hubungan etnik

29

description

kepentingan hubungan etnik

Transcript of hubungan etnik

Page 1: hubungan etnik
Page 2: hubungan etnik
Page 3: hubungan etnik

• Generasi Muda perlu dipupuk dalam mewujudkan persefahaman kaum dalam memahami etnik yang berbilang.

• Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan keperluan masyarakat.

• Tanggungjawab bersama dalam memikirkan bentuk program yang perlu dilaksanakn

• Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

Page 4: hubungan etnik

• Dapat memahami isu yang boleh mewujudkan prasangka dan diskriminasi dalam kalangan rakyat.

• Pemimpin menjadi pencetus kepada perpecahan demi untuk survival peribadi dan parti yang dinaungi.

• Kesan pengindustrian menghasilkan lokasi penempatan penduduk berubah kepada suasana lebih berdaya saing.

• Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

• Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara masih mampu berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis.

Page 5: hubungan etnik
Page 6: hubungan etnik

Kepentingan Hubungan Etnik

Kestabilan Politik

Membentuk Masyarakat yang

majmuk

Kestabilan Ekonomi

Pendidikan

Pelancongan

Sila klik pada kotak tersebut

Page 7: hubungan etnik

Kestabilan politik

kestabilan politik dapat dibentuk dengan baik dan lancar. Kesepakatan sesama masyarakat penting untuk meningkatkan kestabilan politik Dapat membuktikan dan memberikan kepercayaan kepada dunia terhadap kestabilan politik.

Page 8: hubungan etnik

Membentuk Masyarakat Majmuk

Membentuk sebuah jati diri bagi sesebuah Negara.

Membentuk masyarakat yang cintakan Negara dengan menjaga keamanan Negara bersama tanpa mementingkan kaum sendiri sahaja

Page 9: hubungan etnik

Kestabilan Ekonomi

Ekonomi Negara dapat ditingkatkan dengan baik majuPerkembangan ekonomi menjadi lancara kerana tidak terganggu sekiranya masalah dalaman Negara seperti masalah perpaduan kaum tidak timbul.

Page 10: hubungan etnik

PendidikanPerpecahan perpaduan sesama masyarakat berlainan kaum dapat membantutkan perkembangan pendidikan.Dapat meningkatkan pendidikan tanpa sebarang gangguan. Mudah dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan berintelek tinggi kerana Negara aman dan damai

Page 11: hubungan etnik

Pelancongan

mampu menggalakkan perkembangan pelancongan

pelancong tidak takut untuk melancong dalam Negara kerana Negara yang aman dan damai masyarakatnya.

Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan adat yang berbeza dan keunikan yang tersendiri.

Page 12: hubungan etnik
Page 13: hubungan etnik

Cara mengekalkan perpaduan kaum

1. Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara

kaum

2. Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab

menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar

berbilang kaum

3. Pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara

agar dapat memahami erti perpaduan negara.

4. Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan

yang dapat mencetuskan provokasi kaum

5. Masyarakat setempat perlu memainkan peranan dalam

mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Sila klik pada kotak tersebut

Page 14: hubungan etnik

• Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.

• Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

• ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

Page 15: hubungan etnik

• Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda.

• Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.

• Nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Page 16: hubungan etnik

• Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.

• Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

Page 17: hubungan etnik

• Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.

• Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

Page 18: hubungan etnik

• Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara.

• Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, KPM telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat (SPM).

• Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

Page 19: hubungan etnik

• Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara.

• Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu.

• Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Page 20: hubungan etnik

• Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”.

• Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Page 21: hubungan etnik

• Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum.

• Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara.

Page 22: hubungan etnik

• Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

• Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

• selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.

Page 23: hubungan etnik

• Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain.

• Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Page 24: hubungan etnik
Page 25: hubungan etnik

KesimpulanUsaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak.Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!

Page 26: hubungan etnik
Page 27: hubungan etnik

Jelaskan maksud konsep Hubungan Etnik dalam sesebuah negara?

Terangkan bagaimana konsep Hubungan Etnik ini dapat mempengaruhi dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara?

Page 28: hubungan etnik

Berikan beberapa kepentingan Hubungan Etnik dalam mewujudkan perpaduan sebuah negara yang berbilang kaum?

Berikan cadangan dalam mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia?

Setelah mempelajari konsep Hubungan Etnik, jelaskan secara menyeluruh tentang apa yang telah di dapati dalam mempelajari Hubungan Etnik ini.

Page 29: hubungan etnik