasa Hungary tetap terpelihara. Kodaly berpendapat untuk kemajuan negara dalam pendidikan aspek intelek, jasmani, rohani dan kebudayaan perlu ditekankan

Kodaly mempunyai seorang rakan yang berna Bela Bartok. Mereka berdua menyedari bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan identity Negara mereka. Dengan itu, mereka berdua telah menjelajahi seluruh Negara sehingga ke tempat-tempat terpencil untuk merakamkan suara-suara kaum petani yang masih menyanyikan lagu-lagu Hungary serta mentranskripsi irama yang dikumpulkan.

Falsafah & Konsep Kodaly

Oleh sebab semangat cintakan negara yang kuat dan mahu muzik menjadi kehidupan harian dikalangan rakyat Hungary, Kodaly telah menghasilkan falsafahnya sendiri. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kaodaly. Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah;

i. Muzik Kepunyaan ManusiaSemua lapisan masyarakat perlu diajar dan dipelajari mata pelajaran muzik untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik dalam kurikulum adalah satu landasan supaya muzik dapat diapresiasi dan dihayati oleh semua orang. Pendidikanmuzik juga boleh mengembangkan bakat seseorang kanak-kanak. Ia juga dapat mengembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal dan kebudayaan kanak-kanak.

ii. Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik

If I were to try to express the essence of this education in one word, that word would be SINGING.Zoltan Kadaly

Salah satu alat muzik semula jadi yang berkesan adalah Suara. Nyanyian dalam lapisan suara perlu diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Nyanyian seperti dapat mengembangkan kebolehan pendengaran muzik berstruktur polifoni. Ianya memudahkan seseorang menghayati muzik dari sastera muzik masterpieces tanpa mengetahui memainkan alat muzik.

iii. Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan PembelajaranBagi Kodaly Muzik Rakyat adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting dan terbaik. Berikut adalah cirri-ciri lagu rakyat dan tradisional; muzik rakyat adalah bahan asas kepunyaan rakyat sendiri. Manakala ia menunjukkan identiti sesebuah negara dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Seterusnya bahan yang menggunakan bahasa ibunda senang dikenali oleh kanak-kanak di tempat itu. Selain itu senikata yang pendek dan mudah dinyanyikan oleh kanak-kanak.

iv. Nyanyian KoirNyanyian koir dapat menghasilkan keseronokan dan mewujudkan seseorang yang berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Ahli koir perlu kemahiran membaca skor muzik tanpa tunjuk ajar jurulatih melalui kibod. Sekiranya pengajaran pembelajaran tersebut menggunakan kibod ia akan menyekat perkembangan kemahiran muzik seseorang.

v. Alat Muzik Tidak Perlu DigunakanAlat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir. Ini kerana piano tidak setala dan berbunyi sumbang.

vi. Pengajaran Pembelajaran Muzik Perlu Berlaku Awal di Pra SekolahKanak-kanak berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat mempelajari sesuatu serta berbakat dalam mengalami muzik yang bermutu tinggi.Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.Mereka perlu mempelajari membaca notasi sebelum memainkan alat muzik.

vii. Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di Sekolah.Menurut Kodaly, muzik membantu dalam perkembangan emosi, intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Mengikut kajian The San Jose Unified School District Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai mata pelajaran utama ialah muzik adalah lebih baik pencapaiannya berbanding sekolah yang mempunyai sedikit masa untuk mata pelajaran muzik.

Teknik Kaedah Kodaly

Kaedah Kodaly merupakan kaedah yang berterusan dan berkembang. Terdapat tiga teknik yang diperkenalkan oleh Kodly dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu;

i. Tonik SolfaKodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezo (Itali) pada abad ke-11. Tonik Solfa atau Tonik Pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan ia dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian serta merta.

