Hubungan Etnik 2(Gabung)
-
date post
23-Dec-2015 -
Category
Documents
-
view
255 -
download
4
description
Transcript of Hubungan Etnik 2(Gabung)
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, cabaran
diertikan sebagai sesuatu unsur atau faktor yang menyukarkan malah menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi untuk mencapai
sesuatu matlamat. Maka, “Cabaran pelbagai budaya” ini bermaksud kesulitan yang
dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mencapai perpaduan sedangkan rakyat
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum serta mempunyai cara hidup dan yang
tersendiri dari aspek pakaian, makanan, agama, politik, kepercayaan, adat resam
dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak harus mengambil tindakan untuk
menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi itu agar semangat perpaduan antara
rakyat Malaysia dapat dipupuk dan disemaikan.
Pemakaian
Cabaran pertama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam pemupukan
perpaduan adalah dari segi pakaian. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum.,
antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain. Pada halnya, setiap
kaum mempunyai pakaian tradisional, dan budaya masing-masing. Sebagai
contohnya, kaum Melayu lelaki memakai Baju Melayu yang berbentuk kemeja
bersama dengan seluar. dan juga disertakan dengan sampin iaitu sarong pendek
dililit di pinggang. Kaum Melayu perempuan pula memakai Baju Kurung yang
dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf. Ia meliputi seluruh tubuh,
memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan
berpakaian Islam. Manakala bagi kaum Cina pula, pakaian tradisional lelaki ialah
Samfu dan perempuan pula ialah Ceongsam ataupun Jubah Panjang. Bagi kaum
India pula, lelaki memakai Kurta atau Dhoti, perempuan pula memakai Sari ataupun
Salwar Kameez. Kaum Iban pula, lelaki memakai Kain Sirat, Dandong dan Bidang,
manakala perempuan Iban memakai Bidang, Kalambi dan Bedong. Kepelbagaian
budaya pakaian ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai identiti yang
sama dan ini menyukarkan rakyat Malaysia memupuk semangat perpaduan atau
bersatu padu. Tetapi, setiap kaum juga mempunyai satu persamaan tidak kira
manap-mana kaum, iaitu mereka diharapkan tidak memakai pakaian yang menjolok
mata agar tidak menurunkan nama baik keluarga dan juga imej negara. Demi
menjayakan perpaduan antara kaum, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi telah menghidupkan batik sebagai seni warisan bangsa yang
menjadi identiti Malaysia dan diilhamkan serta dilancarkan oleh isterinya,
Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Selaras dengan ini, kerajaan telah
mengeluarkan pekeliling kepada semua penjawat awam untuk menggalakkan
mereka memakai pakaian batik Malaysia sebagai sebahagian pakaian rasmi semasa
bekerja. Sejak dilancarkan, program tersebut telah mendapat sambutan hebat
daripada rakyat Malaysia. Hal ini secara langsungnya telah meningkatkan pertalian
dan hubungan antara kaum dan seterusnya meningkatkan semangat perpaduan
antara pelbagai kaum dalam Malaysia. Sebagai kesimpulan kecil, pakaian nasional
iaitu batik menjadi salah satu identiti bangsa yang amat penting bagi pemupukan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.
