Hubungan Etnik

191
TAJUK 01 Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian hasil Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat: 1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. 2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. 3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian. Pengenalan Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia. Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara dua kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan etnik tidak semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik semata-mata. Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah adalah penting dan mempengaruhi 2 Hubungan Etnik dinamika hubungan antara etnik; seterusnya mengubah bentuk identiti sesesuatu kumpulan etnik. Dalam menganalisis kedinamikan hubungan etnik, apakah dimensi sosial yang sesuai dalam sesebuah masyarakat? Hubungan antara individu yang ada dalam sesebuah masyarakat tidak sekadar dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata, tetapi juga seperti yang dinyatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. Dalam usaha mengenal pasti unsur-unsur sosial tersebut, dapat dilihat unsur sosial yang paling mempengaruhi pembentukan identiti kumpulan. Seterusnya, unsur sosial yang manakah pula mempengaruhi bentuk, tahap, tingkat mahupun intensiti hubungan antara etnik yang terhasil daripadanya. Oleh hal demikian, dalam proses mengkaji ciri- ciri yang membentuk sesuatu kumpulan etnik, aspek akar umbi kepada motivasi yang membentuk batas kumpulan perlu difahami. Keadaan ini boleh mencairkan batas kumpulan etnik selain membina ikatan merentas kumpulan dan seterusnya membina kesepaduan sosial dalam kehidupan

description

Hubungan Etnik

Transcript of Hubungan Etnik

TAJUK 01Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaianhasil PembelajaranSelepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.PengenalanPerbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara dua kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan etnik tidak semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik semata-mata. Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah adalah penting dan mempengaruhi2 Hubungan Etnikdinamika hubungan antara etnik; seterusnya mengubah bentuk identiti sesesuatu kumpulan etnik. Dalam menganalisis kedinamikan hubungan etnik, apakah dimensi sosial yang sesuai dalam sesebuah masyarakat? Hubungan antara individu yang ada dalam sesebuah masyarakat tidak sekadar dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata, tetapi juga seperti yang dinyatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.Dalam usaha mengenal pasti unsur-unsur sosial tersebut, dapat dilihat unsur sosial yang paling mempengaruhi pembentukan identiti kumpulan. Seterusnya, unsur sosial yang manakah pula mempengaruhi bentuk, tahap, tingkat mahupun intensiti hubungan antara etnik yang terhasil daripadanya. Oleh hal demikian, dalam proses mengkaji ciri- ciri yang membentuk sesuatu kumpulan etnik, aspek akar umbi kepada motivasi yang membentuk batas kumpulan perlu difahami. Keadaan ini boleh mencairkan batas kumpulan etnik selain membina ikatan merentas kumpulan dan seterusnya membina kesepaduan sosial dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.Sebuah negara, dua imaginasi Sosiologikal: antaraPerpaduan atau KesepaduanUngkapan perpaduan dalam kepelbagaian unity in diversity , sudah menjadi mantra dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Namun jarang-jarang sekali kita bertanya apakah makna ungkapan ini, adakah perkara itu benar, separuh benar, palsu atau retorik semata-mata apabila digunakan untuk menyimpulkan wajah masyarakat Malaysia. Ungkapan atau slogan ini mengangkat sekali gus memuji kemampuan kelompok manusia yang berbeza-beza hidup dalam sebuah masyarakat. Dari sudut psikologi sosial keadaan ini mengungkapkan satu bentuk psyche manusia, iaitu rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal.Dari persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi, slogan unity in diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka. Perbezaan ini boleh dicirikan oleh unsur agama, etnik, wilayah dan sebagainya. Suasana ini dikaitkan juga dengan penciptaan identiti berdasarkan himpunan sempadan abstrak dan nyata yang telah digarap cipta sesama manusia.Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material. Namun, tidak semua yang mahukan keamanan dan kestabilan. Ada pihak yang menggunakan perbezaan sosial itu sebagai pelantar ideologi untuk memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan. Malah, mereka bersedia mengorbankan ribuan nyawa demi menegakkan identiti dan perbezaan sosial. Untuk mendalami kefahaman kita mengenai fenomena perpaduan dalam kepelbagaian menuntut imaginasi sosiologikal yang bersifat global yang membayangkan sebuah idaman dan harapan.Memang wujud suatu kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche manusia sejak zaman-berzaman bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti hidup bersama-sama dengan manusia dan kelompok sosial yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka mesti mencari jalan dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk mereka terus hidup aman damai dan produktif.Kalaulah perpaduan dalam konteks cogan kata perpaduan dalam kepelbagaian itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh dunia. Perkara ini memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal daripada yang berpaksikan perpaduan kepada yang berpaksikan kesepaduan.Hakikatnya, perpaduan yang diidamkan oleh manusia yang masih belum wujud itu adalah berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan, iaitu unity is uniformity atau 'perpaduan' ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan. Justeru, unity is uniformity hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan.Keadaan yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah kesepaduan, iaitu, suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat4 Hubungan Etniktersebut untuk merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Himpunan usaha ini sering tanpa disedari telah membawakan keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat tetapi belum membawakan perpaduan idaman.Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal kerana berpaksikan prilaku, bukan bersifat struktural yang berpaksikan institusi. Oleh yang demikian, dalam konteks pembentukan kesepaduan sosial sebagai suatu fenemona praperpaduan, peranan agensi bersifat'takrifan harian' (everyday-defined) jauh lebih penting dan berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat 'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.Oleh yang demikian, sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk, para anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk. Umumnya, melalui perundingan seperti ini terhasil persetujuan, kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa semua cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi konflik terselesai. Konflik tetap ada tetapi dalam keadaan terkawal kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian terhadap perbezaan sosial.hubungan etnik di MalaysiaUrutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 1945 sehingga sekarang memaparkan tiga era penting jika diukur berdasarkan pola konflik, keamanan dan kestabilan dalam masyarakat pada setiap era tersebut seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1 di bawah yang membandingkan keadaan di Malaysia dengan di Sri Lanka. Pola hubungan etnik di Malaysia sejak 1946 hingga kini memperlihatkan pola turun naik dalam hubungan etnik, tetapi pada amnya keadaan di Malaysia adalah aman damai dengan hubungan etnik yang harmoni sesuai dengan hakikat, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula masyarakat pelbagai etnik, pasti sekali-sekala akan tercetus konflik dan pertelagahan.RAJAH 1.1: Pola Perbandingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Sri lanka, 1940-20116 Hubungan EtnikTernyata jika dibandingkan dengan Sri Lanka, untuk tempoh yang sama dari segi pola turun-naik konflik dan keamanan, Malaysia menikmati lebih banyak waktu dalam keadaan aman dan stabil (Abeyratne 2008). Pada tempoh berkenaan Sri Lanka menghadapi konflik etnik berdarah selama lebih daripada 20 tahun yang mengorbankan sejumlah 150,000 nyawa.Biarpun secara perbandingan Malaysia jauh lebih aman, namun rakyat Malaysia telah mengalami rasa serik hidup dan terpaksa segera belajar bersabar dan cintakan keamanan dan kestabilan politik dengan mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian berteraskan sistem demokrasi berpilihan raya. Walaupun pilihan raya umum pertama diadakan pada Julai 1955 di Semenanjung Malaysia tetapi pengalaman menubuhkan parti politik telah berlaku lebih awal daripada tarikh itu.era Konflik (1945-1960)Selepas Perang Dunia Kedua tamat, keadaan kehidupan rakyat sangat daif dengan persekitaran fizikal dan sosial yang memerlukan pembangunan. Suasana ketika itu memang sangat kritikal dan terbuka kepada potensi negatif dan pelbagai masalah. Masalah yang paling besar ketika itu ialah konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun, pada 16 Ogos 1945, memburu etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan Jepun kerana mereka menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam. Walau apa-apa pun alasannya, akibat konflik selama 14 hari ini banyak nyawa terkorban dari kalangan etnik Melayu dan Cina. Kesan kepada psyche Melayu dan Cina selepas terjadinya perisitiwa ini pernah diungkapkan sebagai timbulnya perasaan distant and distrust antara kedua-dua kelompok etnik ini. Konflik ini jarang-jarang disebut di Malaysia kerana konflik etnik yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah diberikan perhatian besar-besaran.Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman ini berlanjutan setelah kerajaan kolonial British pada 1 April 1946 mengisytiharkan Malayan Union sebagai kerajaan baharu selepas perang di Malaya. Pembentukan Malayan Union, yang melibatkan antaranya penyerahan semua kuasa Raja-Raja Melayu, kecuali yang berkaitan dengan agama Islam, kepada Mahkota British, menjadikan sebelas buah negeri di Malaya sebagaisebuah British crown colony. Parti Melayu UMNO yang dibentuk pada11 Mei 1946 berjaya memobilisasikan pelbagai pertubuhan Melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union yang dilihat sebagai lebih menguntungkan kaum bukan Melayu ketika itu.Pada 31 Januari 1948, setelah Malayan Union dibubarkan, melalui Perjanjian Persekutuan 1948, wujud Persekutuan Tanah Melayu, dengan Pulau Pinang dan Melaka dikategorikan sebagai British colonial territories dan Negeri Melayu yang sembilan itu dikategorikan sebagai protectorates kepada United Kingdom.Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku secara besar-besaran di Malaya ketika itu. Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan. Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang dalam rusuhan tersebut dan juga tindakan ganas mereka membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16Ogos 1948 akhirnya telah menyebabkan pemerintah kolonial British mengisytiharkan Darurat pada 23 Julai 1948, yang hanya tamat 12 tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1960.Dalam suasana ekonomi, sosial dan politik yang sungguh mencabar ini, pemerintah kolonial British telah juga berusaha meredakan ketegangan etnik dan membina suatu badan perunding yang boleh mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga kelompok etnik di Malaya Melayu, Cina dan India dengan menubuhkan Communities Liaison Committee (ClC) pada 1949 dan dipertanggungjawabkan kepada Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara. Anggota CLC terdiri daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India.Badan ini boleh dianggap sebagai yang bertanggungjawab meletakkan kerangka dan sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu, Cina dan India ketika itu bagi mencari kejernihan dalam kekeruhan. Idea dan konsep CLC ini dikatakan mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia dan wujudnya konsep Perikatan sebagai suatu institusi dan sebuah parti yang menggabungkan parti politik Melayu, Cina dan India. Akhirnya, pada awal 1974 Perikatan dibesarkan menjadi Barisan Nasional. Menggunakan konsep yang sama Pakatan Rakyat ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum 2008.Peranan dan kesan CLC terhadap usaha membina kesepaduansosial yang berterusan di Malaysia hingga sekarang sangat kritikal tetapi masih belum dikaji. CLC menjadi salah satu institusi dan prinsip yang mendasari kekuatan Malaysia yang sering dikagumi oleh masyarakat lain sedunia. Usaha perundingan yang terus-menerus menjadi kerangka yang membolehkan perbezaan dan kepelbagaian di Malaysia dapat dipertahankan, biarpun cabaran datang bertalu-talu.Bermula dari sinilah wujudnya konsep serta kegiatan ethnic bargaining, atau tolak ansur etnik yang digunakan dalam analisis politik mengenai Malaysia. Prinsip ini juga telah menjadi kerangka perundingan antara British dengan para pemimpin etnik dan ketua parti politik Malaysia sebelum Merdeka termasuk perundingan antara Tunku Abdul Rahman Putera dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), di Baling pada 1955 dalam usaha membolehkan anggota PKM kembali ke dalam politik arus perdana. Pilihan Raya Umum pertama di Malaya pada27 Julai 1955 sebenarnya telah merealisasikan cita-cita ClC diwujudkan. Strategi perundingan etnik ini juga telah digunakan semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan, melalui Jawatankuasa Reid. Malah, institusi'rencana pembangunan lima tahun yang pertama di Malaya, iaitu, DraftDevelopment Plan 1950-55 pun terhasil daripada perundingan.Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, waktu itu Malaya masih dalam Darurat, yang hanya tamat pada 31 Julai 1960. Hal ini bermakna perintah berkurung dari pukul 6 petang ke 6 pagi esoknya masih berkuat kuasa ketika itu. Ertinya, rakyat telah keluar beramai-ramai untuk menyambut kemerdekaan selepas tamat perintah berkurung jam 6 pagi pada 31 Ogos dan selepas perayaan mereka pulang ke rumah untuk berkurung kembali pada jam 6 petang. Implikasinya, rakyat dan negara memperoleh kemerdekaan, tetapi ternyata tanpa kebebasan kerana Perang Dingin masih bergolak di dunia, temasuk di Malaya, maka peraturan Darurat dan undang-undang yang berkaitan yang membataskan kebebasan juga masih berkuat kuasa.Boleh dirumuskan bahawa Era Konflik 1945-1960 di Malaya adalah sebenarnya era yang cukup kritikal dari semua segi, terutamanya, dalam meletakkan asas pembentukan negara Malaysia, iaitu, sistem pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan dan tadbir urus serta penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi, biarpun masih memerlukan banyak pembaikan.era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)Sepuluh tahun selepas tamat Darurat, Perang Dingin masih terus terjadi dan hanya berakhir pada 1989, kira-kira 30 tahun selepas Malaya merdeka dan 26 tahun selepas terbentuknya Malaysia. Implikasinya, Malaya yang merdeka pada 1957 dengan Malaysia terbentuk pada 1963, di samping perlu menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang telah mula mekar, terpaksa berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis yang masih mengorbankan nyawa, khususnya di Sarawak. Dengan kata lain, keadaan stabil tetapi tegang, bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963, selepas suatu referendum di Sarawak dan Sabah, merupakan satu lagi kejayaan pengaplikasian prinsip tolak ansur etnik yang diamalkan semenjak CLC ditubuhkan pada 1949. Satu Perjanjian telah dibuat antara kerajaan persekutuan dengan Sabah yang menjanjikan autonomi kepada Sabah dalam 20 perkara dan Sarawak dalam 18 perkara, seperti mereka berhak mengurus sendiri hal imigresen yang telah mengukir sifat federalisme yang kita kenal pada hari ini.Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima olehIndonesia, yang dipimpin Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagaineo-colony, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi dalam pemerintahan orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau mengganyang Malaysia.Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau tidak tahu ialahtercetusnya rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3September 1964, ketika Singapura masih dalam Malaysia. Akibatnya kira- kira 40 nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi ditangkap. Rusuhan ini kemudiannya diikuti oleh satu rusuhan lain yang lebih besar kali ini di Kuala lumpur, iaitu, rusuhan etnik Melayu-Cina, pada 13 Mei 1969dan di beberapa tempat lain. Data rasmi menyatakan bahawa rusuhan ini telah mengorbankan kira-kira 250 nyawa, tetapi laporan pemberita yang tidak ada bukti sahih mendakwa bilangannya jauh lebih tinggi.Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-down untuk mengembalikan kepercayaan umum tentang perlunya kesepaduan sosial telah dilaksanakan, seperti penubuhan Majlis Perundingan Rakyat, JabatanPerpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam buku merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2) Tun Razak telah menyatakan bahawa the overriding aim of the Second Malaysia Plan is to create national unity. Semenjak itulah perpaduan nasional menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan rakyat Malaysia yang telah disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi. Perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional dan idaman semua, tanpa rakyat Malaysia menyedari bahawa mereka sudah menikmati kesepaduan sosial.Jika pada akhir Era Konflik (1945-1960) platfom kesepaduan nasional telah mula dirangka dan diaplikasikan, biarpun belum teguh, tetapi pada Era Stabil tetapi Tegang (1961-1970) asas dan struktur rangka kesepaduan sosial yang lebih mantap terbina akibat trauma nasional selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Kesepaduan berlaku dalam suasana yang umumnya stabil dan aman, tetapi tersentak tegang oleh kerana keganasan etnik dan juga keganasan serangan Ganyang Malaysia oleh angkatan bersenjata Sukarno semasa Konfrontasi. Pengalaman pahit ini sebenarnya telah mematangkan rakyat Malaysia.era Kesepaduan Sosial (1971-2011)lebih daripada 40 tahun telah berlalu selepas tragedi rusuhan etnik Mei 13 1969.Suasana terus aman, stabil dan harmoni, kecuali selama lima hari dari 4 hingga ke8 Mac 2001 apabila berlakunya rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan kediaman setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10 nyawa. Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor politik, tetapi faktor ekonomi, seperti kesukaran hidup dan persaingan untuk survival boleh mencetuskan pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan anggota kelas bawahan. Hal ini mengingatkan kita kembali terhadap perdebatan yang belum berakhir antara pendekatan etnik dan kelas sebagai lensa yang memerhatikan dinamika masyarakat Malaysia.Kita juga diperingatkan bahawa slogan perpaduan dalam kepelbagaian danperpaduan nasional itu adalah suatu harapan positif terhadap suatu masa depanyang lebih gemilang daripada sekarang, termasuk cita-cita kita merealisasikanbangsa idaman, iaitu Bangsa Malaysia. Sebaliknya apa yang sebenarnya kita dukung dan dakap, malah suatu fenomena yang tidak pernah kita berikan sebarang nama pun selama ini, tetapi terus dinikmati adalah konsep kesepaduan sosial.Oleh itu, yang jelas pada masyarakat umum Malaysia, biar pun nampak kabur kepada sesetengah pemimpin dan sebahagian besar pemberita, ialah bahawa selama 40 tahun selepas terjadi tragedi 13 Mei sebarang perbezaan sosial sesama mereka mesti diselesaikan dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik terbuka adalah terlalu tinggi kepada setiap individu, setiap kolektif sosial, setiap etnik, setiap wilayah dan kepada negara Malaysia keseluruhannya.Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah kematangan rakyatnya. Jika dulunya selepas setiap pilihan raya umum di Malaysia ramai yang berasa gundah kerana kemungkinan mereka yang kalah melepaskan geram melalui tindakan rusuhan ganas. Namun semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, sebanyak sembilan kali pilihan raya diadakan namun tidak wujud sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga mencetuskan perbalahan. Hal ini termasuk dalam puluhan pilihan raya kecil yang telah diadakan berulang kali.Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Kemudahan Internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. Apatah lagi komentar boleh disampaikan dalam suatu konteks yang selesa dari segi peribadi, umpama campak batu sembunyi tangan, iaitu penulis yang mengkritik dapat bersembunyi di sebalik nama samarannya. Dalam suasana ini terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat Malaysia sangat suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding.Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing-masing, sama ada dalam hal peribadi, etnik ataupun kualiti hidup. Keterbukaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini telah menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan luar negara. Seringkali kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh seseorang ahli politik, guru sekolah dan orang biasa tentang kaum pendatang dan lain-lain selalunya akan menimbulkan kekecohan dalam media, diikuti lontaran kritikan berentetan untuk beberapa minggu di ruang siber atau dalam media cetak.Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada peringkat everyday-defined di Malaysia, iaitu they talk conflict, they walk cohesion. Maksudnya, mereka sedia berdebat habis-habisan tentang segala perkara yang difikirkan tidak betul atau tidak sempurna yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat, iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap sehingga meletup dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan.Oleh sebab rakyat Malaysia lebih suka tongue wagging and not parang wielding dan lebih senang talk conflict, walk cohesion, maka gambaran yang diberikan kepada orang luar boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan mereka kerana perkara didengar oleh mereka dan diperhati ialah tongue wagging dan talk conflict yang kadang-kadang pedas, keras dan sangat berkonfrontasi bunyinya. Apatah lagi jika penyuaraan itu disampaikan dalam blog, YouTube dan melalui SMS, yang seolah-olah esok akan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 sekali lagi.Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan Sosial (1971-2011) adalah era ketika berlakunya pemantapan interaksi antara M+N+ [iaitu Masyarakat (Society), Negara (State) dan Pasaran (Market)] telah disulam erat dengan positif, biarpun turun-naik berlaku akibat pengaruh dan perkembangan global. Dalam era tersebut terbukti bahawa ekonomi Malaysia telah mampu bertahan. Justeru, paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan politik. Gabungan perkembangan ekonomi pesat dan suasana politik yang stabil telah membolehkan kita bertahan dari segi kesepaduan sosial, sambil terus mengidamkan perpaduan. Perbandingan antara pengalaman Sri Lanka dan Malaysia (Abeyratne 2008) untuk 40 tahun yang lalu menunjukkan kepada kita peri pentingnya kaitan simbiotik ekonomi, politik serta kesepaduan sosial, yang dirangkai melalui hubungan intim antara M+N+P.Tentunya berlaku persaingan, kontradiksi dan ketegangan dari segi ruang dan kepentingan antara ketiga-tiga komponen tersebut (M+N+P) yang boleh memberi kesan kepada seluruh masyarakat Malaysia kerana tersirat di dalamnya ialah aspek hubungan etnik, kelas, wilayah dan perbezaan sosial yang kritikal dan perlu sentiasa diimbangkan. Kadang-kadang pengaruh dan pergolakan luar negeri mengesankan apa yang berlaku dalam negara, seperti isu TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang terus-menerus mencabar M+N+P serentak, dulu, sekarang dan pada masa depan. Justeru kesepaduan sosial di Malaysia adalah terbina di atas lapisan jaringan hubungan yang rumit lagi kompleks di dalam dan di luar negeri.Masyarakat Pelbagai etnik di MalaysiaJumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 ialah 28.3 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia). Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan dialek, jumlahnya melebihi 200 kumpulan. Jadual1.1 adalah memaparkan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, bahasadan dialek yang wujud di Malaysia.JADUAl 1.1: Senarai Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Bahasa dan Dialek di MalaysiaKumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di SemenanjungAcheh, Baba Nyonya, Banjar, Bateq, Bengali, Beri, Boyan, Bugis, Chettiar, Chewong, Chindian, Foochow, Gujarati, Hainanese, Hakka, Hokkien, Jah Hut, Jahai, Jakun, Jawa, Kanaq, Kensiu, Kintaq, Kwangsi, Kwantung, Lanoh,Mah Meri, Malabaris, Malayalee, Mandaling, Melayu, Melayu Patani, Mendriq, Min Bei, Minangkabau, Orang Kuala, Orang Seletar, Pakistan, Portugis, Punjabi, Rawa, Semai, Semaq, Semelai, Serani, Siam, Sindhi, Tamil, Telegu, Temiar, Temuan, Teochew, kumpulan etnik pekerja- pekerja migran dan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di SabahBajau, Bisaya, Bonggi, Bookan, Bugis, Cina, Dumpas, Dusun, Gana, Hulu, Idaan, India,Iranun, Kadazan, Kagayan, Kalabakan, Kalabuan, Kedayan, KeningauMurut, Kepulauan Kokos, Kimaragang, Kinabatangan, Kuijau, labuk-Kinabatangan, Lobu, Lotud, Lundayeh, Makiang, Mangkaak, Melayu, Minokok, Murut, Okolod, Paitan, Paluan, Papar, Rungus, Sama Selatan, Selungai, Sembakung, Serudung, Sinabu, Sino-Kadazan, Suluk, Sungai, Tagal, Tatana, Tausug,Tempasuk Dusun, Tengara, Tidung, Timugon, Tinagas, Tobiling, Tombonuo, Ubian, kumpulan etnik pekerja-pekerja migrandan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di SarawakBalau, Berawan, Bidayuh, Bukitan, Cina, Iban, India, Kajang, Kayan, Kedayan, Kejaman, Kelabit, Kenawit, Kenyah, Lahanan,Lisum, Longkiput, Lun Bawang, Lun Dayeh, Melanau, Melayu Sarawak, Murut, Penan, Punan Bah, PunanBiau, Punan Busang, Punan, Remun, Saban, Sebuyau, Sekapan, Sihan, Tabun, Tagal, Ukit, kumpulan etnik pekerja-pekerja migran dan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.Potret hubungan etnik di MalaysiaPola kerencaman dan kepelbagaian penduduk yang wujud secara tidak langsung menggalakkan perspektif bahawa hubungan etnik di Malaysia pada umumnya adalah bersifat rapuh, mudah retak dan cenderung ke arah ketegangan dan sering membawa kepada keadaan yang berkonflik. Adakah pandangan sebegini tepat untuk menghuraikan hubungan etnik di Malaysia? Jika pandangan sebegini diterima, negara Malaysia sebagai sebuah negara bangsa mungkin tidak dapat bertahan dan wujud dalam peta dunia. Keadaan yang wujud ialah etnik yang pelbagai ini akan membentuk negara mengikut acuan etnik masing-masing. Namun demikian, hakikatnya negara Malaysia dengan kerencaman demografi yang berbeza terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Keadaan ini membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik dapat hidup bersama dalam suasana aman dan bebas daripada konflik kekerasan etnik yang kerap dan berpanjangan sebagaimana berlaku di negara yang sentiasa berkonflik seperti Sri Lanka, Somalia dan Palestin.Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkannya terus membangun dengan pesat dalam pertumbuhan ekonomi yang stabil. Malaysia turut berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada50 tahun.Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu kompleks, Malaysia berjaya mengekalkan kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat serta pencapaian pembangunan. Justeru, keunikan tadbir urus negara dalam mengolah perpaduan dalam kepelbagaian amat penting daripada hanya melihat dimensi konflik mahupun ketegangan. Aspek tadbir urus perpaduan dalam kepelbagaian ini sebenarnya membawa kepada kefahaman terhadap proses kesepaduan sosial dalam masyarakat yang sebenarnya merupakan inti pati kepada kestabilan, keamanan mahupun kerukunan hidup masyarakat berbilang etnik. Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah diiktiraf oleh Global Peace Index yang telah menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagai antara negara paling stabil dan aman di dunia. Berdasarkan Jadual 1.2 kedudukan negara yang disenaraikan dalam Global Peace Index 2011,Malaysia adalah satu-satunya negara heterogeneous dengan komposisi demografi pelbagai etnik berada di senarai paling atas. Sebaliknya, negara- negara lain yang berada pada kedudukan lebih baik daripada Malaysia secara umumnya ialah negara yang lebih bersifat homogeneous. Pada tahun 2011 kedudukan Malaysia berada di tangga ke-19 manakala pada tahun 2012 kedudukannya adalah pada tangga ke-20 iaitu mendahului Australia (ke-22) dan Singapura (ke-23).JADUAl 1.2: Global Peace Index (2011)Negara Kedudukan Negara PalingAman di DuniaNew Zealand 1Iceland 2Jepun 3Denmark 4Republik Czech 5Austria 6Finland 7Kanada 8Norway 9Slovenia 10Ireland 11Qatar 12Sweden 13Belgium 14Jerman 15Switzerland 16Portugal 17Australia 18Malaysia 19Hungary 20Sumber : Institute for Economics and Peace 2011Hubungan Etnik dari Perspektif KonflikDalam menggambarkan hubungan etnik, terdapat sarjana yang menyatakan bahawa masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti di Malaysia pasti akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya danbahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat mengikat mereka bersama. Selain itu, perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik sehingga berlaku kepupusan ciri-ciri etnik, iaitu dari segi bahasa, budaya dan agama mereka apabila etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.Media massa juga sering membawa laporan kewujudan polarisasi etnik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa tidak berminat untuk berkongsi dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan bersama, belajar bersama, bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus. Malahan, media massa sering membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita. Di samping itu, aktiviti dalam kempen pilihan raya sering menjadi gelanggang untuk meraih undi dengan cara menggemblengkan sentimen dan kepentingan etnik masing-masing sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan etnik dan membawa kepada aspek ketegangan etnik.Natijahnya, adakah adil memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam pespektif yang sempit dengan melihat masyarakat Malaysia ini hanya dari sudut konflik, sengketa, pertentangan dan ketegangan semata- mata? Di mana pula penilaian masyarakat keseluruhan melihat kejayaan negara mengurus soal kesepaduan sosial yang dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat selepas peristiwa 13 Mei sehingga hari ini yang berjaya diangkat dalam Global Peace Index 2011 dan kejayaan ekonomi Malaysia yang berdaya saing setanding dengan negara lain? Oleh hal demikian, hubungan etnik di Malaysia perlu dilihat dari perspektif dan dimensi kesepaduan sosial yang merupakan formula kesejahteraan masyarakat berbilang etnik.Kesepaduan Sosial: Pandangan alternatif untukMemahami hubungan etnik di MalaysiaKerangka konseptual yang diutarakan dalam memaparkan hubungan etnik di Malaysia sebagai suatu bentuk hubungan yang rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan ini boleh disimpulkan sebagai suatu kerangka konseptual yang berorientasikan paradigma konflik. Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia telah menggunakan paradigma konflik sebagai alat analisis yang utama untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang dilihat wujud dalam masyarakat.Melalui paradigma konflik yang menjadi pendekatan utama ini terdapat kecenderungan pengkajinya untuk mengitlakkan atau mengeneralisasi sesuatu permasalahan secara simplistik sedangkan permasalahan yang wujud pada masa ini jauh lebih rumit dan kompleks. Komponen-komponen sosial yang wujud kini adalah bertindan lapis antara etnik, agama, kelas, gender, umur, orientasi seksual, budaya, ideologi dan kategori-kategori sosial yang lain.Perspektif yang digunakan oleh pengkaji menggambarkan hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan adalah berdasarkan paradigma konflik. Oleh itu, konsep yang berhubung kait dengannya seperti konsep polarisasi, segregasi, ketegangan, persaingan, persengketaan, pertentangan, perbezaan atau perpecahan digunakan sebagai alat analisis dan pengukur untuk memahami permasalahan tersebut.Melalui penggunaan konsep yang berbau negatif seperti ini untuk memahami permasalahan hubungan etnik membawa kepada kecenderungan untuk mendikotomikan sesuatu isu yang berbangkit itu secara binari atau pertentangan duaan. Contohnya, antara Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan tidak berpendidikan, serta heteroseksual dan homoseksual.Cara pandang dari kaca mata konflik umumnya mengandaikan masyarakat Malaysia seolah-olah sentiasa berada dalam dikotomi, pertentangan, persengketaan dan saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Cara pandang yang sebegini gagal untuk melihat pelbagai sisi yang cukup berencam antara satu kategori sosial dengan satu kategori sosial yang lain. Malahan, antara satu kategori sosial dengan satu kategori sosial yang lain terdapat ciri tindan lapis yang saling bertautan. Contohnya, dalam kategori etnik Melayu itu sendiri terdapat pelbagai kerencamannya; Melayu yang mana? Melayu bandar, luar bandar, liberal, ortodoks, kelas menengah, kelas pekerja kerajaan, swasta, berpendidikan, penyokong UMNO, PAS, PKR, DAP? Soalannya Islam yang mana? Islam liberal, konservatif, Sunni, Syiah, Wahhabbi, Muhammadiyah, Tabligh, Arqam? Malahan berkemungkinan antara Melayu kelas menengah yang liberal lebih banyak persamaannya dengan bukan Melayu dari kelas yang sama berbanding dengan Melayu kelas petani dari kampung.Etnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama, malahan bertindan lapis dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India, Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka sendiri seperti etnik Melayu dan agama Islam.Kerencaman tersebut tidak sekadar seperti telah dijelaskan malah kategori sosial ini juga cair dan bergerak bebas serta boleh berubah dan berbeza sesama sendiri tanpa adanya batas-batas sempadan yang ketat dan kekal. Contoh yang paling ketara adalah isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim yang pernah timbul dan menjadi isu yang cukup panas beberapa ketika yang lalu. Jika diperhatikan dengan teliti wacana yang wujud ketika itu dalam menanggapi isu, terdapat pelbagai pandangan baik yang menyokong mahupun menentang sama ada daripada pihak Islam ataupun yang bukan Islam sendiri. Masing-masing mempunyai pandangan berbeza walaupun mereka daripada kumpulan agama yang sama. Berdasarkan contoh ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana cara pandang yang menggunakan paradigma konflik cenderung untuk mentafsirkan secara mudah kehidupan sosial yang realitinya jauh lebih rumit dan kompleks.Dalam keghairahan mengangkat paradigma konflik sebagai teras dan orientasi memahami permasalahan yang wujud di Malaysia, realitinya tahap kehidupan harian masyarakat awam berada dalam kesepaduan sosial yang relatifnya adalah bersifat aman dan stabil. Selepas peristiwa13 Mei konflik bersifat kekerasan etnik secara terbuka yang berlaku adalah terlalu kecil. Dalam tempoh lebih daripada empat dekad yang lalu semenjak peristiwa 13 Mei, Malaysia secara relatifnya masih belum goyah dengan konflik peristiwa etnik mahupun konflik agama namun kadang- kadang kesannya boleh mengancam kesepaduan sosial yang sudah sedia wujud dalam masyarakat berbilang etnik.Memang tidak dinafikan bahawa konflik, pertentangan dan saling bertanding sering muncul dan memenuhi wacana sama ada di kedai kopi, warung teh tarik, restoran mamak, atau di ruang maya melalui blog, internet dan portal sesawang. Malahan, tidak dinafikan wujud konflik yang berakhir dengan kekerasan fizikal seperti yang berlaku di Kampung Rawa, Kampung Medan, Pasir Gudang dan Kamunting tetapi kekerasan fizikal tersebut adalah bersifat lokal dan terkawal tidak merebak serta berlarutan sehingga mencarik fabrik sosial yang mengikat masyarakat setempat.Kehidupan harian masyarakat awam khususnya di luar kawasan konflik yang tersebut tetap diteruskan dalam suasana yang relatifnya stabil dan aman. Keadaan ini adalah realiti kehidupan sosial yang wujud di Malaysia dan jarang diungkapkan oleh para sarjana kajian etnik. Realiti yang lebih positif dan sebenarnya lebih dominan serta lebih terserlah umumnya terlepas pandang daripada mata para sarjana kajian etnik. Keadaan ini adalah kerana cara pandang melalui paradigma konflik terlalu lama mendominasi wacana etnik di Malaysia sejak zaman kolonial sehingga seolah-olah ianya diterima sebagai sesuatu yang sedia ada (as given) justeru sudah tersulam rapi di dalam minda dan praktik para pengkaji hubungan etnik di dalam dan luar Malaysia.Menelusuri hubungan etnik daripada Perspektif KonflikSekiranya ditelusuri dengan lebih mendalam, cara pandang melalui paradigma konflik merupakan warisan daripada pembentukan ilmu kolonial yang bersifat esensialis, tetap dan cenderung mengitlakkan ciri-ciri sosial yang terdapat pada subjek yang menjadi anak jajahan mereka. Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah untuk membezakan kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah. Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek.Ideologi dan cara pandang tersebut bukan sahaja beroperasi di tingkat epistemologi dan konseptual, tetapi juga di tingkat ontologi dan alam nyata melalui pemisahan yang berbentuk fizikal ke atas kumpulan masyarakat terjajah, khususnya dari sudut penempatan dan juga jenis pekerjaan melalui dasar pecah dan perintah. Proses membezakan yang lain bukan sahaja disumbangkan oleh pemerintah kolonial, tetapi juga diteruskan oleh sarjana sains sosial dan kajian hubungan etnik dari Barat yang menjalankan kajian mereka di negara jajahan khususnya yang mempunyai populasi masyarakat majmuk. Hasil kajian mereka berasaskan teori daripada kaca mata mereka sendiri yang cenderung mengetengahkan unsur-unsur konflik, kelainan dan perbezaan. Teori- teori yang berasaskan paradigma konflik, kelainan dan perbezaan ini kemudiannya disosialisasikan melalui wacana ilmiah, baik dalam bentuk20 Hubungan Etnikbuku, jurnal, kertas kerja mahupun pembentangan akademik seterusnya disosialisasikan pula oleh sarjana tempatan dan disebarkan kepada pelajar dan masyarakat awam.Penerapan paradigma ini terus diperkukuhkan apabila berlakunya konflik sebenar khususnya dalam era perang dingin. Umpamanya, apabila ideologi komunisme diangkat sebagai musuh dan teori domino diketengahkan daripada paradigma konflik. Pemikiran sedemikian seterusnya disosialisasikan ke dalam wacana antikomunis untuk menimbulkan kegelisahan, ketakutan dan rasa tidak selamat dalam kalangan negara di Asia Tenggara. Perang