HBMS2103

22
HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM SOALAN TUGASAN Nyanyian merupakan salah satu bidang muzik yang penting bagi murid-murid di sekolah rendah. Melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), pelbagai aktiviti nyanyian boleh dijalankan dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik. Aktiviti nyanyian untuk pengajaran dalam kelas mungkin berbeza dengan nyanyian padu suara atau koir. (a) Bincangkan kaedah memperkenalkan lagu kepada murid-murid sekolah Tahap Satu. ( 8 markah ) (b) Jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru muzik mengendalikan kelas dan aktiviti nyanyian untuk murid-murid Tahap Satu di sekolah anda ? ( 11 markah ) (c) Bincangkan kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah irama dan pic yang berlaku di kalangan murid-murid sekolah Tahap Satu. ( 8 markah ) (d) Huraikan teknik-teknik penting yang harus diambil kira semasa melatih kumpulan koir. Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 1 -

description

HBMS

Transcript of HBMS2103

Page 1: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

SOALAN TUGASAN

Nyanyian merupakan salah satu bidang muzik yang penting bagi murid-murid di sekolah rendah. Melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), pelbagai aktiviti nyanyian boleh dijalankan dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik. Aktiviti nyanyian untuk pengajaran dalam kelas mungkin berbeza dengan nyanyian padu suara atau koir.

(a) Bincangkan kaedah memperkenalkan lagu kepada murid-murid sekolah Tahap Satu.

( 8 markah )

(b) Jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru muzik mengendalikan kelas dan aktiviti nyanyian untuk murid-murid Tahap Satu di sekolah anda ?

( 11 markah )

(c) Bincangkan kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah irama dan pic yang berlaku di kalangan murid-murid sekolah Tahap Satu.

( 8 markah )

(d) Huraikan teknik-teknik penting yang harus diambil kira semasa melatih kumpulan koir.

( 8 markah )

JUMLAH : 35 MARKAH

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 1 -

Page 2: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya serta keizinanNya

dapatlah saya menyempurnakan tugasan yang diamanahkan mengikut waktu yang ditetapkan.

Tugasan ini adalah merupakan salah satu daripada syarat wajib lulus yang telah ditetapkan

sepanjang menjalani Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pedalaman) Anjuran

KPM-OUM.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Encik

Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang sesi

pembelajaran. Semoga apa yang diperolehi dapat saya manafaatkan dalam menjalani kehidupan

sebagai seorang guru muzik.

Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat handai yang telah banyak memberi

sokongan dan galakan, serta kerjasama yang amat baik sekali sepanjang menghadiri sesi kuliah

dan juga menyiapkan segala tugasan.

Semoga apa yang telah dihasilkan dapat menyumbang sedikit sebanyak maklumat atau pun

panduan dalam dunia Pendidikan Muzik yang begitu luas dan mencabar ini. Sekian , terima kasih.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 2 -

Page 3: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

PENGENALAN

Nyanyian adalah salah satu elemen atau bidang muzik yang amat penting bagi kanak-kanak

terutamanya murid-murid Tahap Satu. Dalam semua kelas muzik, nyanyian adalah mata pelajaran

yang selalunya mendapat sambutan yang baik di kalangan kanak-kanak. Maka ia adalah penting

agar guru dapat mengendalikan kelas nyanyian dengan betul dan efektif.

Kanak-kanak biasanya mempunyai kecenderungan atau minat untuk mempelajari dan

memahami sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yang betul haruslah diajar pada usia

yang muda kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di kalangan kanak-kanak.

Penggunaan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada usia yang muda dapat

membantu seseorang memperkembangkan kemahiran nyanyian di masa akan datang.

Tugasan saya pada kali ini ialah mengenai nyanyian yang dijalankan dalam kelas di

sekolah rendah iaitu yang melibatkan murid-murid Tahap Satu. Beberapa perkara akan

dibincangkan iaitu seperti Kaedah memperkenalkan lagu, Cara-cara mengendalikan kelas, Kaedah

menyelesaikan masalah irama dan pic yang berlaku di kalangan murid-murid Tahap Satu dan juga

disertakan dengan Teknik-teknik penting yang harus diambil kira semasa melatih kumpulan padu

suara atau koir.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 3 -

Page 4: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

a) Bincangkan kaedah memperkenalkan lagu kepada murid-murid sekolah Tahap Satu.