Contoh Pakaian Tradisional :
(i) Kaum Melayu (ii) Kaum Cina
(iii) Kaum India (iv) Kaum Iban
Pakaian Nasional : Batik
Makanan
Cabaran kedua yang dapat diperlihatkan adalah dari segi makanan. Salah
satu unsur yang paling beza antara kaum Melayu dengan kaum yang lain ialah kaum
Melayu mesti makan makanan halal menurut undang-undang Islam, manakala kaum
lain seperti kaum Cina, India dan Iban boleh makan makanan tidak halal. Tetapi bagi
kaum India yang beragama Hindu, mereka mempunyai satu adat istiadat iaitu lembu
merupakan binatang suci kepada mereka, jadi golongan kaum India tersebut tidak
boleh makan daging lembu. Kaum Cina dan Iban pula boleh makan makanan apa-
apa pun, mahupun makanan halal dan juga daging lembu. Sekiranya wujud
makanan yang dapat dimakan bersama antara pelbagai kaum, maka ia dapat
memupuk dan mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia. Nasib baik terhasilnya
beberapa jenis makanan yang boleh dimakan bersama oleh semua kaum adalah
seperti nasi lemak, roti canai, nasi ayam dan lain-lain. Di samping itu, beberapa
cawangan-cawangan makanan seperti “McDonald’s”, “KFC” dan “Marrybrown” telah
diwujudkan di mana-mana pusat beli-belah dan makanan yang disediakan oleh
cawangan tersebut sesuai untuk semua kaum termasuk kaum Melayu. Berdasarkan
gerai atau kedai makanan yang telah disebut di atas, kita boleh sering nampak
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan Iban telah bertemu
sama dan berjamu selera bersama dengan gembira di tempat-tempat tersebut. Hal
ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan, maka juga dapat menjalinkan
perhubungan yang mesra serta komunikasi antara pelbagai kaum. Sebagai
kesimpulan kecil, perkara yang paling penting dalam aspek makanan ini ialah kita
harus sentiasa mengingatkan diri agar menghormati cara pemakanan yang berbeza
antara pelbagai kaum.
Contoh makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum :
(i) Roti Canai Kosong (ii) Nasi Ayam
(iii) Nasi Lemak
Media massa
Yang ketiga, kita juga sering memperhatikan kes cabaran pelbagai budaya
melalui media massa. Media massa seperti surat khabar, layaran Internet, film,
facebook, twitter dan lain-lain merupakan teknologi yang paling canggih pada zaman
kini. Melalui media massa, ada sesetengah orang telah menyalahgunakannya, dan
menggunakan media massa tersebut untuk mengkritik dan menghina orang lain demi
kepentingan diri. Contohnya melalui internet dan surat khabar, kami telah ketahui
satu kes iaitu dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong
pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbau
rasis. Mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan
boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang
dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing. Hal ini amat menyedihkan dan ini
akan membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina dan kaum
India. Hal ini secara langsungnya menjejaskan hubungan dan pergaulan antara
pelbagai kaum. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengesyorkan konsep “1 Malaysia”
melalui media massa agar semua rakyat Malaysia dapat melihatnya. Konsep “1
Malaysia” yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum
merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara
umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dapat
disingkirkan dan menggalakkan perpaduan antara kaum dipupuk oleh semua rakyat
Malaysia. Dalam konteks ini, saya berasa rakyat Malaysia harus mengambil berat
terhadap masalah ini. Sebagai kesimpulan kecil, kita janganlah menyalahgunakan
media massa ini, dan kita sepatutnya menggunakan media massa dengan kaedah
yang baik dan juga dapat memanfaatkan rakyat Malaysia mahupun juga demi
kesejahteraan dan keharmonian negara kita.
Agama
Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 dengan
penyertaan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia telah menghasilkan
masyarakat yang lebih majmuk dari segi kaum warganegara.
Isu agama merupakan isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kami semua telah diajar untuk
menghormati dan menerima kepercayaan masing-masing bagi mengekalkan
kadamaian dan keamanan negara. Kebebasan beragama telah diberikan dan
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, perkara 153 telah menyatakan
bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia. Warganegara
Malaysia tidak dibenarkan untuk mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan.
Menurut informasi yang ditayangkan oleh kerajaan Persekutuan, terdapat
61.30% menganuti agama Islam, 9.20% menganuti agama Christian, 6.30%
menganuti agama Hindu, 19.80% menganuti agama Buddha dan 3.40% lain-lain.
Memandangkan warganegara Malaysia diberikan kebebasan menganuti
kepercayaan masing-masing, maka semua warganegara harus bersyukur dan
teruskan nilai bertolak ansur antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian
dan kedamaian yang dinikmati sekarang.