saudara di Vietnam contohnya dilihat sebagai mangkin kepada kemungkinan negara di sekitarnya akan turut jatuh ke tangan komunis.Malaysia juga tidak terkecuali dalam kancah wacana berbentuk konflik apabila kerajaan British di Malaya pada ketika itu mengisytiharkan darurat untuk menangani ketidakstabilan sosiopolitik berikutan tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya. Paradigma konflik ini terus mendapat tempat sebagai cara pandang yang dominan dalam memahami masyarakat Malaysia apabila berlaku pertentangan sengit antara organisasi politik yang mewakili kepentingan kumpulan etnik yang pelbagai di Malaysia sama ada pada era kolonial ataupun pascakolonial.Cara pandang melalui perspektif konflik semakin popular dan kukuh apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei sehingga ada yang meramalkan bahawa projek pembangunan negara bangsa Malaysia akan gagal. Proses pembentukan cara pandang melalui perspektif konflik merupakan suatu proses yang panjang, lama dan berterusan. Dari era kolonial sehingga ke masa kini, paradigma konflik telah menjadi cara pandang yang dominan dalam masyarakat untuk memahami fenomena etnisiti dan permasalahan yang wujud di Malaysia sehingga menyebabkan sukar untuk melihat dengan cara pandang yang lain.Malaysia yang diramalkan oleh banyak pihak akan berakhir dengan perpecahan akibat tragedi 13 Mei tidak menjadi realiti kerana selepas peristiwa tersebut, ternyata Malaysia lebih stabil dan kukuh berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Malahan, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, pembangunan yang pesat, politik yang stabil serta kehidupan bermasyarakat yang relatifnya aman tanpa konflik yang terbuka dan berterusan sehingga diiktiraf oleh dunia sebagai model negara majmuk yang berjaya.Memahami hubungan etnik daripada Perspektif Kesepaduan SosialSuatu paradigma alternatif yang mengambil kira aspek positif yang menyumbang kepada keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang masih dalam proses pembikinannya, kini adalah perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada cara pandang untuk memahami citra hubungan etnik dengan lebih adil dan menyeluruh.Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik. Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.Menggunakan paradigma kesepaduan sosial untuk memahami hubungan etnik di Malaysia bermula dengan premis bahawa kesepaduan sosial sudah sedia wujud sebagai tiang seri di peringkat masyarakat awam. Usaha yang perlu dilakukan adalah mengukuhkannya lagi supaya perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat dan negara dapat dicapai. Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses yang panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Kewujudan kesepaduan sosial disumbangkan secara top-down atau hasil daripada tindakan kerajaan yang diterapkan kepada masyarakat dan ada yang disumbangkan secara bottom-up iaitu hasil daripada interaksi dan jalinan hubungan yang berlaku di peringkat masyarakat awam itu sendiri dalam kehidupan sehari-hari tanpa campur tangan oleh pihak kerajaan.hubungan Saling Terkait dan Saling BergantunganJalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Umpamanya, nasi yang dimakan oleh pelajar selepas keluar dari bilik kuliah hubungan etnik berkemungkinan besar diperoleh daripada pesawah padi Melayu dari Kedah atau pesawah padi Cina dari Sekinchan, Selangor. Padi tersebut kemudiannya dibawa ke kilang pemprosesan padi oleh pembawa lori daripada etnik India dandiproses pula oleh pekerja dari peringkat buruh hingga ke peringkat pengurusan mungkin terdiri daripada etnik Melayu, Cina atau India atau mungkin buruh imigran dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar.Padi yang siap diproses menjadi beras kemudiannya dibawa ke pasar raya atau kedai runcit oleh pemandu van atau lori yang mungkin daripada etnik Orang Asli dan ketika sampai di kedai runcit atau pasar raya, beras berkenaan dipunggah, diangkut dan disusun di rak-rak dan seterusnya dijual oleh pekerja kedai runcit dan pasar raya yang mungkin daripada etnik Iban, Kadazan, Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kelabit dan Kayan. Beras pula kemudiannya dimasak oleh pengusaha kantin daripada etnik Melayu atau Cina atau India atau Iban atau Kadazan yang dibantu pula oleh pekerja imigran dari Indonesia, India, China, Thailand atau Myanmar.Daripada contoh tersebut, dapat dilihat interaksi dan hubungan antara anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di negara ini melengkapi dan saling bergantungan dalam jalinan rantaian kesepaduan sosial yang panjang. Setiap kali nasi yang dijamah akan mencetuskan fikiran bagaimana rantaian yang saling terkait sebenarnya melibatkan manusia daripada pelbagai etnik yang berbeza. Mereka terlibat dalam memastikan nasi yang dimakan itu boleh sampai kepada kita dan seterusnya membekalkan zat, vitamin dan tenaga untuk kita terus hidup melalui interaksi yang seolah-olahnya begitu terancang. Begitu juga dengan baju yang dipakai, telefon bimbit yang digunakan, komputer untuk melayari internet dan semua barangan yang dibeli dan digunakan dalam kehidupan seharian. Kesemuanya adalah terhasil daripada jalinan hubungan yang saling terkait dan saling bergantungan dan kesemuanya juga berkemungkinan melibatkan individu daripada pelbagai etnik.Takrifan autoriti dan Takrifan harianInteraksi dan jalinan hubungan sosial antara anggota masyarakat yang saling terkait dan saling bergantungan seperti yang telah dibincangkan adalah unsur-unsur penting dalam membina kesepaduan sosial. Justeru, paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti.Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. Contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk tetap, iaitu seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu.Takrifan negara yang bersifat tetap mungkin bermasalah untuk digunakan ke atas sebahagian daripada orang Melayu, khususnya daripada kelas atasan dan menengah lazimnya amalan pertuturan mereka manakala menggunakan bahasa Inggeris. Memandangkan mereka ini tidak menepati takrifan Melayu seperti yang dikehendaki oleh negara, adakah mereka masih layak dikenali sebagai orang Melayu? Sebaliknya, takrifan harian dalam peringkat masyarakat awam dalam kehidupan seharian berkemungkinan besar berbeza daripada apa yang ditakrifkan oleh negara secara formal dalam hal tersebut.Fenomena yang dipaparkan merupakan suatu contoh kecil yang boleh diambil untuk memperlihatkan takrifan seharian jauh berbeza dengan takrifan oleh negara ke atas warganya. Banyak lagi contoh lain yang boleh diambil untuk membuktikan pernyataan ini seperti sama halnya dengan jenis Islam yang mesti dianuti oleh orang Melayu di Malaysia. Jika menurut takrifan autoriti hanya Islam daripada aliran Sunnah-Wal-Jamaah dengan bermazhabkan Shafie yang mesti dianuti sedangkan mengikut takrifan harian orang Melayu di Malaysia tidak semuanya menganut aliran Sunnah-Wal-Jamaah daripada mazhab Shafie. Malahan ada juga dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia yang mengamal fahaman syiah.Hakikatnya, dalam kehidupan sehari-hari seperti yang dihuraikan sebelum ini terdapat kerencaman yang wujud dan jauh lebih kompleks daripada takrifan autoriti. Malahan, takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.Justeru, dengan mengambil paradigma kesepaduan sosial sebagai suatu cara pandang alternatif untuk menganalisis dan memahami fenomena hubungan etnik di Malaysia, takrifan harian menjadi petunjuk utama dalam mengenal pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan, tempat, komunitidan juga masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Paradigma kesepaduan sosial dalam konteks ini adalah suatu cara pandang yang cuba memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat awam agar terlibat dalam proses pembinaan perpaduan.Ringkasnya, kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu. Pelekat sosial yang memberi kesepaduan sosial dihasilkan daripada interaksi dan jalinan hubungan sosial yang berlaku setiap hari antara sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa tanpa campur tangan daripada pihak negara baik dalam ruang ekonomi, pasar, politik, sosial mahupun budaya.Kesepaduan Sosial Melalui akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasiSecara konseptual, kesepaduan sosial sudah sedia wujud dalam acuan besar masyarakat Malaysia. Acuan besar merujuk kepada negara bangsa yang dinamakan Malaysia dengan ciri-ciri khasnya yang terhasil daripada proses perkongsian sejarah bersama yang dilalui dan dialami oleh anggota warganya. Dalam acuan besar ini terbina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya yang khas beracuankan Malaysia.Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik tidak bersifat statik, tetapi sentiasa dinamik dalam suatu proses pengukuhan berterusan yang didukung oleh struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. Kesepaduan sosial pula dibina oleh aktor sosial yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berada di dalamnya melalui amalan harian. Mereka ditandai oleh interaksi dan jalinan hubungan sosial yang saling terikat, saling bertaut malah saling berkongsi. Oleh hal demikian, interaksi dan jalinan hubungan sosial sebegini adalah sesuatu yang secara langsung mahupun tidak langsung sudah tersulam ke dalam fabrik sosial masyarakat kerana kesemua mereka berada di dalam satu acuan besar negara bangsa Malaysia yang sama.Proses pentakrifan makna yang dilakukan oleh faktor sosial yang terdiri daripada pelbagai etnik telah mentransformasikan hubungan antara etnik lalu membentuk hubungan sosial yang pelbagai bentuk.Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing.Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini. Justeru, makna yang diberikan oleh aktor sosial ini terhadap interaksi dan hubungan seharian yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan yang diwarnai oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi umumnya cenderung ke arah bentuk positif daripada bentuk negatif. Tafsiran positif yang merujuk kepada interaksi dan hubungan mereka di peringkat harian membentuk kesepaduan sosial pada hari ini walaupun mereka daripada latar belakang etnik, agama, bahasa dan budaya yang berbeza.Antara contoh yang paling jelas tentang wujudnya kesepaduan sosial di peringkat kehidupan harian adalah apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan provokatif berhubung dengan etnik dan agama, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Beberapa isu dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan kelompok yang memperjuangkan isu-isu berkaitan. Namun, tindakan tersebut ternyata tidak berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka; sebaliknya kehidupan seharian masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya aman dan stabil walaupun isu-isu panas sering diapi-apikan melalui media massa tertentu.Hakikatnya, rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan. Sebaliknya, daripada realiti sosial, menunjukkan bahawa secara relatifnya masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik. Malahan, pihak organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama telah mengambil bahagian secara aktif untuk meredakan tindakan provokasi yang timbul. Sekiranya isu-isu seperti ini muncul pada tahun 1960-an atau 1970- an, kemungkinan besar isu berkenaan berakhir dengan rusuhan agama atau sengketa etnik secara terbuka seperti dalam Peristiwa 13 Mei.26 Hubungan EtnikBagaimanapun, hakikatnya di Malaysia pada abad ke-21 ini tiada sebarang rusuhan etnik atau agama yang berlaku walaupun isu-isu yang berkenaan sering dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan. Keadaan ini merupakan suatu anjakan, perubahan dan transformasi sosial yang cukup besar dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini. Justeru, takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-hari yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan. Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.KesimpulanKesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined dan top- down yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu. Salah satu usaha tersebut adalah bersifat pemantauan berlanjutan melalui prosedur tertentu yang bertindak sebagai sistem amaran awal. Oleh yang demikian, sebarang kemungkinan konflik terbuka berlaku dapat dikawal sebelum menjadi lebih besar dan merebak, lalu merungkai kesepaduan sosial yang telah wujud dengan baiknya.Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai kesepaduan dalam kepelbagaian (cohesion in diversity) dan bukan perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Namun, kita boleh juga menghujahkan bahawa kesepaduan ialah tahap sebelum perpaduan atau prasyaratnya. Di Malaysia, terdapat pola turun naik dan putaran antara keadaan konflik dan keamanan. Sejak lebih 60 lepas sejak Perang Dunia Kedua, kita telah mengharungi tiga era penting. Implikasinya ialah perpaduan adalah work-in-progress kerana perpaduan ialah suatu sasaran pencapaian yang masih belum tercapai. Proses ini memerlukan semua pihak di negara kita berkerja keras secara sedar untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dikekalkan dan dipertahankan, biarpun perpaduan belum kelihatan.Oleh itu, keamanan dan kestabilan masyarakat Malaysia, justeru kesepaduan sosialnya, tidak boleh diambil seperti sesuatu yang alamiah, sedia ada dan tidak diambil peduli akan keadaan sebenarnya. Kita mesti terus-menerus bekerja keras mengekalkan dan mempertahankannya. Cuma bagaimanakah kita hendak melaksanakannya dalam jangka pendek dan jangka panjang. Kita perlu memikirkan strategi jangka panjang yang lebih kekal sifatnya untuk bukan sahaja menangani api-api kecil bahkan juga menghindarinya daripada berlaku atau kalau sudah berlaku, merebak ke sesuatu yang lebih besar dan tidak terkawal.Soalan Perbincangan1. Hubungan etnik adalah bersifat dinamik. Bincangkan.2. Bahaskan pola konflik dalam hubungan etnik di Malaysia.3. Apakah yang anda faham dengan kesepaduan sosial? Berikan contoh- contoh yang sesuai dalam mengaitkan kerelevanan kesepaduan sosial dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia.TAJUK 02

Potret hubungan etnikhasil PembelajaranSelepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:1. Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara.2. Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini.3. Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik di negara ini.PengenalanMasyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama di kebanyakan negara pada hari ini. Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai etnik. Namun demikian, sejarah juga telah membuktikan negara monoetnik tidak dapat mengelakkan diri daripada kejadian sedemikian. Masyarakat mempunyai kecenderungan untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman mereka sendiri yang sempit, selain terpengaruh oleh pelbagai faktor.Masyarakat juga mempunyai kebiasaan untuk menilai perbezaan antara masyarakat melalui perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri. Oleh hal demikian, dalam dunia yang didominasi oleh masyarakat pelbagai etnik, adalah wajar untuk membina satu pemahaman yang mendalam dan tepat tentang teori dan definisi yang biasa digunakan untuk menilai kumpulan masyarakat yang berbeza budaya, ras, dan etnik dalam pelbagai aspek untuk mengelakkan konflik antara etnik yang lebih30 Hubungan Etnikdahsyat. Kefahaman terhadap budaya yang menyokong masyarakat pelbagai etnik amat diperlukan untuk pembinaan masyarakat yang harmoni dan stabil.Kesultanan Melayu Melaka lambang PertemuanMasyarakat Pelbagai etnikKehebatan empayar Melaka menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui sehingga digelar sebagai The Venice of the East. Zaman empayar Melaka ialah zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan.PemerintahanPerlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan keharmonian antara kaum.Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China, puteri Hang Li Po. Ringkasnya, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.PerdaganganPerdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut diMelaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.Corak Kependudukan di MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.Kepelbagaian Budaya di MelakaKeterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang ketat menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap budaya di Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi. Pertemuandan pertembungan budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya. Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh.Pembentukan Masyarakat Majmuk era Kolonialisme inggerisKedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata, iaitu keagamaan, kekayaan dan kemegahan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, pihak kuasa Barat sebenarnya telah maju dalam bidang sains dan teknologi. Universiti tertua di Eropah, iaitu University of Oxford wujud sejak abad ke-10 lagi. Keadaan ini menyebabkan mereka merupakan golongan yang menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu begitu hangat selama berabad-abad sehingga berlakunya pemisahan besar antara agama dengan sains moden pada abad ke-15 Masihi.Eropah telah mengalami perubahan epistemologi, iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah dua, iaitu agama dan sains moden. Kedua-duanya dinamakan sebagai Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002), apabila beliau menulis buku mengenai dua perkara pokok di sepanjang sejarah kehidupan manusia. Masyarakat secara umumnya terpisah kepada dua, iaitu pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden. Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk Eropah dan akhirnya menyebabkan agama menjadi anutan kepada individu sahaja.Faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan bahawa agama hanya perlu pada peringkat individu apabila agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, dan seterusnya akan mencetuskan pergaduhan dan peperangan. Sebaliknya, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang dapat menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai. Berasaskan fahaman ini, ilmu sains telah diterima sebagai ilmu pentingdan asas dalam kehidupan sosial duniawi manusia. Ringkasnya, ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia, termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran.Sebaliknya, agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada pada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu. Pihak penjajah British menguasai pentadbiran negara, manakala hal ehwal agama Islam di Tanah Melayu dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan. Di samping itu, penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting, iaitu Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan. Masing-masing pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak.Ketibaan pemerintah kolonial membawa kepada pertembungan antara agama Islam dengan negara pentadbiran kolonial British. Pertemuan ini berlaku dalam suasana empirikal yang berbeza, iaitu antara Islam sebagai agama dan para penganutnya dan negara kolonial sekular. Pertemuan ini juga berlaku dalam konteks pemodenan yang diperkenalkan dan dirancangkan oleh kerajaan kolonial. Justeru, negara kita bukan negara pertama dalam kalangan koloni British yang melalui pengalaman ini. Negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal telah melalui proses ini jauh lebih awal.Para sarjana dalam bidang kajian India British seperti Bernard Cohn, seorang ahli antropologi berbangsa Amerika mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; kerana yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi. Penaklukan ini berlaku melalui proses penguraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran tersebut sebagai kuasa pentaktrifan kehidupan. Proses ini seterusnya digantikan dengan sistem pemikiran asing menerusi aplikasi sistematik siri modus penyiasatan kolonial. Cohn yang telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji sejarah India berdasarkan kaca mata ilmu antropologi menjelaskan bahawa ilmu yang dihimpunkan dandiklasifikasikan itu ditransformasikan ke dalam bentuk yang dapat dimanfaatkan dalam bentuk laporan, sejarah, gazet, kanun undang- undang dan ensiklopedia.Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu kepada tiga kelompok komuniti etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai suku kaum lain. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling menyerlah dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu. Bagaimanapun, kewujudan dan kepentingan peranan yang dimainkan oleh suku kaum lain adalah tidak dinafikan.Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah yang bermula pada pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Pada umumnya, terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan apabila Sabah dan Sarawak mengambil keputusan untuk sama-sama membentuk Malaysia pada 16September 1963.Dasar kolonialisme British memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material. Sungguhpun pemerintahan British telah menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat, terdapat kritikan bahawa mereka bertanggungjawab secara beransur-ansur menyisihkan dominasi Islam daripada kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, Al-Attas mengkritik kehadiran kolonialisme Inggeris sebagai suatu dasar tekal memisahkan orang Islam daripada agama mereka.Para sejarawan mencatatkan bahawa dampak dasar dan birokrasiInggeris boleh dilihat dengan jelas dalam perkara berikut. Pertama,British mula bertapak kukuh menerusi campur tangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperoleh daripada Kedah. British seterusnya telah campur tangan secara langsung dan menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu yang secara tradisionalnya terletak di bawah tadbir urus Sultan Melayu. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British yang menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu. Menjelang tahun 1895, sistem residen telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, keempat-empat negeri berkenaan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British seterusnya memperluas kuasa mereka ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok1909 dengan kerajaan Siam dan kesannya seorang Penasihat British dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan.Di Sabah, kaum bumiputera yang utama ialah Kadazan, Bajau, Murut dan Suluk. Syarikat Borneo Utara British yang memerintah di Sabah telah menggalakkan penghijrahan orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah meningkat daripada 27,801 orang pada tahun 1911 kepada 50,056 orang pada tahun 1931. Manakala di Sarawak, kaum bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. Dinasti Brooke yang memerintah di Sarawak telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak meningkat daripada kira-kira 5,000 orang pada tahun 1871 kepada 123,626 orang pada tahun 1939.Perkara yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama Islam daripada urusan sekular seperti politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan pendidikan. Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu serta kumpulan bumiputera lain terletak di bawah tadbir urus dan kuasa sultan; manakala segala perkara lain terletak di bawah kuasa British. Namun, British kemudiannya gagal memenuhi janji mereka apabila mengingkari dasar tidak campur tangan mereka sendiri dalam urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.Kesimpulannya, pluraliti bukanlah fenomena baharu dan janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun pluraliti juga telah danbakal memberi impak yang berterusan dan berpanjangan. Perpaduan dan toleransi yang bertitik tolak daripada tiga komuniti etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu telah melakar sejarah dan membawa kesan yang besar sehingga hari ini terutamanya dalam aspek perpaduan etnik yang dapat hidup aman damai dan menjadi satu kebanggaan negara. Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi dan integrasi faktor sejarah silam. Tegasnya, pluraliti budaya terdapat di alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.Perluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama ini membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian. Perpaduan dan identiti etnik mampu menjadi identiti negara bangsa yang makmur dan aman damai di mata dunia.Dalam kerencaman masyarakat berbilang etnik yang terbentuk akibat daripada kesan migrasi masyarakat Nusantara ke Tanah Melayu dan faktor migrasi massa oleh golongan migran Cina dan migran India demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat, maka terbentuk masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut kegiatan ekonomi. Oleh hal demikian, adakah dasar pecah dan perintah oleh pihak Inggeris akan menjadi penghalang kepada integrasi dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia?Fokus hubungan etniklazimnya, manusia berasa selesa dengan amalan adat resam dan cara hidup mereka. Lumrah bagi manusia untuk menyokong etnik sendiri. Setiap etnik terikat kepada sentimen primordial mereka (Geertz1963). Sentimen primordial menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada kelompok sendiri. Apabila kelaziman fikiran dan tindak-tanduk berakar umbi, adalah sukar untuk manusia itu berubah. Hal ini menyebabkan ramai yang bersikap stereotaip dan prejudis terhadap masyarakat etnikyang lain. Mereka yang bersifat sedemikian memandang dunia semata-mata dari sudut pandangan mereka sendiri. Kebanyakan individu meletakkan diri di tengah-tengah dunia mereka dan melihat orang lain melalui kaca mata mereka sendiri. Individu mesti sedar bahawa dunia tidak berpusat pada dirinya sendiri sama seperti yang pernah dipelajari bahawa cakerawala tidak berpusat pada bumi.Oleh hal demikian, persoalan asas dalam hubungan etnik adalah untuk melihat pemahaman individu terhadap kumpulan etnik yang lain. Bagaimana pemahaman itu dapat memperbaiki pandangan dan sikap terhadap kumpulan etnik yang lain? Bagaimana pemahaman yang mendalam dan perubahan sikap itu dapat mengubah sikap buruk seseorang terhadap etnik yang lain yang telah lama berakar umbi?Bidang kajian hubungan etnik juga memberikan tumpuan kepada usaha untuk memahami dan menjelaskan bentuk-bentuk hubungan antara manusia. Kumpulan etnik yang berlainan disusun dalam pelbagai jenis stratifikasi sosial masyarakat yang berbeza. Apakah kesan bentuk susunan stratifikasi sosial kumpulan etnik yang sedemikian ke atas hubungan antara kumpulan etnik tersebut dan masyarakat itu sendiri? Bolehkah corak masyarakat sedemikian melahirkan masyarakat yang harmoni atau berkonflik? Sarjana dalam bidang hubungan etnik menggariskan empat bentuk perhubungan antara etnik yang dapat dikenal pasti, iaitu bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konflik.Apakah kesan jangka panjang bentuk masyarakat pelbagai etnik itu terhadap hubungan etnik? Apabila kumpulan etnik boleh hidup bersama dalam satu jangka masa yang panjang, mereka mungkin bergerak ke arah penyatuan kumpulan, terus mengekalkan perbezaan atau membesar-besarkan perbezaan tersebut. Masyarakat pelbagai etnik yang sedemikian mungkin sedang menuju ke arah integrasi atau pemisahan melalui proses asimilasi atau pemajmukan.Kerangka TeoriDalam proses membina suatu kefahaman terhadap kerangka teori, disiplin ilmu terutamanya daripada ilmu sosiologi, psikologi sosial dan sains kemasyarakatan yang lain adalah perlu dilihat untuk memperoleh konsep asas yang mendasari konsep dalam hubungan etnik. Konsep-konsep ini agak berbeza penggunaannya dalam keadaan popular dan secara akademik dikaji sebagai satu mekanisme untuk mengupas dan menganalisis hubungan etnik dengan lebih mendalam.38 Hubungan EtnikTeori ekologiPark (1950) merupakan antara sarjana sosiologi yang terawal yang membicarakan persoalan hubungan ras. Beliau dipengaruhi oleh pendekatan Darwin (1859) tentang kemenangan bagi yang tergagah. Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk warisan, iaitu:i. Sebagai ahli sebuah kumpulan ras dia mewarisi pusaka biologikal yang dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan; danii. Sebagai ahli kumpulan sosial, dia memindahkan melalui komunikasi warisan sosial kumpulannya. Penulis masa ini menggunakan proses evolusi organik atau biologikal bagi peringkat individu dan proses superorganik atau evolusi sosial dan kebudayaan di peringkat kumpulan.Teori Ekologi Park boleh dirumuskan ke dalam empat usul, iaitu: Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza iaitu pengkelasan ras mengikut warna kulit seperti Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid. Dalam perhubungan persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status yang membezakan mereka. Manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yang memiliki status rendah; kumpulan yang kemudian dianggap memiliki kategori semula jadi dan layak berada di tempat yang lain dalam pembahagian buruh. Prejudis merupakan luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yang istimewa. Prejudis juga mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori tersebut.Teori FreudianDollard (1937) mengaplikasikan Teori Freudian dengan merujuk kepada konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih.Usul yang dibuat oleh Dollard adalah seperti berikut: Kehidupan sosial mengakibatkan lahirnya pelbagai kekecewaanpsikologi dalam diri individu. Kekecewaan itu dapat dikurangkan dengan melepaskan kekerasan.i. Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu.ii. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yang terpendam.iii. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai kelompok ini dijadikan sebagai sasaran.Di mana-mana sahaja sekiranya kekerasan diluahkan secara berterusan, luahan tersebut akan diikuti oleh kekerasan yang berterusan sehingga menambahkan lagi elemen tidak rasional kepada tindakan rasional di peringkat awal tadi.Struktur FungsionalismeParsons (1975) merupakan pelopor dalam pembentukan teori ini. Teori Struktur Fungsionalisme membayangkan individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.Teori KelasCox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik di Amerika Syarikat berhubung kait dengan persoalan kelas dan sistem kasta. Cox berpendapat semua pertelingkahan ras boleh dikaitkan dengan dasar dan sikap golongan kapitalis dan orang kulit putih terhadap orang bukan kulit40 Hubungan Etnikputih dan kelas buruh. Prejudis dan ideologi ras seperti sikap rendah diri dipupuk dan digunakan sebagai instrumen yang bermatlamatkan politik dan ekonomi kapitalis. Cox melihat hubungan ras sebagai hubungan proletariat-borjuis, dan dengan itu memaparkan masalah hubungan kelas politik. Rumusan Cox dalam Teori Kelas adalah: Apabila kapitalisme Eropah berkembang ke kawasan yang kaya dengan sumber asli, wujud keuntungan untuk memperoleh sumber buruh yang berbeza dan membolehkan mereka meletakkan buruh ini dalam kedudukan tertindas. Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, terbentuk keyakinan yang mendukung ketidaksamarataan tersebut. Perkara ini terbina dalam struktur masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh kulit putih daripada kulit hitam. Kategori ras wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis kerana, menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dalam masyarakat ini belum sampai ke tahap yang menunjukkan kedudukan sebenar sistem sosial tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh kelas buruh.Teori Masyarakat MajmukFurnivall (1948) dan Smith (1965) mengutarakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara, kawasan wujudnya satu rantai manusia - orang Eropah, Cina, India, dan berbagai- bagai kumpulan anak tempatan. Furnivall menjelaskan bahawa mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang pada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Mengikut beliau, sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, semasa membeli dan menjual. Wujud satu masyarakat plural dengan pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah-menyebelah, tetapi berasingan, dalam unit politik yang sama. Dalam bidang ekonomi pembahagian buruh berlaku mengikut garisan ras (Furnivall 1948).Kuper (1974, 1977) berpendapat bahawa teori struktural fungsionalisme dan Marxisme tidak menjelaskan ciri-ciri utama masyarakat yang dipisahkan oleh batas etnik dan ras. Menurut Kuper lagi, kita boleh membuat deduksi tentang teori masyarakat majmuk dengan mengandaikan teori kelas boleh menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat. Dalam halini, bentuk ikatan utama dan konflik yang akan timbul adalah hasil hubungan kumpulan dengan cara pengeluaran dalam ekonomi.Teori Kuper tentang hubungan ras dalam masyarakat majmuk adalah berdasarkan usul: Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh dibezakan mengikut fenotaip, berada di tempat berbeza dalam susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik pada tahap yang berbeza, akan dikenali sebagai masyarakat majmuk dan berbeza daripada masyarakat berkelas. Dalam masyarakat majmuk, hubungan politik mempengaruhi hubungan cara pengeluaran dan lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan hubungan sebaliknya. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaanmengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategoriberkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan.Teori Pasaran Buruh TerpisahTeori Bonacich (1972) bermula daripada kesedaran terhadap perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh melahirkan pertelingkahan antara golongan buruh kulit putih dan kulit hitam. Teori Bonacich boleh dibentangkan seperti berikut: Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik (ciri-ciri ras juga diambil kira). Terdapat tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan yang berbeza:i. Ahli kelas peniaga berkehendakkan buruh murah dan lemah untukbersaing dengan peniaga-peniaga lain.ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah. iii. Kelemahan kuasa kelas buruh murah menakutkan buruh bergaji tinggikerana mereka ini mudah dikuasai oleh kelas peniaga.iv. Kelas buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari kawasan mereka, atau berpegang kepada susunan kasta yang meletakkan kelas buruh murah kepada pekerjaan tertentu dan bergaji kecil.Pertelingkahan etnik terjadi kerana wujud persaingan berdasarkan harga buruh yang berbeza. Pertelingkahan etnik ialah manifestasi konflik kelas antara yang bergaji tinggi dengan yang bergaji rendah dalam kelas buruh.Teori Pilihan rasional Tentang hubungan etnikPendekatan teoretis yang cuba meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan dipopularkan, antara lain oleh Sowell (1975), Schelling (1978), Banton (1997) dan Mansor (2000). Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan bahawa: Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dankedudukan sosial. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dankepercayaan terhadap kelompok sebayanya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakanpilihan yang lain akan tertutup. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat. Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut. Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.Teori Pertukaran SosialTeori ini berkembang daripada bidang psikologi dan sosiologi. Tokoh utama teori ini ialah John W. Thibaut dan Harold H. Kelly. Teori ini membuat percubaan bagi mengintegrasikan teori tingkah laku, iaitu pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan denda berdasarkan prinsip-pinsip ekonomi klasik. Teori pertukaran sosial melihat manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos. Aktiviti-akitiviti seperti pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan persahabatan akan hanya berterusan jika menguntungkan kedua-dua pihak. Inti pati teori pertukaran sosial melihat manusia sebagai makhluk yang rasional.Teori ini menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial kerana dalam kebanyakan kes, manusia cuba memenuhi keperluan diri hanya dengan atau melalui kerjasama dengan individu lain. Atas dasar ini, proses pertukaran sosial manusia memerlukan tolak ansur yang menghasilkan pergantungan sosial. Manusia dapat mengatur tindakan mereka dan menghasilkan ganjaran dengan mengurangkan kos. Manusia rela melibatkan diri dalam perhubungan jangka panjang dan akan terus melibatkan diri dalam pertukaran sosial bagi mencapai hasil yang memuaskan.Teori Sistem ekologikal BronfenbrennerTeori yang dipelopori oleh Brofenbrenner (1986, 1997) ini percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya di sekeliling. Teori ini melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks individu itu berinteraksi. Beliau membahagikan persekitaran ekologikal tersebut kepada lima sistem, iaitu sistem mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem sebagaimana ditunjukkan dalam gambar rajah 2.1. Sistem ini saling terangkum dengan persekitaran yang paling dalam atau dekat sebagai tempat individu tersebut berkembang.MikrosistemMikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat, seperti kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya, interaksi kanak-kanak di dalam keluarga, dengan ibu bapa dan adik-beradik. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Mereka merupakan faktor mendorong yang penting kepada kewujudan suasana harmoni.MesosistemMesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.eksosistemEksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Umpamanya, persekitaran sekolah terutamanya dalam aspek pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli-belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.MakrosistemMakrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya, dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan seperti diberi peluang pelajaran dan pekerjaan berbanding kaum perempuan kerana golongan perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka menganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.KronosistemKronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada masa kini lebih fokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet dan memuat turun maklumat melalui internet. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau dan gasing.Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap kemajuan terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana kehidupan mereka adalah bersama komputer. Selain itu, anasir- anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju.RAJAH 2.1: Teori Sistem Ekologikal BronfenbrennerKerangka KonseptualKonsep ras dan etnisiti biasa digunakan untuk merujuk kepada ahli- ahli yang berkongsi keturunan atau nenek moyang yang sama. Perasaan kekitaan akan terbentuk dalam kalangan mereka yang menganggap mereka berk