hjh rosnah pembentangan

30
GOLONGAN KATA GOLONGAN KATA KATA NAMA KATA ADJEKTIF KATA KERJA KATA TUGAS

Transcript of hjh rosnah pembentangan

Page 1: hjh rosnah pembentangan

GOLONGAN KATAGOLONGAN KATA

KATA NAMA

KATA

ADJEKTIF

KATA

KERJA

KATA

TUGAS

Page 2: hjh rosnah pembentangan
Page 3: hjh rosnah pembentangan

DEFINISIDEFINISI

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Page 4: hjh rosnah pembentangan

Manusia , orang: ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar

Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan

Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,

buku

Tempat: pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

Page 5: hjh rosnah pembentangan

KATA NAMA AMKATA NAMA AMKata nama am dapat dibahagikan kepada:

konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat Contoh: buku, meja, kawan, petani, sekolah, dan sebagainya

abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Contoh: cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan sebagainya

Page 6: hjh rosnah pembentangan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. (Pada akhir ayat)

Gajah itu berbadan besar. (Pada awal ayat)

Page 7: hjh rosnah pembentangan

DEFINISIDEFINISIKata nama khas ialah kata

nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Page 8: hjh rosnah pembentangan

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Page 9: hjh rosnah pembentangan

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebutsesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf

pertamapada awal perkataan perlu ditulis dengan huruf

besar.

Manusia: Zaidi, Mei Fong, Subramaniam

Binatang: Tompok (kucing), Jalak (ayam)

Tempat: Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)

Bangunan: Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

Judul buku: Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

Benda: Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Page 10: hjh rosnah pembentangan

KATA KATA ADJEKTIFADJEKTIF

•kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama.

•Kata adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat

•boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.

Page 11: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF JARAKKATA ADJEKTIF JARAK

KATA ADJEKTIF SIFATKATA ADJEKTIF SIFAT

KATA ADJEKTIF CARAKATA ADJEKTIF CARA

KATA ADJEKTIF UKURANKATA ADJEKTIF UKURAN

KATA ADJEKTIF PANCAINDERAKATA ADJEKTIF PANCAINDERA

KATA ADJEKTIF WARNAKATA ADJEKTIF WARNA

KATA ADJEKTIF PERASAANKATA ADJEKTIF PERASAAN

KATA ADJEKTIF BENTUKKATA ADJEKTIF BENTUK

KATA ADJEKTIF WAKTUKATA ADJEKTIF WAKTU

1

7

5

43

2

8

6

9

Page 12: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF SIFAT

10. Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah.

11. Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.

12. Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.

13. Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.

14. Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.

Page 13: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF WARNA

15. Wanita itu memakai selendang sutera biru.

16. Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.

17. Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuning dan putih.

Page 14: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF UKURAN

18. Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik.

19. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.

20. Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu.

Page 15: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF BENTUK

21. Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.

22. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.

23. Bola yang dipegangnya lonjong.

Page 16: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

35. Masakan di restoran baru itu sangat lazat.

36. Dia makan pisang yang kelat itu.

37. Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.

38. Suara penyanyi itu lunak dan lantang.

Page 17: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF WAKTU

24. Baju yang baharu itu berwarna-warni.

25. Usah dikenang kisah-kisah silam itu.

26. Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.

Page 18: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF CARA

30. Penyanyi lincah itu akan berlakon filem.

31. Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.

32. Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas.

Page 19: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF PERASAAN

32. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.

33. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.

34. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia.

Page 20: hjh rosnah pembentangan

KATA ADJEKTIF JARAK

27. Dia nyaris ditabrak oleh sebuah teksi.

28. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.

29. Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.

Page 21: hjh rosnah pembentangan

KATA KERJA

Page 22: hjh rosnah pembentangan

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.

KATA KERJA TRANSITIF

1. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggarperaturan.

2. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratucantik.

3. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untukmempelajari muzik di Singapura.

Page 23: hjh rosnah pembentangan

Kata Kerja Tak Transitif

KKTT tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh

berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.Contohnya:

Semua orang pulangAdik saya masih tidur.Padi sedang menguning.Pemuda itu tersenyum.

Mereka asyik berbual.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Page 24: hjh rosnah pembentangan

Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsur keterangan.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

1.

Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.

Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota

Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.

Pokok itu layu kerana tidak disirami air.

Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penatsemalam.

Page 25: hjh rosnah pembentangan

Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.

NAMA KERJA TERBITAN

AWALAN AKHIRAN APITAN

bergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)

menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)

terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)

KATA KERJA TAK TRANSITIF

IMBUHAN

Page 26: hjh rosnah pembentangan

KATA TUGASKATA TUGAS Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya 

semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan

dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu,penguat, pemeri, pemb

antu,  atau tugas lain.

CIRI KATA TUGAS

• Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.

• Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.

• Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.

• Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

Page 27: hjh rosnah pembentangan
Page 28: hjh rosnah pembentangan

KATA PENYAMBUNG AYAT

•Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.

  Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk.

•Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.

•Tiga jenis kata hubung, iaitu:

  * kata hubung gabungan ( dan, lalu, sambil, tetapi….)

  * kata hubung pancangan ( yang, bahawa, kerana , untuk…)

  * kata hubung berpasangan (baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,

entah...entah,jangan...pun…)

KATA PRAKLAUSA

•Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan

 predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk

 mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.

•Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:

  * kata seru( amboi!) * kata tanya (apakah)* kata perintah(sila, jangan) * kata pembenar (ya, tidak) * kata pangkal ayat(maka, lalu, kemudian)

Page 29: hjh rosnah pembentangan

KATA PRAFRASA

•Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk).•Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah:  * kata bantu- suasana perbezaan masa cth: sedang, dulu, sekarang  * kata penguat – cth: terlalu, paling, agak  * kata penegas –cth:…kah…lah  * kata nafi- perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan- ada 2= 1) bukan 2) tidak  * kata pemeri =2. 1) ialah 2) adalah  * kata sendi nama. cth=di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, dsbgnya..  * kata arah= atas, bawah, tepi, antara, depan…  * kata bilangan= ada 6 1) Kata bilangan tentuContoh: satu, dua, tiga2) Kata bilangan tak tentuContoh: beberapa, banyak, segala3) Kata bilangan himpunanContoh: kedua-dua, berbulan-bulan4) Kata bilangan pecahanContoh: setengah, tiga suku5) Kata bilangan pisahanContoh: tiap-tiap, masing-masing6) Kata bilangan tingkatContoh: pertama, kedua, ketiga

Page 30: hjh rosnah pembentangan

KATA PASCAKATA•Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda.•Kata yang termasuk dalam pascakata ialah:  * kata penekan- yang memberi penekanan .contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya  * kata pembenda =yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata       nama.    contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya