HBNGN ETNIK

38
NAMA : LING HEE CHEN : JANETTHY RONNY ANAK SAING NAMA PENSYARAH:EN HASNUL HADI BIN TENGAH SUBJEK :HUBUNGAN ETNIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2014

description

hubungan etnik

Transcript of HBNGN ETNIK

NAMA : LING HEE CHEN : JANETTHY RONNY ANAK SAING

NAMA PENSYARAH:EN HASNUL HADI BIN TENGAHSUBJEK :HUBUNGAN ETNIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANAMBILAN JUN 2014

Hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

DEFINISI PERPADUAN

MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

• Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja,namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelusuk negara.

• Masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi,politik dan sosial.

1.PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PETEMPATAN

• Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya jelas situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu,Jawa,India dan Cina.Namun perancangan ini berlaku atas tujuan memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan.

• Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.Pendudukan British pada abad ke 19 telah membawa masuk buruh Cina,India secara beramai-ramai.

• Semenjak tahun 1920an lagi,corak petempatan sebegini telah kelihatan.Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai cina sementara buruh-buruh india pula tertumpu di ladang-ladang getah.

• Di Sabah dan Sarawak pula wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan Kaum Kadazan.Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.Ikatan hubungan juga sangat jauh dan berbeza dari segi agama,pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh politik.

2.PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI

• Akibat daripada tumpuan tertentu,orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan,orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdangangan dan perlombongan manakala orang India dikekalkan di estet-estet.

• Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.Jika ada pertemuan pun hanya apabila mereka ini berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan kerajaan.Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

3.Pengasingan sistem pendidikan

• Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan diantara kaum.Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing.• Bagi pelajar Melayu hanya dua jenis pendidikan yang dibenarkan,iaitu sekolah

vernakular Melayu atau beraliran inggeris.Namun,sekolah beraliran inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas keran mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai.• Bagi masyarakat India,sekolah Tamil dibuka di estet-estet.Walaupun guru-guru

yang mengajar di sini dibawa dari India,namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.Justeru lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet.

• Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri.Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.Justeru,pelajar Cina lebih mementingkan pergolakan politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding perkembangan di Tanah Melayu.

• Fakta-fakta di atas telah menunjukkan bahawa pada zaman British,aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum.British tidak bercadang untuk menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.

• Adalah jelas kelihatan bahawa setiap kaum menganggap mereka bukan warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki serta bukan untuk bermastautin.Ini menyebabkan mereka tidak terlalu mengambil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan.

• Pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak.Di sarawak keluarga Brooke berasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi mereka yang wujud dalam budaya mereka.

4.Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza

• Fahaman politik setiap kaum juga berbeza.Bagi kaum Cina dan India,hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebh penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu.Selain itu,setiap kaum berusaha memastikan pengekalan identiti kaum,bahasa dan budaya masing-masing dan menggunakan media-media dan saluran-saluran seperti pendidikan program keagamaan akhbar dan persatuan-persatuan sosial.

• Pada tahun 1930an,telah berlaku penggeseran diantara orang Cina dan Orang Jepun di negara China.Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka.Apabila fahaman komunis berkembang di China,fahaman tersebut juga mudah menular dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

• Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali.

• Bagi orang Melayu sendiri,mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.Situasi ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang Melayu melalui penulisan mereka di dalam majalah-majalah seperti Saudara,Pengasuh,Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis.Selain itu perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.

5.MASALAH EKONOMI

• Dalam bidang ekonomi,jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur,iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah.Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden.Justeru ketidakseimbangan pendapatan berlaku.

• Ini menyebabkan setiap kaum saling mencumburui antara satu sama lain.

6.Perbezaan kepercayaan atau agama

• Secara umumnya,seiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam,India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha.Namun masih ada kaum-kaum ini yang menganut agama yang tidak majoriti dalam kelompok mereka seperti India Muslim dan Cina beragama Kristian.

• Selain masyarakat di semenanjung,ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.Pegangan dan idealogi setiap agama ini berbeza.Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.

CARA KERAJAAN MENGATASI MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain

Beberapa kaedah dikenal pasti sebagai langkah untuk membolehkan rakyat negara ini supaya berpindah dari petempatan tradisi masing-masing seperti:i. Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di

Malaysia.Pegawai kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka.

ii. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.Rancangan ini terutama bagi peniaga-peniaga di kawasan mundur untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi mereka.

iii. Dalam bidang keselamatan,keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.