KAEDAH MEMPERKENALKAN LAGU

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun ( Tahap Satu ) boleh menyanyikan

lagu pada pic yang betul. Mereka juga mempunyai pemahaman yang agak jelas mengenai ritma

lagu. Apabila mereka berusia 8 tahun, mereka biasanya boleh menyanyikan keseluruhan lagu dari

permulaan ke akhir tanpa menukar nada atau pic lagu tersebut. Kanak-kanak yang berusia 9 tahun

pula mampu mempelajari lagu-lagu yang mempunyai harmoni yang mudah.

Terdapat 2 kaedah utama untuk memperkenalkan lagu kepada murid-murid Tahap Satu iaitu :

1. Kaedah hafalan

2. Kaedah notasi

Kaedah Hafalan atau Rote Teaching

Kaedah ini adalah sesuai untuk murid-murid yang tidak tahu membaca notasi lidi. Dalam

kaedah ini, guru akan menyanyikan ataupun memainkan melodi lagu yang hendak diajar kepada

murid-murid. Melalui kaedah ini, murid-murid diberi banyak peluang untuk mendengar lagu yang

mereka belajar. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh guru untuk memperkenalkan

sesebuah lagu yang baru kepada murid iaitu :

1. Baris Demi Baris

Dalam kaedah ini, sesebuah lagu yang baru akan diperkenalkan baris demi baris kepada

murid tetapi sebelum anda mula memperkenalkan lagu tersebut kepada murid, mulakan

kelas dengan menyuruh murid untuk menepuk tangan dalam rentak dan nadi yang sama.

Perkenalkan pelajar kepada meter lagu tersebut. Ini akan memudahkan pengajaran melodi

lagu. Kaedah pengajaran baris demi baris adalah penting untuk murid-murid Tahap Satu

yang tidak mempunyai pengalaman muzik yang luas. Lagu akan dibahagikan mengikut

baris atau frasa. Contohnya ialah lagu Tepuk amai-amai (Lihat Lampiran) :

Tepuk amai-amai...... baris 1

Belalang kupu-kupu...baris 2

Tepuk adik pandai......baris 3

Emak upah susu..........baris 4 dan seterusnya iaitu baris demi baris

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 4 -

Page 5: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

Untuk mengajar mengikut frasa pula, guru harus menyanyikan atau memainkan frasa yang

pertama untuk murid. Frasa pertama dan kedua untuk lagu Lenggang Kangkung diberi

dalam lampiran . Frasa ini hendaklah dinyanyikan dalam nada, melodi dan irama yang

betul. Selepas guru menyanyikan frasa pertama murid perlu mengulangi frasa yang

dinyanyikan tadi.

2. Keseluruhan Lagu

Kaedah ini boleh digunakan untuk murid-murid yang berada di tahap yang lebih tinggi.

Dalam kaedah ini, keseluruhan lagu diperkenalkan kepada murid untuk memberi gambaran

yang menyeluruh kepada murid. Guru akan menyanyikan lagu atau memainkan lagu

secara keseluruhan beberapa kali. Murid-murid akan menentukan pic yang tinggi dan

rendah dalam lagu tersebut. Selepas itu murid dikehendaki untuk menyanyikan balik lagu

tersebut dengan menggunakan daya ingatan muzikal mereka. Guru seharusnya memainkan

peranan yang penting untuk memastikan bahawa pelajar mengulangi lagu dalam pic,

melodi dan rentak yang betul.

Kaedah Notasi

Dalam kaedah notasi, lagu diperkenalkan kepada murid menggunakan notasi muzik.

Dalam kaedah ini murid seharusnya mengenal not-not muzik. Bagi murid yang fasih membaca

not, kaedah ini amat sesuai kerana mereka dapat memahami pergerakan not dan pergerakan melodi

dengan cepat. Melalui kaedah ini juga guru boleh memperkenalkan lagu secara baris demi baris,

kaedah frasa dan juga secara keseluruhan seperti di bawah :

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 5 -

Page 6: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

b) Jelaskan bagaimana anda sebagai guru muzik mengendalikan kelas dan aktiviti nyanyian untuk

murid-murid Tahap Satu di sekolah anda ?