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menuis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad.Manakala nyanyian pic dalam jeda minor ke-3 ( so-mi ) adalah pengajaran pembelajaran asas. Kanak-kanak yang mengenal dua not yang berpic ini boleh membaca not ini pada baluk di mana-mana posisi. Pendapat Kodaly, skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel tersebut asas unuk lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor.

ii. Isyarat TanganIsyarat tangan digunakan sebagi respon elodi yang didengari dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya, kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang murid akan menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi.Melalui isyarat tangan dapat menjadikan pembelajaran solfa mudah dan ianya sebagai satu persediaan untuk mendengar pertukaran do. Contohnya, guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada murid dan murid menyanyi solfa apabila guru berhenti pada mi dengan serentaknya ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat so murid kemudian akan menyanyi pada so dalam pic sama seperti mi. Latihan ini diteruskan sehingga murid dapat kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.Isyarat tangan dapat meningkatkan kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan 1 menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru sementara kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru.

iii. Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan IramaBerikut merupakan antara urutan irama yang digunakan dalam Kaedah Kodaly;

Simbol

Muzik bergerak dalam beat yang stabil

Meter muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan

Ikon

i. Irama

ii. Pic (Kontur melodi)

iii. Notasi Lidi dengan Pic

iv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama

Aplikasi Pendekatan Kodaly

NyanyianKaedah Kodaly Secara Berurutan

Komponen Kaedah Kodaly

PenghafazanImprovasiPendengaran dalaman

Kaedah Kodaly Secara Berurutan

Melalui kaedah Kodaly biasanya kegiatan nyanyian dijalankan secara berurutan iaitu daripada prinsip bunyi sebelum symbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

Konsep Irama

Irama asas yang ada pada kaedah ini adalah irama yang bersamaan dengan perherakan harian kanak-kanak seperti berjalan (krocet- mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver-mempunyai nilai kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai. Dalam konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan empatan digunakan. Selalunya lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2. Lagu ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan dengan baik.

Konsep Melodi

Konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat.Oleh itu konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu,so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3.Berikut adalah cirri-ciri perkembangan muzikal kanak-kanak dala konsep melodi dan perlu diambil kira sebelum kaedah berurutan dijalankan;Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dan dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5 atau 6 ton dalam whole tone.Ton yang menurun adalah lebih mudah dipelajari oleh kanak-kanak dan meniru daripada ton yang menarik.Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat: Not G ke E lebih mudah dinyanyikan daripada G ke F#.

Nyanyian

Suara adalah alat muzik yang semula jadi yang dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara untuk menunjukkan perasaan gembira, sayang, sedih dan sebagainya. Nyanyian adalah salah satu cara bagi kanak-kanak menimba pengalaman muzikalnya.Nyanyian merangkumi dua elemen seni dan sains di mana keduanya memainkan peranan penting dan setara dalam aspek mental dan fizikal. Guru perlu mengetahui terlebih dahulu cara menggunakan kaedah nyanyian dengan berkesan.

Pendengaran Dalaman

Inner Hearing atau Pendengaran dalaman adalah kemahiran yang kompleks dan sukar dijelaskan. Ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan. Berikut adalah antara beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik;

Permainan Mesej Rahsia

Guru memberi sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid. Murid tersebut membaca nota itu dan menyanyikan secara berbisik. Sebelum pengajaran guru akan meminta murid membaca latihan atau menyanyi dengan lambat serta senyap di dalam kepala.

Meneka Lagu

Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas.

Memikir Not ke 5( atas atau bawah)

Contohnya, satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid-murid menyanyi dua bar pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B yang sepatutnya mi sebagai la.

Penghafazan

Kebiasaannya kanak-kanak akan seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ianya boleh dilakukan melalui teknik permainan.

Contoh 1

Guru membuat isyarat tangan dan murid enghafaznya sambil berfikir melodi tersebut. Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang-ulang dengan motif yang pendek.

Contoh 2

Guru menggunakan skel pentatonic sebagai bahan penghafazan. Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan nota-nota pada baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang. Murid digalakkan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di seblah kanan. Setelah selesai menulis murid menyanyi not-not yang ditulis dibaluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa.)

Improvasi

Ini adalah cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

a. Boleh beri galakkan kepada murid dalam mengprovisasikan sesuatu corak irama. Contoh: Permainan Baling Tepuki. Guru akan membalingbola sakti kepada murid bertuah.ii. Guru akan bertepuk atau menggerkkan anggota badannya pada detik sambil mendengar : tatatataiii. Murid tersebut digalkkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain.

b. Galakkan boleh diberi kepada murid dalam mengprovisasi sesuatu corak melodi.Contoh: Permainan Bersoal Jawab

Guru dan murid bersoal jawab tentang Sesutu tajuk yang dipelajari, contohnya nama solfa yang dilekatkan oleh guru dipapan putih. Guru menyoal melalui nyanyian solfa, kemudian guru memilih murid untuk menjawab soalannya.

c. Galakkan boleg diberi kepada murid dalam mengprovisasi bentuk melodi.Contoh Permainan: Ikut Giliran

Murid akan menyanyikan satu frasa solfa mengikut giliran, muirid yang terakhir akan menjelaskan melodi.