Berita hangat kebelakangan ini yang berkaitan dengan isu agama secara
tidak langsung telah melemahkan perpaduan antara warganegara Malaysia
terutamanya warganegara di Semenanjung dengan warganegara di Sabah dan
Sarawak. Isu perkataan “Allah” telah menyemarak apabila mahkamah memutuskan
bahawa perkataan “Allah” hanya dikhaskan untuk kalimah Muslim sahaja.
Perkara ini telah mengecewakan para penduduk di Sabah dan Sarawak di
mana mereka telah menggunakan perkataan Allah dalam kitab suci (Al-kitab) mereka
sejak terdahulu lagi sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia. Bagi
mempertahankan hak-hak sebagai peribumi Sabah dan Sarawak, mereka telah
mengeluarkan Perkara 18/20 yang ditandatangani semasa menyertai gagasan
Malaysia ini. Perkara 1 dalam perjanjian ini adalah tentang agama di mana
menyatakan bagi Sabah dan Sarawak, tiada agama rasmi yang diperuntukkan untuk
kedua-dua negeri ini. Di samping itu, mereka turut memindahkan Agreement 10 point
yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjamin
kebajikan peribumi Sabah dan Sarawak.
Memandangkan isu agama ini telah merebak di Sarawak secara berleluasa,
Mantan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberikan jaminan
bahawa keputusan mahkamah yang diputuskan di Semenanjung tidak berkuatkuasa
di Sabah dan Sarawak di mana Sabah dan Sarawak mempunyai mahkamah tertinggi
sendiri. Di samping itu, beliau juga menyatakan corak politik dan budaya di
Semenanjung tidak sesuai diaplikasikan di Bumi Kenyalang. Dengan tindakan
segera yang telah diambil oleh beliau, isu “Allah” ini lebih ditenteramkan di mana
rakyat Sarawak telah mendapat jaminan yang kukuh.
Isu sedemikian sememangnya akan melemahkan perpaduan rakyat Malaysia
di mana nilai toleransi dan bertolak ansur sesama lain semakin lemah akibat
daripada isu agama ini. Perkara agama telah diteterakan dalam Perlembagaan
Malaysia di mana setiap rakyat Malaysia harus menghargai dan mematuhi. Sarawak
sememangnya boleh menjadi model untuk kerajaan persekutuan di mana kerajaan
Sarawak berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian rakyatnya yang terdiri
daripada lebih kurang 27 etnik. Isu agama sensitif ini kurang dan jarang berlaku di
Bumi Kenyalang. Hal ini dapat dibuktikan dengan lokasi masjid dan gereja
bersebelah sahaja di Lutong, Miri, Sarawak. Meskipun hanya dua bersebelahan,
maka tidak pernah berlaku apa-apa pertelingkahan ataupun pergaduhan.
Sebagai kesimpulan kecil, isu agama tidak akan menjadi satu cabaran bagi
perpaduan rakyat jikalau kami mempunyai nilai toleransi dan nilai penerimaan yang
tinggi antara satu sama lain.Walaupun bangsa dan agama kita berlainan, kita tetap
boleh hidup dalam sebuah negara dengan aman dan damai bagi dengan pegang
teguh pada nilai toleransi dan penerimaan.
Politik
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah
pentadbiran raja berperlembagaan. Budaya politik di Malaysia seringkali menyentuh
isu-isu sensitif seperti isu agama, isu keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputra
Sabah dan Sarawak bagi mendapat sokongan rakyat. Tindakan ahli-ahli politik
sedemikian bukan sahaja akan membangkitkan kemarahan para rakyat malah akan
melemahkan lagi perpaduan antara kaum.
Contohnya, Perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 bagi membantah keputusan
pilihanraya negara 2013 yang baru berlaku pada tahun lepas telah memberikan
impak yang serius terhadap perpaduan negara. Penyokong parti kerajaan dan
penyokong parti pembangkang akan saling mempertikaikan antara satu sama lain.