PENGENDALIAN KELAS DAN AKTIVITI NYANYIAN

Sepanjang pengalaman saya menjalankan kelas dan aktiviti nyanyian di sekolah yang

muridnya terdiri daripada masyarakat orang asli (Temiar), saya telah menjalankan pelbagai

kaedah yang telah dipelajari antaranya ialah seperti berikut :

1. Cara Mengendalikan Kelas Nyanyian

Saya akan menggalakkan murid duduk atau berdiri dalam bulatan supaya pengajaran saya

dapat dilihat oleh semua murid. Saya akan berdiri di satu sudut bulatan dan murid-murid

dikehendaki duduk atau berdiri di sekeliling saya. Murid yang bermasalah akan berada di sebelah

kiri dan kanan saya. Dengan cara ini memudahkan saya untuk mengawal dan memberi perhatian

kepada murid yang lemah. Kedudukan ini boleh digunakan untuk mengajar pelbagai teknik

nyanyian seperti teknik pernafasan, sebutan perkataan dalam lirik lagu secara baris demi baris

memudahkan mereka untuk menghafal lagu atau memperkenalkan lagu secara keseluruhan.

Cara-cara lain yang digunakan adalah seperti kaedah kumpulan dan rakan sebaya.

Contohnya murid dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan menepuk corak irama lagu dan

satu kumpulan lagi menyanyikan lagu tersebut dengan pic dan melodi yang betul dan diiringi oleh

kibod. Setiap kumpulan diletakkan murid yang lebih cemerlang untuk membantu rakan-rakan lain.

Murid-murid akan cepat belajar dengan cara ini kerana mereka akan memerhati sesama rakan-

rakan.

2. Aktiviti Dalam Kelas Nyanyian Murid Temiar

Perkara pertama yang harus yang harus diambil kira untuk aktiviti dalam sesebuah kelas

nyanyian adalah pic dan renj setiap pelajar dalam kelas. Ini adalah untuk memastikan bahawa lagu

yang dipilih adalah sesuai untuk renj vokal dan tessitura suara setiap murid. Aktiviti yang

disediakan untuk murid ialah seperti yang ditunjukkan di bawah :

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 6 -

Page 7: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

(i) Aktiviti untuk mengajar irama

Teknik Eurhythmics yang diperkenalkan oleh Dalcroze adalah sesuai dan berkesan

untuk mengajar irama kepada murid orang asli. Dalam teknik ini, pergerakan

digunakan untuk mempelajari elemen-elemen muzik seperti dinamik, kelajuan iaitu tempo

dan sebagainya. Untuk aktiviti ini , murid akan menepuk tangan berdasarkan corak irama

yang ditunjukkan seperti di bawah. Kemudian apabila murid sudah selesa dengan corak

irama ini, saya akan menyuruh murid menepuk dengan pelbagai tempo.

Contoh Irama untuk aktiviti Eurhythmics yang digunakan :

(ii) Aktiviti untuk mengajar nyanyian solfa

Untuk mengajar not-not dalam sesebuah lagu kaedah nyanyian solfa adalah amat

berkesan untuk murid Tahap Satu. Skor di bawah adalah sebuah contoh aktiviti nyanyian

solfa yang boleh digunakan untuk mengajar lagu lenggang kangkung. Dengan cara ini

murid akan dapat mengenali dan menghafal pic untuk setiap solfa.

Contoh Nyanyian Solfa :

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 7 -

Page 8: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

(c) Bincangkan kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah irama dan pic yang

berlaku di kalangan murid-murid sekolah Tahap Satu .

PENYELESAIAN MASALAH IRAMA DAN PIC

Murid Tahap Satu biasanya belajar untuk memahami konsep irama dalam lagu melalui

guru dan kawan-kawan mereka. Murid dalam lingkugan umur 6 hingga 8 tahun biasanya

mempunyai masalah pic dan irama. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh

dipraktikkan untuk menyelesaikan masalah ini.

(i) Masalah Irama

Pertama mulakan latihan dengan menepuk irama yang mudah seperti irama yang hanya

menggunakan not-not krocet. Kemudian teruskan aktiviti ini dengan menerapkan beberapa

not yang mempunyai nilai kuaver. Pastikan anda memulakan dengan tempo yang perlahan

dahulu.

Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk murid-murid yang mempunyai

masalah irama.

Pilih sebuah lagu yang mempunyai corak irama yang mudah.

Sebelum memulakan kelas, perkenalkan lirik lagu kepada murid-murid dengan

menepuk corak irama.

Murid-murid kemudian dikehendaki untuk meniru gaya guru dan mengulangi frasa

yang telah diberikan oleh guru.

Selepas semua murid dapat melafazkan lirik lagu dalam irama yang betul, tepuk irama

lagu tersebut tanpa menyanyikan melodinya.

Pastikan murid menepuk pada irama yang betul. Teruskan dengan tempo yang betul

dan menepuk serta melafazkan lirik lagu secara serentak.

