Hikayat hang tuah.

11
HIKAYAT HANG TUAH. RINGKASAN / STRATEGI MENGUASAI PLOT. BAB 1. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA. 1 - 21 ASAL USUL KERAJAAN BENTAN. Semenjak Sultan Sang Maniaka yang berketurunan raja keinderaan menjadi raja di Bentan, rakyat dan penduduk di negara- negara berhampiran menyanjungi kepimpinan baginda. SEBAB : Kemakmuran Bentan. AKIBAT : Menarik perhatian penduduk negara lain. BAB 2. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA. 22-47 HANG TUAH MENJADI HAMBA RAJA. Penduduk dari pelbagai lapisan mula berhijrah ke Bentan untuk mengubah nasib. Tertarik dengan peluang ini, Hang Mahmud sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke Bentan dan berniaga kecil-kecilan. Bermulalah kehidupan Hang Tuah di istana sebagai biduanda setelah berjaya memenangi hati Raja Bentan. Semuanya bermula daripada tindakan berani Hang Tuah lima sahabat menyelamatkan Bendahara Paduka Raja daripada dibunuh oleh orang mengamuk. SEBAB : Kehebatan Hang Tuah lima sahabat. AKIBAT : Menjadi anak angkat Bendahara Paduka Raja dan biduanda istana. BAB 3. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA. 48-74 KEDATANGAN PATIH KERMA WIJAYA & PERPINDAHAN KE MELAKA. Kemakmuran Bentan juga menarik perhatian pembesar-pembesar dari negara lain, contohnya Patih Kerma Wijaya dan Raden Wira Nantanja. Patih Kerma Wijaya berkecil hati dengan tindakan Ratu Lasem merampas anaknya, Ken Sumirat. Baginya, perbuatan Ratu Lasem seolah-olah tidak menghargai jasanya. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Ratu Lasem. Kebetulan Bentan semakin terkenal dengan raja yang pengasih dan bijaksana. Ratu Lasem mengambil keputusan untuk menjadi hamba kepada Raja Bentan. Raden Wira Nantanja merantau mencari saudaranya Raden Puspa Ningrat. Persinggahannya ke Bentan mungkin disebabkan anggapannya bahawa Raden Puspa Ningrat mungkin beradadi Bentan. Apatah lagi Bentan semakin terkenal. Raja Bentan memerintahkan agar negeri baharu dibuka yang kemudiannya dikenali sebagai Melaka. SEBAB : Patih Kerma Wijaya berkecil hati. AKIBAT : Berpindah ke Melaka (tertarik dengan kemurahan hati Raja Melaka).

description

nota sastera tingkatan enam.

Transcript of Hikayat hang tuah.

Page 1: Hikayat hang tuah.

HIKAYAT HANG TUAH.

RINGKASAN / STRATEGI MENGUASAI PLOT.

BAB 1. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

1 - 21 ASAL USUL KERAJAAN BENTAN. Semenjak Sultan Sang Maniaka yang berketurunan raja keinderaan menjadi raja di Bentan, rakyat dan penduduk di negara-negara berhampiran menyanjungi kepimpinan baginda.

SEBAB : Kemakmuran Bentan.

AKIBAT :

Menarik perhatian penduduk negara lain.

BAB 2. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

22-47 HANG TUAH MENJADI HAMBA RAJA.

Penduduk dari pelbagai lapisan mula berhijrah ke Bentan untuk mengubah nasib. Tertarik dengan peluang ini, Hang Mahmud sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke Bentan dan berniaga kecil-kecilan. Bermulalah kehidupan Hang Tuah di istana sebagai biduanda setelah berjaya memenangi hati Raja Bentan. Semuanya bermula daripada tindakan berani Hang Tuah lima sahabat menyelamatkan Bendahara Paduka Raja daripada dibunuh oleh orang mengamuk.

SEBAB :

Kehebatan Hang Tuah lima sahabat.

AKIBAT : Menjadi anak angkat Bendahara Paduka Raja

dan biduanda istana.

BAB 3. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

48-74 KEDATANGAN PATIH KERMA WIJAYA & PERPINDAHAN KE

MELAKA.