Aplikasi Kaedah Kodaly Dalam P&P

a) Mengaplikasikan pada Permulaan Pengajaran

i.Membuat Imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama murid, contohnya Ani so mi, Ani jawab saya dalam pic so mi, Rita do mi so dan lain-lain.

ii.Anda bertepuk pada corak ti- ti ta ta ta dan murid menepuk balik pada anda.

iii.Anda gunakan isyarat tangan pada do, mi dan so dan murid ikut sambil menyanyi.

iv.Mengaplikasikan pada langkah 1. ( Nyanyian solfa dan sebutan irama ).Anda menyanyi lagu Tepuk Amai Amai dalam tonik solfa dan murid disuruh mendengar. Mereka meneka lagu tersebut. Mereka mengikut anda menepuk dan menyebut corak irama.

b) Mengaplikasikan pada Langkah 2 - Penghafazan

i.Anda menunjukkan 2 bar lagu tersebut dan murid menyanyi pada solfa.

ii.Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut ditutup. Ini melatih mereka menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.

c) Mengaplikasikan pada Penutup Pendengaran Dalaman

i.Anda menggunakan isyarat tangan ( 3 pic do mi so ) tanpa menyanyi sepanjang 2 bar.

ii.Murid diminta melihat isyarat tangan yang anda lakukan dan menyanyikan di dalam hati.

iii.Murid menyanyikan balik pada la atau solfa.

Carl Orff

Latar Belakang Carl Orff( 1895 1982 )

Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman.Berasal dari keluarga Bavarian aktif dala tentera.Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.Bertugas dengab tentera pada perang dunia pertama.Seorang composer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik.Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920-an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik.Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Gunther-Schule, sebuah sekolah tarian dan muzik.Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal iala Musik Fur Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik Untuk Kanak-kanak.

Falsafah & Prinsip Carl Orff

Orff pernah berkata Efperience first, then intellectualize yang bermaksud kanank-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimproisasi dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.Orf percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.Dan muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus.Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memeperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

Sesi Pembelajaran Muzik

Bermain Alat MuzikPergerakanPercakapan

Pendekatan Orff

Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu 1. EXPLORASI (Mencari Sendiri)2. IMITASI (Mengajuk Balik)3. IMPROVISASI4. LITERASI Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.

EKSPLORASI

Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu;

Eksplorasi Ruang

Dalam eksplorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas eksplorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

Eksplorasi Bunyi

Eksplorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian eksplorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam eksplorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.

Eksplorasi Bentuk

Eksplorasi bentuk berlaku secara serentak dengan eksplorasi ruang and bunyi. Dalam eksplorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam eksplorasi bentuk.Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

IMITASI

Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada murid-muridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

LITERASI

Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

IMPROVASI

Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Aplikasi Pendekatan Orff Dalam Bilik Darjah

Sebutan Berirama

Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Alat Perkusi Badan

Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara. Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

Alat Perkusi Orff

Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza.

Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain.

Memainkan Alat Perkusi Secara Ostino Mengiringi Nyanyian

Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi

Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

Dalcroze

Latar Belakang Delcroze( 1865 1950 )

Nama : Emile Jaques Dalcroze Lahir/Mati : 1865-1950Umur: 85 tahun Bangsa: SwissBidang: semua cabang seni Pendekatan: eurismik, improvisasi Dalcroze memulakan kerjayanya di Geneva Conservatory, di mana beliau mendapat ilham mengenai harmoni & solfa Melalui bidang solfa yang dikaji, beliau dapat mempengaruhi dan merevolusikan banyak idea pedagogi yang lain Jaques Dalcroze berkata;setiap murid harus memperkembangkan kebolehan untuk melahirkan apa yang didengarinya dengan kedamaian, berkesan dan penuh pengetahuan melalui gerakan sebelum menukarkan bentuk perasaan / fizikal kepada hasil muzikal (suara atau permainan alat muzik) atau tahap pengetahuan muzik (Solfa, Solfa berirama dan improvisasi).

Kaedah Delcroze

Dalcroze telah memperkenalkan kaedah eurythmics mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan Sebab: pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik Kaedah ini menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi Pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabungkan tiga-tiga aspek ini. Mengikut Delcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan;

a. Improvisasi atau Pengubahsuaian Improvisasi dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid dan objketif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:

i. Bahan-bahan Muzik Muzik mempunyai berbagai-bagai gaya mengikut tempat, zaman dan jenis, maka pendidik perlu menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajarannya.ii. Alat-alat Muzik Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil agar mengurangkan kadar kesalahan urid bermain muzik.iii. Bentuk-bentuk notasi muzik juga boleh diubahsuai supaya memudahkan murid mengenali not-not tersebut.iv. Suasana bilik darjah juga diubahsuai mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran semasa.v. Seorang pendidik perlu bijak menukar emosi murid kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.vi. Pengalaman sedia murid ada murid perlu digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Improvisasi yang dijalankan adalah untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar.

b. Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrak. Pendidik boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan perkara yang akan di ajar.c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan. Dalcroze juga memperkenalkan konsep pendengaran dalaman ( Internal Hearing) di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik.

Kaedah Dalcroze menegaskan bahawa; Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan bunyi, Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik

Tujuan kandungan kurikulum; Memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak.

EURYTHMICS (gerakan harmoni tarian & muzik)

Menggunakan pergerakan kinetik untuk membina kemahiran dalam muzik Kaedah ini merupakan kaedah yang efektif bagi mewujudkan suasana & pengalaman pembelajaran yang bermakna.

SOLFEGE (solfa) Kemahiran mendengar, berfikir & beritma Solfa Dalcroze sangat unik apabila digabungkan dengan eurythmics, ia menggabungjalinkan pendengaran, kemahiran berfikir & pembinaan kemahiran ritma melalui eurythmics; menggunakan suara untuk belajar hubungan pic.

Penekanan Dalam Kedah Delcroze

Kepentingan pengalaman peribadi dalam pembelajaran Pergerakan tubuh badan sebagai asas kepekaan terhadap rentak Kepentingan hubungan antara masa, ruang dan tenaga dan antara muzik dan pergerakan Minda dan tubuh hendaklah sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni

CIRI KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN & NYANYIAN Pendengaran dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan.

Aplikasi Pendekatan Delcroze Dalam P&P Muzik Di Dalam Bilik Darjah

Guru perlu beranggapan bahawa kanak-kanak mungkin mempunyai sedikit pengetahuan formal. Minda yang lebih sensitif(mudah menerima sesuatu pembelajaran yang baru) Kanak-kanak perlu dibimbing untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Daripada bimbingan ini, kanak-kanak akan mudah untuk mengingati sesuatu (kenangan) Murid tidak harus disalahkan sekiranya berlaku kekeliruan semasa proses pengajaran.Ianya disebabkan oleh guru itu sendiri yang tidak menggunakan cara yang betul ketika menerangkan sesuatu perkara. Sekiranya murid dapat mempelajari sesuatu pergerakan, mereka akan merasa gembira. Mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar. Delcroze berpendapat lebih banyak masa patut digunakan oleh murid untuk melakukan aktiviti. Guru seharusnya mengelakkan diri daripada banyak bercakap atau memberi arahan.

RANCANGAN PENGAJARAN DELCROZE

Dalam membuat sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran, seorang pendidik muzik harus memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:i. Murid dangat sensitive dan artistic. Mereka dapat belajar tentang apa sahaja yang mereka mahukan.ii. Apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menolong murid-murid mengingati sesuatu pembelajaran?iii. Gunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza, bersesuaian dan berkesan untuk menerangkan sesuatu kepada murid jika mereka keliru.iv. Jika murid dapat mencapai sesuatu tahap pembelajaran, ia akan cuba mencapai satu lagi peringkat pembelajaran.