Perhimpunan sedemikian secara tidak langsungnya akan melemahkan perpaduan
negara di mana rakyat telah dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu golongan
pro-kerajaan dan golongan anti kerajaan. Kedua-dua golongan ini tidak dapat duduk
bersama untuk membincang hal-hal politik dengan rasional dan keadaan ini akan
sekali lagi memecahkan perpaduan rakyat.
Bagi mengelakkan perpaduan negara menjadi lebih lemah, pihak yang tidak
puas hati dengan keputusan pilihanraya negara boleh membuat laporan dan
menghantar kes ini kepada pihak mahkamah. Keputusan yang duputuskan oleh
pihak mahkamah adalah keputusan muktamad dan harus dihormati oleh seluruh
warga Malaysia. Tindakan yang lebih rasional ini haruslah dipraktikan bagi
mengekalkan perpaduan rakyat Negara.
Di samping itu, percakapan ahli-ahli politik akan menjejaskan hubungan
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sebagai contoh, dalam pilihanraya umum
2013 yang lepas, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib telah mengibaratkan
pilihanraya ini sebagai “tsunami cina” dan mengeluarkan percakapan “Apa Lagi Cina
Mahu?”. Sebagai seorang pemimpin negara, percakapan umum sedemikian
sememangnya akan melemahkan perpaduan negara di mana percakapan tersebut
telah menimbulkan pelbagai masalah di dalam masyarakat majmuk ini. Percakapan
umum sedemikian akan menyebabkan kaum yang lain menyalahkan kaum Cina di
mana mereka diibaratkan sebagai “pesalah” dan keadaan ini akan sekali lagi
melemahkan perpaduan negara.
Sebagai kesimpulan kecil, mengekalkan budaya politik yang sihat secara
tidak langsung akan mengekalkan perpaduan masyarakat yang majmuk ini. Ahli-ahli
politik diseru agar jangan sesekali melemahkan perpaduan negara demi kepentingan
politik diri sendiri. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, kita
harus bersama-sama bersatu antara satu sama lain bagi membentuk sebuah negara
yang maju dan damai.
Ekonomi
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun, mengamalkan
pasaran berorientasikan negara dan terbuka. Namun, pembahagian kekayaan
negara yang tidak adil dan perbezaan jurang antara kaum ini telah menyebabkan
perpaduan negara semakin lemah.
Dasar British yang mengamalkan pecah dan perintah bagi memerintah Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak telah meninggalkan kesannya sehingga hari ini.
Pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar
bandar bertambah besar. Kaum Cina sememangnya telah menguasai ekonomi
negara sehingga Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib mengatakan bahawa
memang tidak menafikan sumbangan kaum Cina dalam perkembangan ekonomi
negara, tanpa orang Cina, maka tidak mungkinlah mewujudkan Malaysia yang maju
ini.
Perbezaan jurang antara kaum akan melemahkan perpaduan rakyat Malaysia
di mana mereka akan merasai ekonomi negara telah didominasikan oleh orang Cina.
Kaum yang lain tetap tidak mendapat peluang untuk bersama-sama menjayakan
ekonomi negara. Perbezaan jurang antara kaum merupakan salah satu masalah
ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia.
Jurang ekonomi antara kaum ini menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi
yang ini membawa kepada isu kemiskinan. Jika dilihat dari aspek kemiskinan etnik,
terutamanya kaum Melayu yang mencatatkan sebagai golongan miskin, diikuti kaum
India dan Cina. Salah satu punca kaum Cina mendominasi ekonomi negara adalah
disebabkan peluang dalam bidang perniagaan. Fenomena ini secara tidak langsung
akan menyebabkan pencapaian ekonomi yang tidak seimbang. Pembahagian
ekonomi ini secara tidak langsung akan menjamin keamanan politik dan sosial.
Pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi sedikit sebanyak
telah melemahkan perpaduan antara kaum di mana mereka hanya bergaul sesama
kaum sendiri sahaja dan kurang terdapat peluang untuk bergaul dengan kaum yang
lain. Hal in secara langsung menjadikan keadaan tidak memahami antara satu sama
lain dan seterusnya menimbulkan ketidakpercayaan antara kaum.