Kemakmuran Bentan juga menarik perhatian pembesar-pembesar dari negara lain, contohnya Patih Kerma Wijaya dan Raden Wira Nantanja. Patih Kerma Wijaya berkecil hati dengan tindakan Ratu Lasem merampas anaknya, Ken Sumirat. Baginya, perbuatan Ratu Lasem seolah-olah tidak menghargai jasanya. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Ratu Lasem. Kebetulan Bentan semakin terkenal dengan raja yang pengasih dan bijaksana. Ratu Lasem mengambil keputusan untuk menjadi hamba kepada Raja Bentan. Raden Wira Nantanja merantau mencari saudaranya Raden Puspa Ningrat. Persinggahannya ke Bentan mungkin disebabkan anggapannya bahawa Raden Puspa Ningrat mungkin beradadi Bentan. Apatah lagi Bentan semakin terkenal. Raja Bentan memerintahkan agar negeri baharu dibuka yang kemudiannya dikenali sebagai Melaka.

SEBAB : Patih Kerma Wijaya berkecil hati.

AKIBAT : Berpindah ke Melaka (tertarik dengan

kemurahan hati Raja Melaka).

Page 2: Hikayat hang tuah.

BAB 4. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

75-110 RAJA MUDA Sejak berpindah ke Melaka, Raja Melaka memerlukan bantuan adindanya untuk mentadbir Bentan. Sang Jaya Nantaka lalu ditabalkan menjadi Raja Muda. Pertabalan ini tidak disenangi oleh beberapa pembesar istana yang gilakan kuasa termasuk Patih Kerma Wiyaja. Raja Muda lalu difitnah ingin merebut kuasa. Raja Melaka yang murka terus hilang pertimbangan lalu menitahkan Bentara Tun Tuah membunuh Raja Muda. Bendahara memujuk raja agar menarik balik hukuman bunuh dan mencadangkan agar Sang Jaya Nantaka hanya diturunkan dari takhta Raja Muda. Sang Jaya Nantaka kecewa dengan kejadian itu lalu berkelana menjadi nelayan, namun akhirnya menjadi Raja Benua Keling, ditabalkan oleh Permadewan.

SEBAB :

Raja Melaka mentadbir Bentan dan Melaka – perlu bantuan (pendamping).

AKIBAT :

Sang Jaya Nantaka menjadi Raja Muda.

SEBAB : Fitnah rebut kuasa.

AKIBAT :

Sang Jaya Nantaka dimakzulkan.

BAB 5. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

111 - 137 PERUTUSAN MEMINANG KE INDERAPURA DAN KE

MAJAPAHIT.

Kemakmuran Melaka dan Bentan tidak sempurna tanpa kehadiran permaisuri. Raja Melaka menghantar utusan peminangan ke Inderapura, namun ditolak oleh Tun Teja. Patih Kerma Wijaya mengambil kesempatan atas kekecewaan Raja Melaka dengan mencalonkan Raden Galuh Emas Ayu sebagai pengganti. Bendahara dan Bentara Tun Tuah mengetuai rombongan peminangan. Dengan keberanian Tun Tuah, rombongan peminangan berjaya mara ke balai penghadapan tanpa memperdulikan 60 penjurit yang diarahkan mengamuk oleh Betara Majapahit. Kagum dengan kecekalan Bentara Tun Tuah, Betara Majapahit mengurniakannya gelaran Penggawa Agung Majapahit. Pinangan juga disambut dengan baik dan diterima.

SEBAB : Raja Melaka terkenal sebagai raja besar

namun masih belum memiliki permaisuri.

AKIBAT : Perlu ada permaisuri – meminang Tun Teja

dan Raden Emas Ayu.

BAB 6. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

138 - 156 RAJA MELAKA BERANGKAT KE MAJAPAHIT.

Pinangan Raja Melaka berjaya. Tiba masanya, Raja Melaka berangkat ke

Page 3: Hikayat hang tuah.

SEBAB :

Pinangan Raja Melaka diterima Betara Majapahit.

AKIBAT :

Berangkat ke Majapahit untuk majlis perkahwinan.

SEBAB :

Bentara Tun Tuah dianggap penghalang rancangan Betara Majapahit.

AKIBAT :

Pelbagai rancangan untuk membunuh Bentara Tun Tuah.