PERANAN GURU DALA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Langkah-langkah pengajaran perlulah mengikut urutan yang betul. Menggalakkan semua murid bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang murid lain (jika ada). Mengulangi pergerakan yang telah dipelajari sebelum ini Peka terhadap tanda tekanan dan keletihan yang ditunjukkan oleh murid Guru hendaklah memastikan pergerakan yang diajar sesuai dengan bahagian tubuh berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan Murid perlu berlatih dengan menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu persembahan Menggunakan tempo / irama yang sesuai dengan pergerakan .

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAPAT MEMBANTU MURID;

Menggunakan semua deria semasa belajar - kelima-lima deria dapat digunakan semasa melakukan pergerakan (mata=melihat, telinga=mendengar alunan muzik) Meneroka gerakan tubuh badan mereka - mengawal pergerakan tangan untuk menepuk dan kaki untuk menghentak Menggunakan imaginasi dalam kreativiti - membuat pergerakan ombak Menjadi peka kepada ruang sekeliling mereka - menggunakan ruang semaksima yang mungkin. Lebih fleksibel dalam membina koordinasi keupayaan motor- pergerakan yang seiring (gerakan tangan dan kaki yang serentak mengikut irama) Meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi - muzik perlahan untuk perasaan yang sedih dan sebaliknya Menggunakan minda bagi mengawal tubuh - ikut arahan guru bagi mengelakkan kecederaan Membina kemahiran seperti yang diarahkan - imitation (tiru apa yang dibuat) Membina kemahiran berfikir - murid-murid boleh menyumbangkan idea

Rancangan Pengajaran Harian Muzik( Aktiviti Muzikal )

Mata Pelajaran: Dunia MuzikKelas: 1 BestariMasa: 9.00 9.30 pagi ( 30 minit )Tajuk/Tema: Pergerakan Mengikut Lirik ( Lagu Aksi )Standard Kandungan: Pengalaman MuzikalStandard Pembelajaran: 1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vocal a,e,i,o,u yang betul.1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat:1. Menyanyi dengan sebutan yang betul.2. Menyanyi sambil bergerak mengikut lirik lagu.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:1. Murid menyebut lirik Mari Bergerak dengan jelas mengikut irama lagu.2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu.Contoh : Tepuk tangan, petik jari, goyang pinggul, pusing kanan, pusing kiri.3. Menyanyi sambil membuat aksi mengikut lirik.

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) : KreativitiBahan Bantu Belajar: CD 1 Track 01 dan 02 ( Mari Bergerak ) Radio Lirik Lagu ( Papan gulung )

Penilaian pengajaran dan pembejalaran : Menyanyi dan membuat pergerakan mengikut lirik dan mud lagu.

LangkahIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set Induksi( 5 minit )Gerakan senaman ringkas

1. Sebelum memulakan pengajaran&pembelajaran guru meminta murid melakukan senaman ringkas seperti yang di tunjukkan oleh guru.2. Guru menerangkan kita perlu bersenam dan bergerak untuk menyihatkan badan. Kita juga boleh bersenam melalui nyanyian dan pergerakan. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini Mari Bergerak

Langkah 1 ( 6 minit )Lirik & LaguMari BergerakLirik lagu Mari BergerakTepuk tangan, petik jariGoyang pinggul dan pusing kiriCari kawan, hulur tanganBeri salam dan pusing kananKe depan ke belakangPimpin tangan dan pusing kawanKe depan ke belakangPimpin tangan dan pusing kawan

1. Murid mendengar lagu Mari Bergerak sambil meneliti lirik lagu yang berada di hadapan kelas.2. Murid menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru 3. Murid menyanyi baris demi baris lagu Mari Bergerak tanpa iringan muzik.

Bahan Bantu : Lirik Lagu (papan gulung) CD 1 track 01 & 02 Radio

Langkah 2( 4 minit )Menyanyi dengan iringan Muzik dengan lirik dan sebutan yang betul1. Murid menyanyi dengan iringan muzik lagu Mari Bergerak beramai-ramai sambil bertepuk tangan.