Penyeragaman sistem pendidikan

• Semua dasar pelajaran berhubung dengan isu pendidikan berperanan memupuk perpaduan

• Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.

• Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat.Peruntukan juga disediakan untuk perkembangan pendidikan di sabah dan sarawak.

Integrasi ekonomi

• Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun,Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain.

• Dasar-dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaan dapat dimansuhkan.

PENYATUAN MELALUI FAHAMAN POLITIK

• Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum.Sistem ini dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel.

• Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.Justeru muncul parti perikatan hasil gabunagn UMNO,MCA dan MIC.

• Setelah Barisan Nasional muncul,keanggotaan parti komponen semakin bertambah.

ASPEK-ASPEK LAIN

• Langkah memeupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara,Dasar Belia Negara,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain.

• Secara keseluruhan Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur smua kaum.

STRATEGI BAGI MEMANTAPKAN PERPADUAN DI MALAYSIA

1.Rukun negara

• Rukun Negara merupakan satu idealogi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

• Idealogi ini digubal semasa negara sedang berda di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN)

• Kata sepakat untuk mencipta satu idealogi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN,iaitu pada 27 Januari 1970.

OBJEKTIF RUKUN NEGARAMencapai perpaduan yang erat di kalangan masyarakat.

Memelihara cara hidup demokratik.

Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Membentuk masyarakat bersifat liberal,terutama terhadap budaya sendiri

Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi

1)Kepercayaan kepada tuhan• Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana

ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesebuah bangsa dan negara.Kaum-kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam,Buddhisme,Taoisme,Confucianisme,Hinduisme,Kristian dan lain-lain.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.Justeru negara ini mempunyai ketua negara,iaitu Yang di-Pertua Agong dan ketua negeri,iaitu Raja ,Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.Prinsip Ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing.

3) Keluhuran perlembagaan• Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat

menerima,mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hal ini kerana perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara.

4) Kedaulatan undang-undang• Undang-undang penting bagi memastikan setiap individu

dalam negara itu terjamin kebebasan asasi mereka.Selain itu setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakhluk ke atasnya.

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN• Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia

sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila.Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seorang rakyat.

DASAR PENDIDIKAN

Sistem pendidikan aneka jurusan• Sistem pendidikan aneka jurusan dimulakan pada tahun

1965 menggantikan sekolah pelajaran lanjutan.Sistem ini digubal berlandaskan laporan Aminuddin Baki.• Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah untuk:a) Menaikkan umur berhenti sekolah pada umur 15 tahun.b) Memberikan persediaan kepada pelajar unutk menjawat

pekerjaan yang sesuaic) Mengeluarkan tenaga manusia yang berkemahiran untuk

memenuhi sektor pertanian dan perindustrian.d) Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari

tingkatan 4.

Strategi dasar ini adalah untuk:1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran

perpaduan kebangsaan.2. Memperluas dan mengubahsuai pelajaran serta

memberikan latihan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.

3. Memperbaiki mutu pelajaran untuk membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi.

4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan,perancangan dan pelaksanaan objektif-objektifnya.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

• Dasar ekonomi baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970,terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat yang berbilang kaum.• Tindakan dan perlaksanaan perlu dilakukan dengan segera unutk

mengatasi masalah-masalah tersebut.DEB secara keseluruhannya bermatlamatkan “serampang dua mata” iaitu:

a) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

b) Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-funsi ekonomi.

Aspek kemiskinan• Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat

sukar dipupuk terutamanya apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam sesebuah negara.• Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam

DEB.Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu pada kawasan luar bandar,malahan di kawasan bandar.Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan.

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

• Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu.Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekal gus menyukarkan perpaduan kaum.

• Masyarakat di negara ini perlu disusun semula supaya ketidakseimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi.

Antara strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha ini adalah:a) Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar

kemiskinan mengikut kaum.b) Penyusunan semula corak guna tenaga.c) Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.d) Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti

apabila didapati inflasi berjaya dikekalkan.

Strategi dan pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan

• Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kearah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya.

• Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat,pendokong dan penggerak kebudayaan dengan lebih meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

• Memenuhi keperluan sosiabudaya.

• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

SOALAN??