Hubungan etnik

10
4.0 Konsep Kontrak sosial KONSEP KONTRAK SOSIAL Kontrak sosial merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial terkandung dalam perjanjian ini merangkumi keadilan ekonomi, keadilan politik dan k kebudayaan. Kontrak sosial boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat d sesebuah negara. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dalam kalangan masyarakat be kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam kalan pemimpin Melayu, Cina dan ndia dan parti - parti yang mereka wakil !M"#, MC$ dan %alam teori kontrak sosial, menurut pandangan ahli teori demokratik &ropah seperti obbes dan ohn *ocke menyatakan bahawa negara sebagai satu perjanjian bersama di m setiap indi+idu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti indi+idu-indi+ bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri. Kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan cara hidup yang dinamik, aman dan ter membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsipberkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Kontrak sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya dari segi hakikat sejara keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.

description

peta minda

Transcript of Hubungan etnik

4.0 Konsep Kontrak sosial

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi keadilan ekonomi, keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Kontrak sosial boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.Menurut bahasa,kontrakboleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti - parti yang mereka wakil UMNO, MCA dan MIC.

Dalam teori kontrak sosial, menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke menyatakan bahawa negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri.

Kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.Kontrak sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.

4.4 Kepentingan Kontrak Sosial

Kepentingan Kontrak Sosial4.1 Unsur unsur tradisional di dalam Perlembangan Malaysia

Bahasa Melayu

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.Bahasa Melayu juga boleh menjadi alat untuk membentuk satu bangsa, satu negara dan satu bahasa yang teguh.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina bangsa.Menurut Havranek, dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.Perkara 152:Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain.tidak ada sebarang peruntukan yang boleh mengganggu hak kerajaan persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan bahasa komuniti lain.

Kedudukan Islam dalam Perlembangan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan majoriti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.Perkara 3(1) :Agama Islam adalah agama persekutuan.Agama lain boleh diamalkan agama sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana mana bahagian di Persekutuan.Raja/Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam di negerinya manakala YDPA juga adalah ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Perseketuan termasuk Sabah dan Sarawak sahaja.Perkara 11(4):Setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agama masing masing.Undang undang negeri dan wilayah boleh menyekat.Mengawal pengembangan agama agama lain kepada penganut Islam.Agama Islam

Hak Istimewa Orang Bumiputra Melayu, Sabah Dan Sarawak Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.Perkara 153:Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan. Perkara 89 dan 90:Melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.Perkara 8:Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu. Hak hak ini tidak boleh dipertikaikan dan dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri.Apabila kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan. Baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.Perkara 71:Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.Raja raja Melayu bagi negeri negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan beragama Islam.Yang Di Pertua Agong yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan beragama Islam.Pemerintahan beraja dilengkapi dengan kedaulatan dan kekebalan raja.Institusi Beraja

4.3 Rasional unsurunsur tradisional di dalam Perlembangan Malaysia

Rasional:Bahasa kebangsaan bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum.Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa pengajian ilmu.Bahasa Melayu menjadi satu unsur pengerak jentera pentadbiran negara, dengan peranannya sebagai wahana komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan pentadbiran.Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara satu kaum dengan kaum lain.Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai murni.Bahasa Melayu kini dalam proses perancangan iaitu proses untuk membina dan mengembangnya supaya menjadi bahasa moden yang lengkap dan tersusun.

BAHASA MELAYU

Rasional:Islam telah diterima sebagai agama negeri negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga zaman penjajahan Inggeris.Penggunaan undang undang Islam boleh diiktiraf di negeri negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja raja Melayu.Undang undang Islam telah diperkenalkan dan ditakrif sebelum penjajahan british.Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamindalam perlembangan.Sesuai dengan takrif Melayu (Perkara 160):beragama Islam bertutur Bahasa Melayumengamalkan adat istiadat Melayu

AGAMA ISLAM

Rasional:Raja Melayu telah lama memerintah bermula sebelum zaman penjajahan.Kuasa Raja raja Melayu dikembalikan semula apabila persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.Setelah kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan dengan konsep raja berpelembangan selaras dengan sistem demokrasi. Institusi beraja menjadi simbol perpaduan dan keharmonian negara.Institusi beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata.

INSTITUSI BERAJA

Rasional:Orang Melayu terima prinsip Jus Soli & bukan Melayu perlu terima hak istimewa orang Melayu.Semasa zaman penjajah & awal merdeka, terlalu sedikit orang Melayu bekerja dengan kerajaan.Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu. Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.Peratusan orang Melayu dalam bidang sains juga rendah.Jurang pendapatan antara golongan bumiputra dengan bukan Bumiputra adalah tinggi. Contoh: RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding RM 2.3 bagi orang Cina dan RM 1.8 bagi orang India pada tahun 1970.Orang Melayu tertindas dalam sistem pendidikan british.

HAK ISTIMEWA ORANG BUMIPUTRA MELAYU, SABAH DAN SARAWAK