Bagi menggalakkan pelbagai kaum dapat berhubung dan berinteraksi dalam
sektor ekonomi, kerajaan persekutuan telah melaksanakan beberapa dasar baru
bagi membantu orang Melayu dan peribumi asal untuk melibatkan diri dalam sektor
ekonomi seperti memberi keistimewaan dalam meminjam modal untuk perniagaan
dan sebagainya. Usaha-usaha kerajaan adalah berharap agar jurang perbezaan
kaum dapat diperkecilkan dan seterusnya mencapai perpaduan rakyat yang lebih
kukuh dan sama-sama menikmati kemajuan negara.
Sebagai kesimpulan kecil, kekayaan negara haruslah dinikmati bersama
tanpa mengira kaum. Dasar ekonomi kerajaan seharusnya bergigih usaha bagi
memperkecilkan jurang perbezaan kaum bagi membolehkan rakyat Malaysia lebih
bersatu padu dan bersama-sama memajukan tanah air kita dan bukannya bergaduh
antara kaum demi kekayaan negara.
Kesimpulan keseluruhannya, meskipun kita sedang menghadapi banyak
cabaran bagi mencapai perpaduan rakyat, kita tetap harus memegang kepada
kepercayaan diri masing-masing bahawa perpaduan akan membawa kegemilangan,
perpecahan akan membawa darurat. Kita sebagai warga Malaysia haruslah sentiasa
mengamalkan nilai toleransi, nilai penerimaan dan bertolak ansur agar perpaduan
rakyat tetap dikekalkan dan diperkukuhkan.
REFLEKSI
CHAI YEW JUN
930722-13-5195
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Chua Leong Chee, pensyarah Hubungan Etnik kami. Tanpa sokongan dan bantuan
beliau, kami tidak akan menghasilkan kerja kursus yang sebaik ini.
Melalui kerja kursus ini, saya telah lebih memahami dan menikmati kata-kata
Nelson Mandela yang mengatakan bahawa “Tak seseorang pun dilahir untuk
membenci orang lain hanya kerana beza warna kulitnya, atau beza latar
belakangnya, atau beza agamanya. Orang harus belajar membenci, dan jika bisa
belajar membenci maka dia bisa belajar mencintai, yakni cinta terhadap manusia
bukan kepada musuh.” Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk, perpaduan
amat penting bagi Negara ini. Kita sebagai warganegara Malaysia haruslah
memahami dan menikmati kata-kata pemimpin dunia yang berwibawa ini bagi
bersama-sama membentuk sebuah masyarakat yang sihat, aman dan damai.
Dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, tentulah saya akan menghadapi
beberapa cabaran dan kesukaran. Cabaran pertama saya ialah tidak dapat
memahami kehendak tajuk kerja kursus ini dengan sebaik-baiknya. Saya telah
berbincang bersama ahli kumpulan bagi mendapatkan penjelasan yang mantap.
Selepas itu, saya telah berbincang dengan Puan Chua bagi mendapatkan
penjelasan tentang kerja kursus yang lebih lanjut. Dengannya bantuan rakan
sekumpulan dan pensyarah, cabaran pertama telah berjaya diatasi dengan
sebaiknya.
Cabaran kedua ialah kesusahan untuk mengumpulkan maklumat yang
berkaitan dengan tajuk. Pusat sumber IPG kami kurang maklumat tentang cabaran
kepelbagaian budaya bagi memupuk perpaduan. Oleh hal yang sedemikian, saya
telah bekerjasama dengan ahli kumpulan sedaya upaya untuk memikirkan enam
cabaran yang berkaitan di samping kami turut melayari internet bagi mendapatkan
maklumat yang berkenaan. Kami telah berbincang bersama pensyarah tentang
maklumat yang telah diperolehi. Selepas kami mendengar pendapat daripada
pensyarah, kami telah berjaya mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan.
Maka dengan ini cabaran kedua saya juga telah berjaya diatasi.