Majapahit. Bentara Tun Tuah lima sahabat mengetuai rombongan. Kegagahan Bentara Tun Tuah tidak disenangi Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit. Mereka mula merancang pelbagai cara untuk menghapuskan Bentara Tun Tuah. Acara-acara berjaga malam dan persiapan majlis perkahwinan menjadi medan (peluang) untuk mereka melaksanakan niat membunuh Bentara Tun Tuah. Cuba-cubaan membunuh ini dilakukan kerana Betara Majapahit tidak mahu Raja Melaka kembali ke Melaka. Baginda mahu Raja Melaka menetap di Majapahit dan menjadi pewaris takhta Majapahit. Namun, selagi Bentara Tun Tuah masih hidup, harapan baginda pasti tidak kesampaian.

BAB 7. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

157 - 178 PERKAHWINAN RAJA MELAKA. Pada masa yang sama, majlis berjaga-jaga juga dijadikan kesempatan oleh Penjurit Taming Sari mengamuk kerana tidak suka dengan pemerintahan Majapahit. Peristiwa ini menjadi sebab kepada kemasyhuran Bentara Tun Tuah apabila mula menyandang gelaran laksamana yang pertama diterimanya daripada Betara Majapahit namun dengan restu Raja Melaka, keris Taming Sari juga kini menjadi miliknya. Dengan kepimpinan Laksamana Tun Tuah, majlis pernikahan dan persndingan Raja Melaka berjaya dilangsungkan.

SEBAB : Majlis persiapan perkahwinan.

AKIBAT :

Peluang Taming Sari mengamuk.

SEBAB : Bentara Tun Tuah berjaya membunuh

Taming Sari.

AKIBAT : Dikurniakan gelaran Laksamana dan keris

Taming Sari.

BAB 8. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

176 - 204 PATIH GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH.

Selama Laksamana Tun Tuah berada di Majapahit, kesempatan ini digunakan oleh Patih Gajah Mada untuk membunuhnya. Pelbagai cara dilakukan untuk menewaskan Laksamana Tun Tuah namun semuanya tidak berjaya. Ternyata Laksamana gagal dibunuh. Akhirnya, rombongan Raja Melaka kembali ke Melaka membawa Permaisuri Raden Emas Ayu.

SEBAB : Terdesak kerana masa semakin suntuk.

AKIBAT :

Patig Gajah Mada melaksanakan cubaan membunuh Laksamana Tun Tuah bertalu-

talu.

BAB 9. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

205 - 225 HANG TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA.

Semenjak kembali dari Majapahit, Laksamana Tun Tuah semakin rapat

Page 4: Hikayat hang tuah.

SEBAB : Berjaya membawa Raja Melaka kembali.

AKIBAT :

Laksamana semakin dibenci.

SEBAB : Laksamana difitnah.

AKIBAT :

Hukum bunuh – Bendahara menyembunyikan Laksamana di Inderapura.

dengan Raja Melaka. Namun Patih Kerma Wijaya bersama pembesar-pembesar lain akhirnya berjaya mengelabui fikiran Raja Melaka dengan fitnah bahawa Laksamana telah melakukan perbuatan maksiat dengan dayang istana. Tuduhan ini membawa kepada hukuman bunuh. Namun, Bendahara Paduka Raja memujuk Laksamana agar bersembunyi di Inderapura. Laksamana bersetuju untuk bersembunyi di Inderapura, lebih-lebih lagi beliau sudah merancang untuk memujuk hati Raja Melaka dengan mempersembahkan Tun Teja.

BAB 10. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

226 - 253 HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA.

Di Inderapura, Laksamana Tun Tuah berikhtiar untuk melarikan Tun Teja agar dapat kembali ke Melaka. Penolakan Tun Teja pernah mengecewakan Raja Melaka dan Laksamana sangat marah sehingga mencemuh kegagalan Tun Bija Sura dan Tun Utama. Peluang ini digunakan oleh Laksamana dan akhirnya berjaya melarikan Tun Teja. Raja Melaka menerima kepulangan Laksamana dan menganugerahkan gelaran Laksamana Melaka dan jawatan Ketua Hulubalang.

SEBAB :

Ingin kembali ke Melaka.

AKIBAT : Laksamana melarikan Tun Teja – menerima

gelaran Laksamana Melaka.

BAB 11. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

254 - 274 MEGAT PANJI ALAM. Kejadian Tun Teja dilarikan Laksamana tersebar ke Terengganu dan sampai ke pengetahuan Megat Panji Alam, tunang Tun Teja. Megat Panji Alam berangkat ke Inderapura dan bersiap-siap untuk menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja memerintahkan Laksamana, Tun Jebat dan Tun Kasturi menyusul ke Inderapura. Megat Panji Alam mati diserang oleh Tun Jebat dan Tun Kasturi di hadapan Raja Inderapura. Baginda murka lalu menitahkan hukuman bunuh kepada mereka berdua. Namun titah dibatalkan apabila Laksamana mencabar titah baginda.

SEBAB : Tunang dilarikan Laksamana.

AKIBAT :

Megat Panji Alam hendak menyerang Melaka.

BAB 12. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

275 - 284 LAKSAMANA DAN RAJA MELAKA. Laksmana semakin disanjung dan disyangi

Page 5: Hikayat hang tuah.

SEBAB : Laksamana semakin setia.

AKIBAT :

Disayangi Raja Melaka.

raja. Lebih-lebih lagi dengan kesetiaannya dan kejayaannya dalam beberapa peristiwa seperti berjaya menaiki pohon kelapa yang reput, menjinakkan kuda tezi dan menyelamatkan kuda tezi yang terjatuh di kolam najis.

BAB 13. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

285 - 310 HANG TUAH DI MAJAPAHIT. Perkahwinan Raja Melaka dengan Tun Teja mengundang kemurkaan Betara Majapahit. Laksamana Tun Tuah, Tun Jebat dan Tun Kasturi ke Majapahit. Peluang ini digunakan lagi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk membunuh Laksamana. Namun segala cobaan mereka dipatahkan Laksamana dengan mudah. Rombongan Laksamana berjaya pulang e Melaka untuk menjemput Raja Melaka.

SEBAB :

Perkahwinan Raja Melaka dengan Tun Teja.

AKIBAT : Betara Majapahit murka.

BAB 14. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

311 - 346 BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 1.

Rombongan Raja Melaka berangkat ke Majapahit. Patih Gajah Mada terus berusaha membunuh Laksamana. Kemudian datang pula utusan Melaka mengkhabarkan Raden Bahar jatuh sakit. Rombongan Raja Melaka kembali ke Melaka. Patih Gajah Mada berjaya memasukkan pembunuh upahan ke kapal Raja Melaka yang menyamar menjadi anak kapal. Di Melaka, pembunuh upahan Patih Gajah Mada menimbulkan kekacauan dengan mencuri dan memperkosa. Namun dengan mudah saja Laksamana membunuh mereka.

SEBAB :

Laksamana mengiringi Raja Melaka ke Majapahit.

AKIBAT :

Patih Gajah Mada berpeluang membunuh Laksamana.

BAB 15. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

347 - 357 HANG TUAH KENA FITNAH. Bukan sahaja di Majapahit, musuh Laksamana juga berada di Melaka. Patih Kerma Wijaya dan pembesar lain bersubahat memfitnah bahawa Laksamana sedang menjalinkan hubungan sulit dengan gundik kesayangan Raja Melaka. Raja Melaka sangat murka sehingga terus mempercayai fitnah dan menitahkan hukuman bunuh. Bendahara memerintahkan Laksamana bersembunyi di hulu Melaka. Raja Melaka menyerahkan keris Taming Sari kepada Tun Jebat dan menganugerahkannya gelaran Paduka Raja. Paduka Raja Tun Jebat mula lupa diri sedangkan sahabatnya Laksamana

SEBAB :

Laksamana difitnah.

AKIBAT : Hukum bunuh.

SEBAB :

Raja Melaka mengurniakan keris Taming Sari kepada Paduka Raja Tun Jebat.

AKIBAT :

Paduka Raja Tun Jebat mula berani menderhaka.

Page 6: Hikayat hang tuah.

sudah berpesan agar tidak menerima gelaran Paduka Raja. Malahan dalam hatinya, Tun Jebat ingin menjadi Laksamana.

BAB 16. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

358 - 371 HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA.

Paduka Raja Tun Jebat semakin lupa diri dan berlagak seperti putera raja. Pembesar-pembesar istana tidak dibenarkan menghadap raja. Mula terasa terancam, Raja Melaka lalu berundur ke rumah Bendahara. Raja Melaka menyesal kerana menjatuhkan hukuman bunuh kepada Laksamana. Kesempatan ini digunakan Bendahara untuk berterus terang bahawa Laksamana masih hidup.

SEBAB :

Raja Melaka menyesal.

AKIBAT : Bendahara berpeluang membawa Laksamana

kembali.

BAB 17. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

372 - 399 HANG TUAH BERTIKAM DENGAN HANG JEBAT.

Dengan titah Raja Melaka, Laksamana Tun Tuah akhirnya kembali. Raja Melaka menitahkan agar Laksamana membunuh Paduka Raja Tun Jebat. Puas bertempur dalam istana, akhirnya Laksamana berjaya merebut keris Taming Sari dan menikam Paduka Raja Tun Jebat. Paduka Raja Tun Jebat membalut lukanya lalu keluar dari istana dan mengamuk ke serata Melaka, membunuh membabi buta. Ramai penduduk mati ditikamnya. Setelah tiga hari, Laksamana memujuk Paduka Raja Tun Jebat agar berhenti daripada membunuh rakyat jelata. Paduka Raja Tun Jebat berjaya dipujuk dan rebah di pangkuan Laksamana. Laksamana membuka balutan lalu darah membuak sehingga Paduka Raja Tun Jebat meninggal dunia.

SEBAB : Laksamana berjaya merebut keris Taming

Sari.

AKIBAT : Berjaya menikam Paduka Raja Tun Jebat.

BAB 18. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

400 - 409 BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 2.

Patih Gajah Mada terus berusaha untuk menghapuskan Laksamana. Beliau

Page 7: Hikayat hang tuah.

SEBAB :

Betara Majapahit masih mengharapkan Raja Melaka menetap di Majapahit.

AKIBAT :

Usaha untuk membunuh Laksamana diteruskan.

mengupah Kertala Sari untuk menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka, Kertala Sari lebih berminat mencuri harta benda dan memperkosa, seolah-olah lupa tugasnya untuk emmbunuh Laksamana. Kelekaan Kertala Sari ini mengakibatkan Laksamana berjaya membunuhnya dengan mudah. Laksamana berpura-pura meti di tengah pasar. Apabila Kertala Sari melintas dan tersepak ‘mayat’nya, Laksamana bangun terus menikam Kertala Sari.

BAB 19. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

410 - 453 HANG TUAH KE BENUA KELING DAN KE CHINA.

Bermula pada bab ini, kisah perlawanan Laksamana Tun Tuah mula reda. Cubaan Patih Gajah Mada terhenti. Kisah dilanjutkan dengan pelayaran Laksamana ke beberapa buah negara yang bermula dari Benua Keling. Dalam pelayaran, Laksamana berjumpa Nabi Khidir di Pulau Biram Dewa. Nabi Khidir mengurniakan biji buah kayu. Di Keling, Duli Kisna Rayan mula mengagumi Laksamana setelah berjaya menjinakkan kuda tezi, menyelesaikan masalah Nala Sang Guna dan menewaskan pendekar Keling. Dengan kebijaksanaan Laksamana itu, Duli Kisna Rayan melantik Laksamana menjadi utusan Benua Keling ke China. Maharaja Cina turut mengagumi kebijaksanaan Laksamana sehingga baginda melarang pembesarnya memancung kepala Laksamana akibat melanggar adat, iaitu melihat wajah Maharaja Cina ketika menghadap. Laksamana berjaya melihat wajah Maharaja Cina dengan berpura-pura makan kangkung yang panjang sehingga terpaksa mendongak ke singgahsana yang terletak tinggi di atas. Akhirnya, Laksamana dan rombongan berjaya kembali ke Melaka.

SEBAB : Laksamana berjaya memastikan Melaka

aman daripada gangguan penjahat.

AKIBAT : Laksamana terpilih menjadi utusan ke Benua

Keling.

BAB 20. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

454 - 468 RADEN BAHAR DAN ADIPATI SOLOK.

Betara Majapahit telah mangkat. Laksamana mengiringi Raden Bahar ke

Page 8: Hikayat hang tuah.

SEBAB : Betara Majapahit meninggal dunia.

AKIBAT :

Raden Bahar ditabalkan menjadi Betara Majapahit.

SEBAB :

Adipati solok mengagumi kehebatan Laksamana.

AKIBAT :

Adipati Solok menguji kehebatan Laksamana.