Bahan Bantu : Lirik CD Radio

Langkah 3( 10 Minit )Menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut lirik lagu Mari Bergerak1. Guru meminta murid membuat pergerakan seperti yang terdapat pada lirik lagu Mari Bergerak.2. Guru menunjukkan beberapa kad gambar yang menunjukkan pergerakan seperti( tepuk tangan, petik jari, pinggul, bersalaman ) kemudian murid melakukan pergerakan mengikut kad gambar yang ditunjukkan oleh guru. Guru menayangkan kad gambar bermula dari keadaan lambat ke laju.3. Guru meminta murid mencari pasangan masing-masing.Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan dengan iringan muzik bersama pasangan masing-masing.( Murid cuba menghafal lagu melalui pergerakan yang dibuat)

Bahan Bantu: Lirik Kad Gambar Radio CD

Penutup( 5 Minit )Menyanyi sambil melakukan gerakan

1. Guru membahagikan murid kepada 2 barisan.2. Guru meminta kedua-dua barisan menghadap antara satu sama lain dan pastikan mereka berpasangan.3. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan.Bahan Bantu: Radio CD

Refleksi

Sebelum Pengajaran & Pembelajaran:Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Muzik Th. 2.Merancang Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan kajian yang dibuat;Latar belakang murid ( sikap, kesediaan belajar, tahap pencapaian )Kebanyakkan murid di kelas ini adalah murid yang aktif dan gemar menyanyi dan menari. Tahap pencapaian sederhana.Ruang belajar ( kelas atau bilik serbaguna ) Oleh kerana kemahiran yang akan diajar melibatkan pergerakan dan memerlukan ruang yang sesuai saya telah memilih bilik serbaguna yang luas, selamat dan sesuai.Peralatan Peralatan yang diperlukan adalah radio, CD dan papan gulung. Semua peralatan tersebut terdapat disekolah dan boleh digunakan di bilik serbaguna.Semasa Pengajaran & Pembelajaran :Set Induksi Murid memberi respon yang baik.Langkah 1 Semua murid mendengar lagu dan menyebut lirik lagu Mari BergerakLangkah 2 &3 Murid menunjukkan tindak balas yang baik dan memberansangkan. Mereka amat menyukai aktiviti menyanyi sambil melakukan pergerakan.Penutup Murid dapat menguasai kemahiran dan melakukannya dengan gembira bersama rakan-rakan.

Selepas Pengajaran & Pembelajaran :Kekuatan: Aktiviti yang dirancang sesuai dengan tahap pencapaian murid.Murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.Aktiviti yang dirancang mengikut masa yang ditetapkan.Kelemahan:Terdapat murid yang malu untuk melakukan pergerakan.Bahan bantu kurang menarik.Tindakan susulan/penambahbaikan : Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan semua murid dan sesuai dengan murid pemalu. Aktiviti tersebut adalah satu aktiviti yang boleh menimbulkan keyakinan pada urid yang pemalu agar dapat melakukan sesuatu dengan yakin dan berjaya.Aktiviti pertandingan membuat persembahan juga dapat memberikan motivasi kepada murid agar mengikuti pembelajaran dengan bersungguh-sungguh.Di masa akan datang, guru boleh menggunakan bahan bantu pembelajaran yang lebih menarik seperti tayangan video/ LCD/ Komputer Riba/internet. Guru juga boleh menggunakan bahan berbantukan komputer yang mempunyai perisian yang sesuai dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Justifikasi Langkah Aktiviti

Set Induksi

Gerakan Senaman Ringkas Saya memilih aktiviti ini kerana ia berkaitan dengan pelajaran iaitu Mari Bergerak. Menurut Delcroze dalam program pergerakannya, guru hendaklah memastikan murid-murid mempunyai Body awareness ataupun kesedaran tubuh badan dan juga Motion iaitu lokomotor/bukan lokomotor. Dengan gerakan senaman ringkas ini dapat memberi kesediaan dan kesedaran tubuh badan murid serta lokomotor mereka untuk melakukan aktiviti seterusnya.

Langkah 1

Murid mendengar lagu Mari Bergerak sambil meneliti lirik laguSememangnya kita harus mendengar terlebih dahulu lagu yang ingin kita pelajari. Murid akan mendengar irama dan melodi lagu yang diperdengarkan. Dalam pendidikan muzik, antara penyampaian konsep muzik dalam aktiviti muzikal adalah melalui kegiatan meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Murid diberi peluang untuk mendengar dan menilai lagu dan nyanyian dari aspek lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan.Murid menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru Murid yang saya adalah murid tahun 2 yang masih memerlukan bimbingan membaca dan menyebut lirik dengan betul. Cara ini digunakan untuk memudahkan murid menyanyikan lagu yang mereka pelajari.