Cabaran ketiga ialah masa saya yang sangat ketat. Dalam masa beberapa
minggu ini saya dikehendaki menduduki beberapa ujian seperti kuiz Prosa Bahasa
Cina, microteaching dalam kelas, ujian praktikal dan lisan Bulan Sabit Merah
Malaysia, ujian bertulis Bulan Sabit Merah Malaysia dan sebagainya. Di samping
saya membuat ulangkaji sebagai persediaan ujian, saya juga dikehendaki
meluangkan masa untuk berbincang dengan ahli kumpulan saya dan meluangkan
masa untuk menghasilkan kerja kursus ini. Saya telah merancangkan satu jadual
masa untuk diri sendiri bagi memastikan masa yang terluang tersebut diguna dengan
sebaik-baiknya. Dengannya jadual masa yang ditetapkan, maka cabaran ketiga ini
turut berjaya diselesaikan.
Cabaran terakhir saya ialah masalah peribadi. Dalam masa dua bulan yang
terdekat ini, empat orang saudara dan kawan saya telah meninggal dunia. Apabila
saya menerima mesej ini, saya berasa sangat sedih dan akan sentiasa berfikir akan
mereka. Namun, perkara yang amat menyenangkan hati saya ialah rakan-rakan
saya telah memberi galakkan yang banyak dan sentiasa meneman saya berbual-
bual dan sebagainya. Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang
baik ini. Dengan galakkan dan nasihat rakan-rakan saya, saya pun telah mula
menenangkan diri dalam masa yang terpendek dan balik ke kehidupan normal untuk
teruskan kerja saya di IPG ini. Dengan ini, cabaran terakhir saya ini turut berjaya
diatasi.
Sebagai kesimpulannya, meskipun telah menghadapi pelbagai cabaran
dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, saya juga sentiasa berfikiran positif
bahawa saya akan mempelajari benda yang lebih banyak melalui cabaran-cabaran
ini. Di sini saya menyeru agar seluruh warga Malaysia supaya berganding bahu bagi
membentuk sebuah masyarakat yang aman dan damai dan bersama-samalah kita
menjayakan aspirasi Negara kita dengan perpaduan rakyat yang sekuatnya.
Refleksi
Disediakan oleh :
HO SII SII ( 930602-13-5756 )
Melalui kerja kursus Hubungan Etnik ini, saya telah memperoleh banyak
manfaat yang dikatakan amat berguna kepada saya sebagai seorang warga
Malaysia yang bangga. Antaranya ialah ilmu pengetahuan saya terhadap
pengenalan tentang pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik yang terdapat
dalam Malaysia telah diperbanyakkan dan juga dipertingkatkan. Sebelum
menjalankan kerja kursus ini, saya masih mempunyai seberapa soalan dan raguan
terhadap pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Tetapi, melalui kajian ini, saya
telah menyelesaikan masalah dan raguan saya, maka saya juga telah menyedari
betapa pentingnya perpaduan yang setulus bagi negara kita yang terdiri daripada
berbilang kaum.
Kandungan kerja kursus kami telah menyentuhkan tentang cabaran-cabaran
yang dihadapi sedangkan negara kita mempunyai kepelbagaian budaya dan adat
resam. Melalui ini, saya menyedari bahawa corak hidup dan adat istiadat yang
berbeza antara kaum akan menjejaskan perpaduan sesebuah negara. Selain itu,
kerja kursus kami juga merangkumi pemupukan hubungan etnik di Malaysia iaitu
cabaran yang dihadapi dalam pemupukan hubungan etnik dan juga element-element
yang diperlukan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum. Dalam proses
menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat pengajaran bahawa sikap
hormat-menghormati, bertolak ansur, bertimbang rasa, bantu- membantu amat
penting bagi menyukat cabaran-cabaran yang dihadapi agar jalinan yang rapat dan
mesra serta semangat bersatu padu yang dipupuk dalam sanubari semua kaum
dalam Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini, saya berasa setiap kaum harus
menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya dan saling berkomunikasi dan
bergaul agar mengurangkan persefahaman antara kaum.