Latihan ini adlah penting kerana ia memberi penekanan kepada koordinasi murid.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 8 -

Page 9: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

Contoh lagu ” Lenggang Kangkung ” untuk latihan irama :

(ii) Masalah Pic

Murid-murid biasanya akan mempunyai masalah dengan pic lagu jika lagu tersebut berada

di luar tessitura suara mereka ataupun lagu tersebut mempunyai renj suara yang sangat

luas. Tetapi terdapat juga murid yang mempunyai masalah pic dengan lagu yang mudah.

Ini adalah kerana mereka tidat dapat membezakan antara bunyi pic yang dimainkan atau

dinyanyikan.

Berikut adalah beberapa cara untuk menyelesaikan masalah pic :

Perkenalkan lagu yang mempunyai jeda yang lebih kecil dahulu.

Bagi pelajar yang tidak mengenal notasi gunakan istilah menaik dan menurun untuk

menerangkan perubahan pic.

Gambarkan sesuatu dengan pergerakan, contohnya not tinggi berdiri dan not rendah

duduk.

Anda juga boleh memainkan not-not dengan kibod dan menyuruh pelajar

mengenalpasti not tinggi dan rendah.

Anda boleh menggunakan isyarat tangan solfa untuk menunjukkan perbezaaan not.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 9 -

Page 10: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

(d) Huraikan teknik-teknik penting yang harus diambil kira semasa melatih kumpulan koir.

TEKNIK PENTING PENGAJARAN DALAM KOIR

Perkara pertama yang harus diambil kira semasa mengajar kumpulan koir ialah bilangan

mereka. Kelas nyanyian solo adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan kelas

yang mempunyai 30 orang penyanyi. Terdapat beberapa teknik untuk mengajar elemen-elemen

muzik yang terdapat dalam sesebuah lagu.

1. Teknik-teknik Penting

Beberapa teknik penting yang harus diambil kira semasa melatih kumpulan koir adalah :

Pertama sekali pastikan penyanyi koir berdiri atau duduk dengan postur yang betul

semasa menyanyi. Lihat Lampiran

Sebelum menyanyi, mereka perlu membuat latihan ” Warm Up” untuk menyediakan

peti suara. Lihat Lampiran

Pastikan setiap ahli dalam kumpulan koir menyanyi dengan pic yang tepat. Latihan ini

akan mengambil masa kerana setiap ahli dikehendaki untuk menyanyi beberapa frasa

daripada lagu tersebut untuk memeriksa pic mereka.

Setiap sebutan lirik mestilah disebut pada bit yang tepat. Ketepatan dan timing adalah

amat penting dalam koir.

Setiap ahli mestilah mempunyai irama yang baik. Ritma badan perlu ada dalam setiap

ahli koir.

Perhatian khas haruslah diberikan kepada perkataan yang mempunyai konsonan

dihadapan. Perkataan seperti ini memerlukan attack yang betul sebelum perkataan atau

sukukata dibunyikan. Dengan kata lain ahli koir perlukan latihan Fonasi.

Contoh Untuk Latihan Fonasi Huruf Vokal :

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 10 -

Page 11: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

Contoh Untuk Latihan Fonasi Suku Kata ’h’ :

Contoh Untuk Latihan Fonasi Huruf Konsonan :

Pastikan anda memberi perhatian kepada keseimbangan suara keseluruhan koir. Setiap

seksyen dalam kumpulan koir harus memainkan peranan dan mempunyai kualiti ton

yang seimbang semasa menyanyi.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 11 -

Page 12: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

RUJUKAN

1. Prof. Dr. Mansor Fadzil dan Prof. Madya Dr. Widad Othman . (2008). Modul

HBMS1203 Pengajaran Muzik 2 .. Kuala Lumpur :

UNITEM Sdn. Bhd.

2. Browning-Henderson, L . (1979). How to train singers.

3. Bunch, M . (1995). Dynamics of the singing voice springer-verlag : New York.

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 12 -

Page 13: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

LAMPIRAN

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 13 -

Page 14: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

Postur Berdiri

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 14 -

Page 15: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

“Warms Up” vokal

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 15 -

Page 16: HBMS2103

HBMS- 2103 PENGAJARAN MUZIK 2 – Program Sarjana Muda Pengajaran(Pedalaman) KPM-OUM

Isyarat Tangan Solfa

Pensyarah : Encik Pakhuruddin bin Hj. Mokhtar

Balya bin Aziz @ Ismail 721125-03-5507 - 16 -