HOMOFON HOMOGRAF

download HOMOFON HOMOGRAF

of 2

description

BAHASA MELAYU

Transcript of HOMOFON HOMOGRAF

Untuk ruangan kali ini, saya akan mengemukakan dua konsep iaitu homofon dan homograf. Pelajar perlu mengetahui konsep ini bagi membantu mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai mengikut konteks ayat.

Homofon(bahasa Inggeris:Homophone)merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:

Homofon yang dieja serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara yang tidak sama.Contoh,"buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas);Homofon yang dieja berbeza tetapi mempunyai sebutan yang hampir sama.Contoh, "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang).

Homografmerujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan.Contoh: bela (menjaga atau memelihara) dan bela (tuntut atau membalas balik).

Latihan: Homofon

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini, untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)telur - telor(b)seluk selok(c)gelang gelang(d)cocok cucuk(e)gulungan - golongan

Latihan:Homograf

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)Rendang rendang(b)Perang perang(c)bena bena(d)semak semak(e)tepak tepak