Majapahit untuk ditabalkan menjadi Betara Majapahit. Sekembalinya dari Majapahit, Laksamana dihadang oleh Adipati Solok (Sultan Bolkiah) di Tanjung Krawang. Laksamana hampir-hampir berjaya ditewaskan oleh Adipati Solok. Laksamana berjaya melumpuhkan meriam dan senjata Adipati Solok dengan membaca pustaka hikmat. Adipati Solok akhirnya ditawan dan dibawa menghadap Raja Melaka. Laksamana memuji keberanian Adipati Solok di hadapan Raja Mlaka dan meminta perkenan untuk menghantar Adipati Solok kembali ke Brunei. Tiba di Brunei, Laksamana menceritakan segala yang berlaku kepada Adipati Agung (Sultan Sulaiman) dan memohon keampunan bagi pihak pegawai-pegawai pengiring yang lari meninggalkan Adipati Solok.

BAB 21. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

469 - 478 HANG TUAH DIUTUS KE SIAM. Di samping mengisahkan kejayaan Laksamana Tuan Tuah dan Maharaja Setia Tun Kasturi sebagai utusan ke Siam, bab ini juga mengisahkan berkenaan putera dan puteri Raja Melaka. Raden Bajau akan ditabalkan menjadi raja di Bukit Siguntang. Raden Emas Ayu selamat melahirkan Puteri Gunung Ledang. Tun Teja melahirkan Sultan Mahmud. Kemudian, lahir pula Sultan Ahmad.

SEBAB : Raja Melaka hendak Melaka semakin

berkembang.

AKIBAT : Usaha mula dilaksanakan, antaranya

membeli gajah ke Siam. Raden Bajau akan ditabalkan menjadi Raja di Bukit Siguntang.

Zuriat Raja Melaka juga berkembang.

BAB 22. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

479 - 501 RAJA CHULAN, SULTAN MAHMUD DAN SULTAN AHMAD.

Bab ini mengisahkan pertunangan Puteri Gunung Ledang dengan Raja Chulan yang suka mengembara dan bersabung ayam. Ayam baginda berjaya mengalahkan ayam Raja Terengganu. Bahtera Raja Chulan tenggelam sehingga Puteri Gunung Ledang bersedih. Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun Tuah menyerang Terengganu. Laksamana berjaya mengalahkan Terengganu dan menawan Megat Maksum serta Puteri Sekanda Jaya. Akhirnya, Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Puteri Sekanda Jaya, sedangkan Sultan Ahmad dikahwinkan dengan Megat Maksum.

SEBAB :

Raja Melaka ingin Melaka berkembang.

AKIBAT : Antara usahanya ialah Puteri Gunung Ledang ditunangkan dengan anak raja besar, Raja

Chulan. Terengganu ditawan, Puteri Sekanda Jaya dikahwinkan dengan Sultan Mahmud manakala Sultan Ahmad dengan

Megat Maksum.

BAB 23. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

502 - 513 INDERAPURA TUNDUK KEPADA Pelayaran Laksamana seterusnya menuju

Page 9: Hikayat hang tuah.

MELAKA. ke Inderapura. Pelayaran ini berlaku atas titah Raja Melaka untuk menyerang Inderapura kerana kezaliman Raja Inderapura menghukum bunuh Hang Kadim, anak kepada Allahyarham Paduka Raja Tun Jebat. Hukum bunuh dijatuhkan kerana Raja Inderapura mempercayai fitnah Temenggung dan beberapa pembesar istana bahawa Hang Kadim (Orang Kaya Sang Setu) telah menjalinkan hubungan sulit dengan Dang Setia, dayang istana. Laksamana berjaya menawan Inderapura dan membawa 1,608 tawanan ke Melaka.

SEBAB :

Raja Melaka ingin Melaka semain berkuasa.

AKIBAT : Pembunuhan Hang Kadim menjadi alasan

untuk emnawan Inderapura.

BAB 24. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

514 - 528 HANG TUAH JATUH SAKIT. Dalam bab ini, Laksamana Tun Tuah dan Raja Melaka kurang sihat akibat insiden yang berlaku di Selat Singapura. Mahkota Raja Melaka jatuh ke laut ketika tunduk melihat ikan emas yang berenang-renang di bawah kapal kenaikan. Laksamana hampir berjaya mendapatkan mahkota semula namun terlepas kembali ketika keris Taming Sari diragut buaya putih. Tidak berapa lama kemudian, Melaka diserang Feringgi. Laksamana memaksa dirinya untuk menghadapi Feringgi di laut. Laksamana berjaya membedil Kapitan Gabernador sehingga mati manakala Dong Suala sakit tenat. Laksamana sendiri semakin sakit juga terkena bedilan hingga jatuh ke laut.

SEBAB : Kers Taming Sari dan Mahkota Melaka jatuh

di Selat Singapura.

AKIBAT : Hang Tuah dan Raja Melaka terlalu sedih

dan mula sakit-sakit. Semangat Laksamana mula luntur. Feringgi pula mula melakukan

serangan.

BAB 25. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

529 - 546 HANG TUAH DIUTUS KE TURKI. Akibat serangan Feringgi yang dahsyat itu, Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun Tuah sebagai utusan ke Turki untuk membeli meriam besar. Sepanjang pelayaran, Laksamana singgah ke beberapa buah negara seperti Acheh untuk berjumpa Sultan Salahuddin, ke Jeddah untuk mengunjungi makan Siti Hawa dan ke Mesir membeli beberapa ratus pucuk meriam.

SEBAB : Feringgi hampir-hampir berjaya

mengalahkan Melaka.

AKIBAT : Raja Melaka mengutus Laksamana ke Turki

untuk membeli meriam-meriam besar.

BAB 26. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

547 - 578 HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 2. Sambungan bab 25, Laksamana Tun Tuah

Page 10: Hikayat hang tuah.

SEBAB : Laksamana disukai Raja Rom.

AKIBAT :

Melaka dikurniakan meriam besar semuat-muat kapal.

tiba di Rom. Dengan kebijaksanaannya, Laksamana berjaya enghadap Raja Rom. Baginda mengutus surat kepada Raja Melaka dan menghadiah meriam semuat-muat kapal Laksamana. Baginda juga menghadiahkan kopiah emas dan serban sebagai kenangan peribadi kepada Raja Melaka.

BAB 27. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

579 - 587 HANG TUAH BERSARA, RAJA MELAKA TURUN TAKHTA.

Setelah Melaka dilengkapi meriam-meriam yang besar, Raja Melaka menabalkan Tuan Puteri Gunung Ledang sebagai Raja Melaka. Laksamana Tun Tuah, Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Sarwa Raja melepaskan jawatan masing-masing. Laksamana memencilkan diri di Tanjung Jugara manakala Raja Melaka mengembara sehingga ghaib tanpa berita.

SEBAB : Melaka lengkap dengan senjata dan meriam.

AKIBAT :

Raja Melaka turun takhta, Laksamana dan pembesar istana bersara.

BAB 28. TAJUK / KATA KUNCI. RINGKASAN PERISTIWA.

588 - 594 KERAJAAN MELAKA JATUH. Dengan ketiadaan Laksamana dan Bendahara Paduka Raja, Kapitan Feringgi berjaya mendapatkan tanah yang luas dengan tipu muslihat. Kapitan Feringgi mambangun markas tentera dan menyerang Melaka dengan bantuan tentera dari markas mereka di Manila dan Portugal. Raja Melaka (Puteri Gunung Ledang) berundur dan menjadi raja di Batak. Sultan Ahmad menitahkan Laksamana (Hang Nadim) dan Bendahara (Tun Mamat) membuka negeri baharu, Johor Darul-Alam. Walaupun akhirnya Johor dengan bantuan Wolanda berjaya merampas semula Melaka dari tangan Feringgi, namun Melaka menjadi negeri naungan Wolanda. Berakhirlah kerajaan Melaka.

SEBAB : Kepimpinan Puteri Gunung Ledang mudah

diperdaya Feringgi hingga berjaya mendirikan markas tentera.

AKIBAT : Melaka ditawan Feringgi.

STRATEGI MENGUBAH TAJUK BAB.

BAB TAJUK ASAL. TAJUK PELAJAR.

18 Betara Majapahit Dengan Raja Melaka 2.

Kertala Sari Merompak ke Melaka.

21 Hang Tuah Diutus ke Siam. Hang Tuah ke Siam dan Raja Melaka Memperoleh Zuriat.

22 Raja Chuan, Sultan Mahmud & Sultan Ahmad.

Raja Chulan Bersabung Ayam dan Melaka Menawan Terengganu.

23 Inderapura Tunduk ke Melaka. Hang Kadim Difitnah.

Page 11: Hikayat hang tuah.

24 Hang Tuah Jatuh Sakit. Peristiwa Buaya Putih di Selat Singapura.