Dalam menjalankan kerja kursus ini, saya telah mengalami sedikit masalah
dalam mencari kes-kes atau bukti yang dapat memperlihatkan cabaran-cabaran
yang pernah benar berlaku dalam negara kita. Berkat daripada nasihat dan
cadangan daripada ahli kumpulan saya, saya telah mendapat seberapa maklumat
yang amat berguna. Akhirnya, saya pun berjaya mencari maklumat yang diperlukan
daripada beberapa Internet dan buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. Dalam
pendapat saya, saya menyedari bahawa semangat bersatu padu dan kerjasama
antara ahli kumpulan amatlah penting bagi menjayakan kerja kursus ini apatah lagi
bagi Malaysia, sebuah negara maju yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa
dan istiadat sepatutnya memberi lebih banyak penekanan terhadap semangat
perpaduan antara pelbagai kaum. Sekiranya Malaysia dapat mencapai perpaduan
sesame kaum, maka Malaysia akan terus maju satu langkah lagi ke hadapan dan
secara langsung menjadi semua negara yang maju jaya, gemilang dan sohor dalam
seluruh dunia.
RUJUKAN INTERNET
Borneo Post Online(2013). Keputusan isu kalimah “Allah” tidak libat Kristian di Sabah dan Sarawak, dipetik dapa 27 Febuari 2014 daripada http://www.theborneopost.com/2013/10/22/keputusan-isu-kalimah-allah-tidak-libat-kristian-di-sabah-sarawak/
Dasar-dasar Malaysia(-). Dasar Ekonomi Baru, dipetik pada 02 Mac 2014 daripada http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Guansin(2010). NAJIB: MALAYSIA TANPA KAUM CINA TIADA MASA DEPAN, dipetik pada 26 Februari 2014 daripada http://airkosong.com/_/2010/11/15/najib-malaysia-tanpa-kaum-cina-tiada-masa-depan/
Luke Rintod (2013). Taib Dikagumi Kerana Berani Bersuara, dipetik pada 02 Mac 2014 daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/11/13/taib-dikagumi-kerana-berani-bersuara/
Ng Lum Yong (2013) , Hubungan Kaum di Malaysia , dipetik pada 28 Febuari 2014 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130805/re_06/Hubungan-kaum-di-Malaysia
Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia(2013). Sumber Statistik Rasmi Malaysia, dipetik pada 28 Februari daripada http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215&Itemid=89&lang=bm
The Malay Mail Online (2013). Utusan revisits “Apa Lagi Cina Mahu”, says Chinese Ungrateful, dipetik pada 01 Mac 2014 daripada http://my.news.yahoo.com/utusan-revisits-apa-lagi-cina-mahu-says-chinese- 035300223.html
The Sunday Times(2013). Mayaysia GE 13: Utusan frontpage headline stokes disapproval from Malaysians, dipetik pada 01 Mac 2014 daripada 13 http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-
asia/story/malaysia-ge13-utusan-frontpage-headline-stokes-disapproval-malaysians-20
William Mangor(2013) . Kalimah Allah: Rakyat Sarawak sokong kenyataan Taib, dipetik pada 27 Februari 2014 daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/30/kalimah-allah-rakyat-sarawak-sokong-kenyataan-taib/
-. (2005). mstar Online : Abdullah terus majukan batik, hargai arwah isteri.
Diambil dari
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2005/12/3/TERKINI/Mutakhi
r/Abdullah
_terus_majukan_batik_hargai_arwah_isteri&sec=mstar_berita.
-. (2013). mstar Online : Negara Akan Terus Maju Jika Perpaduan Kaum
Dapat Dikekalkan. Diambil dari
http://www.mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2013/3/13/mstar_ko
lum_darir antau/20130313191049&sec=mstar_kolum_darirantau .
RUJUKAN BUKU
Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling, Dr. Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib,
Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim, Ruslan Zainuddin.
(2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.