Murid menyanyi baris demi baris lagu Mari Bergerak tanpa iringan muzikMenyanyi tanpa iringan muzik terlebih dahulu akan membantu murid menyebut lirik lagu dengan betul sambil menyanyi. Dalam kaedah Kodaly alat muzik tidak perlu digunakan, sebaiknya jika sesebuah lagu diperkenalkan mereka harus nyanyikan dahulu lagu tersebut tanpa iringan muzik/kibod.Menurutnya lagi suara adalah alat muzik semula jadi yang paling berkesan.

Langkah 2

Murid menyanyikan lagu Mari Bergerak dengan iringan muzik sambil bertepuk tangan Seperti yang telah diterangkan kaedah Kodaly,kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih,seronok dan sebagainya. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal adalah melalui kegiatan nyanyian.Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.Manakala menurut Delcroze, tubuh badan dijadikan sebagai alat yang mampu mempamerkan interpretasi murid yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan ransangan atau stimuli dalam bentuki bunyi, nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Kerana itulah saya memilih aktiviti menyanyi sambil bertepuk tangan untuk menimbulkan keseronokan dan respon daripada murid-murid. Carl Orff pula berpendapat menepuk/bertepuk tangan adalah pergerakan yang paling mudah dilakukan oleh kanak-kanak dengan cara spontan sebaik sahaja mereka dapat merasai perkataan yang berirama tersebut.

Langkah 3

Murid membuat pergerakan seperti yang terdapat pada lirik lagu Mari Bergerak Lirik lagu Mari BergerakTepuk tangan, petik jariGoyang pinggul dan pusing kiriCari kawan, hulur tanganBeri salam dan pusing kananKe depan ke belakangPimpin tangan dan pusing kawanKe depan ke belakangPimpin tangan dan pusing kawanMurid lebih mudah memahami atau menghayati lagu sekiranya mereka dapat membuat pergerakan daripada lirik lagu Mari Bergerak . Aktiviti ini pasti menyeronokkan bagi murid-murid dan dapat memberi motivasi kepada mereka untuk berada dalam pembelajaran mereka.Dalam falsafah Delcroze, kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang pertama adalah berkaitan bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik. Seterusnya bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan emosi kanak-kanak. Pada usia kanak-kanak sebegini, nyanyian dan pergerakan akan menimbulkan rasa seronok dan gembira. Dengan itu mereka lebih mudah menerima dan menguasai kemahiran yang diberi oleh guru.

Murid membuat pergerakkan berpandukan kad gambar yang ditunjukkan oleh guruKepelbagaian dalam aktiviti p&p adalah sangat baik dalam membantu perkembangan murid serta membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid bergerak mengikut ransangan yang diberi iaitu kad gambar.Dalam kaedah Delcroze terdapat tiga komponen kegiatan, salah satunya ialah Eurhythmics iaitu pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Aktiviti pergerakan Eurhythmics ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:Bukan Lokomotor : Contohnya ;- menepuk, berpusing, mengayun, bersalam dan sebagainya.Lokomotor : Contohnya;- berjalan, meloncat, berputar/berpusing dan sebagainya.Berdasarkan aktiviti yang saya rancang pergerakan dalam lagu Mari Bergerak ini mengandungi aktiviti lokomotor dan juga bukan lokomotor.Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan dengan iringan muzik bersama pasangan masing-masing. Murid cuba menghafal lirik tersebut melalui pergerakan yang dibuatMurid akan melakukan aktiviti berpasangan sambil menyanyi dan bergerak. Aktiviti ini boleh memupuk nilai murni seperti bertolak-ansur, kasih sayang, hormat-menghormati, bekerjasama dan sebagainya.Selain itu, murid lebih mudah menghafal lagu tersebut hanya dengan melakukan pergerakan berdasarkan lirik.

Penutup

Guru membahagikan murid kepada 2 barisan, kemudian murid berhadapan antara satu dengan lain secara berpasangan. Murid menyanyi lagu Mari Bergerak sabil melakukan pergerakanAktiviti penutup mestilah rumusan ataupun aktiviti kemahiran yang telah dicapai oleh murid hari ini. Murid-murid akan lebih gembira dan mengingati aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga dapat melihat dan menilai hasil pembelajaran yang dirancang melalui langkah penutup.